Sunday, January 31, 2010

High-Risk Prediction :)



Posting kali ini bertajuk hi-risk prediction kerana ia akan menampilkan beberapa prediction daripada pihak lawan, kawan dan juga berkecuali.
Ia adalah hi-risk kerana Pakcu bakal dibambu jika Man.U tumbang di Emirates Stadium pada malam ini.
Julung-julung kali, prediction ramai di pamerkan di blog ini. Terima kasih kepada anda semua yg rajin meng “reply” sms pakcu. :)
Maka di bawah ini adalah prediction kalian


Zaid Akhtar ( Peminat Mati Keras Liverpool ). “ Malam ni Gunners win 2-1.”
Mr. Ahgo ( Man.U Sejak dipanggil Andy Cole di sekolahnya dulu ) “ Mr. Ahgo rasa dalam 3-1. M.U menang.”
encik Cyrup ( Man.U sejak dari buaian ) “ Aku tak mau riak. Cukup la sekadar 2-0 or 2-1”
Ahmad Syukri @ Syuk-UniKL , tidak minat man-mana team EPL . Hanya sokong Terengganu dan Malaysia. "Aku rasa MU 1-0."
Nurul Anwar SK Sg. Mok ( Chelsean ) pendek wal ringkas, "1-1."
Mr. E.G iji,Man.U Fans  " haha, Aku reformasi berfikiran rasional, Mng 3-1." ( Ahgo jgn perasan ye hehe )
Mr. Qasidi Gawing ( Liverpool mati keras ) " Aku rasa seri 1-1, dud-dua team tgh perform."
Bos Pejabat Tanah Kulai, Mr. Jiji ( Sedara tiri Arsene Wenger :) ) "Margin gol 2 biji. Arsenal menang."
Pakcu ? Err...gila optimis heheh Man.U menang 3-0..Tanpa ihsan. :)
Itu saja prediction yg ada. Maka apa pun jua keputusan sama-samalah kita nantikan. Jumpa di emirates !

Thursday, January 28, 2010

Wasiat Rasulullah S.A.W bagaimana pula ?



sila baca sehingga habis...dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman. (a)isteri tidak mendengar kata suami. (b)orang kaya tidak................

1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya. 2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia..........

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya..

Pasti ramai dikalangan kita yg pernah menerima sms / e-mail seperti ini.
Maka dengan rasa penuh takut campur tanggungjawab campur jahil maka kita pun terus mengedarkannya...

Allahhurabbi..
Tiada apa yg ada di langit dan di bumi mampu utk mencelakakan atau menguntungkan kehidupan kita melainkan Allah jua.

1. Penting benarkah wasiat yg tidak diketahui mana punca/ kebenarannya ini ?

2. Sahabat-sahabat, pernah membaca khutbah/wasiat terakhir Rasulullah S.A.W ? Khutbah sebelum kewafatan baginda. Jika belum boleh klik di sini dan sini
Sesungguhnya dalam wasiat terakhir itu tiada pula Rasulullah S.A.W mengugut / me "warning" / sekiranya tidak disampaikan wasiat baginda maka kecelakaanlah akan menimpa. Baginda hanya berpesan, sila sampaikan wasiat baginda kepada mereka yg tidak hadir ke perhimpunan di Padang Arafah tersebut.


3. Cukup-cukuplah kita membiakkan perkara khurafat seperti ini.

4. Moga kita semua senantiasa berada di bawah rahmat-Nya. Dijauhkan daripada perkara-perkara yg menyesatkan di akhir zaman ini. Ameen.

>> Gambar padang arafah diambil drpd  faizatul.wordpress.com

>>Gambar Luv Muhammad diambil drpd azansubuhkhamis.blogspot.com

Wednesday, January 27, 2010

Anak-anak Muda, Mari Kita Selawat !

Tertarik dengan lagu & lirik Mari Selawat-Wali Band ( tak habis-habis dengan Geng Wali )

Simple. Tapi nasihatnya bernas. Jangan dekat-dekatan, kita belum ada ikatan !

Mari Selawat - Wali Band

shalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita shalawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan
Awas jangan dekat-dekatan
Kitakan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita shalawatan
Bukan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu
Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita shalawatan

Glosari :-
Mending -
Ta'arufan - Berkenalan

p/s : Errr..mending tu makhluk apa ye ? Pakcu rasa = mari, kot ?

>>> Lirik dan Video link di ambil daripada web http://hazone.org

Tuesday, January 26, 2010

Dia serang lagi...

Inilah akibatnya hanya tahu makan. Masak tak tahu :)
Sarapan pagi di kantin. Sudah jemu dgn nasi lemak, mengubah selera pada lontong. Hirup aje la..
Akibatnya, diserang selsema plus bersin plus mata gatal plus hidung gatal plus emosi tak stabil. Adei..


Rupanya dalam kuah lontong ada udang. Sesungguhnya hamba sangatlah sensitif dengan  makhluk ciptaan Allah itu. Juga sensitif dengan sepupunya iaitu En. spongebob Crab. Kuman-kuman resdung yg sedang lena terus bangkit, bersenam secara aktif. Menyerang penuh nafsu.
Formasi 4-3-3, 4-4-2 dan 4-2-4 pun ada.Ya tuhan, gatalnya hidung hamba ini.


Nampak gayanya kena kembali istiqamah dengan ubatan herba HPA. Pil senggugut kapsul :)
1. Coscinium Plus
2. Roselle
Moga dikurniakan kesembuhan oleh-Nya. Ameen..

Monday, January 25, 2010

BPL, Super Sala & Australian Open


1. Man. U kembali ke persada liga. Walaupun dipercayai hanya seketika cuma ( kecuali seteru-seteru utama tetiba terasa malas nak menang ) maka saat itu Man.U akanterus di atas.. Mr. Rooney sangat la mengagumkan. Ada harapan utk nya mintak naik gaji.
 2. Hampir seminggu melenjan melanyak Adidas Super Sala Generasi ke-8.
Syok juga. Ringan. Dan yg penting, siapa yg memakainya automatik nampak hensem hahaha...
Secara seriusnya, memang kasut ini berkualiti, enak di sarung. terima kasih buat mr. Ahgo kerana meracun dgn kata manis bagi membeli kasut ini. Beberapa hari lalu dia meracun lagi agar Pakcu melanyak kasut ini. Jangan di siman dlm bonet kereta aje. Sekali kotor sure dah tak sayang katanya. Chess..

3. Australian Open. Juga menarik perhatian. Dalam pemain-pemain lain berhempas pulas utk melangkah ke peringkat berikutnya, Mr. Fedex penuh selambe menjinakkan lawan. Menentang Hewitt juga kelihtan bagai melayan budak sekolah sukan aje layaknya.


Apa-apa pun Pakcu support Rafa Nadal :) kesungguhan n stylo nye menarik minat. Sedikti arrogance ? Mungkin.  Menyukai kedua-duanya, namun jika final, Rafa Nadal tetap pojaan hati..

Thursday, January 21, 2010

Memenuhi Hajat

Tiada menduga, blog yg ntah apa-apa ini pun dikunjungi oleh Presiden Perubatan Islam Ibnu Sina, Dr.Suhazeli Bin Abdullah.

1. Terima kasih doc, kerna sudi mampir ke blog rokiah cokia nih.
2. Hajat tuan doc utk melihat gambar-gambar sekitar majlis forum Rejuvenation Dakwah UIAM 2 minggu lalu akan tertunai di sini..:)



Para Panel bergambar sesudah majlis Forum
Dari kiri : Zaid Akhtar, Us. Mohd Ali Abdullah, Nazrey Johani dan Dr. Suhazeli Abdullah



Saat Forum sedang berlangsung


Sesi fotografi bersama Penganjur Forum Rejuvenation Dakwah

Thursday, January 14, 2010

Kita Serupa :)


Pagi ini sementara menanti murid datang ke kelas, lagu kumpulan Headwind yg ngetop meletup suatu masa dulu ( kini pun masih segar.. ) menjadi pilihan sebagi halwa telinga.
Syahdu..syahdu. Mari kita hayati bersama :)





Kalau dapat ku petik bintang di awan biru
Kan ku sematkan ke dalam dada mu
Kalau dapat ku capai bulan mengambang penuh
Kan ku hadiahkan di hari jadi mu

Begitulah janji ku kepada mu
Walaupun kau hanya menunduk bisu
Ku tahu kau terluka kerana cinta
Oleh Reading yang menggila


Nasib kita serupa
Kalah F.A Cup dan kecewa
Mungkin dikau yang tiada menduga
Biar aku pilih mu beritahu
Mungkin dikau kan tak tahu
Betapa pilunya sukanya hati ku

Malah kau tuduh aku
Hanya menambah luka
Yang kini masih terus berdarah

Kita serupa... Kita serupa...
Hadir ku untuk mengubat menambah  luka wohh..
Kita serupa... Kita serupa...
Walau pun
hati ku Man.U   pernah di kecewa
 
Pakcu : Saya telah mngucapkan selamat maju jaya buat penyokong The Kop, namun doa tidak makbul. Bak kata Headwind, kita serupa..Bungkus di home ground sangat memedihkan. Untuk musim ini di kala team lain masih bersain merebut kejuaraan, Mr. Rafa pula berkira-kira utk merebut tempat ke-4. Sadis. Itupun seandainya Man.City, Spurs dan Villa tidak perform hingga akhir musim. 
They lost their confident,Self-believe. Should Rafa walks away ? Maybe Yes. Bagi peluang pd special one Jose Mourinho to do something miracle. 

Possiblity to lose Mr. Torres ? Yes, why not ?


p/s : Sorry ye Pool's Fan. Gurau je. Senggol-senggolan bak kata Mas Idayu :) 

Monday, January 11, 2010

Forum Rejuvenation Dakwah

Petang Jumaat lalu, saya telah ke UIA Kuantan. Jadi driver pun ye, escort pun ye. Bodyguard ? Err..bolehlah sikit-sikit hehe..( Dah 13 tahun tak ber -tae kwondo )

Tujuannya hanya satu, menghadiri forum Rejuvinasi Dakwah anjuran pelajar-pelajar Fakulti Perubatan di sana.

Agak teruja pabila dapat berjumpa Nazrey Johani
( Ex-Vokalis Raihan ) yg suaranya masih lemak merdu. Dalam album, luar album sama sahaja, memang kelllas gitu !

Forum berkisar tentang bagaimana dakwah dilaksana dalam bentuk penulisan, perubatan Islam dan nyanyian.
Dan rasanya amat beruntung memandangkan input yg diberikan oleh ketiga-tiga ahli panel sangat membantu dalam penambahan / percambahan ilmu. Ye, bukankah kita semua adalah da'ie ?

Moderatornya / Pengurusi Forum juga hebat. Di selang selikan dengan lawak yg real ( Bukan jenis lawak yg memaksa audien gelak ) menjadikan forum tersebut hidup dan tidak membosankan. Yang pastinya, saya yakin tiada audien yg tidur walau sesaat.

Kesimpulannya forum tersebut sangat bermanfaat bagi yg menhadirinya. Apatah lagi setiap butiran yg disampaikan dapat dilaksanakan, tidak sekadar mendengar dan bergelak ketawa dalam auditorium tapi pabila keluar, zero.



Pakcu : Harapnya budak2 UIA yg jadi penganjur tu dapat bikin CD rakaman forum yang bermanfaat itu. Daku sangat berminat untuk membelinya. Bagi free pun OK hehe.


Gambar : Dari kiri, Gadis comel tapi agak tembam, Amira Suryati, Datin Norhayati bersama tudung Ariani nya, Pakcu berjaket nampak mahal tapi bundle hehe, Nazrey Johani bersama novel Salju Sakinah, Zaid Akhtar dan Mr. Ahgo Dont Give-Up and wake-up.Tido manjang !

Monday, January 04, 2010

Back to school dan Tahun Baru


1. Kembali ke sekolah setelah lama bercuti..Pantas benar masa bergerak.

2. Semangat itu ada. Tahun baru. Azam baru. Cuma pabila terlalu lama matikan enjin maka sejuknya enjin, menyukarkan untuk kereta dipandu laju. Kena panas enjin dulu. Gear 5 terus? Tak dapat bang !


3. Tidak mengapa, tiupkan kata semangat dengan penuh istiqamah. Moga diri bangkit, bagaikan phoenix bangkit dari abu kata M.Nasir

4. Apa azam tahun ini ? Semua orang ada azam. Kita sama doakan agar azam semua orang berjalan lancar. Terlaksana dengan jayanya. ( Azam baik-baik sahaja )

5. Sekolah ? Senario murid pra-sekolah goncang pintu grill di kelas adalah pandangan biasa di awal tahun. Menagis. Mengamuk.

6. Bola ? Man.U masih 2 mata di belakang Chelsea, diekori rapat meriam tembaga Si Arsene Wenger. Siapa juara ? Tunggu Mei. There's only big three, no more big four. Pool jangan marah ye, rafa perlu, perkuat team 2010/2011 :), ataupun serah jawatan pada special one Jose Mourinho pun OK.

7. Sedikit bermuram durja setelah Man.U ditunjukkan jalan keluar oleh Leeds United dalam perjalanan meraih kejuaraan FA Cup kali ke-12. Seteru lama. Buat pasukan yg berjaya ke 4th round, selamat maju jaya. Buat the Reds, moga berjaya dengan replay match menentang Reading.

8. Rempit ? Gejala ini belum ada tanda untuk surut, tambahan pula kini mereka guna enjin JET bagi menggantikan enjin asal. Sungguh hebat dalam modifikasi motor. Tak terkejar polis. ( Mana la budak2 ni dapat enjin tu, cilok di bengkel TUDM barangkali ) :)

Lain-Lain, Pakcu kata dia mahu,

1. Mahu lebih baik daripada tahun 2009.
2. Bak kata Wali Band, Mahu cari kekasih halal.. ahaks :)
3. Tomat !
4. Berjimat cermat.