Sunday, April 25, 2010

2 minggu

2 minggu tonton BPL dalam stress.
2 minggu juga penamatnya indah.
2 minggu juga di malam sabtu, jeritan membelah keheningan desa permai. Ahh, mlm yg indah :)
2 minggu lagi BPL akan berakhir.
Siapa Juara ?
Mari kita lihat siapa yg kena ?!

>>> Pak Alex dikhabarkan mula berdamai dengan Rafa Beni.

" Oi Mat Ropa, 1 Mei jgn buat lupa pulak. Dah 2 minggu aku bagi oksigen , tak kan tak reti-reti nak balas jasa ? " Pak Alex Sound direct sambil tersenyum.

" OK. OK, aku tak lupa la." Mat Ropa menyambut salam  Pak Alex, mengesahkan perdamaian antara mereka. :)

Thursday, April 22, 2010

Saya tidak minum !

Bosan ?
Tiap hari cerita minum.
Minum. Minum. Minum.
Semuanya gara-gara cerita rebutan kuasa di hulu sana.
Masing2 sudah tiada modal. Desperate.

Untuk tambah kebosanan bawah ini ada dialog minum lagi :)

Tuan minum kopi ?
apa ? Saya ? Saya tidak minum.

Betul Tuan tidak minum ?
Ye. Betul. Awak ada nampak saya minum kopi ?
Kopi lain ? Kopi janda Tuan minum ?
Saya tidak minum kopi lain ! Saya hanya minum kopi radix !
Jadi memang Tuan ada minum la ?
Maaf. Saya kena pergi sekarang.




















Pakcu : I luv kopi radix tika tengok spongebob or Game Man.U  hehehe

Thursday, April 08, 2010

Semua pemain saya adalah penduduk bumi-Sir Alex

Info dari bilik media Old Trafford


Sir Alex terpaksa akur, demi menyelamatkan MU daripada disingkirkan drpd Liga Juara-Juara Eropah buat selamanya. Atas beberapa alasan berikut :

1. Terdapat desas desus yg mengatakan UEFA mahu mengheret kesemua pemain MU ke makmal bagi memastikan mereka benar-benar manusia / penduduk bumi.

2. Kadar penyembuhan Rooney yg terlalu pantas ( Bomoh patah mana dia pakai ? )
menambahkan bahang spekulasi bahawa MU memang berasal dari planet lain.

3. Pemain MU kelihatan cergas sepanjang perlawanan walaupun bermain dengan 10 orang. ( 2 gol untuk 7 minit pertama, gila ke hapa ? )

Bagi mengelakkan penyingkiran secara total kerna kemungkinan ke Final utk 3x berturut-turut amat cerah serta mengurangkan kepercayaan sesetengah pihak bahawa MU terlalu kuat maka Sir Alex mengambil keputusan utk berundur daripada Liga Juara-juara musim ini.

Ia juga bagi mengelakkan pasukan-pasukan desperate di BPL mengambil kesempatan ke Liga Juara sekiranya MU diharamkan ke Liga Juara musim depan.

Sekian. Dari bilik media Old Trafford.

***Selamat maju jaya buat Barca. 
Tuai padi antara nampak, esok jangan layu-layuan. 
Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan :)
Liga Juara Tahun depan jumpa lagi. Liverpul Man.City, nak join ke ? Mai la ! heheh

p/s : Komen jujur : Robben your volley was very superb.

Sunday, April 04, 2010

tenang..macho..cool :)

tenang...ku bilang tenang, tenang. Dunia BPL belum berakhir !
Kesedihan pantas aja berlalu. Masih berbaki 5 games.
Point-point yg telah berlalu  ?


1. Yesterday was not our day.
2. Admit that MU not playing well.
3. First half memang macam haram ! Apa yg diorang buat dlm padang ntah ?!
4. 2nd half ada sedikit kemajuan, mungkin setelah makan 2,3 bakul makian
Pak Alex :)

5.  Berba terus aje Bebal bila main dlm big game. Cerah masa depan utk dijual.
6. Linesman really blind. 2 players clearly offside tak reti-reti nak angkat flag ( itupun masih ada org kata ref sayang MU. Macam haram diorang nih, dah ref sayang MU marah la kat ref, jgn marah MU hahah ).

7. Kiko Macheda scored ( dengan tangan katanya ). Kelam kabut depan gol. Hanya tekno eagles eye yg boleh mengesannya. Marah sama Sepp Blatter la, jgn marah MU dan ref.. :)

8. Persaingan masih terbuka. Ayam masih terus berlaga ! ( arghh berapa kali mahu diulang ayat ini ). Wenger and his childrens tersenyum dgn gol minit 90 Bendtner.

9. Dengar khabar Pak Alex dah sign MOU dengan Rafa Beni. Perjanjian mudah. Anda kalahkan Chelsex dan kami akan pastikan Man.City tidak ke Champions League tahun depan. ( Sambil berbisik Pak Alex memberitahu, kau sayang jawatan tak Rafa ? ) hehe

10. Hoben jang hoben !

Thursday, April 01, 2010

Hisap Rokok atau Hisap Babi ?

Macam jahat benar title entry kali ini.
Tapi nak buat macammana kan ? Sekadar ingin berkongsi dan sedikit nasehat ringkas buat para pencandu 4000 bahan kimia a.k.a smokers yang ber paru-paru besi :)

Ceritanya bermula pabila pengkaji dari Australia menyatakan bahawa ( baca sini )


So ? Apa pilihan anda ? Ada dua aje. Tak banyak !

A. Berhenti merokok  ( selamat diri, selamat duit )

B. Terus menghisap babi rokok

*** Jangan marah ye. Gurauan hari ini kasar sikit :) Untuk kebaikan bersama. Kerna penghidu asap rokok lebih berisiko utk diserang kanser berbanding penghisap rokok !
Jika tidak sayang diri, tidak mengapa tapi sayangilah anak, bini, mak dan ayah anda.

Peace :)  !