Wednesday, February 23, 2011

Moga Ummu Hani Kekal Begitu

Saya bukan peminat setia drama melayu. Tapi kadang-kadang layan juga.
Contohnya, Siri Hani di TV3 :)
Solehah amat pelakonnya. Time tu memang boleh puji. Ummu Hani dan juga ibunya. Respect habis. Berjaya menghidupkan watak dengan jayanya.

>>> Kita touch-up sikit Poster Drama Hani  di TV3. Sentuhan Islamik sikit. 
No more Free Hair !

Sudah ramai artis yg mula bertudung, namun kebanyakkan sekadar dalam lakonan.
Tamat lakonan tudung melayang, kain panjang kembali sekerat dan sendat !
Moga Nur Fathia, pemegang watak Ummu Hani benar-benar menjadi Ummu Hani di luar lensa kamera.

 >>> Mak Ummu Hani ? Ibni Che Wan..Yang ini memang dah biasa seksi. Moga dikurnia hidayah. Seniwati Sarimah dulu pun, zaman berlakon filem Madu 3 
seksi dan seksa juga ! Tapi sekarang ? Alhamdulillah...


Thursday, February 17, 2011

Bikin Kebun

Cuti panjang hujung tahun lalu ( para guru memang cuti panjang melampau hehe )
Oleh kerana lama sangat duduk melepak kat rumah maka saya turun ke tanah lapang bonda bagi mengeluarkan sekalian peluh jantan.

Apa lagi, bikin kebun la. Tanah seluas 2  ekar telah diratakan oleh jentera berat bercangkuk di belakang macam scorpion tuh. Org Kampung saya panggil JCB.

Bukan bikin apa sangat pun. Tolong-tolong angkat kayu. Susun kayu untuk didirikan pagar sekeliling tanah 2 ekar itu.

Jauh berbeza dengan orang zaman dulu. Pada perkiraan saya tanah seluas 2 ekar, jika mahu di "clear" kan belukar siap pasang pagar..kurang-kurang sebulan baru siap. Tapi dengan JCB, hanya beberapa hari sahaja. Tak sampai seminggu pun !

Mahu bukti ? Lihat gambar-gambar ini la !

>>>Tak payah gali lubang lagi untuk bikin pagar. Pegang je kayu dan JCB akan tekan sampai kayu tiada goyang lagi.

>>> 2 ekar tanah..angkut kayu pagar tidak perlu sengal bahu lagi. JCB ada :)

>>> Ini pulak, teknik bikin perigi. Tak sampai 30 minit. Beres. 3 kerek ( konkrit bulat bersimen ) disusun bertingkat. Air mata air terpancar. Jernih.

OK. Itu sahaja. Teknik bikin kebun berserta perigi.
Akan datang kita jika ada bahan, expose pasal sawit pulak. Sawit dan getah mahal sekarang ni beb !

Thursday, February 03, 2011

Tulisan Jawi di Perkuburan

Ini tentang tulisan jawi yang terdapat pd dinding luar kubur
( Perkuburan Endau )Ada beberapa soalan yg Pakcu sendiri tiada jawapan.
Yang ada hanya kemungkinan.
Apa yg ada faham tentang tulisan jawi dalam bulatan kuning di atas ?
Saya puas membelek. Dengan ilmu membaca jawi yg ada. Jenuh cuba nak faham !

Akhirnya puas di " tonggang terbalik " barulah dapat baca tulisan jawi di kubur tersebut. Dalam ruminya kita baca ;
" Semuga ruhnya dirahmati"

Perkataan ruhnya terpisah. Satu dihujung sebelah kiri dan satu lagi disebelah kanan.
Kemungkinan yg ada drpd tulisan jawi dikubur ini ;

1. Penjual aksesori dan yang memasang aksesori kubur tak pandai tulisan jawi.

2. Penjual aksesori pandai jawi tapi tersilap buat. Sayang duit punya pasal dia tak buat pembetulan. Kos beb ! ( Sangka jahat )

3. Penjual dan pemasang aksesori tak perasan kesilapan tulisan tersebut. ( Sangka baik ).

Nota hujung : Hati-hati dalam menjalankan bisnes. Jangan main buat aje. Asal siap, nampak cantik, cukup. Tulisan huru-hara yg tak membawa makna pun tak peduli.
Harap tulisan jawi tak dianak- tirikan. Malu kita, org Johor. Sekolah agama ada di setiap ceruk ! Tapi jawi ...