Thursday, January 18, 2007

Pabila Cukup Syaratnya...
>>>Lama yg amat tidak mengemaskini blog ini. Sedar mahupun tidak rupanya dah 3 tahun ber BLOG. Tok Guru nombor wahid adalah Ahmad Faizi. Rakan sebantal di rumah sewa 3 tahun lalu. Terima kasih sahabat.

>>>Kemana menghilang ? Hmm, setiap insan muslim perlu menunaikan kefardhuan yg satu ini pabila cukup syaratnya. Lantaran telah cukup syaratnya maka aku tunaikan kefardhuan itu.

>>>45 hari di bumi yg asing ( tetapi baroqah ! )..rupanya negeriku dilanda banjir, lebih 100,00 org berpindah. Dan itu juga yg terlintas di benak..pabila cukup syaratnya datanglah ia. Kemarau, banjir adalah petanda yg Allah berikan agar manusia lebih kerap berfikir. Lebih kerap bermuhasabah. Menghalusi tiap musibah/bala yg diturunkan. Pemimpin dan rakyat harus lebih kerap berfikir. Merenung, mencari kesimpulan dan bertindak memperbaiki kesilapan. Dengan harapan moga Allah ampuni kesilapan dan menunjukki jalan.

>>>Ya, kerana kita semua tahu doa juga seperti bala. Doa pabila cukup syaratnya Insya Allah makbullah segala permintaan. Bala ? Pabila cukup syaratnya maka TURUNLAH IA !