Monday, February 12, 2007

Aku suka lirik lagu ini. Itu saja. Sekian.

>>>Sang Pencinta. Lagu/Lirik : M.Nasir<<<

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi
Tiada bererti...
Pada Mu jua

Tertuju segala jalan
Pada Mu jua
Cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya... Hanya Dia... kekasihnya...
Sang Pencinta… Hanya Dia merasa

Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta… Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang Dia Cinta yang dipuja
Mengenang Dia Cinta yang diredha
Hanya Dia... Mengenang Dia
Hanya Dia...

Friday, February 09, 2007

Nak mamp*# ke apa ?

Kisahnya di suatu petang yg menghampiri maghrib. Aku berkereta utk ke masjid jamek. Di pertengahan jalan berselisih dengan 2 buah motor. Kedua-dua penunggang mempamer aksi spt di atas ( cuma tidak la sampai berdiri atas motor ).

Membuat aksi wheelie dari arah bertentangan dengan aku. Gila ke apa mereka ni. Dengan kenderaan lain masih ada di kedua2 arah masih nak berlagak dengan aksi sebegini.

Aku juga punya kawan2 suatu masa dahulu. Mereka juga kaki motor. Tapi mereka tak se Brutal remaja hari ini. Andai mereka tergolek di depan kereta aku dan aku melenyek kepala mereka ? Aku juga diburu keluarga mereka. Orang hospital juga susah. Polis juga susah. Semua susah. Kalau mam!@* tanpa menyusahkan manusia lain tidak mengapa.

Andai ada pula nyawa melayang dek kerana aksi bodoh mereka ini, bagaimana ?
Andai diseranah sekalipun, sindrom kau peduli apa barangkali dah cukup tebal.
Akhir kata. Apa nak di buat dengan golongan ini ? Dihimpun mereka dlm program, kolah masjid menjadi tempat mereka berenang. ( Putera UMNO sila fikirkan idea lain )

Mungkin kena fikir alternatif lain. Pabila jiwa sudah tiada roh Islam. Roh agama. Hanya ada hiburan ( Siapa ye yg melambakkan hiburan ? ) maka inilah jadinya. Teguk arak, berjudi di kala org lain sedang bersolat Jumaat. Aku tidak pergi jauh...semuanya di mukim aku yg serba kecil ini. Di tempat ceruk sebegini, di bandar apatah lagi ?

Ayuh. Fikirkan bersama utk selamatkan muda mudi kita drpd terus jahanam.

Thursday, February 08, 2007

Apa pendapat anda tentang gambar ini ?
OK la. Bagi objektif senang sikit nak jawab.

A. Islam Hari Ini
B. Islam Hadhari
C. Islam Liberal
D. Islam Ikut Suka Aku
E. Semua jawapan di atas
>>>Ia adalah gambar puteri umno yg menyambut mlm tahun baru 2007 dengan program tadarus. Majlisnya sudah cukup bagus, tapi pakaiannya pula yg haru lagi memeningkan ( Lebai pun jatuh songkok kalau mcm ni ).
Dia mungkin kurang ilmu agama. Tidak mengapa, dia boleh belajar. Kesilapannya kurang. Tapi agak mustahil pd mlm itu tiada langsung yg boleh menegur. Ustaz-ustaz ? Kamu biarkan sahaja dia mengaji dengan berpakaian jarang dan ketat ini ? Kamu belajar ilmu apa di Universiti dulu ? Sahabatku ada juga berjenaka bila bicara tentang ilmu, ilmu alam katanya :) jika tidak pun ilmu hisab.
Doakan moga aku, engkau, dia, kita dapat hidayah dan petunjuk daripada-NYA.
" Ih dinassirho thol mustaqeem..tunjukkanlah kami jalan yg lurus..."~Al Fatihah ayat : 6