Saturday, October 30, 2010

Piala Malaysia 2010


Sebuah Final ulangan
Sokong team mana ? Biasalah, saya tetap dengan Johor FC.
Oleh kerana Johor FC tersadai di semi final, maka saya lebih berminat menyokong pasukan yg kempunan tahun lalu !

Kelantan pulang hampa setahun yg lalu. Biarpun penyokong yg berbaju merah ini sudah menjadi lautan manusia di stadium. Menyenggol saki-baki peminat Negeri Sembilan ke sisi. Namun N. Sembilan pula yang pulang bangga bersama Piala. Tersenyum, gah.

Kali ini biarlah Kelantan pula merasai nikmat juara. Asyik team yg sama julang piala, boring juga. Untuk itu, Go go Kelate. Gomo Kelate gomo :)

Nota Hujung : 2-1 predict cuma. N9 fans jangan la marah :)

Wednesday, October 20, 2010

Brother Maher Zain Live in Concert


Di mana  : Auditorium MBSA Shah Alam
Tarikh  : 5 hari lepas dah hahaha
Jam     : 8.30 malam
Mood  : Layan bagus punya :)

Sudah 5 hari berlalu. Konsert Abg Botak Maher Zain sememangnya boleh dikategorikan sebagai konsert yg "syok layaann"..

Jauh-jauh datang, best sangat ke ? Kira orait la jugak. Berbaloi. Dan ada juga sedikit manfaat buat Rumah Raudatus-Sakinah yg menjadi penganjur. Rumah untuk anak-anak remaja yg tersilap jalan tak bisa di undur. bukan seperti terlajak perahu boleh di undur.

Tidak mengapalah yg penting mampu membentuk diri menjadi lebih baik drpd sebelumnya. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Jika ikut jumlah dosa..ramai lagi hamba Allah yg berdosa tapi pengakhirannya menjadi wali-wali Allah dan orang2 yg beriman lagi bertaqwa.
Sama-sama kita perbaiki diri..Insya Allah..Insya Allah..Insya Allah..you'll find your way :)

Aura En. Maher ini cukup kuat. 8 lagu cepatnya macam 8 minit.
Terhibur. Dengar-dengarnya beliau akan kembali ke Malaysia Februari 2011 utk projek lebih besar. Filharmonik KLCC menjadi sasaran.
Mahu layan utk kali kedua ? Entah. Belum tahu lagi ! :)

Bro.MZ bersama 3 orang penyanyi cilik. Tapi hafal lirik Insya Allah tuh.
Budak2 nih kuat ingatan
Kena suruh masuk kelas Tahfiz belaka, bagus nih :)


Nota akhir : Memang layan ini showcase. Daripada layan Si Adam Lembik Lambert yg minat pd jantan tuh. Baik gua layan Bro. Maher Zain :) Insya Allah !

Wednesday, October 13, 2010

Tokei Dinar Emas

Seminggu dua ini, saya merapatkan kembali jalinan ukhwah yg telah lama terputus dek kerana faktor geografi. ( Kini beliau di Pulau Pinang )

ZaizulAkmar.  Sahabat lama saya tika di sekolah agama petang ( Johor )
Sama-sama di darjah 6. Umur saya 12thn manakala beliau 15thn.

Bagi saya dia "Abang"  senior yg perihatin lagi boleh diharap. Melindungi saya drpd dibuli budak-budak sebaya saya. Saya ibarat pendatang asing di situ kerana bersekolah kebangsaan di Kampung saya, sedang sekolah agama pula di bandar Endau.

 Macam-macam kami belajar.
Ilmu Ibadat, tauhid, jenayah ( rejam, potong tangan, sebat, takzir..),
faraid ( bagi harta ), muamalah ( bizness ), munakahat ( nikah kawin hehehe ), Bahasa Arab, tafsir.
( Cuma tak jadi Ustad je lagi, walaupun tepung kastad kerap dimakan bila menjadi puding :) )

Bagus sekolah agama petang di Johor nih ?  Bagus memang bagus cuma aplikasi dalam kehidupan je kurang. Kami belajar ilmu jenayah, hukuman zina rejam / sebat. Tapi alam nyata bayar denda aje. Settle !
Bak kata dato Ismail Kamus Al-fulus sufiddunia, wal mampus fil akhirah !

Kami belajar muamalah, hukum jual beli, jangan ada riba, tapi riba berada dimana-mana. Tempias terkena juga.
Kadang bertanya juga, apa makna ilmu yg kami pelajari ?
Ada nilai ? Atau ianya Rubbish ? ( Lama-lama ilmu ini pupus juga ). Siapa yg harus bertanggungjawab ? Akhirat nanti pakat-pakat jawab la kita.

Itu kisah lama. Antara saya, dia,dan sekolah agama petang Johor. Kisah pada tahun 1992. Kisah hari ini, beliau telah menjadi TOKEI Agen Publicgold.
Pehh, jual emas beb !

Apa-apa pun tahniah la buat saudara Zaizulakmar Zainuddin.
Kalau dah terlebih sangat kepingan dinar tu, hulur-hulur la pd ex-adik junior kau ini :)
Kenang daku dalam dinar mu ! :) 


Nota hujung : Jika mahu mencuba beli dinar, apa salahnya kan ? Saham amanah still go on. :). Tuan-tuan juga boleh mencuba.

Thursday, October 07, 2010

Hah, Kasut Futsal ?!

Agak-agak, kalau gua tolak kasut nih korang nak beli tak ?
Ori punya. Ini betul-betul. Bukan chobaan !
Brand : Figos
Usia : Baru lagi. Masih berbau kilang. ( Bukan 2nd Hand ! )
Spesis : Figos Qatto
Kegunaan : Sedap dimakan dipakai untuk mereka yang gila ronggeng berfutsal dan yg gila melaram dgn kasut sukan. Nampak ayu macho gitu !

Harga : Tak mahal. Mampu milik. RM90 RM70 je !

Pakcu : Bagi yang poket kembung mungkin anda boleh belek Adidas Sala yg berharga RM200 di Al-Ikhsan. 
Yang poket kempis, boleh order ini Figos Qatto dgn saya. :)
( Nak order 8 pasang sekaligus pun boleh )