ZaizulAkmar. Sahabat lama saya tika di sekolah agama petang ( Johor )
Sama-sama di darjah 6. Umur saya 12thn manakala beliau 15thn.
Bagi saya dia "Abang" senior yg perihatin lagi boleh diharap. Melindungi saya drpd dibuli budak-budak sebaya saya. Saya ibarat pendatang asing di situ kerana bersekolah kebangsaan di Kampung saya, sedang sekolah agama pula di bandar Endau.
Macam-macam kami belajar.
Ilmu Ibadat, tauhid, jenayah ( rejam, potong tangan, sebat, takzir..),
faraid ( bagi harta ), muamalah ( bizness ), munakahat ( nikah kawin hehehe ), Bahasa Arab, tafsir.
( Cuma tak jadi Ustad je lagi, walaupun tepung kastad kerap dimakan bila menjadi puding :) )
Bagus sekolah agama petang di Johor nih ? Bagus memang bagus cuma aplikasi dalam kehidupan je kurang. Kami belajar ilmu jenayah, hukuman zina rejam / sebat. Tapi alam nyata bayar denda aje. Settle !
Bak kata dato Ismail Kamus Al-fulus sufiddunia, wal mampus fil akhirah !
Kami belajar muamalah, hukum jual beli, jangan ada riba, tapi riba berada dimana-mana. Tempias terkena juga.
Kadang bertanya juga, apa makna ilmu yg kami pelajari ?
Ada nilai ? Atau ianya Rubbish ? ( Lama-lama ilmu ini pupus juga ). Siapa yg harus bertanggungjawab ? Akhirat nanti pakat-pakat jawab la kita.
Itu kisah lama. Antara saya, dia,dan sekolah agama petang Johor. Kisah pada tahun 1992. Kisah hari ini, beliau telah menjadi
Pehh, jual emas beb !
Apa-apa pun tahniah la buat saudara Zaizulakmar Zainuddin.
Kalau dah terlebih sangat kepingan dinar tu, hulur-hulur la pd ex-adik junior kau ini :)
Kenang daku dalam dinar mu ! :)
Nota hujung : Jika mahu mencuba beli dinar, apa salahnya kan ? Saham amanah still go on. :). Tuan-tuan juga boleh mencuba.
3 comments:
mmg impian aku ni... x sbr nk tunggu citer dr ko...
heh. Gua pun.
Saham dan dinar. Nak try jugak separuh-separuh.
Kena pulak saham makin naik nih. Lu kena cepat beli bro sebelum dia terus naik. Nak tunggu turun mungkin kena tunggu ekonomi Malaysia / dunia drop mcm thn 2007/08 la..
aku dh jumpa agen kat JB...mmg aku nk beli dlm bln ni gak...
ko tu bila lak nk uruskan PM aku? huhu...x sabar ni...
Post a Comment