Nak mamp*# ke apa ?
Kisahnya di suatu petang yg menghampiri maghrib. Aku berkereta utk ke masjid jamek. Di pertengahan jalan berselisih dengan 2 buah motor. Kedua-dua penunggang mempamer aksi spt di atas ( cuma tidak la sampai berdiri atas motor ).
Membuat aksi wheelie dari arah bertentangan dengan aku. Gila ke apa mereka ni. Dengan kenderaan lain masih ada di kedua2 arah masih nak berlagak dengan aksi sebegini.
Aku juga punya kawan2 suatu masa dahulu. Mereka juga kaki motor. Tapi mereka tak se Brutal remaja hari ini. Andai mereka tergolek di depan kereta aku dan aku melenyek kepala mereka ? Aku juga diburu keluarga mereka. Orang hospital juga susah. Polis juga susah. Semua susah. Kalau mam!@* tanpa menyusahkan manusia lain tidak mengapa.
Andai ada pula nyawa melayang dek kerana aksi bodoh mereka ini, bagaimana ?
Andai diseranah sekalipun, sindrom kau peduli apa barangkali dah cukup tebal.
Akhir kata. Apa nak di buat dengan golongan ini ? Dihimpun mereka dlm program, kolah masjid menjadi tempat mereka berenang. ( Putera UMNO sila fikirkan idea lain )
Mungkin kena fikir alternatif lain. Pabila jiwa sudah tiada roh Islam. Roh agama. Hanya ada hiburan ( Siapa ye yg melambakkan hiburan ? ) maka inilah jadinya. Teguk arak, berjudi di kala org lain sedang bersolat Jumaat. Aku tidak pergi jauh...semuanya di mukim aku yg serba kecil ini. Di tempat ceruk sebegini, di bandar apatah lagi ?
Ayuh. Fikirkan bersama utk selamatkan muda mudi kita drpd terus jahanam.
No comments:
Post a Comment