Tuesday, June 07, 2011

MemBERESkan Kalkatu

Semestinya rumah anda pernah diserang kalkatu. Berterbangan menghurungi lampu.
Yang bikin hati panas, esok terpaksa menyapu sayapnya yg berserakan di lantai. Argghhh..

Gambar drpd blog akuanakpahang.blogspot.com


Pelbagai kaedah saya lihat. Antaranya meletakkan lada kering dicelah lampu kalimantang itu.
Atau dengan Semburan ridsect ( tapi esok nak kena sapu jugak ! ).
Paling mudah duduk je dalam kegelapan. Off semua lampu. Sure, dia/kalkatu akan terbang cari lampu rumah jiran :)

Di sini ada cara yg praktikal saya cadangkan untuk korang kalian
( bagi yang belum tahu la )
Iaitu dengan mengikat plastik pada lampu kalimantang seperti gambar di bawah ini ;


Plastik yang mujarab adalah plastik MERAH.
Mungkin dia suka warna tu. Betul atau tidak dia suka warna merah, kena tanya dia la.


Setelah diikat pada lampu, anda akan saksikan semua kalkatu berebut-rebut untuk masuk ke dalam plastik.
Akhirnya, clear ! Semua dah duduk dalam daa...
Dah clear tu..pandai-pandai korang la nak buat apa. Nak ikat dan buang plastik tu atau apa-apa je la.
(  Mungkin boleh letak air sikit kat dalam plastik tu supaya ia tidak terbang keluar ).

Jika anda biarkan plastik itu tanpa sebarang tindakan maka kalkatu tersebut akan terbang keluar. Pergi ke mana ? wallahu a'lam.. Plastik itu akan kembali kosong. Tapi yang pasti TIADA lagi "kepaknya" yang berserakkan di lantai. Insya Allah.

Selamat Mencuba !

*** Terima kasih buat Abang.Long ( Senggarang ) atas petua yang diberi. Mujarab sungguh !

Thursday, June 02, 2011

Layan Lagu Tema Imam Muda


Lagu ni kategori boleh layan.
Paduan suara Mawi dan Akhil Hayy memang OK. Menjadi. 
Muzik bagus. Lirik pun cantik.

Hasil kerja Edry KRU. Dan lagunya macam biasa la, ala-ala Rabbani
Kesimpulannya ; Gua Saya suka.


Mana nak download MP3 ? Pandai-pandai koranglah. Takkan itu pun nak ajar.


Lagu Tema Imam Muda 2 : Hambamu

Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya di hati terang...Allah
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang...Allah
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Hambamu Allah…..

Mawi

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy

Usaha dengan doa,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang...Allah
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang...Allah
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah