Tuesday, August 26, 2008

Dalu kami bersumpah... Tumpah !

Teringat masa kanak-kanak dulu.
Saat di sekolah rendah. Saat aku mula faham tidak boleh berkata dusta.
Saat itu jika bertekak dengan kawan2 tentang satu perkara yg diragui kebenaran, kami akan segera bertanya “ Betul kau cakap ni ? sumpah ?”

Yang berbohong atau bercerita palsu akan segera mengakui. Ataupun kalau ada yg nakal spt abang aku dia akan menyebut perkataan “ Tumpah ! “
tetapi tempo sebutan perkatan tumpah diperlajukan bagi mengelirukan orang. Dengan harapan orang akan tersalah dengar yg dia menyebut perkataan sumpah tapi hakikatnya tumpah.

Dia juga takut nak sebut perkataan sumpah !
Akulah mangsa putar belitnya kala itu. Dulu la, kini tidak lagi. :)
( Maaf Bro, mengimbau zaman kenakalan lalu :) )

Itulah zaman kanak-kanak kami. Dalam usia semuda itu, kami takut nak bersumpah. Takut dimurkai tuhan yg Esa. Takut kena bala’. Takut macam2 lagi yg bakal menimpa kami. Bagi kami sumpah bukan boleh dibuat main. Kalau disambar petir siapa yg nak tolong ?

Itulah dia nama dunia kanak-kanak.Hatinya lurus. Tulus. Suci. Murni. Tiada berani mempermainkan kata2 sumpah.

Pakcu : Hari ini ,rajin benar org bersumpah. Macam dah tiada apa2. Dah tiada nilai. Dah jadi mcm sampah. Sekejap mengaku rela, sekejap kata dipaksa.

Mungkin akidahnya cukup kuat bahawa Allah Maha Pengampun. Selagi tak murtad ada peluang lagi nak lari dari Neraka Jahannam. Maka bolehlah jika ingin berdusta.

Lantak kalianlah. Nak bersumpah atau tidak. Cuma andai sumpah itu palsu, sama2 kita saksikan kesudahannya. Dosa dgn Allah, boleh diampunkanNYA, dosa dengan manusia ? Sila selesaikan dan jumpa dengannya di sanalah, di hadapanNYA !

Saturday, August 23, 2008

Err..turun banyak lagi boleh ?

Hari ini minyak turun. Sebelum ni rm2.70, sekarang rm2.55.

Tajuk di atas macam tak bersyukur aje bunyinya. Terima kasih tetap terima kasih, tapi kalau dapat turun 70 sen ke atau bawah lagi ke..haa..."baru ada kellleesss." ( ayat geng artis)
Janji harganya turun septemberdipercepatkan seminggu. Terimakasih walaupun keraguan masih timbul, sama seperti ahli SAMPAH SUMPAH NEGARA, sehari sebelum penamaan calon dia bersumpah.( Tabik ! Berani sungguh dia)

Kata ahli sumpah negara, "Ini kebetulan,tiada kaitan dgn pilihanraya." :)

Turun harga minyak? Daku juga percaya ini juga kebetulan, tiada kaitan dgn pilihanraya :)

Apa2pun, harga brg yg naik sebelum ini, aku juga percaya para penjual tidak akan menurunkannya. " Minyak naik banyak, turun sikit,takkan saya nak turun harga brg, rugi la beb ! "

Penutup : Masih berharap minyak terus turun dan turun...turun lagi.

Wednesday, August 13, 2008

Dia juga manusia biasa

Dirinya adalah idola sekian peminat dan penyokong...
Lawan dan kawan menghormati
Yang buta hati sahaja tergamak mencerca


Tapi dia juga tidak ma'sum
Dia juga hanyalah seorang manusia biasa
Tiada terlepas daripada tersalah laku tersilap bicara

Untuk itu,
Alangkah indahnya jika dia merendahkan diri
Mengakui kesilapan lalu, keterlanjuran kata
Pasti bukan sedikit yg akan terusan berdiri dibelakangnya

Wahai guru kami tidak ingin lagi sebarang kontroversi
Kronisme itu cukup menghiris, mengguris
Akui kesilapan lalu dan kami akan berlapang dada denganmu

Agar tiada lagi musuh yg dapat menuding jari, mencerca dan menghina
Melaungkan kata " penimbang dan bulan tiada beza,suku sakat boleh menyapu projek yg ada"
tidak, kita tidak sama dengan mereka sama sekali tidak

Guru, moga selepas ini tidak tersasar dalam menutur kata
Kerana di luar sana "mereka" menunggu saat dan ketika untuk menghunjam dengan kata-kata nista !

Guru, perhimpunan sudah tiada berapa hari lagi, alangkah indah jika ia Menjadi medan untuk sama-sama bermuhasabah, mensucikan diri dan Memurnikan suasana yg kalut kini

~ Pakcu di tengahari yg dingin...~

Tuesday, August 12, 2008

Penuhi Hajat
( Gambar : Bergambar bersama KakTi dan Abg Lah nya )

Sabtu lalu, ke JB bersama Sirap. Mengambilnya di Keratong ( Turun Bas KL - Mersing ), sejam lamanya dia menunggu. Macam2 bebelan. Hahaha, apakn daya, lewat coz meeting panjang amat.

Start 9.40 pagi tamat jam 12.40 tengahari.

Kami berkejar terus ke JB. Tiba jam 6.30 ptg di rumah pengantin. Dah lenggang. Namun ia ada hikmahnya. Kami dapat berbual panjang dengan pengantin. Org lain yg datang awal, pengantin terpaksa layan suam-suam kuku aje. Kami sampai panas punggung la ( di sertai soalan-soalan maut drpd KakTi ).

Biasa la, org dah kawin, mesti sibuk nak tanya yg bujang hensem nih bila lagi nak...? huhu. Sadis je.
Sengih campur senyum adalah jawapan terbaik !

Buat Kak Ti and Pak Abg Lah, moga lekas2 timang baby. Chaiyok.Chaiyok :) ( Kawan aku kata ertinya selamat berjaya, ye la agaknya tu )


Pergi JB kalau tidak singgah Plaza Angsana, maka ia jadi semacam kuah laksa tak cukup santan.
Melilau ke Al-Ikhsan pastinya. Mencari kasut Futsal. Setelah hajat tercapai, melilau lagi. Nak ke Badan Bookstore bagai tiada nafsu, buku yg ada pun banyak tak berkhatam, nak tambah koleksi baru ? Cheh !


Destinasi terakhir kami adalah Taman Kota Masai. Di mana lagi tempat utk lena kalau tidak di rumah bapak saudara aku yg rajin main saham ( Bukan saham internet ye )

Sekian catatan ke JB.

Friday, August 08, 2008


Esok mahu ke mana ? Mahu menyertai demonstrasi membantah kekurang ajaran Majlis Peguam yg mahu mengadakan Forum Memeluk Islam ( Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal memeluk Islam dan bidang kuasa Mahkamah Syariah )

Namun apakan daya aku terlalu jauh utk turut serta. Majlis Peguam suka benar bermain dengan api nampaknya.
Apa2pun sama2 kita mendoakan kegagalan forum tersebut.

Esok sekolah ganti utk cuti Aidilfitri. Dan petangnya aku berkejar ke JB utk hadir majlis walimatulurus Kak Rosetti Poh Yuen Yi.
Pasti kalian masih ingat, Bekas Exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM yg sihat-sihat orangnya itu :)

Kalau warga Kolej Mohamad Rashid lebih2 lagi mengenalinya.
Kad jemputan tiada dpt utk di publish di sini coz kakti dah pos ke kampung. Nak ambik ? 140km, siapa sanggup ?! Kepada sahabat2, jumpa di sana. Anak Johor terutamanya.

( Tak dpt kad pun datanglah, kira aku wakil jemput utk kalian ) :) Sure kakti akan tersenyum lebar. Tak percaya ? Datanglah dulu !

Angin Ahmar / Stroke
Sebelum ke masjid utk Solt Jumaat, sempat menonton rancangan Al-Hidayah di Tv3.
Ada la part, ustaz tu cerita bab angin ahmar atau omputih sebut stroke. Sebelum ni tahu, tapi kurang peduli sangat. Kurang mengkaji. Tapi tadi info perihal penyakit yg digeruni sekian ramai org di ceritakan di Tv. Ini sedikit kisahnya.

Mengikut sejarahnya ia bermula sejak zaman Nabi Sulaiman alaihissalam. Angin ahmar ni rupanya, memang sejenis angin. Kiranya benar2 angin la. Bukan saja2 je ia di beri nama angin. Angin yg berpenyakit ini di bawa oleh jin ! ( Baru ku tahu ! ) Cucu Rasulullah S.A.W, Saidina Hassan pernah terkena angin ini menyebabkan beliau lumpuh.

Tika itu datang Jibrail. Nabi lalu bertanya adakah ubat yg dpt menyembuhkan ? Maka Jibrail berkata ya Rasulullah. tapi tunggu sekejap.
Jibrail menghilang kemudiannya muncul kembali dan mengajarkan Baginda Nabi, Doa utk melawan penyakit angin ahmar.

Doa nya ? Tiadalah dapat dinukilkan di sini. Sahabat2 silalah mencarinya di toko2 buku, belek2lah buku perubatan secara Islam. Insya Allah ada.
?

Tapi dari sudut Sains pula / yg nampak di mata la :
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu.

Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima
oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi.

Angin ahmar ialah kecederaan
saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok.

Senjata dan perisai mukmin, bukankah doa ? Selain mendapat rawatan zahir di hospital, amalan melalui rohani jangan dilupa, tidak begitu ? DIA yg mendatangkan penyakit, DIA jualah yg menyembuhkan maka kepada DIA lah tempat sewajarnya kita bermohon.

Wednesday, August 06, 2008


Retak lagi !

Beberapa hari lalu, ia retak lagi !
Dan kali ini berapa juta pula akan lebur utk membaik pulih.

Menteri yg bertanggungjawab dlm pembikinan MRR2 ini telah pun di tunjuk pintu keluar oleh pengundi pd pilihanraya lalu. Tiadalah ia di parlimen lagi utk memberi seribu alasan selepas PRU 8 mac lalu.

( Semuanya salah orang lain ! )

Dulu panggil pakar Jerman, kali ini ?

Arghhh, sudah bosan dengan ini semua. Selain daripada pakar jambatan eloklah juga dikerah segala pakar BPR dan yang berkenaan bagi memastikan ada yg perlu bertanggungjawab.

Jangan suka2 hati lebur duit tapi jambatan goyang juga !

Rakyat Jepun jambatannya goyang dek gempa bumi, rakyat Malaysia ?
Bak kata pelawak Nabil, "Lu pikirlah sendiri ! "

Soalan : Kenapa MRR2 goyang ?

A. Jambatan ini penuh dengan rasuah ?

B. Ramai pekerja yg me repair MRR2 adalah peminat Inul, goyang gerudi. :)

Monday, August 04, 2008

( Gambar : Kaum Keluarga terdekat bergambar bersama TMJ )


Tengku Mahkota Johor ( TMJ )Return !

Entah apa gerangan, Tengku Mahkota kembali ke rumah mak long setelah seminggu kembaranya berlalu. Kaum keluarga yg sebelum ini tidak berkesempatan utk bertemu beliau pd minggu lalu mengambil peluang kedua ini utk beramah mesra dengan beliau.

Apa yg istimewa di rumah mak long ku itu ( Felda Endau ) aku pun tidak tahu. Hanya beliau yg tahu. Apa2 pun maklong sangat berbesar hati menerima tetamu di raja utk kali kedua dlm tempoh 8 hari. 2 ekor lembu tumbang utk di buat sup ( Khabarnya TMJ suka dgn sup yg di masak sebelum ini ).

Sekali lagi perkarangan rumah maklong dipenuhi org kg dan juga rakyat jelata yg ingin melihat TMJ dari dekat.

Aku ? Sekadar sempat utk menjadi despatch, menghantar buah kuini utk beliau. Payah benar mencari kuini di Johor Bahru kata pengiringnya.

Sekali lagi terima kasih buat Tengku Mahkota yg sudi mencemar duli berkunjung ke bumi Felda Endau.

Hmm...Alahai Ezam
<<<--- Gambar Ezam satu masa dahulu..
Agak geli juga membaca berita Minggu hari ini yg menyiarkan kata2 Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Saudara Ezam Mohd. Nor terhadap bekas “Bos” nya yg akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh.

“Anwar bukan Pendekar sejati, kalau dia betul Pendekar dia tak akan menyorok di kawasan selamat.”

Aduh, En. Ezam, siapa yg ingin bertanding utk kalah ? Kenyataan yg anda bg sgt menggelikan atau lebih tepat ia adalah kenyataan bangang lagi pandir !

Kenapa PM atau TPM tidak bertanding di Kubang Kerian atau di Permatang Pauh pd pilihanraya umum yg lepas ? Budak yg tak sekolah pun boleh jawab !
Anda seorang bekas S/U Politik boleh bagi kenyataan pandir seperti ini ? Amatlah memalukan.

Walauapapun aku bukanlah peminat setia DS Anwar Ibrahim tapi bagi aku keputusannya bertanding di Permatang Pauh adalah tepat. Ada jalan mudah untuk apa bersusah2 ? Usah jadi pandir ! Untuk Kes liwatnya, sama ada benar atau tidak biarlah Allah yg tentukan.

Apa yg aku yakin, kebenaran tetap akan timbul. Jika Anwar benar maka kebenaran akan memihak kepadanya. Insya Allah dia akan selamat drpd aib dunia dan azab akhirat.
Namun jika dia salah, kebenaran pasti tidak akan bersamanya. Dan laknat Allah juga akan mengiringinya di atas segala kejahatannya andainya dia benar2 melakukannya.

Lambat atau cepat, tunggu dan lihat, Allah jua yang Maha Mengetahui !

Tuesday, July 29, 2008

Risau dan muram

Risau kerana ular itu datang lagi utk mematuk dan akan melarikan diri sebagaimana biasa dlm sejarah mana2 ular berbisa pun. ( dah patuk je blah ! )

Muram kerna Gerakan Islam mula kucar dek kegelojohan. Atau sebenarnya apa ?

Harap yg haru biru ini segera berlalu.

Bagi aku, biarkan ular itu mati dahulu. Ular sudah nazak. Jangan dirapati sarang ular. Kelak terkena patuk lagi !


Mengaji, Al-Ma'thurat dan Zikir

Ketiga-tiganya mudah disebut, namun bagi yg berkarat hatinya dengan dosa pasti sukar utk melaksanakan dengan ISTIQAMAH. Perkataan ini perlu jelas, ISTIQAMAH !

Termasuklah yg menulis ini. Pabila sudah bekerjaya, amalan rutin suatu masa dulu, kini tidak pasti apa yg sudah jadi. Alasan iman sekejap naik, sekejap turun, boleh pakai ke ? Biarkan ia terus begitu ? Selamanya begitu ?

Ye, benar. Banyak kerja. Semua orang banyak kerja. Tapi bila kufikir-fikir, sebenarnya kerja itu tidak menggangu mana pun. Sama sekali tidak menggugat masa utk bercinta dgn yang Maha Pencipta.

Aku yg tidak memperuntukkan masa utk bercinta. Bagaimana mahu kuraih cinta-Nya ?
Kerna aku sibuk dengan hal lain atau lebih tepatnya DUNIA. Lebih menyintai tidur daripada berpagi-pagian dengan sejadah. Malang. Malang sungguh.

Benar, kerja2 meninggikan Islam juga ibadah, namun pabila kita langsung tiada masa tidak memperuntukkan masa utk bercanda, berkasih-kasihan, bercumbu rayu dgn DIA, sebenarnya kita belum benar2 menyintai-NYA.

Maaf, entri ini bukan untuk sesiapa, tetapi untuk yg menulis ini.

Sunday, July 27, 2008

Sekolah ganti, selsema dan Memori The Zikr

Pagi kami bergotong-royong, mengelap tingkap2 yg berdaki tebal.
Kerjanya tak banyak mana tapi, letih, lesu mengulit diri. Angkara demam selsema yg masih belum pergi. Pil selsema sebagaimana biasa menyumbang pd kantuk dan sangap.Warghhh…

Semalam walau kelemasan dgn selsema masih sempat ke Segamat. Hutang dengan AmFinance perlu di lunas. Ke UpWell, dah lama tak membeli seluar slack. Belasah sehelai. Cuma agak terkejut dengan kelebaran size pinggang hehehe..bila pulak pinggang aku lebar nih. Nampak gayanya tiap petang harus bersukan le jawabnya.

CD Nazrey Johani “Nostalgia Memori The Zikr” turut termasuk dlm shopping list.
Lagu lama dengan nafas baru, nazrey berjaya membawanya dengan baik. Al maklum, dialah penyanyi asal semua lagu tu. Berapa bintang nak ku beri utk album ini ?
4 starz. OK la. 7000 unit dah terjual utk tempoh sebulan. Bagus la tu.

Sunday, July 20, 2008

Majlis Perkahwinan Kurang Meriah

Semalam bersama bonda aku menghadiri majlis perkahwinan anak muridnya, di hujung kampung. Kami agak lewat. Jam 3 lebih baru bergerak, namun masih ramai tetamu yg hadir di sana.

Meja penuh, maka terpaksalah makan bersama 2 orang makcik ldari kampong sebelah.
Borak punya borak, terpacul daripada mulut makcik

“ Majlis tak meriah, sepi. Tengoklah nanti majlis ni di kampung kami pulak.”

Sambil menyuap nasi, ( sedap banget lauk kurma' nya ) kepala ligat berfikir, kurang meriah ? Tak meriah part mana ? Org ramai mcm biasa, pengantin pun sedang elok makan “Damai” bersama ahli keluarga.

Setelah menganalisis, akhirnya jawapan ditemui,rupanya baru aku faham, tiada kumpulan kugiran / band bermain muzik dan menyanyi. Karaoke pun tiada. Patut la makcik tu kata tak meriah.

Kasihan umur sudah 50an masih tak faham yang mana undang berkat yang mana undang laknat. Pabila budaya kugiran, karaoke dah menjadi darah daging, kenduri yg aman damai tanpa bingit gitar dan nyanyian penyanyi yg bagaikan nak meletup gegendang telinga tiada, dikatakan kurang meriah.

p/s : Analisis kedua dibuat, makcik ni serasaku pekat dacingnya. Darah membiru bukan lagi merah. Maka tiada apa lagi dpt kukatakan. Mungkin hasil kurangnya ke kuliah2 di surau, ilmu yg ada pun tidak ditambah, atau mungkin tahu tapi keinginan “memeriahkan majlis” mengatasi segalanya. Nak ku kata apa lagi, dah memang begitu !

Exco Terengganu dapat Mercedez seorang sebijik !


Aduhai, di saat harga minyak melambung, rakyat terhimpit dengan kenaikan barang keperluan, semua naik, kerajaan Terengganu masih bergembira utk membeli Mercedez utk exco-exconya bagi menggantikan Perdana V6

Sudah tercabutkah tayar Proton Perdana ? Skru Enjinnya sudah relai ? Atau apa lagi ? Sampaikan perlu menggantikan dengan Mercedez Compressor bernilai RM 200 ribu lebih tiap satu.

Oh, mungkin kita terlupa, mereka baru mendapat kembali wang royalty daripada kerajaan pusat. Malang.Malang.Malang. Rakyat Terengganu kalian memberikan amanah kepada mereka yg bukan berhak menjunjung amanah.

Dikala masih ramai rakyat yg merempat, carta rakyat termiskin di Malaysia, Terengganu masih di kalangan 5 terbawah,kerajaan negeri masih senang hati meleburkan RM 3 juta lebih utk exconya bermewah-mewah. Bila nak insaf ni ?

( Selangor menjual rumah2 exco di kawasan elit yg di bina pd zaman kerajaan sebelumnya. Air free diberikan. Begitu juga dengan Perak. Begitu juga dengan Pulau Pinang yg Ketua Menterinya menjadiakan Umar Abd Aziz sebagai idola. Kelantan apatah lagi, sudah tidak tersebut lagi penjimatannnya yg dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..Masing-masing ingin menjaga amanah rakyat )

Terengganu ? Harap2 baginda Tuanku Mizan akan menegur kerakusan kerajaan negeri dalam berbelanja.

Tuesday, July 15, 2008

Kebosanan

Semalam, hari ini, kelmarin dulu..itu aje ceritanya. Kadang muak juga.


Asyik2 cerita itu juga. Cepat la Barclays Premier open season. Tak sabar rasanya. Layan bola juga yg syok. Layan Fantasy, kot season kali nih bleh lingkupkan Si Jebat hehe..Oit Jebat kalau berani turun la. Bukankau tak tahu aku dah nak ter... ini dah masuk 7 kali ku tahan Jebat !


Belek paper pagi2 sebelum masuk mengajar..terjumpa tajuk best..Nasri kini pemain Arsenal. Teringat bekas Exco MPP UPM season berapa ntah, tak ku ingat. Yang pasti dia bukanlah player yg Arsenal beli dgn harga 12 juta pound. :)

Ingat Nasri, maka ada sahabat aku akan teringat Anwar. ( Terutama Si Jebat la ).Politik punya org. Ingin bual dengannya pun kena check satu-satu, takut terkena dengan ayat politiknya. :). Dia tidak berdusta tapi bagi yg lurus bendul, ada harapan terkena.:)

Ala, tersebut lagi pasal nama yg sedang hangat. Maaf la kawan2. Apa2 pun mlm ini sejarah akan terbina lagi. Debat MINYAK antar Dato Seri Anwar vs Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek malam ini.

Sama-sama saksikan. Seorang mempejudikan jawatan sebagai menteri. Seorang lagi mempertaruhkan jawatan sebagai bakal PM. Mana yg terlingkup ? Allah jua Maha Mengetahui.




Sunday, July 13, 2008


Lewat Malam

Pagi semalam, ke markaz surau didatangi Datuk Tn. Ibrahim Tn. Man. Seingat aku, beliau belum pernah menjejak kaki ke kg ini. Dulu hanya dpt dilihat di TV1. Hal Ehwal Islam. Dulu la, zaman Jepun dulu. Kini dpt lihat dan bersalam secara live.

Kuliah Duha yg disampaikan banyak input bermanfaat. Bersama Mp3 player yg dibeli 2 thn lalu aku merakam kuliahnya. Masih boleh di harap MP3 player ini.

Org kata kuliah ustaz2 PAS banyak kisah politik daripada kisah agama.
( Agama dgn politik suatu yg terpisah ke ? Tak habis2 dgn pemikiran sekular. Kalau dituduh pemikirannya sama dengan paderi zaman dulu,yg pisahkan agama dan politik, marah pulak ! ).

Tapi nyata kuliah duha semalam hanya menyentuh sekitar 10% kisah politik negara. Selebihnya adalah tarbiyyah / didikan utk menjadi muslim yg baik di sisi Allah dan manusia.

Kuliah ilmu sehebat ini pun kedatangannya tak seberapa. Kerana duha kah ? Kerana publisiti kurangkah ? atau kerana sibuk di Pasar Tani membeli belah..


Apa2pun syukur pdMU ya Allah kerna masih diberikan kekuatan kpd diri ini utk hadir seketika utk mengutip ilmu kurniaanMU.

Sunday, June 29, 2008

Tak Habis-habis...

Kisah lama, di ulang kembali.
cerita lama.
Nantikan sahaja episod seterusnya.
Kala akuan bersumpah Raja Petra belum lagi di ambil apa2 tindakan terhadapnya ( saman or bawa Raja Petra ke mahkamah ), muncul pula kisah liwat...
Anehkah ini ? Dulu ya, sekarang sudah tidak aneh lagi, permainan biasa dulu kini dan selamanya...

p/s : Kaburkan kisah utama, wujudkan cerita kedua..that's correct..correct...

Saturday, June 28, 2008

BLOG DLM PROSES PEMBIKINAN..BELUM SETTLE LA BEB !!

Friday, June 27, 2008

1 Juta = Emas Olimpik ?

Kerajaan kita telah mengumumkan, RM 1 juta sebagai ganjaran buat mereka yg meraih pingat emas Olimpik kali ini.

Aduh malang lagi rakyat Malaysia, duit dibazirkan begitu rupa. Dlm saat rakyat terbeban dgn kenaikan minyak, barang keperluan, mudah2 aje sejuta dijanjikan / dileburkan utk sebuah nama, kegemilangan sukan di mata dunia.

Kerajaan masih belum insaf nampaknya. Tsunami politik dlm pilihanraya baru2 ini belum cukup utk memahamkan. Ramai lagi rakyat belum cukup makan. Kais pagi makannya kini utk petang, bukan pagi lagi !

Tak percaya ? Tanya TV3 la yg buat Rancangan Bersamamu. Itu yg ada di tayang di TV, yg miskin, melarat yg tak keluar TV tu ? Berapa ramai ?!

Buat Menteri yg ingin benar meleburkan duit sejuta utk 1 pingat emas, silakan..teruskan hajat itu

TAPI DUIT ITU DUIT POKET ANDA, BUKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA !


Mengerti ? Maaf Encik, saya bukan sedang berbahasa turki ni !

Tuesday, June 17, 2008


Selamat Bersara Bonda...
Bermula 1971 dia menjadi pendidik. Menjadi pendidik di rumah dan jua di sekolah.
Ramai anak muridnya tidak terkira, yang sama-sama menjadi pendidik pun ada.
Esok adalah tarikh akhir buat dia utk bergelar warga pendidik.
Di bibir dia sentiasa melafaz tidak sabar untuk berehat di rumah. Namun aku pasti dia akan terkenang2 suasana sekolah. 30 tahun lebih mencurah bakti, pasti dai merasakan sebuah kehilangan...Gelak tawa anak murid dan senyum para guru di bawah seliaannya. Aku pasti di Majlis Perpisahannya esok, yg bakal di raikan oleh para guru dan ank muridnya air mata akan menitis jua.
Apa-apa pun selamat bersara bonda. Moga dapat berehat. Dapat menumpukan kepada ibadah. Dapat menjaga nenda sebaiknya. Dapat menjadi anak murid Us. Arif dan Sa'mah yg setia.
Bonda, Selamat Bersara !

Sunday, June 15, 2008

LINGKUP !

Dah berlapuk. Penuh dengan kulat blog nih tanpa new entry.
Macam bizi benar..boleh tahan la.

Euro tak berapa naklayan, England tarak maka layan lebih kurang aje. Kali ni Support Portugal walaupun kekurangajaran mereka pd England tika WorldCup masih berbekas.
Dan walaupun Ronaldo dah nak blah !
Final 29 Jun ni rasanya Bangsa Portugis dan Belanda akan beraksi, agaknya la.

Terkini
laptop Compaq aku lingkup. First kerana virus. 2nd maybe kerana install 2 antivirus.
Begitulah menurut kata pakar.
Yg pasti selepas ini hanya kaspersky original yg bakal di install kan. Salam perpisahan buat AVIRA...bukan tak bagus tapi bikin clash aku punya program. Sampaikan Windows pun corrupt dibuatnya. Hampeh !

Kepada yg ada 2 antivirus..better kalian simpan segala data dlm external hard disk or mana2 la back up storage sebelum menangis berlagu syahdu kala drive C di FORMAT !

Saturday, March 22, 2008

Selamat Hari Lahir Rasulullah S.A.W

Khamis lalu sambutan maulid diadakan di merata tempat. Yg grand spt biasa adalah di Stadium Putra Bkt. Jalil.

Ustaz kata, Nabi itu pembawa berita. ( Naba' ). Kerna banyak berita yg dibawa utk dijadikan pedoman umatnya, utk selamatkan umatnya maka sebagai umat wajarlah meraikan sambutan maulid, tanda terima kasih, cinta kpd baginda.

Walaupun baginda sendiri tidak pernah menyambutnya. Namun hanya dengan sambutankah ?



Untuk itu Ada sebuah kisah di sini utk di fikr bersama...
Kisah pasangan suami isteri.

Pada suatu hari pulanglah si suami dari tempat kerjanya. Bersamanya terdapat sebuah bungkusan lutsinar. Di dalamnya kelihatan kalungan rantai berlian. First class lagi !

Tiba di pintu rumah, setelah memberi salam dia disambut oleh isterinya ( Lagi di cintai dan di kasihi )

Setelah di peluk cium oleh si isteri, si suami menghulurkan bungkusan hadiah kepada isterinya. Dengan hadiah begitu mahal dia pasti pipinya akan dicium sekali lagi !

Namun yg berlaku adalah sebaliknya. Isteri tercinta itu mengambil bungkusan hadiah, membelek-belek..dan akhir sekali mencampakkannya ke tong sampah !

" Kenapa dinda buang hadiah drpd kanda ?" Tanya si suami dgn dahi berkerut 4 lapis.

"Takpe, saje je. Bukan penting pun. Yg penting tiap kali kanda pulang dinda sambut." Jawab si isteri dgn penuh yakin campur selamba.

"Bukankah hadiah tu, mahal. Dinda tak suka ke ? Dinda tak hargai pun." Si suami masih takpuas hati dgn wajah tampak sedih. Air jernih mahu menitis tapi ditahan-tahan.

"Kanda, dinda sambut kepulangan kanda pun OK apa. Tak cukup lagi ke ? Yg lain2 tu forget it. Abaikan. Sory ye."

"Takpe la, mungkin kanda perlu cari suri rumah baru. Assalamualaikum !" Si suami melangkah pergi. Sedih, kecewa, semua ada. Bercampur baur.
Seminggu berikutnya dia beristeri baru. Dengar khabarnya,isteri baru org negeri China.

Berlainan pula dengan jandanya yg terus dengan kehidupan, sbg perempuan solo. Takde laki pun tak mengapa katanya.

~Begitulah kisahnya. Nabi pembawa berita gembira, Quran sebagai pedoman utk selamat di dunia dan akhirat.

Setiap tahun hari kelahiran baginda kita sambut, ajarannya ? kita campak ke tepi. Kita mengaku cinta, setiap tahun lembu dan kerbau tumbang utk majlis makan2. Namun, agak malang, sekadar sambutan. Apa yg baginda perturunkan langsung tak di peduli.

Hakikatnya, kita adalah spt isteri yg derhaka. Sambut dgn peluk cium, hadiah bernilai bagaikan sampah, sepi dari pandangan.


Moga kita dpt mengubahnya suatu hari nanti. Menjadi umat yg lebih cinta, lebih perrihatin kpd Rasulullah dan ajaran baginda.. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA ! :)

Wednesday, March 19, 2008


DULU..." DATUK NO..NO..NO ! "
Sambil menerkam ke arah Kekanda Mamak Bendahara


KINI..NO..NO..NO LAGI ? :)
( Kabinet baru tidak memerlukan anda lagi )
Kak Pidah, cucu anda memerlukan belaian kasih sayang anda di rumah...


Tuesday, March 18, 2008




AIR FREE


Kerajaan BAru Selangor meng FREE kan 20 meter padu air = rm 11.40
*IKLAN : Walau anda berdarah biru, keris tersisip di pinggang anda layak menerima AIR FREE ini !

Terima kasih kerana anda mengotakan janji utk memberikan kebajikan sedaya mampu.


Tanah kelahiranku. Darul Takzim, bila lagi mahu bagi air free nih ? Dengan Singapura boleh jual murah takkan dengan rakyat sendiri nak mahal-mahal jugak ?
p/s : berduyun-duyun pulak org KL pindah Selangor :)

Wednesday, March 12, 2008


Antara 2 Tangisan...
Akhbar perdana semalam memaparkan wajah bekas seorang MB yg kelihatan merah mata, hidungnya ( Sebak amat barangkali ) dek kerana kehilangan kuasa ?
Namun yg pasti walau hilang kuasa, RUMAHNYA masih gagah berdiri tidak seperti rumah-rumah penduduk Kg. Berembang yg roboh walaupun didirikan di atas tanah yg ada GERAN yg SAH ! Penduduk Kg. Berembang telah lama berendam air mata.
Kepada penduduk Kg. Berembang, doa kalian telah dimakbulkan.
Kepada yg hilang kuasa DOA orang yg di zalimi itu sesungguhnya tiada HIJAB @ PENGHALANG dgn tuhan. Teruskanlah tradisi menindas itu. Anda / Kalian berani ?


Sunday, March 09, 2008

TAHNIAH, ANDA MEMANG MAMPU MENGUBAHNYA !

Terima kasih Ya Allah kerna mengkabulkan doa kami...Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya muntaqim...
Ihzimhum wangsurna a'laihim.

Saturday, February 02, 2008


Al-Fatihah buatmu…sebuah sajak buat "kalian"

Pemergian tokoh besar. Ulama terkenal satu tika dulu juga kini. Telah kembali ke Rahmatullah. Dialah Dato’ Ishak Baharum. Semoga rohnya senantiasa dlm rahmatNYA, Insya Allah. Dengan apa yg beliau berikan utk Islam, berjuang menegakkan Islam, menjaga nama baik Islam, Insya Allah tiada anugerah lain yg lebih sesuai buat insan ini. Rahmat Allah bersamanya.

Bekas Mufti Selangor ini amat popular suatu masa dulu. Ramai menyukai ramai juga membenci. Yg menyayanginya pastilah kerana ilmunya, kasih sayangnya terhadap umat Islam di Malaysia, khususnya di Selangor.

Yang membencinya pastilah kerana beliau dianggap terlalu sibuk menjaga tepi kain orang, tunjuk baik, diam-diam sudahlah. Kau kan dah diberi gaji, sibuk-sibuk buat apa, wahai org tua ?! Ini urusan org muda.

Untuk itu sebuah sajak buat kalian

Di corong radio,
Berkemundang berita pemergianmu,
Ramai menangisi,
Suatu kehilangan besar buat Negara,
Itu kata-kata sayu mereka,
Aduh, sayu ?
Benarkah itu ? Sungguh Menjelikkan !
Bukankah kalian bersama Tuan-Tuan kalian
Yang meng NYAH kan dirinya daripada jawatan yang mulia itu ?
Menamatkan jawatan mulia itu sepantasnya ?
Mencampakkan dirinya ke pinggiran ?
Menutup terus kisahnya ?
Hanya semata kerana kalian dan Tuan-Tuan kalian
ingin membela sebuah pertandingan yg jelas dilaknat tuhan ?
Kalian bela gadis-gadis Islam yg terlalu ingin menjadi “Ratu” dengan menayangkan tubuh mereka di pentas peragaan
Hari ini kalian bersedih di atas pemergiannya ?
Hipokrit atau munfik kah ini ?
Teruskanlah sifat ini bersama Tuan-Tuan kalian
Mungkin mereka boleh menyelamatkan kalian di perhimpunan mahsyar kelak

Sunday, January 13, 2008

Yuran Free

Seorang bapa menghantar anaknya ke sebuah sekolah rendah di hari pertama persekolahan.
Berbekalkan duit RM30 dia berjalan penuh yakin, kebetulan dompet tertinggal, itulah wang yg ada di poketnya.

"Cikgu,ini anak saya amir haikal,tolong tengok-tengokkan ye cikgu. Nakal sikit dia ni."
Si Bapa tersebut memulakan intro perbualan dgn guru kelas anaknya

"Oh, Insya Allah. Takde masalah."
Jawab guru penuh santun berserta sebuah keyakinan buat Si Bapa

" Yuran tahun ni dengar katanya free cikgu ? "
Si Bapa sekadar bertanya walhal masih terbayang di matanya akhbar beberapa bulan lalu yg menyatakan yuran dimansuhkan.

"Ha, yuran tahun ni, semua sekali RM59.30 bang."
Sekali lagi guru kelas amir haikal menjawab penuh budi bahasa.

"Hah 59 cikgu ? Biar betul ?! Dulu kata free. Ni kena bayar apa pulak lagi ?"
Si Bapa agak terkejut, sedikit ternganga.

bersambung... :)

p/s : Perlukah kisah ini diceritakan sehingga tamat ? Rasanya mcm tak perlu.Sekadar ingin berkongsi cerita...cerita tentang guru yg letih nak menjawab soalan ibu bapa berkaitan yuran yg telah dikatakan percuma.

Bapak2 menteri, lain kali tolong jangan bg kenyataan sensasi ! Penat kami nak menjawab dgn makbapak budak2 kat kampung tu.

Lain kali bg tau je, yuran rm4.50 je tak payah bayar. Habis cerita !

Alahai nenek oh nenek !

Paper hari ini, muka depan. Seorang nenek berusia 44thn ( Cucu dah ada 2 org ! ) berbaris sama utk ujibakat Af 6...

Aduhai nenek. Atok tak marah ke ? Dah berusia ni, rajin2 la ke masjid, kuliah2, bukan ke konsert !









Saturday, January 05, 2008

Kami sediakan Syurga & Neraka di tahun baru
Tahun baru 2008...apa yg disajikan utk dihadamkan ? Anda mahu tahu...
1. Malam Countdown pemimpin dan juga artis...bersama persembahan bunga api yg membazirkan puluhan atau ratusan ribu . ( Rakyat masih ramai lagi tak cukup makan, ibu tunggal, anak2 yatim..)
2. Artis2 terusan bersama konsertnya. Ayuh jerit ramai2 ! Ooohhhh...phewit !
3. Forum Agama di Masjid KLCC ( konsert pula di belakang, berjiran gitu ), baru la seimbang dunia akhirat. :)
Itulah dia 2008...hiburan utk nafsu ada..utk rohani juga ada. Anda pilih antara 2..kami hanya menyediakan aje. Kalau masuk neraka wal jahannam jgn cari kami ye ( Aku andaikan pemimpin aku berkata begitu, mungkinkah begitu ? Memang pun ! Cuma x cakap je )
p/s : Di Bukit Bintang, muda mudi penuh bersahaja..menari di tgh jalan..dengan rambut punk nye, hidu gam nye..polis hanya memerhati..tiada pulak FRU nak sembur water cannon di situ :). Aku rasa polis pun takut nak tangkap..silap haribulan..polis pula berkejar ke hospital !


Wednesday, January 02, 2008

Dia dan nasib...




Dia...pernah menerajui sebuah negara yg menguasai ekonomi dunia. Tapi skandal seksnya menyebabkan dia tersungkur dari takhta. Sahih tidak bermoral !



Dia...pernah menjadi org no.2 dlm sebuah negara. Ketua tidak suka padanya dgn alasan tidak mahu ada menteri kabinetnya yg rendah moral/akhlak
Beliau dipecat. 6 thn dlm penjara. Kini bebas. Tuduhan tidak bermoral ke atasnya juga sahih dusta !



Dia...Juga org besar dlm sebuah negara. Menteri yg menjaga hal ehwal penyakit dlm negara. DVD aksinya bagai goreng pisang panas. Dia mengakui bahawa dialah aktor dlm DVD itu.( X boleh nak lari lagi dah ) Dia tak mahu letak jawatan. Mungkin dia tunggu PM pecat dia. Kita lihat apa nasib dia...









Wednesday, December 19, 2007




Ahad lalu...
Untuk kesekian kali. Rafa Benitez @ Reds Army tersungkur lagi di Anfield.
Tevez punya jawapan terbaik bagi pertemuan kali ini. Dan mungkin sekali lagi di Old Trafford ?
Rafa, anda buang dulu tajaan Carlsberg di dada player anda, barangkali selepas itu mungkin anda boleh meraih kemenangan ! :)




Sedikit Pengalaman

Jumaat lalu, pulang ke kampung bersama rakan sekelas di batu rakit, Anwar. Terengganu cerah. Kuantan hujan selebat-lebatnya. Ingin melalui Pekan, harapan gelap gelita...Pekan dah tenggelam. Ingin ke Chini jalan putus dek tanah runtuh. Tersadai di Bkt. Setongkol.

Pagi Sabtu, bersama Sepupu n Nuar redah sekali lagi. Menghala ke Chini. Jambatan masih belum siap. Ingin pulang ke Kuantan tak berbaloi, 60km beb ! Akhirnya jalan ladang sawit jadi pilihan. Lepas ! Ingin melalui jalan Segamat-Kluang-Mersing, gelap juga..air separas peha di kawasan Teh Dara ( Muadzam Shah ). Kami menuju ke Muadzam. Rehat seketika di rumah sepupu. Hj. Ramli. Nekad sekali lagi utk pulang. Kali ini andai kena naik bot, naik bot la. Kami mahu pulang !

Sampai di perkampungan org asli. Kg. Tanam, banjir di hadapan. 10 minit di situ, sebuah trak askar tiba. Yes ! Boleh tumpang ni :)

Terima kasih kpd brother askar kerana menghantar kami ke seberang. Tanpa perlu menaiki bot org asli yg tidak ketahuan berpa bakal di caj tambangnya.

Sampai di Kg. Jemeri, ada pulak lori ikan yg igin ke Mersing. Cantik la..tumpang lagi sekali. Dan kami bersama 5 org pemuda lain memanjat belakang lori. Syukur juga tiada hujan.

Akhirnya sampai juga ke destinasi. Endau. Tempat kelahiran. Bini pertama dan ketiga aku tinggalkan di Bandar Muadzam Shah :) Sory yang, jahanam enjin nak redah banjir.Hehehe. Bini kedua je boleh dibawa bersama. Bubuh dlm poket aje hahaha. N70 kesayangan.

Itulah sedikit pengalaman. Meredah sawit, naik trak askar, naik lori ikan utk pulang beraya. Syukur jalan dipermudahkan. Tidak perlu menunggu lama ada aje bantuan Allah hulurkan.
Terima kasih ya Allah !

Sunday, December 02, 2007



Menghirup udara Batu Rakit


Lama amat tak up-date..september..kini menghitung hari-hari di tahun 2007...

Andai ditanya Pakcu ke mana ? Masih di Malaysia. Bermula 19hb november lalu Pakcu menghirup udara di Institusi Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit. Hampir 20km dr Bandar kuala Terengganu.


Utk apa ? Org kampung kata sambung mengaji. Orang bandar kata sambung pengajian. Meraih secebis ilmu yg tuhan sediakan. Semua drpd-NYA belaka. Ilmu Pendidikan. Pedagogi dan segala macam yg diperlukan oleh bakal cikgu.


Kehidupan yg sentiasa rushing. Bermula seawal 7.45am tamat 6.45pm. Mengejar waktu kuliah. Waktu makan. Waktu solat. Segalanya terkejar-kejar. Sudah lama meninggalkan alam menyalin nota, mendengar pensyarah mencurah ilmu kini aku kembali dgn buku nota.Pen merah,hitam,biru,pink. Sememangnya memang telah jadi habit menyalin nota sambil meng colourful kan ia ! :)


Wireless di institusi ini dipergunakan sebaiknya. Syukurlah ia laju. Buka seperti kura-kura yg patah kaki seperti di sekolah.

Jumaat lalu ke GIANT Kuala Terengganu. Terserempak dgn senior lama tika di kolej. Abg Saufi Chik ! Kali akhir berjumpa sekitar tahun 1999..8 tahun lalu. Dan dia masih mengenali adik junior dia ini. Siap sebut nama lagi, walhal aku bukanlah terlalu akrab dengannya berbanding abg senior yg lain spt Shukri Hassan @ Abuya.
Terima kasih Abg. Saufi kerana masih mengenali saya.

Apa ada di Terengganu ye ? Entah. Monsoon Cup ? Mydin yg telah 3x aku tawaf itu ? Stadium yg belum siap utk SUKMA 2008 ? Hehehe org terengganu pasti marah. Sabar. Aku kata berdasarkan apa yg aku lihat. Apa-apa pun makanan di sini OK. Sedap di rasa, enak di makan.

Akhlak remaja juga maju di sini. Tiada segan silu lagi dengan pakaian sexy sambil menyuap makanan teman lelaki di meja makan. Tidak mengapalah, aku bersangka baik sahaja bahawa gadis yg kelihatan masih hingusan dan balaknya yg juga hingusan adalah pasangan suami isteri yg baru berkahwin minggu lalu. Ya, aku bersangka baik dgn aksi mereka !
Rasanya cukup itu saja. Sambung lain kali. Permisi dulu !





Saturday, September 08, 2007

Konsert Hayati.

Pernah dengar ? Tarikhnya esok. Bertempat di Ruums life centre KL. Tiada mahu komen apa2. Lagipun ia belum berlangsung.
Cuma mengharapakan ada yg positif. ( Bolehkah diharapkan ? )

Lagu bertemakan ketuhanan. Saya setuju. Lirik yg berunsur nasihat. Saya setuju.
Tiada alkohol. Saya setuju.

Ruang penonton lelaki/perempuan di pisahkan ? ( Belum pasti )
Pakaian penyanyi wanita terutama ratu rock negara ? ( Belum pasti bertudungkah dia )

Andai pakaian, penyediaan tempat utk penonton tidak bercirikan Islam, apalah ertinya konsert ini... Bak kata Ustaz Hasrizal dlm artikelnya di majalah i keluaran September
" Utk mengurangkan rasa berdosa."

Lama benar tak menulis.

Alaa.. blog ini bukan utk apa. Sekadar melepas apa yg bermain dlm kepala. Apa yg disetujui..apa yg kurang digemari...dan apa2 saja.

Mlm tadi ke Pusat Sukan UM. Sekadar memenuhi ajakan sepupu rapat sejak kecil lagi utk menyaksikan dia beraksi dlm Futsal Grand Final Inter Varsity.

Lingkup. Kalah 2 drp 3 games. Tiada rezeki, palang, tiang yg jadi sasaran. Net ? Hanya 3x je bola mencecahnya.

Bagi aku futsal pabila dibuat beradu, maka ganas jadinya. Shot..shot.. and shot.
Kepantasan menjadi perkara utama. Logik la ia begitu, 10 minit je setiap game. Ini bukan utk entertainment game. namun begitu ada juga yg berjaya memperagakan skill dan set piece team masing2.

Dlm banyak2 team aku tertarik dengan team yg berjersi tertulis IIUM di belakangnya.

Nampaknya mereka hanya menutup aurat tika di kampus sahaja. Masing2 ingin menayang kepala lutut. Yeah, undang2 itu kan bisa berubah bila di luar kampus...siapalah pencipta undang2 itu agaknya. rektor ? Atau TUHAN kepada rektor ?


Sesungguhnya DIA tidak marah hambaNYA bersukan. Tapi...

Wednesday, July 25, 2007


Harimau ku harimau mu jua...Hakikatnya masih begini. Tetap begini. Harap tidak terus begini !

Kembalikan belang harimauku ini !

p/s : Thank You bat pie wahab dgn logo terkini

Persatuan Bolasepak Kenasepak Malaysia...



Thursday, July 19, 2007



KERANDA TERBANG ?

VIP sekalian...Anda berani naik ? Silakan...

...di luar sana terlalu ramai yg meminta khidmat nuri ditamatkan dengan kadar segera ! Kapal Selam mampu dibeli apakah kita sudah terlalu miskin duit utk menggantikan nuri...

p/s : Mungkin kita tidak terlalu bermuram durja, berendam air mata... kerana bukan menantu kita yg menjadi janda. Bukan cucu kita yg menjadi yatim...ya..kerana ia bukan kita merasainya.

Al-Fatihah buat yg telah pergi...

Mengujakan...

Suara Hidayah
Album : SYAHADAH

Nazrey Johani Duet Bersama Akhil Hayy

Suara ku dengar menyeru kepadaNya,
Suara bergema memuji kebesaranNya,
Suara memujuk kita mendekatiNya,
Suara hidayah mengajak mentaatiNya..

Itulah suara yang ku rindui,
Itulah suara yang ku nantikan,
Itulah suara membawa kebenaran,
Itulah suara datangnya dari Tuhan..

Sambut ia, terimalah, bila datang,Pada kita,
Kerna ia, hanya datang,
Pada hamba, yang terpilih,
Tidak akan, kau temui,Untuk kali, keduanya,
Takkan dapat,Engkau cari, bila ia, telah pergi..

Syukurilah dan amalkan,
Sampaikanlah pada siapa pun,
Perjuangan dalam hidupmu,
Moga rahmat Allah bersamamu..

Saturday, July 14, 2007


Akibat kuat makan sayur @ tumbuhan hijau :D

hehehe maaf kawan-kawan.. Bila bosan begini, idea inilah yg tercurah.

Ramai sahabat2 yg telah berumah tangga pasti setuju dengan kenyataan di atas :)

Asriaq..hang setuju kan ? :). Cuma aku tabik kat shahiran mat husin hasan, maintain siyol ! Rusuk bagaikan gitar hahah. Wan Jawe pasti senyum bila dengar lagu ( Rimba..cintaku... ).

p/s : Wan, mana gambar kawin kau. Biar ku publish di sini. Darul Ulum @ DU tetap dlm kenangan. Kadang rasa rindu suasana dulu. Kala semua masih bujangan, minum teh tarik di Maulana Seven E sambil mengunyah burger Santak. Ayam special plus cheese favret gua beb !

Tuesday, July 10, 2007


Tahniah Ahok ashok !
Tahniah la buat sahabat sepermainan petang2 di padang bola, sahabat sepermakanan di maulana Seven E, kedai CT :), zaman teruna mu tamat jua !


Sabtu 07.07.07 aku bersama paiji , sirap , rosli ke dewan makan di AU 5. Keramat.
Datang2 terus bergambar bersama kedua mempelai yg malu dan tersenyum ala2 shrek n princess fiona hehehe.

Kami kemudian pergi makan. Dan ashok dengan rasa persahabatan dan keperihatinan melampau, turun dr pelamin meninggalkan princess fiona nye utk menemani kami makan !

Puas princess fiona panggil tapi dia boleh buat tak reti je semata-mata kerana kami. Kalau aku yg jadi princess fiona, tahulah aku mengajarnya. Abang Shrek, mlm ini sila tidur kat luar ye ! hehehe


Akhir kalam. Tahniah sekali lagi buat sahabatku Shrek Ashok ! :) Jgn marah nanti
tido luar kena jual.

Saturday, July 07, 2007







Our new heroes...

>>> 1 , 2 , 3 , 4...gagah2 belaka. Ganteng ! Harap mereka benar2 hero bukan zero !

>>> Leher tevez yg berkelar mengingatkan aku cerita highlander, Ketua Penjahat yg badan bapak besar mcm penggusti  Si Undertaker.


>>> Cabaran EPL makin sengit dari seteru utama seperti Liverpool. Kemasukan Fernando Toreh Torres dan Veronin.

>>> Arsenal ? Err..siapa tu ? :) Lambaian henry dari nou camp pasti membuatkan meriam tambah berkarat di bhg hadapan. Jangan marah ini hipotesis aje.


>>> Chelsea ? Belilah seramai mana player yg anda mahu seperti tahun lalu di mana anda tetap gagal mengejar kami :)

p/s : Baju t-shirt muslimeen united nampak mcm menarik jugak...argh, poketku !






Wednesday, July 04, 2007



THIS WEEKEND...

tengah dok berkira-kira...either nak ke majlis walimah ahmad syukri @ ashok or not ?
200km lebih beb, memandu sendirian. Sahabat2 menanti di KL...

07.07.07 dahsyat jugak anak Pak Mat pilih tarikh..:D Apa2 pun tahniah buat ex-roomate aku ni..( eh ex-roomate ae ? ) :D
berjaya melangkah satu alam baru, menamatkan zaman bujang. Pas ni sure payah dah nak jumpa n lepak2 kat maulana...hehehe..harap kami masih berpeluang menemui kau di maulana sebelah seven E tu ye.

Sunday, July 01, 2007


Tumpang Dua Kaki

Sebagai driver bertauliah apa salahnya tumpang dua kaki di majlis ini kan ? :)

Tuesday, June 19, 2007

Entah

Entah mengapa...lama amat tak coret apa pun. Barangkali ada yang menyampah, buka blog asyik yg itu-itu juga artikel. Mana yg barunya ? Pemalas benar barangkali.

Maaf la sahabat2. Adakalanya rasa untuk mencoret merudumnya tak mampu di tahan-tahan.
Syukurlah hari ini OK sikit berbnading sebelumnya.

Apa2 pun...selamat bertemu kembali di blog ini. Jika ada keriangan insya Allah akan dikongsi bersama. K. Permisi.

p/s :Jangan marah-marah. Ceriakan hati kerna hati adalah raja kepada diri. Baik hatimu baik jualah lakumu.

Tuesday, March 20, 2007

Lucky again ?!

FA Cup Quater Final

MU 1 VS Middlesbrough 0
Ronaldo 76th (Penalty )

Sunday, March 18, 2007




Hutang dan Riba

Petik sedikit kata2 Mufti Perlis di Harian Metro Ahad. 18 Mac '07.

Bagaimanapun, hanya satu pesanan daripada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kepada umat Islam yang ghairah melabur di internet:

“Jika makan khinzir itu haram dan berdosa besar, dosa makan riba adalah lebih besar daripada dosa makan khinzir. Kerana itu, al-Quran mengisytiharkan riba sebagai perang.”

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan mengenai pelaburan menerusi internet yang disifatkannya riba."

Err...andai begitu, bagimana dengan status 3 % yg dikenakan oleh pihak yg berlogokan di atas ke atas para peminjam dana mereka ?

Apa-apa pun, hutangku terus meningkat setiap bulan. Itu adalah suatu yg amat...amat...amat PASTI.

Friday, March 09, 2007

Man.U dan seterunya...
>>>Pagi khamis yg lalu, Man.U layak ke suku akhir Piala Juara2 Eropah. Turut serta adalah Chelsea dan Liverpool. Arsenal ? Tunggulah geng budak2 nya membesar pasti mereka boleh menuruti jejak langkah kami hehe...


>>>Ramai org kata, MU terlalu banyak bernasib baik tahun ini. ( Terutama peminat Liverpool & Chelsea la ). Mu Fans senyum aje. La, kalau terlalu banyak nasib buruk maka team kami akan berada di tangga terbawah liga la. Apa susah sangat nak faham persoalan mudah ini :)

>>>Tapi tiadalah MU hanya berserah pd nasib jua. Kami usaha apa. Selagi ref tak tiup wisel kebarangkalian utk menang tetap ada walaupun nisbahnya 10000-1. Liverpool & Chelsea ( plus arsenal ) jangan ingat kalian dah buat 20 shots ke pintu gol kami kalian dah menang. Itulah bolasepak namanya. Control game is nothing if u didn't score. Isn't it dude ?
>>>Dapat 1 trophy pun, OK. Tapi kalau dpt 3 pun apa salahnya hahaha...

>>> Cukuplah kot. Permisi. :) Viva Man.U !



>>>ASYIK - Damasutra

Dengan bahasa
kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta

Sejak aku kenali CintaMu yang suci
Aku telah berjanji Tak berpaling lagi
Akan aku genggam api
Hingga jadi besi Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepadaMu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu...

Sejak duamenjak ni asyik pulak dengan lirik2 misteri damasutra. Masa di alam persekolahan dulu hanya tahu terlalak-lalak dengan lagu pujaan ramai spt asyik ni.
Terlalak tanpa tahu makna dan tiada penghayatan. Ia, benar... tanpa ilmu kita tidak akan tahu apa-apa !

Tapi sampai sekarang aku tak tahu apa maksud damasutra. Ada sesiapa boleh tolong ?<<<