Friday, July 23, 2004

Setulus Doa

"Luka-luka tercalar dosa dan noda
membawaku ke alam cintaMu tuhan
pasti janjinya ditepati, kan beroleh bahagia
buat insan bertaqwa...takhta kebesaran utk mereka."

Sudah 10 hari tanpa sebarang up-date. Telah lama juga tidak mendengar Pelita Hidup 3. Lagu yg menusuk jiwa...

  • Minggu lepas 17hb..aku ke pantai..berkelah bersama2 sahabat. Nyata terlalu banyak manfaatnya selain drpd mengukuhkan untaian ukhwah. Bukankah bermusafir adalah kaedah terbaik mengenali pribadi sahabat..?

KULIAH MAGHRIB

  • Nabi kata "Makanlah makanan yg kamu hendak makan tapi jangan sampai membazir." Tapi jika ada 10 jenis makanan depan mata sepuluh-sepuluh hendak disapu..ini dah masuk kategori membazir/lahap ni.
  • Begitu juga dgn wuduk..walaupun mengambil wuduk di sungai..tapi kalau dah sampai 8x kita basuh utk setiap anggota maka ini pun dikategorikan sebagai membazir. Mengerti ?

3 barang pemberian yg makruh hukumnya jika kita tolak...

  1. Minyak wangi
  2. Manisan / Madu
  3. Alas tempat duduk ( Alaa..yg org guna utk alas pengantin lelaki ketika akad nikah tu..)
  • Nabi melarang org yg datang lewat pd hari Jumaat, melangkah bahu ( nak ambik seat depan la kiranya...). Dah datang lambat sila duduk belakang.
  • Yg datang awal hendaklah duduk di saf depan utk mendengar khutbah Jumaat.
  • Solat Tahyatulmasjid. Kena buat ! Kerana pernah berlaku ketika Nabi sedang berkhutbah ..lalu datang seorang lelaki terus duduk tanpa solat tahyatulmasjid. Nabi spontan berhenti berkhutbah dan menyuruh lelaki tersebut menunaikan solat tahyatulmasjid terlebih dahulu.

OK. cukup la serba sedikit ilmu yg boleh kita kongsi bersama. Aku terpaksa permisi dulu. Walaupun telah pencen tapi aku masih dijemput utk menjadi fasilitator Bengkel Kecemerlangan PMR utk student sekolah lama aku. Hmm...dlm masa yg sama ramai kaum kerabatku pulang ke kampung. Apa boleh buat,tiada rezeki nak bermain dengan anak saudara.

~Syukur ke hadrat ilahi, Tuan Guru Nik Aziz berada dlm keadaan stabil setelah dimasukkan ke Intensive Care Unit. Tuan Guru..nasihatmu masih diperlukan rakyat.


Tuesday, July 13, 2004

BERIKAN ANWAR PELUANG


BERIKAN PELUANG KEPADA ANWAR ...
"Pilihan raya dah selesai dan BN telahpun menang besar, biarlah Anwar memulihkan kesihatannya di mana sahaja tempat yang sesuai sama ada dalam atau luar negara,"

kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika merayu agar Anwar dibenarkan mendapat rawatan di mana kehendaknya. Kesihatan Anwar sekarang berada pada tahap kritikal.

~Jika masih terasa diri itu manusia yg fitrahnya suka kepada kebaikan benci kepada kezaliman...wahai pemimpin yg berkenaan...tiadakah rasa belas di hati ?

Terserahlah..cuma mati itu pasti..mahsyar juga pasti..mizan Allah juga pasti...

Monday, July 12, 2004


GUA SENYUM

Ini adalah Ekspedisi ke Gua Senyum, Temerloh pd 3 Julai lalu. Walaupun telah dipencenkan tapi masih ada yg sudi mengajak aku menyertai lawatan ini. Thanks for Cikgu Mee ( GPK KOKO yg baik hati )

Bagi manusia yg tak pernah menjejakkan kaki ke dalam gua seperti aku ekspedisi ini memang menarik. Kami terpaksa memanjat bukit utk menjelajah ke setiap anak2 gua. Antara gua yg dilawati, Gua Terang Bulan, Gua Taman 1, Taman 2 dan Gua Silat.

Di Gua Taman kami ditunjukkan dgn sejenis poko yg kembarnya hanya ada di Sarawak. Lebih menarik lagi pokok ini menurut pengkaji.."TIDAK RETI NAK MEMBESAR" saiznya MAINTAIN gitu..
Entahlah..kuasa Allah. Mungkin pokok itu membesar tapi tumbesarannya lambat. Mungkin tinggi hanya naik 2cm setiap 100 tahun,siapa tahu kan..? Wallahualam...

Di Gua Silat pula kami ditunjukkan dgn kesan tapak kaki pada bahagian atas/siling gua. Memang banyak tapak dan tumit kaki di sana. Menurut kata TravelGuider kami, tapak kaki itu adalah tapak kaki anak murid seorang mahaguru yg mendiami gua itu Hebat jugak org dulu bersilat ye. Dan pada satu dinding terdapat pula satu tapak kaki besar yg aku anggarkan jika saiz kasut diambil kira tapak kaki tersebut bersaiz 16 UK. Besar sungguh !
Tapak kaki siapa ? Mahaguru kot. Entahlah. Allah jua Maha Mengetahui.

Pendakian memang meltihkan tetapi menyeronokkan. Anak murid aku tak habis2 nak bergambar. Kejap2 posing..kejap posing. tension dok asrama, biarkanlah...

Di akhir sebelum pulang aku sempat mengamboil sekeping gambar pasangan teruna dara ( Harap2 mereka dah kawin ) sedang berseronok di atas motor. Mereka hanya mampu tersengih apabila menyedari gambar mereka kuambil. Tiada sebarang reaksi, Guru Kaunselor yg ada bersama aku ketika itu bagi tahu ..jika lelaki tu marah2 dia nak tampar aje. Dan sememangnya aku yakin dia berani buat begitu. Mujur juga mereka tak marah kami. Kalau tidak maka adalah insan yg bakal makan penampar free.Malu mungkin.

Ketika dlm gua tadi pun kami berselisih dengan 1 pasangan lagi. harap2 mereka juga telah berkahwin. Bagi aku, utk pasangan seperti mereka tiada apa yg menarik utk dilihat di dlm gua jika tidak dibawa oleh TravelGuider. So..? Nak buat apa di tempat2 terlindung di situ ? Maybe mereka menyiapkan tesis berkenaan gua2 di Temerloh barangkali. Bersangka baik sajalah...

~Apa nak jadi dgn anak2 org Islam hari ini..?


KU LI akhirnya bersuara



Membaca akhbar di hari Sabtu,frontpage memaparkan tajuk : Ku Li Umum Tawar Diri. Di atasnya pula ada tajuk kecil Cabaran Tengku Razaleigh - Bila Akan Berakhir ?

Membaca tajuk sudah menarik minta aku utk tahu lebih mendalam. Maka ayat demi ayat kubaca. Diringkaskan,secara total ia menghentam Ku Li cukup2. Sampaikan aku terjumpa perkataan PHEW ! Wah..hebat sungguh penulis berita ini. Bagai menulis cerpen gayanya. Mungkin terlalu ghairah melontarkan bom :)

Bagi aku yg jahil politik ini...apa salahnya Ku Li ingin bertanding ? Malaysia negara DEMOKRASI bukan ? Takkan la UMNO pula tidak Demokratik :). Perwakilan Gua Musang ingin mencalonkan pemimpin mereka, biarkanlah. Kalau suka terima, kalau tak suka tak payah undi. Susah sangat ke nak buat keputusan ?

Semua pemimpin UMNO negeri yg lain telah SE "BULAT" :) suara mahu mengekalkan Pak Lah sebagai presiden. Nah,mahu gusar apa lagi ? Jika benar mengamalkan demokrasi janganlah sampai calon yg mahu bertanding diterajang dahulu. Jika tidak lebih baik tak payah buat Perhimpunan Agung. MT yg ada lantik terus mana2 pemimpin yg berkenan di mata.Kan senang, idak la ngabihkan bogheh ajo...

~Teringat kisah 3 Abdul. Ketika Abang Sulungnya Si Abdul Wahab mahu membahagi harta "Inilah demokrasi terpimpin.."..Si Abdul Wahib dengan Family Planning..harap2 Perhimpunan Agung UMNO pun tiadalah Family Planning hendaknya :)

Saturday, July 10, 2004

RAMA-RAMA

Melihat blog sendiri..terasa macam nak tukar je template. Tapi terasa malas yg amat nak set-up semula. Nantilah...

Hari ini ke Mersing, menghantar mak saudaraku ke yg bikin PJJ di UTM. Hantar sekerat jalan je. Selebihnya dia tumpang rakan sekuliah dia.

Semalam aku ke masjid..ke Taman Syurga :) Ada kuliah maghrib..disampaikan oleh Us.Talhah. Menantu jiranku. Seronok juga mendengar kuliahnya. Tajuk : Situasi yg dibolehkan mengumpat. Tapi yg paling menarik bagi aku adalah kehadiran rama-rama yg kuanggarkan sebanyak 30-40 ekor. Rama-rama berwarna putih ini berterbangan memenuhi ruang dalam dan luar masjid. Takjub juga sebab tidak pernah aku melalui suasana seperti ini. Menurut jiranku,mlm iin sudah masuk mlm ketiga rama-rama berterbangan dlm masjid. Terasa mcm duduk dlm taman rama-rama la pulak. Dan aku terfikir..apa yang dicari oleh rama-rama ini..masjid kampung aku bukannya ada pokok bunga untuk dihisap madu. Barangkali mereka ingin menyindir orang kampung ( termasuk aku ) yg payah sangat nak ke masjid agaknya. Jumlah rama-rama yg hadir jika dikumpulkan sudah memadai untuk solat Jumaat.
~Senyum sendiri...~

MINGGU LALU

Hari Khamis lepas.8hb. Aku,Adi dan izam ke JB. Tujuan utama adalah untuk mendaftarkan syarikat.Tempatnya di Menara Al-Ansar sebelah Plaza Kotaraya. Asalnya aku tidak dinamakan sebagai pemilik syarikat tapi oleh kerana sahabat aku yg ke4 tidak hadir maka nama aku didaftarkan juga sebagai pemilik ketiga syarikat.

Aku ada syarikat..? Macam tak percaya je. Gila ke apa ni ? Tapi itulah yg terjadi. Bermula dengan hanya mengikut sahabat baik aku Adi ke hulu dan ke hilir akhirnya aku secara tidak langsung turut serta dengan projeknya. Entahlah..semua telah ditakdirkan.

Syarikat kami..AL FALAH Management & Services. Aku mempertaruhkan nama Ridhwah, Adi meletakkan nama Al Falah..akhirnya pegawai SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ) mengambil nama Al Falah. Tak mengapalah yg penting ia telah didaftarkan.

Perniagaan apa ? Hmm..buat masa ni kami lebih tumpukan program UMRAH. Jual PC dan Laptop, tengah cari client la ni :) Selepas ni mungkin projek2 lain akan menyusul...moga2 Al Falah benar2 mencapai Al Falah...

~Terfikir juga..apakah aku masih boleh disenaraikan sebagai PENGANGGUR lagi ? ~

~Paiji..ko pun bukan penganggur la..SLG dpt duit apa. Kalau melepak kat rumah tanpa buat apa2 yg boleh meningkatkan ekonomi ..itu barulah penganggur namanya..Setuju ?

Interview KPLI

Kelmarin mak belikan aku 2 buah buku. Khusus utk menjawab temuduga KPLI. Buku UKELP. Kalian dah beli ke belum ? 1 untuk Matematik dan 1 lagi utk Bahasa Melayu.
Hmm..nampaknya aku kena study semula Maths..banyak yg dah aku lupa...hatta Maths form 3 yg nampak mudah tu pun kalau tak refer pd contoh, letih jugak nak menjawab..

~Thanks Bonda. Mesti ada yg kata aku ANAK EMAK,ye la memang aku anak emak pun..bukan anak kambing :) ~


Tuesday, June 29, 2004


UPDATE

Lama amat tak update. Sampaikan paiji complaint.Tak punya masa beb. 2 minggu aku di sekolah menghabiskan sisa kerjaya di sana. Macam2 hal perlu diselesaikan.

19 JUN yg lepas aku menjadi guru pengiring Lawatan ke KL. Ingatkan nak jenguk2 MP3 player..hmm tak punya ruang yg cukup ! Anak murid asyik ghaib
je. Telah diberitahu waktu masih tak punctual. Letih aku
mencari...benarlah jadi guru ni kena banyak bersabar. Sabar..sabar...

Tempat lawatan..kami ke Pusat Sains Negara. Alfred Nobel Exhibition masih dibuka utk orang ramai. Menarik juga. Letih pusing. Kemudian kami ke KLCC..biasa saja. KLCC masih bagai dulu. Cuma aku berpeluang masuk ke Petrosains..5 tahun pengajian di IPT sekali pun tidak pernah jejak kaki ke
Petrosains. Menarik juga terutama di bilik tayangan 3 dimensi. Hebat !

Akhir sekali kke Masjid Putrajaya. Manusia ramai tidak terbilang. Mengambil kesempatan cuti hari sabtu barangkali. Bas lawatan pun berderet-deret. Anak muridku ghaib lagi..dan aku terpaksa bersabar lagi. Nak marah lebih2 nanti hilang pula mood budak2 ni nak release tension..

EURO

England telah tersingkir. Semua orang tahu. Semua berrtanggungjawab cuma bagi aku Erikson patut lebih dipertanggungjawabkan. Mengeluarkan jantung England ( Steven Gerard ) adalah satu kesilapan besar. Begitu juga dengan
mengeluarkan Paul Scholes. Mana mungkin England mampu utk bertahan daripada serangan Portugal yg menggila. Phil Neville & Hargreaves bukan calon terbaik utk menggantikan mereka. Beckham..? Prestasi tahap sederhana..berapa banyak hantaran Beckham yg menjadi..? Boleh dikira dengan jari. Cuma dia adalah inspirasi utk England..selebihnya..bagi aku tiada apa2.

Tapi apa2 pun semuanya telah berakhir. Aku masih punya team. Holland. Tapi jika England ke Semi-Final aku masih bersama England. Tak mengapalah..pastinya permainan menarik akan disaksikan pagi Khamis ini. Dan aku mengharapkan Holland tetap berjaya merangkul Kejuaraan kali ini setelah Van Basten melakukannya pd tahun 1988. Viva Holland ! ( Tu pasal le tulisan OREN heheh )

Man United

fergie bakal membawa masuk Rooney. Itulah yg berita di akhbar. Bagi aku Nistelroor perlu diberi masa setahun lagi bersama United. Man U terlalu ramai striker hari ini. Kesilapan besar Fergie kali ini bagi aku adalah kerana tidak membeli pemain sayap kiri Holland Arjen Ruben yg begitu ketara impaknya terhadap persembahan holland kali ini. Pasti cabaran lebih
hebat daripada Chelsea utk EPL akan datang. Kita saksikanlah.


Saturday, June 12, 2004



TERMANGU

Entah la. Aku sebenarnya tak berapa bersemangat mlm ini. Di TV pelajar akademi fantasia tengah melalakkan lagu sambil menari dengan harapan dapat menjadi penyanyi berjaya dan dapat membentuk akhlak serta menjadi role model kepada remaja. ( Ya Allah permudahkanlah hisabku..) apa2 pun sebagai muslim aku rasa kita tetap perlu mendoakan pelajar2 ni berpegang kepada ajaran Islan yg sebenar-benarnya. Dan semoga tahap keimanan kita juga dipertingkatkan..aku bermohon padaMu Ya Allah.




EURO 2004

Euro 2004 akan bermula mlm ini. Semua dah tahu Portugal adalah tuan rumah kali ini. Jadi utk peminat bola sepak di Malaysia terpaksalah bersengkang mata jika mahu menyaksikan temasya 4 tahun sekali ini. Apa2 pun jangan sampai ada yg terlajak tak solat Subuh sudah la. Maklum la match jam 2.30 a.m baru nak kick-off.

Aku..? Tahun ini nak sokong 2 pasukan ( Macam biasa la..) England dan Holland. Sokong England kerana ramai pemain Man U kat dlm team tu. Sokong Holland pula bukan kerana Nistelroy..( Aku tidak mengaguminya seperti Cantona ) tapi kerana Holland mempunyai corak permainan menarik. Nak menang bergaya je. Bukan seperti Italy yg hanya pandai bertahan sampai mati @ menang penalti ! ( Sure penyokong Italy hangain dgn aku..:) sabar la beb ! ).

Peluang England utk pergi jauh rasanya tak secerah mana. Rio Ferdinand tiada..Woodgate tiada..defend kali ini aku rasakan agak lemah. Ashley Cole dan Campbell terpaksa mematahkan kaki Henry dan Zidane terlebih dahulu jika mereka ingin menewaskan France. Tak kisah la..yg penting viva England, viva the orenje !

Thursday, June 10, 2004

Alan Smith






La..ketinggalan zaman sungguh rasanya. Alan Smith dah joint Man U 26 May lepas dgn harga 7M pound. Akhirnya Fergie berjaya memenuhi impiannya sejak sekian lama utk mendapatkan Smith. Hmm...harapan aku agar dia dpt bermain dengan baik. Hakikatnya aku tak gemarkan Si Smith ni. Takpe la maybe someday he will be a HERO like Sheringham, Yorke or Cole.

Wednesday, June 09, 2004

Kenangan Lalu

Sengaja aku pamerkan gambar di Darul Ulum buat tatapan semua. Kenangan masih segar. 3 drpd 9 pemuda ini telah menjadi suami orang. MOga menjadi suami mithali hendaknya :)
KISAH 5 JUN

Agak lama tidak mencoret apa2. Cuti sekolah bermaksud cuti utk kenduri kahwin.
Maka memnuhi jemputan adalah agenda utama,moga2 kenduri kita nanti ada la jugak orang nak pergi :)

Pagi,Aku ke Pekan. Bandar diRaja Pahang. Tujuan hanya satu,mengiringi sahabat baik aku( sejak sekolah rendah lagi )
ke majlis walimahnya. Sahabat yg seorang ini bagiku agak hebat jugak kerana berjaya mencuri hati seorang gadis yg ayahnya
adalah Dato' Mufti ! Bukan senang beb. First time menyatakan hasrat utk berkenalan dia dipinta terus bertemu dgn ayahnya.
Sungguh lagi benar sahabat aku ini tidak mengetahui yg ayah gadis itu adalah Mufti Negeri.
Tapi itulah dikatakan jodoh. Apa2 pun sahabat aku ini juga bukan calang2 orangnya. Dia adalah imam Masjid Negeri Perak,tambahan pula dia seorang
HAFIZ..kalau aku jadi Dato'Mufti pun aku akan bagi anak perempuan aku padanya.

~Selamat Pengantin Baru Buat Mohd Jaafarudin dan Nur ain,moga bahagia hingga ke akhir hayat...err boleh tolong doakan sahabat kau ni tak :)

KISAH 6 JUN

~Pagi ke rumah emak sepupu aku di Mersing. 2 pupuku menamatkan zaman anak daranya. Suaminya orang Keratong 1, Pahang.
Majlis kelihatan teratur dengan adanya pelayan tetamu. Kaum kerabat ramai, tiada masalah tenaga kerja. Aku pun sekadar melihat sahaja, nak tolong angkat
hidangan pun dah ramai sangat pekerjanya. Atau aku yg malas :) . Whatever la..

~Selamat Pengantin Baru Buat Fatimah@Syairiwati & Ismanizam
:::Lupa pulak, budak KMR perempuan aku rasa kenal Kak Shery ni,kalau dah sampai graduate dia bermastautin di KMR masakan tak kenal.

~Petang, ke majlis..Big Boss merangkap kawan sekolah aku. Hari ini Adi ( Boss Biospray Mersing ) juga menamatkan zaman bujangnya.
Akad nikahnya 4hb lalu. Aku sampai tika sudah tiada orang yg makan di bawah kanopi..tapi nasi minyaknya masih ada.
Apa2 pun aku kena hadir..kalau tidak ada harapan big boss aku ni tak tegur aku sampai mati.

::.Selamat Pengantin Baru Buat Mohd Dhiauddin & Fatimatuzzahra. MOga dapat anak ramai :) .::

Wednesday, June 02, 2004

KPLI OH KPLI

Setiap insan yg tgh bercita-cita utk menjadi guru pasti ternanti2 bila la borang KPLI nak keluar ni. Tidak pun ada yg bertanya KPLi ni wujud lagi ?

So, di sini ada sedikit INFO la utk sahabat2. KPLI maybe keluar dlm paper Utusan 6 Jun ni. Jadi jenguk2 la kedai suratkhabara yg berhampiran ye.Jika 6 hb tiada maybe 30 Jun. Jika tiada jugak..kalian cari kerja lain la :) sambil2 tu try BIOSPRAY pun OK :)

Dari mana dpt INFO ? Hmm...belek la paper 6hb. Kalau KPLI tu wujud lagi kita apply sama-sama. :)

:::::>>>HEPI BEZDAY BUAT INDUK @ ROSNANI ABD RAZAK. Kenal ? Tak ? Tanya budak2 KMR la atau pergi aje ke BFA. Kalau budak KMR pun tak kenaldan org BFA pun tak kenal...lempang je :)

Sunday, May 30, 2004

CUTI

Cuti sudah bermula. Waktu rehat untuk insan2 bergelar GURU. Ini adalah salah satu faktor aku menyukai bidang ini, cuti banyak !

Sepatutnya petang Khamis lagi aku dah berada di rumah. Sekolah aku cuti awal sehari kerana ada Kursus 60:40 utk SPM candidates..seluruh Daerah Rompin. So, sebagai tuan rumah maka kami ( warden2 ) kena jaga asrama dan sediakan keperluan utk peserta.

~Hari ini juga, 2 sahabat aku melangsungkan perkahwinan.
Seorang di Machang Kelantan dan seorang lagi di Muar Johor.
Tahniah buat Linda (KMR) dan suami ( Md Fadzil ). Moga bahagia ke anak cicit.
Sorry Linda..rumah enti jauh sangat le :)

Buat Julie & Maslan...selamat bina tiang rumah..moga ia tetap utuh hingga ke akhir hayat. Maaf la tak dapat hadir majlis, 60:40 punya pasal la ni.

HADIAH ?

Di bawah ni ada petikan akhbar Berita Harian. Baca sendiri la..
Sekali lagi Orang PAS dan BA dapat bola tanggung.
Ada org PAS yg kata " Tahniah kepada para penyokong Barisan Nasional di atas sokongan dlm pilihanraya lalu, hadiah utk anda tol 10 %..moga sekongan ini dpt dikekalkan." ~sambil tersenyum.

Aku..? Penduduk desa..mana nak terasa sangat sebab takde Lebuhraya kat sini. Tapi bagi yang duduk di bandar especially KL & Seremban..boleh gugur rambut dibuatnya..:)

KUALA LUMPUR: Kadar tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) bagi semua kategori kenderaan akan dinaikkan sebanyak 10 peratus berkuat kuasa 1 Januari 2005.
Pengerusi Plus Expressways Bhd, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, berkata kenaikan kadar tol 10 peratus itu sudah mendapat kelulusan dan diwartakan oleh kerajaan.

“Jadual kenaikan kadar tol lebuh raya itu sudah dilulus dan diwartakan kerajaan serta akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Plus Expressways di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Turut hadir Naib Pengerusi Eksekutif Plus Expressways, Datuk Abdul Wahid Omar dan Pengarah Urusan Plus Expressways, Datuk Idrose Mohamed.

Kali terakhir tol lebuh raya Plus dinaikkan ialah pada 1 Januari 2002, juga pada kadar 10 peratus selepas kerajaan meluluskannya pada 2001.

Sunday, May 23, 2004

SENDA PEDAS



Secara jujurnya..LOGIK atau TIDAK ?
Cuma pernah tersiar satu ketika dlm sebuah akhbar...Manusia NO.2 dlm sebuah negara tu ( Maybe kat Afrika )...pernah dinyahkan pakaian..inikan pula manusia biasa yg tiada nama pun dlm kabinet

Fikir..renung..hadam...
GLORY-GLORY MAN UNITED

Seperti yg dijangkakan,MU menjulang FA CUp utk kali ke-10 malam tadi.3-0 bersama persembahan yg boleh dikatakan antara yg terbaik sebgai penuutp tirai BolaSepak Inggeris tahun ini.
Millwall bukanlah finalis terbaik utk menguji Ferguson side. Alangkah bagusnya jika mlm tadi MU vs Arsenal atau Liverpool. Pasti perlawanan itu lebih mengasyikkan.

Cuma aku tak berpuas hati dengan pemilihan Van Nistelrooy sebagai Man OF The Match. Kerap kehilangan bola walaupun score twice.Bagi aku Ronaldo lebih menakjubkan mlm tadi. Skill yg diperagakan amat jarang dapat dilihat dlm EPL. Lovely skill bak kata pengulas. Dia bagaikan bermain dlm liga Sepanyol.

Apa2pun MU pasti akan membuat pembelian baru utk musim depan. Penyokong Liverpool mcm Zaid Akhtar pasti sakit kepala jika StevanGerrard melangkah ke Old Trafford ( walaupun kebarangkaliannya 1 per 1,000,000. Dengan ura-ura kedatangan Puyol dr Barca dan Heinze dr PSG..rekod kalah 9 kali musim ini mungkin tidak berlaku lagi.

Cuma harapan aku Alan Smith tak jadi ke MU. Kalau dapat Torres ke Mateja Kezman.. tu OK la jugak.
Cukup utk EPL yg dah pun tamat. Nanti ramai yg dengki kalau ulas lebih2 :). Al-maklum MU ramai seteru...

LAMA

Dah lama sangat rasanya tak update blog ni. Macam paizi cakap la. Aku tak punya masa sebenarnya ( atau tak cekap megurus masa ? ) Minggu lepas, Sabtu dan Ahad berada di rumah tapi masih tak sempat mencoret apa2. Cerita bola pun tak sempat nak sembang.

Cerita Sabtu, 15 Mei 04
Sambutan maulidurrasul di Kg. Belukar Juling ( Best betul nama kg aku ).
Penceramahnya adalah guru kuliah maghrib bagi kg ini. Us Arif Abd Kadir. Bersemangat dan gaya penyampainnya masih hebat seperti sebelum aku berhijrah ke Seri Rompin.

Sindiran, kiasan yg bagi aku adalah reality yg patut ditelan oleh audien. Beliau menyentuh Program2 yg banyak melingkupkan akhlak muda-mudi kini especially Akademi Fantasia dan Sure Heboh. Ada sesiapa nak bangkang ? Rasanya tidak kecuali Kudsia Kahar dan Fredie Fernandez saja yg setuju program Astro itu dpt membentuk pribadi mulia pesertanya.

Program inilah bagi aku,program pertama yg secara terang-terangan memaparkan anak-anak orang Islam berpelukan lelaki perempuan secara LIVE di kaca TV. Berpelukan atas nama sahabat seperjuangan / serumah yg sedih kerana tersingkir dari Akademi tajaan ASTRO itu. Sejarah hiburan di Malaysia rasanya belum ada yg berani berpelukan penuh slumber di khalayak ramai LIVE di TV. Walaupun hakikatnya dibelakang tabir kebanyakkan akhlak artis kita amat memalukan / menyedihkan / . Tahun ini Akademi Fantasia akan di sambung lagi. Tiada apa yg boleh dikatakan selain “ INILAH ISLAM HADHARI IMPIAN SEMUA ” Anda setuju ?

Cerita Ahad 16 Mei 04
Pagi, aku ke Mersing bersama Fuad & Eri. Sekadar membawa orang Temerloh yg tak pernah menjejakkan kaki ke Mersing. Hajat utk membawanya ke JB 2 kali terbengkalai. Nasib kau la Fuad. Nanti kita bikin plan baru.
Jumpa Adi di Gerai belakang Hotel Seri Malaysia. Rakan biznez gitu  Tiada lain perkara kecuali BIOSPRAY la. Kami ke Office Biospray, Mersing Branch. Bersebelahan Pejabat PPD Mersing.

~Hari ni Hari GURU. Selamat Hari Guru Pakcu. Banyak juga terima mesej drpd sahabat2.Mekasihhh semua.
Ptg. Pulang ke Seri Rompin setelah hujan bersam rebut petir reda.

Cerita Isnin
Akak Da, pengusaha kantin sekolah beritahu aku,telur 1 sarang RM 7. Aku terperanjat jugak. Ye ke ? Atau sebelum ni pun memang dah RM7. Entahlah..aku pun bukan tahu sangat bab telur ni. Telur ayam kampung campur madu tu aku tahu la jugak.Lepas tu tersenyum aje la..hadiah Pilihanraya ke 11 buat rakyat Malaysia 

Tuesday, May 04, 2004

Catatan Sepintas Lalu

Semalam
Kaum kerabat ramai yg pulang bercuti di kampung. Semuanya bernaung di rumah aku. Dengan nenek yg ada bersamaku ke mana lagi mereka mahu balik kg kalau bukan ke rumah aku kan ?

Tgh hari kami semua ke Tg Resang ( Teluk Gorek ) picnic. Lama dah tak picnic.Kali ni siap bakar ikan dan sotong ( udang tiada ).
Aktiviti lain ? bermandi manda la

Malam..letih. le




Gambar Mat Arif Company sebelum pulang ke rumah. Wajah letih lagi lapar.
Zaid akhtar yg mana satu ? Korang cari sendiri la.

Hari Ini
Kak Long balik ke batang Berjuntai. Cuty dah pulang ke Pasir Gudang semalam.Aku bakal pulang petang nanti. Zaid Akhtar pun sama.

Cuma bagi aku yg best hari ini adalah..aku dapat BONUS drpd bisnes BIOSPRAY aku yg baru berusia 2 bulan. Tak sangka dah masuk akaun hari ini..sepatutnya esok. Amount nya ? Rahsia la :) Siapa berminat boleh la hubungi nombor handset aku yg glamour tu :) Ada sesiapa yg berani ? Insya Allah tiada kerugian setakat ini.




Inilah produknya. Selamat melangkah ke alam Multi Level Marketing :)

~Petang : Ribut menggusarkan aku utk pulang ke asrama. Nak kena belikereta ni ? :) Banyaknya duit engkau ye amin. Kena sabar dulu la nampaknya sampai kerja tetap.
~Chat dgn mahaguru blog aku En.Paiji. Thank you Sir. Dapat juga akhirnya ilmu yg diberi.Jika mahu berkunjung ke rumah aku sila-silakanlah..Sirap bisa mengiringimu..

Sunday, May 02, 2004

Cerita Kelmarin & Semalam
Jumaat
Amin pulang ke rumah jam 6 lebih. Malas pulang selepas Jumaat, panas..baik rehat2 dulu. 45km dilalui tanpa sebarang masalah..sampai di Endau hujan lebat !
Kuyup dibuatnya. Basah untuk aku..tak mengapalah..mungkin banyak lagi makhluk Allah yg memerlukan titisan air hujan utk meneruskan kehidupan.

Sabtu
~Pagi..mengadap PC la.
~Petang..Kak Long, Abg Lias sampai..cuti Hari Buruh dimanfaatkan. Bila lagi mahu pulang ke kampung kan ?
~Malam, Us.Yazid pula tiba. Si comel Nil tetap comel dan lawak.
~Man U vs Blackburn...Malang lagi. Man U kalah lagi di saat kemenangan diperlukan. Ferguson menurunkan barisan kedua. Sememangnya dia tiada pilihan lain memandangkan Keane, Nistelroy injured. 0-1. Forlan selayaknya dijual musim depan. Satu pembelian yg tak banyak effect buat Man U.
~Bagi aku Ferguson terlalu banyak bikin kesilapan musim ini. Pembelian yg dilakukan tak banyalk memberi kesan utk musim ini. Kesan terbesar adalah perginya Beckham ke Madrid. Tiada lagi hantaran tepat dan Dead Ball drpd Free Kick nya.

~1.05 pagi..call sirap. Lama dah tak bersembang dengan budak ni. Macam2 cerita la kalau dah bersembang tu. Dia berhajat nak ke rumah aku Khamis depan. kedatangan keduanya ke teratak buruk aku. Buat Sirap maaf la..tiada lagi trip ke Tioman kali ini. Nak kena pegi sendiri la :)

Kisah Hari Ini ( Ahad )
~Pagi..setelah sarapan, mengadap PC lagi. Baca Blog Paizi. Menggelakkan aku di atas kekalahan Man U. Chess..tak mengapa..Adat la tu. Musim depan cuba lagi. Pasti ada pembelian baru summer ni. Sekurangnya 3 player baru akan memakai jersi Man U. Wait and see..

~Perkara penting lain. Selamat Hari Lahir buat diri sendiri. Ada la juga sahabat2 yg birthday aku. Terima kasih la sebab rajin mesej utk wish. Tarikh lahir ini tiada lain selain mengingatkan betapa kita makin menghampiri kiamat kecil @ mati.
24 tahun dah rupanya aku. Macam2 pengalaman dah dilalui..benarlah pengalamn mengajar kita utk lebih dewasa.

~Manusia lain yg berkongsi tarikh lahir dengan aku..heheh siapa ye ? Man U Former Star la..David Beckham.:)



HEPI BEZDAY PAKCU

Monday, April 26, 2004

KESUNTUKAN MASA

Aku tak punya masa utk coret panjang2.
Baru je nak melepak di CC dpt msg dr kawan aku di asrama. Rumah berkunci bola ada di dlm..budak2 nak sepak apa tgh padang. Kesimpulannya aku kena balik secepat mungkin. Tak jauh, 15 minit aje tapi speed 100km/j la.

CAMPUR_CAMPUR

-JFP interview hari ini. Tempatnya, MBJB. Setakat ini mesej aku belum di balas. Entah apa cerita aku tak tahu. Kerja sebagai apa pun tak diberitahu. Moga kau berjayalah Jaha. Pasti org rumah kau turut gembira hahaha.

-24 april ( Sabtu ) petang. Dapat mesej drpd Che Na @ Rozana Zakaria.
Sesiapa yg jadi Geng BAKSIS bermas'ul kan Pie Wahab INsya Allah kenal tapi yg pentingnya..Petang itu Adik Nafisah Husin ( S/U Baksis zaman Pie Wahab jugak la ) telah kembali ke rahmatullah. Sebab musababanya..aku kurang pasti. Cuma diberitahu ginjal dan otakya dijangkiti virus. Al Fatihah.

-24 april juga...Man.Uited kalah dengan Liverpool. Murphy lagi bikin dajal. Tak guna punya Murphy. 2 tahun lepas dia juga la yg merananpkan rekod tanpa kalah Man.U di OLd Trafford selama 2 tahun.
Cuma berita gembira adalah kekalahan Chelsea. So tempat kedua masih dlm pemburuan Man.U. Glory2 United !

Rasanya itu saja. Buat Paizi..jika ada rezeki berjumpa kita di alam Cyber takpun di alam nyata.

~Siapa yg kenal dirinya maka dia kenal tuhannya~

Thursday, April 22, 2004

Kawan-Kawan

Seronok melihat blog kawan2 hari ni. Ceria semuanya. Aku di CC sebenarnya ni. Bukan di rumah bagai selalu. Update blog kat CC. Kasihan Amin. Keluar dari asrama, lunch & terus ke CC.
Ikutkan hati mcm2 nak buat pada blog ni. Tapi tak punya ruang dan kemudahan. CC ni pun 25km dari asrama. Kerajinan peringkat ke 8 je boleh datang ke sini. Datang pulak berdua bersama ( Bukan awek la ) kawan serumah merangkap Ketua Warden, Fuad namanya. Kesian..dok dlm CC dgn muka boring. Ajak surf internet tak nak. Ikut suka kau la Fuad.

Aku banyak gambar utk dikongsi dengan kawan2, tapi tak unya skill nak upload. Nanti la..ada masa aku masukkan dlm blog ni. Biar gambar memperihalkan segalanya. Asyik ayat2 bisu je yg dapat ditatap. Sekali sekal nak jugak menatap wajah terkini Pakcu hahaha.

Anak Murid

Alam sekolah. Memang mcm2 kerenah. Macam2 hal. Nak tau maka jadilah GSTT :)
Betul la remaja ni akalnya tak berapa nak panjang. Buat perangai yg kadang2 ntah hapa2. Letih nak bagi kaunseling. Buat jugak. Kena Public Canning. Buat jugak benda yg sama.
Kee biasa adalah couple la. Dulu zaman sekolah tgk kwn sekolah kantoi sebab couple. Sekarang ni tgk anak murid pulak kantoi. Mungkin esok ada harapan pasangan2 ni akan di sandingkan kat assembly. Pengetua sekolah aku dah bercadang utk jadi tukang kompang. Guru disiplin dah berhajat nak jadi Pesilat Pengantin. Aku ? Ingat nak baca doa je. Hei budak2 nih.

Minggu ni mungkin tak balik rumah. karnival Sukan Asrama. Jadi ref. Man.U vs Liverpool mungkin dapat tengok di kedai makan je rasanya. Itulah guru. Habis tempoh pengajaran di kelas belum tentu habis tugasnya. Kalau jadi warden lagi la..tak pernah habis. Mujur juga bujang. Kalau dah ada isteri mau hangin juga. Apa tidaknya ..kejap2 ketuk pintu. Apa2 pun keikhlasan perlu dlm setiap ibadah yg dilakukan. Tidak begitu kawan2 ?

HAL2 LAIN

-Terkejut juga dgn pemergian Assyahid.Dr.Abdul Aziz Rantisi. Pengganti Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Zaid Akhtar msg pd aku mengkhabarkan berita itu. Benar. Mereka kekal hidup di sisi Maha pencipta.

-Syabas rakyat Terengganu yg inginkan Islam Hadhari sebab dah dapat cukai pintu. Islam Hadhari yg cemerlang :)

-Amin tak sabar menunggu majalah STARZ. Ada lukisan Aie dlm tu. Pehh..walaupun kecewa AKU DAN SESUATU kandas ceritanya. Tapi aku masih menantikan lukisan terkini Aie. Still Blues..Cpol..dah berhenti sktching ke ? Aku dah sambung semula hobi yg lama ditinggalkan. Sketching forever !





Sunday, April 18, 2004

JOHOR BAHRU

Kisah semalam la. Aku ke JB bersama Adi ( Sahabat baik sejak di meja sekolah lagi ) Bukan ada apa yg penting pun, sekadar suka2 melihat kota metropolitan.
Adi nak bayar duit keretanya. Aku just follow aje.

Sepanjang jalan kami berborak fasal bisnes. Sememangnya sahaat aku ini seorang yg boleh dikatakan berjaya dlm kehidupannya ( Setakat ini la )
Pernah menjadi pentertnak ikan talapia, pernah jual kerepek, pernah jadi guru al-quran, pernah jadi driver van ( hantar susu dairy milk ), pernah jadi salesman bagi Dewan Bahasa & Pustaka dan kini seorang agen insuran yg berjaya.
Aku kata berjaya sebab sebulan gaji dia hari ini mungkin sama dengan 3 bulan gaji GSTT aku. Silap2 lebih. Seronok melihat kawan2 berjaya. Tumpang gembira. Yang penting boleh dibuat iktibar. Dia baangkit daripada seorang yg tidak berkelulusan tinggi tapi income yg diperolehi belum tentu diperolehi oleh org berijazah sarjana muda.

Macam2 cerita dikhabarkan. Cita-citanya utk masuk pasaran saham dan juga hajat besarnya yg ingin menjadi taikun minyak mcm Roman Abromovich !
Melihat pada usahanya aku rasa itu bukan mustahil. Plan yg diceritakan berdasarkan realiti, bukan retorik. Dan aku sedikit sebanyak terasa juga tempias bisnesnya. Minat tu ada tapi belum cukup mendalam.
Terkini bisnesnya adalah MLM Biospray. Dengan plan marketing yg tak pernah aku jumpa ( Selama mengenali MLM ) aku rasa projek biospray ini pun akan berjaya. So sesiapa yg ada hati nak join, boleh hubungi aku hahaha...aku bukan serius sangat ( Tak punya waktu ) just melabur apa salahnya kan ?
Sebab setakat ni aku belum rugi apa2 pun.

Sampai tengahari di sana. Makan nasi campur di Kg Melayu Majidee.Kami ke Holiday Plaza@HP. Mencari CDRW dan disket serta ink printer. Mahal amat ink nya.Tiada apa yg menarik selain dipenuhi dengan manusia cina. Kemudian kami ke City Square. Melihat gelagat anak muda. Remaja Melayu Islam semakin pudar identitinya. Menjaja pusat ke sana sini. Apa jadahnya ? Fikir ada agaknya manusia adam nak buat isteri dengan pakaian begitu ? Benarlah kata Us. Ismail Kamus, membina bangunan bukanlah susah tetapi nak membina manusia yg bina bangunan itu adalah lebih susah !
Aku sebenarnya baru kali pertama menjejakkan kaki ke sini walau sudah bertahun ia di bina. Jalan2 punya jalan ada juga org kg aku di sini. Dunia ni bukan terlalu luas ! Pusing2 dan kami keluar. Ke Plaza Angsana. Suasan di sini OK la sedikit berbanding CS. Terasa mcm pergi Sunway Pyramid je. Luas dan lapang. Ke Kedai Buku Badan. Membelek buku punya lama hanya 2 buah ku beli :)

Zohor, Asar, Maghrib, Isyak ku jama'kan. Hadiah yg Allah bagi takkan nak di tolak ? Jangan berlagak sangat.

Selepas maghrib hajat hati nak pulang terus ke endau. Tapi di skrin layar kedai mamak, Man.U sedang bertarung dengan Pompey. Tiada pilihan lain rasanya selain perlawanan ini perlu ditonton sehingga tamat.
Tontonan tak berbaloi lagi nampaknya. Sekadar menyaksikan Man.U lingkup lagi baik aku balik maghrib tadi.

Pulang ! Sampai di rumah hampir jam 1 pagi.
So. Itu aje kali ini. Kesimpulannya jauh perjalanan luas pemandangan. JB dan KL sama sahaja. Nilai2 Islam yg telah diperbaratkan...sampai bila ?