Lama betul tak update blog ni. Bising kengkawan. Maaf la sahabat, daku bizi dengan final exam ank murid, then kena siapkan markah dlm masa seminggu. Tak banyak kelas 4 je. 2 subjek Geografi dan 2 subjek Matematik ( Paper 1 & 2 ). PC pun jaraknya 50km dr jari tangan aku ni.
Bulan Ramadhan ni nak cakap apa pun tak tahu. Nak bagi tazkirah pun kalian lagi hebat dr aku..:) Yang penting bersama2lah kita memeriahkan Ramadhan dengan amalan yg boleh mendekatkan diri kita kpd Allah.
Minggu depan je la sambung sebab Pahang cuti 3 hari lagi ( Sambut Nuzul Quran )
LAIN-LAIN
- Manchester United berjaya meleburkan rekod tanpa kalah 49 perlawanan Arsenal. Walaupun penuh dengan kontroversi..yg menang tetap menang kan ? Bagi penyokong Arsenal..jgn la ingat Gunners tak pernah menang dengan bantuan pengadil dan penipuan pemain. Robert Pires tu boleh tahan jugak lakonannya utk dpt penalty satu masa dulu. Apa-apa pun Viva Man U.
- Kpd Pn.Sitreen ..apa khabar ? Mesti tension sebab blog ni dah lama tak update. Sorry makcik.
- Dengar khabarnya ramai sahabat2 hendak bina masjid lepas raya nanti. Kepada blogger yg dah ada maklumat tu silalah maklumkan kepada sahabat2 yg lain. Nasri oh nasri..moga selamat sejahteralah perjalanan hang..:)
K Sahabat. Ada umur, rezeki Insya Allah ketemu lagi. Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment