Tuesday, May 26, 2009


MU Fans, Sudah beli tiket flight ke Rome ?

Pagi lusa satu lagi final terhebat akan berlangsung. Semestinya ramai mahukan Barcelona menjulangnya terutama Liverfool Liverpool Fans :)

Walau apa pun, menang kalah adat bermain. Kami siap siaga menerima semua keputusan. Mengiktiraf segala keputusan.

Pertemuan antara 2 gladiator di Rome pasti menjanjikan satu aksi menarik lagi klasik. Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Fifa bertemu pemenang tpt kedua. CR 7 vs Messi !

Pemenang final mlm lusa pasti akan mendapat kredit yg tinggi utk menjadi Permain terbaik FIFA 2009.

Kedua-dua kelab ini juga sedang memburu rekod iaitu treble utk Barca manakala MU memburu rekod kelab pertama memenangi trofi Champions League 2 tahun berturut-turut.

Selain menjuarai Liga Perdana Inggeris, Kejohanan Kelab Dunia, Piala Liga, Charity Sheild, MU pastinya ingin menjulang kejuaraan paling berprestij tahun ini.

Pakcu : Err...Sayang sekali player ke 12 kami telah dijual oleh Sir Alex kepada Liverpool. Jika tidak tentunya kami lebih bersedia :). Mike, thanks for your favour since a decade ago. Isn't it Mr. Rafa ? Nevermind, we will buy a new player for the next season. Howard Webb n Graham Poll, for sure ! :)

No comments: