Wednesday, June 03, 2009

Tidak Perlu Gempa Bumi











Hujan tidak, ribut pun tidak. Gempa bumi jauh sekali. Di pagi hari roboh menyembah bumi.
Dan semestinya setiap kejadian pasti ada yg perlu dipersalahkan.

1. Pemaju ? ( Tidak membina berdasarkan spesifikasi, mahu untung ? Di tekan pihak atasan ? )
2. Jurutera yg meluluskan ( Mendapat tekanan ? Mendapat suapan ? Atau apa ? )
3. Kerajaan Negeri ( Mungkin mendesak pemaju agar ia disiapkan sebelum SUKMA menjelang, jika tidak aib seluruh Terengganu )

Pelbagai andaian boleh dibuat. Segalanya mungkin. Yang terlibat pasti mengetahui apakah punca sebenarnya.

Syukur tiada kematian. Baru setahun sudah roboh. Bikin malu seantero dunia. Ratusan juta utk membinanya, sekelip mata lebur di negara yg jauh daripada lingkaran gempa bumi mahupun gunung berapi.


Pakcu : SPRM sila bekerja keras. Tidakkan roboh stadium sesuka hati jika tiada sesuatu yg "Hampeh" di belakangnya. Macam drama bersiri X-Files juga di belakangnya ada Mr. Cigarette Man / Men.

Di Warung Pok Ping ( depan IPG, seorang pelanggannya membebel dalam loghat trengganunya.." Runtuh..padan la, semayang hajat 15 minit, konsert 4 jam .."

Saya mendengar saja luahan hatinya dan hari ini terfikir juga..inilah dia satu lagi projek kerajaan B****** Nas*****
( Bukankah ia amat diagung2kan satu masa dulu ? Tiapa papan tanda projek ada tertulis bukan ? ) Bila projek yg mungkin rasuah juga berlegar bersama, yg leburnya wang rakyat juga ! )

No comments: