Saturday, December 05, 2009

World Cup - Mari kita buat perkiraan



JABULANI-New Ball for World Cup 2010


Ini dia jadualnya...


GROUP A: South Africa, Mexico, Uruguay and France
GROUP B: Argentina, South Korea, Nigeria and Greece
GROUP C: England, USA, Algeria and Slovenia
GROUP D: Germany, Australia, Ghana and Serbia
GROUP E: Netherlands, Japan, Cameroon and Denmark
GROUP F: Italy, New Zealand, Paraguay and Slovakia
GROUP G: Brazil, North Korea, Ivory Coast and Portugal
GROUP H: Spain, Honduras, Chile and Switzerland

Group A, saya merasakan France da cheaters, Uruguay dan South Africa boleh melangkah ke pusingan ke-2. kelebihan mungkin buat Tuan Rumah memandangkan faktor cuaca dan penyokong yg memekak dgn trompet mereka. Adoi boring betul, bingit siyol !

Group B, Argentina for sure ( walaupun main mcm hampas je masa kelayakan ), 3 teams yg lain mungkin boleh berebut la sama-sama. Harapnya Korea Sealatan dapat membawa nama Asia seperti tahun 2002.

Group C, England dan Slovenia barangkali ? Tapi team Eropah in main dalam panas belum tentu boleh perform. Atas kertas memang itulah pilihan saya.

Group D, Germany dan Ghana. Australia ? Apa barang, Kalau ada Guus Hiddink mcm 2006 lain la :)


Group E, Netherland pastinya ( Dari dulu lagi hebat di pusingan kelayakan, gruop stage, masuk suku,semi, bungkus. Sama mangkuk dgn England ). Bakal mengiringi pada perkiraan saya Cameroon :)

Group F, Italy dan Paraguay. ( Group kacang bendi, tak fight langsung )

Group G, Ini group yang syok nak tengok. Silap gaya Brazil pun boleh out :) Saya memilih Brazil dan Portugal dan Ivory Coast. Pilih la antara 3 hahaha

Group H, pastinya Juara Eropah Spain dapat mengsayurkan 3 team yg lain. Bakal mengiringi, Chile or Swiss ?


Bermain di Afrika pastinya faktor cuaca memainkan peranan. Geng2 Men In Black pasti suka. Brader Drogba dan kawan-kawan pasti dpt berlari seperti Kuda padi mustang.

Saya sokong mana ? Haha, jarang-jarang sekali penyokong Man.U akan sokong team lain selain England. Begitulah kuatnya pengaruh BPL, macam telah di doktrin la pulak. Tiap kali temasya bola Dunia atau Eropah memang berduka manjang, takat suku akhir aje la, dengan Portugal entah berapa kali suwei. Harap kali ini Capello dapat mempamerkan kreativiti taktikal terhebat. Sentuhan juara.

Namun begitu tidak semua peminat BPL menyokong England contohnya Mr. Zaid Akhtar yg hidup mati ataupun lebih tepat, mati keras die hard bersama Holland. Team yg memperkenalkan total football.

Team Juara ? Tunggu tahun depan la bro. Masa masih panjang, mana la tahu Kaka, Ronaldo, Messi, Drogba, Torres, Runi patah kaki, tengok-tengok Algeria yg mnang, Maradona, Dunga, Capello pakat bunuh diri bersama-sama hahaha...

6 comments:

abglong said...

sokong team asia la..walau atas kertas dah tau tahap diaorang,tapi target kalau berjaya sampai tahap semi final tu dah kira ok la tu tak kira la kerana nasib atau apa2 sebab pun..hahaha..

Rusdi Abd Rahman said...

Pak Cu,
Bacalah entri terbaharu dalam blog saya, ramalan pasukan ke pusingan kedua sudah ada kecuali pasukan Asia setakat 'penyeri' Piala Dunia kali ini ataupun setakat pasukan yang boleh 'seri dan kalah' sahaja...
Hehe...

pakcu said...

ablong, utk asia gua sapot korea selatan. utk eropah stil england. entah kenapa memang tak minat dgn brazil dan argentina sejak dulu lagi.

mr.rusdi,
mungkin benar..korea x larat nak layan pak itam yg keras2...kena pulak main kat negara mereka, jiran2 belaka dgn afrika selatan :)

Zaid Akhtar said...

only Dutch and Spanish play beautiful. i'll support them.

england? i'll watch only gerrard and johnson. rooney "the headwind"? will send off again.

sazili said...

Saudare,

Ngko ni minat sungguh bola yek ? Agaknya ni le yang pernah disebut dulu-dulu tu, makan bolo, tido bolo, mandi bolo, blog pun bolo...Ngajo teringat ke bolo jugek ke ? Eeh padoh !

pakcu said...

bro.zaid, nak main lawa jadi arsenal la..win nothing. spain n dutch ? main lawa punya pasal yg x pernah menang world cup :)

assobiyah sungguh,,tgk stevie G je ( yg tgh melingkup prestasinya bersama pool ?) ku rasa bary lagi bagus skrg nih dr dia :(
runi sejak 2 menjak nih dah cool..semenjak dah jadi bapak ni mana ada kad merah dah.last year je kena masa jumpa fulham.

bro.sazili,
bese r..sukan lain x berapa nak pandai hehe. tp setakat nih belum pernah lagi bawak bolo masuk bilik air, err..atas katil pun belum lagi.kat meja makan pernah la..bebola ikan hahah