1. Kembali ke sekolah setelah lama bercuti..Pantas benar masa bergerak.
2. Semangat itu ada. Tahun baru. Azam baru. Cuma pabila terlalu lama matikan enjin maka sejuknya enjin, menyukarkan untuk kereta dipandu laju. Kena panas enjin dulu. Gear 5 terus? Tak dapat bang !
3. Tidak mengapa, tiupkan kata semangat dengan penuh istiqamah. Moga diri bangkit, bagaikan phoenix bangkit dari abu kata M.Nasir
4. Apa azam tahun ini ? Semua orang ada azam. Kita sama doakan agar azam semua orang berjalan lancar. Terlaksana dengan jayanya. ( Azam baik-baik sahaja )
5. Sekolah ? Senario murid pra-sekolah goncang pintu grill di kelas adalah pandangan biasa di awal tahun. Menagis. Mengamuk.
6. Bola ? Man.U masih 2 mata di belakang Chelsea, diekori rapat meriam tembaga Si Arsene Wenger. Siapa juara ? Tunggu Mei. There's only big three, no more big four. Pool jangan marah ye, rafa perlu, perkuat team 2010/2011 :), ataupun serah jawatan pada special one Jose Mourinho pun OK.
7. Sedikit bermuram durja setelah Man.U ditunjukkan jalan keluar oleh Leeds United dalam perjalanan meraih kejuaraan FA Cup kali ke-12. Seteru lama. Buat pasukan yg berjaya ke 4th round, selamat maju jaya. Buat the Reds, moga berjaya dengan replay match menentang Reading.
8. Rempit ? Gejala ini belum ada tanda untuk surut, tambahan pula kini mereka guna enjin JET bagi menggantikan enjin asal. Sungguh hebat dalam modifikasi motor. Tak terkejar polis. ( Mana la budak2 ni dapat enjin tu, cilok di bengkel TUDM barangkali ) :)
Lain-Lain, Pakcu kata dia mahu,
1. Mahu lebih baik daripada tahun 2009.
2. Bak kata Wali Band, Mahu cari kekasih halal.. ahaks :)
3. Tomat !
4. Berjimat cermat.
4 comments:
yang no 2 pakcu kata dia mahu tu best..mahu cari kekasih halal..tanda-tanda tu...bagi tahu awal-awal la..senang nak booking tiket ni..rugi tu tak pergi wedding of the year..hahaha...
cepat sikit pakcu,
karang expired!
hahaha.
Pak Cu,
Dalam hal bola sepak, mahu lihat tahun ini saingan Piala Dunia tahun ini yang hebat dan menarik semacam tahun 1982 dan 1986... ada saingan bermutu dan memukau.
Lain-lain... harap Man U tidak dapat rangkul sebarang piala tahun ini sama ada bertaraf kelas 1 - 2 - 3 tahun ini. Hehehe... gurau-gurau sahaja.
Semoga Pak Cu memperoleh sesuatu yang baik dan bermutu tahun ini, dan kita terus berkomunikasi ya...
terima kasih semua.
lelaki lambat sikit expired bro hahah
ingat roti ke hapa..
korang doa lebih sikit la kat pakcu.
Mr. Rusdi, Man.U punya semangat hingga tiupan wisel terakhir. Sebelum Pool bikin comeback tika jumpa Milan,2005, Mu dah bikin dulu pd 99. Semi jumpa juventus, ketinggalan agregat 3-1, kami mng 4-3 dan final plg dramatik dlm sejarah champions league menentang bayern di final adalah paling klasik :) dramatik.
nak komunikasi terusan bak la no.hp sini, bleh kutuk setiap game hahah
Post a Comment