Friday, February 19, 2010

Akal Manusia vs Akta Allah

18 hari tanpa mencoret sesuatu.
Menulis juga perlu mood. Dan hari ini mood terganggu dengan kenyataan-kenyataan manusia kurang iman.Yg tak faham bahasa. Yang dalam bahasa kampungnya  "mengaji tak habis.."

Masih yakin dengan undang-undang manusia. Atas nama hak sama rata maka kalian blame sesuka hati. Sungguh aku emo pagi ini.  Emo kepada mereka yg menghina hukuman sebat yg telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah kepada para penzina.  

Walaupun ia tidak mengikut 100 peratus seperti yg terkandung dlm Quran, namun langkah melaksanakan sebat adalah terpuji.Mungkin kita boleh bergerak ke arah yg lebih sempurna pelaksanaannya selepas ini.

1. SIS @ Sister in Islam ( I hate this society forever ! ) menyatakan ia tidak efektif kerna tidak menjamin dapat mengurangkan masalah jenayah.
Err SIS ...Ada cadangan terbaik ?  Silakan. dengan akta yg ada sekarang pun anak haram berlambak-lambak. hampir suku juta. Baru sebat 3 orang SIS dah kata tak efektif. Sungguh anda memang berniat jahat dan memandang hina terhadap hukum Islam/syariah. ( Hukum Islam ni hukum siapa ye ? Manusia bikin atau Allah yg bikin ? )

2. Majlis Peguam ( yang Pengerusinya pun tak bersunat Islam ) turut sibuk membidas. Mengatakan hukuman rotan adalah kuno. ( Dia lupa dia siapa nak komplen hukum Islam ) Rotan merotan nih cerita untuk orang Islam. Kalau ia isu dalam agama Hindu, silakan, komenlah sebanyak mana pun.

3. Walau telah berzina namun pintu taubat tetap terbuka. Ketiga-tiganya menyatakan kekesalan terhdap jenayah zina dan reda atas hukuman . Moga pesalah yg telah bertaubat ini dikurniakan petunjuk dan bimbingan daripada Allah hingga akhir hayat. Syabas, kalian kembali memilih jalan yg lurus( Mereka reda dirotan, yg SIS dan MAjlis Peguam mahu bising, apa ke jadah hal ?

Pakcu :-
Aku memang emo dgn isu ini.
Manusia memang lupa. Selalu menyangkakan diri mereka tahu segalanya. Hebat segalanya. Masalah zina, buang anak, arak tidak akan selesai selagi kita tidak kembali kepada hukum Allah.

Nabi MUsa punya tongkat, kita juga punya tongkat, tapi manakan sama tongkat yg bermukjizat itu dengan tongkat kita walaupun tongkat kita cantik berkilat.
Manusia ada undang-undang untuk membenteras jenayah, Allah juga telah sediakan undang-undang untuk tujuan yg sama. Apakah sama undang-undang yg datang dari akal kita yg lemah ini dengan undang-undang Allah ?

Undang-undang kita hanya setakat undang-undang, tapi undang-undang Allah yg ada dalam Quran itu adalah undang-undang BERMUKJIZAT. Al-Quran itu Mukjizat hingga kiamat !
Mampukah kita yg lemah serba serbi ini menandingi undang-undang Allah yg disebaliknya merupakan suatu mukjizat ?

*** SIS, hang nak jadi apa ?  undang-undang agama sendiri pun hang perlekeh. Undang-undang Islam ni Allah yg punya. Hang duduk kat bumi sapa ni ? Bumi hang ka, bumi Allah ? Kita ni hamba Allah. Hebat sangatkah kita dok komplen undang-undang Allah ? Bawak mengucap banyak, SIS..mengucap !

***Majlis peguam, hang tak payah la nak komen. Ini cerita Islam dan penganutnya. Tak payah la nak hina undang-undang agama lain. Hang diam sudah !

1 comment:

abglong said...

tapi kenapa dekat nabi MUsa..MU tu mesti dibesarkan?..hahah..ada maksud tersirat tu..dorang tu kecoh-kecoh macam tak biasa kena sebat lak masa kecik..Cikgu Amin, keluarkan rotanMU itu sebelum murid-muridMU menjadi bebal macam mereka itu..eh..cikgu boleh sebat budak lagi ke skang ni?..cikgu?.."no power" la skang ni..budak dah tak respect cikgu..