" Akhir-akhir ini saya lihat makin ramai pelajar ponteng sekolah. Secara peratusannya, kehadiran hanyalah sekitar 60 % sahaja ! " Penuh semangat beliau berucap dengan harapan tahun ini Anugerah PerkhidmatanCemerlang ( APC ) menjadi miliknya. Mutlak. Tiada kompromi !
para pelajar kelihatan mendengar penuh tekun
( bimbang dilempang jika berbual ! )
Ada juga yg menguit-nguit batu dihujung kasut. Bosan.
" Oleh itu, saya telah berbincang dengan Tuan Pengetua dan kami telah sepakat bahawa pada minggu depan kamu semua diberikan cuti selama 3 hari. Ini adalah untuk memberikan kepuasan kepada para pemonteng sekolah untuk ponteng secara halal / sah di sisi undang-undang sekolah." Jelas Cikgu Awang sambil menoleh ke arah Tuan Pengetua, kelihatan Tn. Pengetua menganggukkan kepala sambil tersenyum.
" Hoorrreeyyy !!! " Para pelajar menjerit, kelihatan 4,5 orang terlonjak-lonjak kegembiraan. Di bahagian tepi kelihatan pula 2,3 orang pelajar menari shuffle !
" Baiklah itu saja ucapan saya, Sekian terima kasih dan selamat
Cikgu Awang kembali ke kerusinya dengan hidung yg kembang kempis. Bangga idea bijaknya diterima oleh Tuan Pengetua.
Di kerusi paling hujung, Us. Ashraf, Us. Jamil dan Ustazah Mashitah kelihatan mencebik, ingin membantah bimbang markah prestasi menurun. Lebih parah lagi jika ditukarkan ke sekolah lain.
" Gila.." Us. Jamil berbisik ke telinga Us. Ashraf.
Namun sekadar berbisik cuma. Kuat-kuat nanti didengar orang pula.
No comments:
Post a Comment