Monday, May 11, 2009


Allahu Rabbi

Saya jarang sekali bermasalah dengan album2 Inteam. Setakat inilah, akan datang belum tahu lagi. Sebenarnya album ini juga pertama kali dengar saya memberikan sekitar 2 setengah bintang aje. Kira menghampiri tahap bungkus.

Pertama kali dengar hanya 1 lagu yg menyengat, itupun lagu lama diberi nafas baru. Lagu Kasih Sayang yg dinyanyikan berduet bersama Us. Asri Rabbani. Lagu ini saya kira benar2 menjadi penyelamat kpd album ini.

Namun setelah mengulang dengar 2,3x dalam kereta...ermm ada beberapa lagu yg sudah boleh diterima oleh telinga ini. Saya berasakan 3 lagu boleh menjadi killer songs dlm album ini.
1. Kepastian. 2. Allahu Rabbi 3. Kasih Sayang

Lagu2 lain yg boleh dilayan juga adalah seperti Redha, Kemuliaan Al-Quran dan Dia Muhammad.

Inteam kini ( mungkin kerna masing2 sudah berumah tangga ) telah mula menjauhi lagu2 cinta yg mendayu-dayu. Syabas. Lagu2 cinta elok diberi saja pd UNIC dan kumpulan2 muda yg lain.

Pakcu : Album baru kebiasaannya begitulah. Sekali dengar macam hampas. Try 2,3x insya Allah hampas bertukar menjadi madu halwa telinga. Syabas buat Inteam. Err..4 bintang buat album ini :)

Friday, May 08, 2009

Hari yang Gelap. Hitam. Pekat..untuk sebuah demokrasi.

Semalam aku merasakan demokrasi sudah tidak lagi dihormati. Kembali kepada keadaan " Tidak Bertamadun ".

Tuan Speaker yg patut dihormati diusung bagaikan mengusung mat gian di tempat serbuan polis. Tuan-tuan, itu dewan yg mulia. Jika kalian sudah tidak menghormatinya lagi, apalah ertinya.

Negara ini punya undang-undang, berpeganglah pd undang-undang. Bukan org lain yg buat undang-undang itu, kalian juga. Sudahlah undang-undang Allah kalian tak pandang sebelah mata pun, undang-undang kalian cipta sendiri juga mahu dilanggar. Benarlah, kalian sememangnya hanya layak utk tinggal di zaman batu dahulu bukan zaman sekarang !

Tinggal bersama-sama beruk-beruk di hutan kerna sememangnya kalian cintakan undang-undang rimba, siapa kuat maka dia yg berkuasa. Bukan begitu. Untuk itu saya menyeru, kembalilah kepada zaman bertamadun. Tindakan tanpa akal maka kalian akan kekal sebagai manusia yg hina.

Pakcu : Kembalikan kpd rakyat utk menentukan pemimpin mereka. Bagaimana jika kita pilihanraya semula ? Kalian setuju ? Pastinya tidak kerna kalian lebih kasihkan huru-hara daripada keamanan. Sungguh menyedihkan...

Thursday, May 07, 2009


Bahaya Fluorida...( Sila klik sini )
Nampaknya kena pakai kayu sugi la...

Pakcu : Saya pakai yg ini. Tiada fluorida. Bersih, selamat dan suci ! Semestinya ubat gigi HPA. Adik beradik Radix Mai secawan :)

Wednesday, May 06, 2009


Rome Here We Come !

Man.U sekali lagi melangkah ke Final Champions League buat 2 musim berturut-turut. Jika berjaya memenanginya maka kelab ini adalah yg pertama dalam sejarah berjaya mengekalkan gelaran Juara Eropah utk 2 musim.





Picture right : Before demolishing the gunners.
Picture left : Celebration after a superb freekick for 2nd goal. Just do it again and again dude.

Pakcu : Tak peduli la either Barca or Chelsea, yg penting we retain the tittle.

Tuesday, May 05, 2009

Lambat lagi ke ? Mahu tunggu apa lagi ?
Sila klik di sini

Proses utk memansuhkan PPSMI masih lagi dilengah-lengahkan. Entah kajian apa yg dinanti. Tidak pula dikeluarkan bagi menunjukkan betapa BAGUSnya PPSMI itu. Tapi kajian yg mendedahkan kebobrokkan PPSMI dan berlambak wal bersepah !

Mahu tunggu apa ? Pegawai atasan dulu pun belajar dgn Bahasa Ibunda. Hanya golongan bangsawan aje ke sekolah2 Inggeris.

Pening di peringkat sekolah mungkin mereka tidak terlihat,
Dulu kaedah pengajaran adalah 3M ( Membaca, Mengira, Menulis ). Utk makluman anda ia kini sudah tidak sesuai, perlu tambah 1M lagi. Biar jadi 4M.

M apa lagi ? M-Menyoal. Murid-murid luar bandar ini lebih suka angkat tangan ketika peperiksaan utk MENYOAL apakah maksud perkataan dalam soalan ( perkataan Inggeris semestinya ! ), bukan bertanya apakah kehendak soalan. Mereka letih nak memahamkan diri dengan makna soalan. Baru tanya soalan, jalan kira belum buat lagi !

Pakcu : Secara jujurnya daku berkayakinan penuh PPSMI telah membunuh minat para muridku utk belajar Sains dan juga Matematik. Malang sungguh nasib kalian.

2 MEI lalu...

Kami berkongsi tarikh...Untuk itu Selamat Menyambut Hari Tua buat diri sendiri :)

Pakcu : Mula meminati Manchester United sejak tahun 1995. Kala itu Beckham dan rakan2 baru keluar drpd akademi Man.U untuk menyertai skuad senior...Giggs, adik beradik neville, scholesy, nicky butt adalah skuad muda yg sgt berjaya dan dikenang sebagai BEST EVER SIDE yg pernah dilahirkan oleh Man.U.

Skuad muda ini juga telah menghadiahkan gelaran TREBLE kepada seluruh peminat Man.U pd tahun 1999 yg mana sehingga kini belum ada kelab2 Inggeris mampu melakukannya.

Bersama Lagenda King Eric Cantona dan Penjaga gawang Peter Schmeichel Man.U membina empayar dalam Liga Perdana Inggeris. Andai berjaya menjadi juara tahun ini maka Sir Alex akan menyamai rekod 18x Liverpool yg gah di era 70-80an.


>>>Gambar atas : Pakcu di blok Merbau, KMR. Berapa no.bilik kita ye, Syuk ? Aku sudah lupa :)
Maaflah kerana aku banyak buat sepah dulu. Dengan buletin PMI, risalah Nida ul Islam...Sorry banyak-banyak.
Big Clash tomorrow morning...Seteru lama...Apa2 pun kalah menang adat bermain. Viva Man.U !

1st leg : Man.Utd 1 vs Arsenal 0
2nd leg : Never know till tomorrow morning

Pakcu : Arsenal dah 4 bulan tidak melepas sebarang gol di Emirates, misi yg sukar buat tentera2 Sir Alex Ferguson

Wednesday, April 29, 2009

AWAL APRIL lalu...

Menjadi pendidik terutamanya khusus utk murid-murid yg slow learner atau kalau istilah guru-guru pemulihan Pahang, LAMPI ( Lambat Pick-Up ) memang menduga kesabaran.

Apatah lagi 3 hari 2 mlm bersama mereka, bermula selepas Subuh hinggalah jam 10 mlm kami mengasak danmengasah otak mereka dgn membaca. Mengeja, membaca. Mengeja, membaca...aduii...


Usahkan mereka aje yg jemu dan naik boring, guru disebelah pun hampir pitam mengulang cerita seperti Roti Kaya Siva. TAk dapat-dapat. Argghh..Sabarkan aku tuhan !


Namun penat lelah ini terbayar jua pd hari akhir apabila murid-murid yg LAMPI ini berjaya membaca akhbar. Jika nak dibandingkan pd hari pertama, lain dieja lain disebut. Depan bunyi lain belakang bunyi lain. Memang menguji tahap keimanan.


Pakcu : Sampai pitam tu tidak le..tp kalau makna yg hampir2 atau seerti utk menunjukkan tahap kejemuan melampau adalah HAMPIR MUNTAH ! :)

Terima kasih buat semua AJK dan Fasilitator yang terlibat. Anda semua memang punya kesabaran yg Top Class. Bukan calang2 guru boleh buat seperti anda :) Tahniah juga buat Cikgu Roslan Bin Nikmat atas kejayaan mengetuai KESERBA tahun ini ( Kem Serlah Bacaan )

Tuesday, April 21, 2009

Celcom Broadband

Berada di kawasan yg agak pedalaman ( Bukanlah pedalaman mana pun ) capaian internet sangat sukar. Nak langgan strmyx, khidmatnya tiada di sini. Aku kerap ke cc utk terjun ke alam cyber. Membaca blog, berita, update blog, update anti-virus..tak jauh pun sekitar 30 km je ! ( Err..tak jauh ke ? )

Bagi merungkai masalah ini. Celcom broadband adalah jawapan terbaik. Rabak juga poket sekitar 400 lebih. Monthly rm68. Kelajaun hanyalah 384kbps namun jika di kawasan 3g ia boleh dikatakan agak laju. Download juga tidak memakan masa yg lama.

Kesimpulannya, kira puas hati jugalah. :)
>>> Gambar : Modem at & t. Sierra Wireless.

Tidak mahu jadi Firaun

Semalam dan hari ini...kesihatan tidak stabil. Selsema dan seterusnya di ajak bersama temannya utk datang bertandang, En.Demam.

Setelah menelan ubat, tidur seawalnya. Badan yang asalnya panas mula menggigil kesejukan. Kepala mula berdenyutan.
Errr...semua org demam begitu :)
Walau apa pun, syukurilah dengan kifarah dosa yg tidak seberapa jika nak dibandingkan dgn dosa yg bertimbun.

Usah menjadi Firaun yg khabarnya bersin pun tidak, sihat sampai ke mati. Akhirnya dalam laknat Allah jua matinya di Laut Merah.

Pakcu : Tuhan, terima kasih atas demam ini.

Thursday, April 16, 2009

Still alive...

Many peoples hate this guy but millions Man.Utd fans love him :). Last nite he struck again With a Thunder ball, 40 yards distance, brought United to semi final Champions League.
2 times in 2 years.

Viva Man.U !


Pakcu : Err...betul ke grammar aku nih ? hahah anti-PPSMI not mean we hate English language :)

Tuesday, April 14, 2009


MINGGU AKHIR

Minggu ini minggu ke 12 praktikum. Melalui Praktikum sungguh meletihkan terutama saat hadirnya pensyarah untuk menilai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Letih banget. Syukur alhamdulillah dianugerahkan pensyarah yang berhati mulia.
En. Kholid Salleh. Hadir bukan untuk mencari salah sebaliknya membimbing dan menunjuk ajar serta berbincang kaedah yg sesuai utk dipraktikkan tika mengajar.
Terima kasih En. Kholid !

Begitu juga kepada pensyarah minor En. Samad Taib ( Bekas Guru Matematik tika aku di tingkatan 5 dulu ) yang memberi panduan berguna. Sangat besar jasanya, masakan tidak..subjek Matematik adalah yg paling boring saat di sekolah menengah. Dengan kecenderungan penggunaan otak kanan pastinya matematik adalh subjek yg..bosan !

Cikgu Samad ( Aku tidak memanggilnya Encik, lebih mesra dgn panggillan cikgu ) adalah guru matematik tika di tingkatan 4 & 5. Saban hari tapak tangan ini dirotannya lantaran tak siap homework hehehe...
Untuk lulus pun sangat sukar...namun digagahkan juga utk belajar dan terus belajar. Universiti mana yang mahu terima aku kiranya GAGAL subjek Matematik ? Walaupun gred F9 adalah sangat normal tika ujian, akhirnya SPM sebenar,berjaya juga meraih C3 utk subjek yg mendera otak aku ini . Terima kasih cikgu ! Tanganmu akan kucium hingga ke akhir hayat..


>>>Gambar atas : Bersama En. Kholid tika program Bina Insan Guru di Sekayu.

Pakcu : Pensyarahku berhati mulia, bukan apa, pernah terdengar juga ada sahabat yang letih mendepani pensyarah yg agak cerewet. Semestinya bukan IPG KDRI la..IPG lain :)

Thursday, April 09, 2009


Jangan takbur :)

>>>Kapten Liver fool pool menunjukkan angka 3 kepada pengurusnya :) selepas jaringan ke-3 Chelsea. Liverpool 1 vs Chelsea 3.


Pakcu : Sebelum undian Suku Akhir Liga Juara-Juara, Mr. Steven Gerard mendabik dada bahawa meraka tidak takut bertemu sesiapa. 7 Pasukan lain ( yg layak ke suku akhir ) yang patut gentar bertemu mereka.

Thursday, March 26, 2009


Mahu tunggu kajian drpd MALAIKAT ?


Aku pun hairan. Apa yang ditunggu lagi ? Bilakah dasar ( dulunya dikatakan sebagai trial project ) yg satu ini nak dimansuhkan ?


telah terbukti, kajian daripada PEMBINA. ( Sila klik sini utk info seterusnya ). Bahawa, betapa PPSMI sangat, sangat memundurkan pelajar khususnya di luar bandar ( termasuk felda ). 50 pensyarah drpd 7 buah universiti terlibat dengan kajian ini. Mahu apa lagi ? Bukti apa lagi ? Kalian mahu laporan / kajian daripada Ketua Malaikat, Jibrail barangkali ?!


Pakcu : Semakin hangin bila anak murid Pemulihan Khas pun diarahkan untuk belajar Matematik menggunakan Bahasa Inggeris. Ya, tuhan gila apakah mereka ini ? Murid pemulihan, nak mengeja kera, feri, beca pun tergagap-gagap kalian mahu sumbat, mahu huru harakan otak mereka dengan Matematik dlm BI. Arghh...sungguh aku tak mengerti !


( Sumber kajian PEMBINA adalah diambil daripada blog Faisal Tehrani )

Sunday, March 22, 2009

15 hari yg lalu...

" Begini rupanya nak mempertahankan bahasa.."

~Sasterawan Negara, A. Samad Said setelah merasai penangan GPM ( gas pemedih mata ) kerna mengetuai GMP ( Gerakan Mansuhkan PPSMI )

Dia tiada kepentingan,

Dia berjuang kerna bahasa agar terus terpelihara,

Untuk bangsa dan negara tercinta,

Benarlah dia, Sasterawan Negara !

Thursday, February 05, 2009



Ada juga makhluk yg suka menghimpun laknat, sumpah seranah, tiap saat, minit, jam dan hari...

Gambar2 Hiasan :-
>>> Gambar kiri, sumpah-sumpah. Makhluk ini boleh berubah rupa.
>>>Gambar kanan, tak perlu dijelaskan lagi, tabiat utama adalah melompat. Moga-moga ia melompat ke dalam tong najis dan tidak menyusahkan orang lain lagi.

Pakcu : Pabila dunia dan isinya mengatasi segalanya maka saksikanlah kalian akan menjadi hamba kepadanya dan hina selama-lamanya.

Kepada mereka yg telah dibeli oleh dunia nantikanlah laknat dari langit dan bumi !

Saturday, January 31, 2009

Tahun Baru Cina dan bermulalah...
Bermula 19 Januari 2009, jadual hidup juga mula berubah. Walaupun bukan secara total. 12 minggu yang mendera mental. Adui la...Latihan Praktik ! Banyak tugasan yang perlu dibereskan. Apa2 pun ia akan tetap dilalui dengan penuh kesabaran. Insya Allah.

Cuti Tahun Baru Cina setiap pagi dihabiskan di Laman Woodball, Lanjut Resort Rompin atau nama lainnya Serai. ( Laman woodball ini digunakan utk Pertandingan Woodball Malaysia Open. Jangan main-main, International gitu, hehe )

Memukul bola kayu di pagi hari, syoknya hanya yg memukulnya yang tahu :). Tak percaya, tanyalah Sirap yang 3 hari berturut-turut mengikuti kursus induksi sukan baru ini. Khabarnya sukan ini bakal di masukkan dlm Sukan Olimpik.
Tidaklah sampai ke situ citanya, sekadar suka-suka. Barulah faham mengapa ada org yang menggilai Sukan Golf. Nikmat melihat bola melintasi gate, hanya yang main aje yang tahu !
Ingin tahu tentang woodball ?
Pakcu : Gambar kiri - Kelihatan Master Hj. Ismail Bakar merangkap sifu pd kami semua sedang menunjuk ajar Hj. Razali teknik sebenar memukul bola.
Gambar kanan - Fokus sebelum memukul itu penting ! Abaikan sebarang serangan psikologi @ mind games drpd pihak lawan. Fokus. Fokus. Fokus. Jgn jadi mcm LIVERPOOL yg sudah mula hilang fokus, draw je manjang hahaha...
>>> Gambar2 di atas adalah di Laman Woodball Kuantan. Maaf gambar terkini di Lanjut Resort lupa nak ambil. Yang pasti rumputnya juga ala-ala golf juga :)

Wednesday, January 14, 2009


G.A.P
Seluruh kesatuan guru telah bersetuju menolak perlaksanaan PPSMI. Eh, yg nak mengajar , yang nak melaksanakan dasar ini siapa ye ? Doktor, Majistret ? Jurutera ? Ahli Muzik ? Semuanya bukan. Yang mengajar, yang melaksana adalah GURU. Ulang suara hati, GURU !
Kalau guru berucap dlm nada bongkak " Kami lebih tahu apa yg dah jadi pada anak murid kami."
Kiranya hanya satu, dua kesatuan membantah masih boleh dipertikaikan. Tapi keseluruhan kesatuan ( Wakil suara hati guru-guru la ni ! ) menyatakan pendirian menolak dasar bobrok wal kacau bilau ini. Pihak berwajib, tunggu apa lagi ? Tak faham2 lagi...? Malang sungguh jika kalian benar2 sengal !
Pakcu : Setiap pagi melihat anak2 murid dok menghafal sifir dalam bahasa inggeris, bunyi macam bagus..two times four is equal eight. Ujian Maths ramai yg lingkup. Dah jadi burung tiong belaka, cakap, hafal setiap pagi tapi sepatah haram sifir tak lekat !

Saturday, January 10, 2009

PemBoikot Sejati

Pertama, saban hari termasuklah dalam khutbah Jumaat, ini juga yg dicanangkan. Ye, benar inilah salah satu kaedah membantu saudara kita di Palestin.
Cuma masih ternanti-nanti...barang apa yang perlu di boikot. Yg sahih memberikan keuntungan buat Yahudi laknatullah itu ?
Selain daripada mendapat helaian di masjid...bila pula akhbar2 mahu menguluarkan barang2 yg sahih Yahudi..?

Keluarkan satu mukasurat penuh, biar kita jelas apa barangannya dan selepas itu kita pakat boikot ramai2.

Keduanya seperti kata orang kampung aku semalam ( org kg pun pandai ! ) kenapa tidak di haramkan aje kemasukan barang2 yg dikatakan memberi keuntungan pd Yahudi dan US ?
Jangan bagi masuk. Stop meng import barang2 tersebut.
Dan ini adalah peranan kerajaan kita. Org awam tiada kuasa. Suruh boikot, tapi barang terhidang depan mata, tiap hari guna, makan, minum. Tebal mana iman rakyat utk memboikot ? Kerajaan, perlu berperanan !

Sebagai contoh minuman M**O, dikatakan memberi untung kepada Yahudi. Tiap hari kita minum, kerna apa ? Ada depan mata ! Cuba tiada langsung, barulah ia menjadi BOIKOT SEJATI...Rasanya rakyat takkan mati andainya tak minum M**O, atau sudah ada yg meninggal dunia barangkali ?

Pakcu : Buat perokok..renti-renti la..Nak sangat hisap rokok daun !

Saturday, January 03, 2009

Menyambut Tahun Baru ?

Lama tidak mengemaskini. Kebizian barangkali ? Mungkin ada benarnya. Apa2 pun belum lambat utk mengucapkan Selamat Tahun Hijrah 1430.. Selama itu berlalunya Hijrah Rasulullah S.A.W. Selamat tiba 2009 selama itu juga usia kelahiran Nabi Isa alaihissalam.

Malam tahun baru cadangnya mahu bersama sahabat karab ku( karib plus akrab ) :) Sirap di ibukota. Namun lantaran tugas yg mengejar, menghimpit, hasrat dibatalkan. Lain kali aje la. Agak terkilan juga kerana tak dapat join Group Badar ( Badan amar ma'ruhf nahi mungkar ) bagi memastikan muda mudi segera bersurai daripada menayang lakuan tidak senonoh mereka.

Aku ke Kuantan bertemu rakan guru. Meminta khidmat nasihat utk menghadapi sesi baru persekolahan.

Dalam pada itu rupanya ada makhluk yg menyambut tahun baru 2009, dalam rumah aku. Sungguh kurang ajar lagi laknat !

kayu bawah tingkap di umpil, dan mereka berjaya lolos ke dalam. Kalau dah semangat nak merampok,kayu keras macam batu pun berjaya dikopak. Dengan skru driver or kuku kambing barangkali ?

Hasil yg mereka perolehi ? Dari bilik aku hanya beberapa ringgit duit syiling bersama sekeping duti rm1 edisi lama yg saja ku simpan utk koleksi.

Agak malang buat housemate, tabungnya dengan anggarn 500 ringgit lebih berjaya dilarikan.
Tabung yang di modify daripada tabung gas air-cond kereta
( Beratnya tak usah tanya la ! ) ghaib walaupun biliknya dikunci ( Umpil lagi ! )

Rezeki belum ada setakat ini. Setakat ini la, mana tahu ada yang meraung2 minta ampun selepas ini, siapa tahu kan ? Polis tak dapat kejar, ramai lagi bala tentera Allah. Yang nampak, yang tak nampak semua ada. Pastinya perampok2 itu ( aku dpt info 3 orang ) tidak membaca entry ini. Tidak mengapalah jika ada rezeki maka kembalilah tabung itu. Jika tiada mungkin house mate aku boleh menukar ganti dengan segala dosa yg dia ada dengan perampok2 di akhirat sana, itu aje !

>>> Gambar : Almari plastik aku yg telah di alihkan. Asalnya ia berada di depan tingkap. 3 keping kayu dinding dikopak, tapi kini telah diperbaiki.

Pakcu : Tambah sakit hati ada harta milik kerajaan juga ghaib. Betul2 menyusahkan kami. Wahai perampok, susah kami, susah juga kalian nanti. Tunggu sahajalah !