Kerap benar blog ini bercerita tentang bola. Kita lupa seketika perihal sukan terpopular dunia itu. Entri kali ini saya ingin bicara tentang hutang. Anda ada hutang ? Hutang apa ? Rumah ? Kereta ? PTPTN ? JPA ?
Membelek penyata PTPTN saya terasa boring...hutang bertambah setiap bulan. Caj dikenakan mengikut baki semasa
Ermm, penat memikirkan kaedah mahu melangsaikan. ( termasuk interest nya tu la ) Bagi yg dah berkerjaya mungkin boleh melangsaikan sedikit demi sedikit. Bagi yg fulus di poket pun tak berapa nak ada ? Yg belum dilamar pekerjaan ? Hutang bertambah setiap bulan. ( Rakyat didahulukan ! )
Notahati : Kalau PTPTN mcm JPA pun sudah cukup bagus. Anda bayar apa yg anda pinjam. Segala kos yg dikatakan kos khidmat, kerajaan tanggung. Bukankah tugas kerajaan memberi pendidikan kepada rakyat ? ( Takkan pendidikan pun nak di niaga / di riba' kan ? ) Duhai tuan-tuan penguasa khazanah negara, kami mohon dengarlah rintihan ini...
Monday, July 20, 2009
Sayang Man.U, CINTA MALAYSIA!
Agak lewat menulis pengalaman ke Stadium Bukit Jalil tika menyaksikan Harimau Malaya menentang Juara BPL 2008/2009 Manchester United. ( Menulis bukan boleh dipaksa-paksa, datang keterujaan baru la seronok bercerita )
Sebetulnya saya berbelah bagi untuk ke sana apatah lagi perkhabaran awal yg diterima daripada rakan2 di KL, tiket SOLD OUT ! ( Ramainya peminat MU ye ? ) Rupanya perkhabaran itu tidak benar, tiket masih ada lagi dijual. Tiket paling murah la, rm58. Tiket rm308, 98, 68 memang sold out.
Tiba di KL agak lewat, maghrib baru baru berada di tengah bandaraya. Sahabat saya En. Sirap telah menunggu di pejabatnya di Jalan Raja Laut. Sasaran kami adalah MidValley. Tiket dijual disana.
Akhirnya setelah melilau, kami dapat juga membelinya ditingkat paling atas, tingkat 4 barangkali.
Pagi Sabtu kami melilau di Pertama Kompleks dan Sogo.
Jam 4, menunggang motor bersama Sirap. Sedia maklum kalau dah tiket sold out, kebarangkalian jem adalah sangat tinggi. Telahan kami benar, kereta berderet merangkak dijalanan menuju Bukit Jalil.Tiba di Bukit Jalil, sepupu saya sedang menunggu ( tiketnya pd saya ) dan kami melangkah masuk sebagai teman MU tetapi kekasih Malaysia :)
30 minit sebelum perlawan sebagaimana, kesemua pemaian ( Malaysia dan Man.U ) membuat latihan memanaskan badan. Tepukan gemuruh serta jeritan membingitkan setiap kali pemain-pemain Man.U melambaikan tangan kepada para penonton.
5.45 ptg, perlawanan bermula. Sorakan penonton bertali arus. Terasa seperti di Old Trafford la pula haha, stadiam dipenuhi dengan penonton berbaju merah. Hanya 1 peratus berpakaian kuning.
Tidak perlu mengulas lanjut berkaitan gold an perlawanan ini. Saya bersetuju dengan En. Rusdi ( blog RAR )yg mengatakan MU bermain atas tiket / tujuan melancong. Bagi saya perlawan itu hanyalah Entertainment Game. Sekadar utk menghiburkan para peminat dan juga menjaga aib tuan rumah.
Pemain MU lebih gemar bertukar-tukar hantaran berbanding melakukan penyudah. Wayne Rooney bagi saya kerap bermurah hati utk tidak melakukan rembatan deras sebagaimana biasa walaupun mempunyai banyak peluang . Begitu juga dengan Nani. Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada farizal Alias ( Goal Keeper ) yg Berjaya menyelamatkan rembatan Scholes dan beberapa percubaan pemain lain.
Patriotik ? Jika ada yang menuduh penonton yang ke stadiaum tidak patriotic, rasanya ia tidak berapa tepat. Saat pemain Malaysia Berjaya melepasi kawalan / memperdayakan pemain MU dgn gerak badan lincah penonton sgt sporting memberikan tepukan dan jeritan. Begitu juga tika saat Malaysia melakukan serangan stadium gegak gempita dgn sokongan mereka walaupun berbaju merah. Apatah lagi tika meraikan gol-gol Malaysia, penonton majoritinya menjerit kegirangan, bangun dari kerusi bagi meraikan gol walaupun di dada baju berlambangkan MU:)
Malam ini, perlawanan kedua bagi menggantikan aksi yg dibatalkan di Jakarta. Sama-sama kita saksikan di Astro 811, ( harap2 ada ehsan drpd astro )apakah keputusannya kali ini.
Pakcu : Terserempak dengan penonton dari timur tengah. Saya merasakan dia wanita dari Iran. Berjubah hitam, bertudung labuh hitam, hanya mata yg kelihatan. Namun yg paling menarik adalah terdapat ikatan kuning dikepalanya bertulis MALAYSIA ! Sayang saya tidak terlintas di hati mengambil gambarnya ketika itu.
Berbaju putih ( Neutral haha ), baju Umbro / Sharp, old school ni sudah lama terbiar dlm almari. Saya beli di Al-Ikhsan Bukit Bintang tika gila mengumpul jersi di zaman muda-muda dulu :) Tunggu sale baru beli la, naka beli new arrival, rabak poket ! Nak pakai baju Merah Nike tidak tergamak lantaran sahabat saya, Si Sirap acap benar meratibkan ayat ini " Kau nak pakai baju lambang kekufuran tu ?" haha maka kami sama-sama memboikot Nike ! Say no to Nike / Dewa Kejayaan bangsa Greek.
Wednesday, July 15, 2009
Scoreboard Politik
1. Kalah perlu muhasabah / post-mortem, yang menang juga wajib post-mortem. 2. Peratusan keluar mengundi melebihi drpd sebelumnya. Apakah masih relevan pengundi luar tidak balik mengundi ?
3. Kepada yg kalah, sila tunai segala janji. Jika mungkir janji...anda akan dicop munafiq. Jangan kerna kalah, bumi MU sebelum ini dicanang akan menjadi anak emas akan bertukar menjadi anak tiri. Janji jambatan atau apa sahaja perlu dikotakan, penduduk MU juga adalah rakyat Malaysia. Mereka bukan pendatang haram dari benua lain. 4. Kepada yg kalah, ubahlah startegi, sejak zaman berzaman kalian hanya menjanjikan lambakan projek duniawi. Ubah sikap. Lebih adil kepada semua rakyat Malaysia. Jika perlu diberi bantuan, berikan saja. Usah tunggu pilihanraya. Rakyat menolak kerna mereka lihat kalian tidak berubah sikap.
5. Kepada yg menang, renung-renungkan kemana hilangnya 1ooo lebih majoriti sebelum ini. Perbalahan sesama sendiri, ribut dlm periuk belanga semuanya tidak menguntungkan sesiapa kecuali kepada oposisi sahaja.
Pakcu : Perubahan itu perlu, tindakan meng ANAK tiri kan mana-mana negeri / rakyat adalah langkah tidak bertamadun. Anugerah Allah di bumi bertuah ini adalah milik bersama. Wajib dinikmati bersama. Jika tidak, tiada mustahil jumlah 5 akan terus meningkat 6,7,8..dan seterusnya. Fikir-fikirkan...
Monday, July 13, 2009
Keliru Sang Remaja
Saya telah ditanyai oleh seorang remaja perempuan tika cuti sekolah yg lalu... "Abang, berdosa tak kalau pergi kelab malam / disko ? "
Terkedu juga nak menjawab. Sedangkan remaja ini cemerlang pelajarannya. 7A PMR. Apa hal ditanya soalan yg aneh-aneh begini ?
Saya menyoalnya kembali sambil akal berfikir bagaimana ingin memberikan jawapan yg terbaik yang boleh menimbulkan rasa jijiknya utk melangkah ke situ... " Err..apa tujuan nak ke sana ? Nak cari apa ? " tanya saya " Saja nak release tension, " jawabnya " Kenapa nak ke situ ? Situ kan tempat org minum arak, " balas saya " Eh, kawan saya pergi situ takminum arak pun, dia order air Coke je." sanggah anak gadis 16 tahun itu.
" Ermm, beginilah, OK la dia tak minum. Tapi kenapa perlu ke sana, kan banyak lagi tempat lain ? Org Islam ni, ada 2 je jawapan bila berada dipersimpangan. Dosa dan pahala. OK, kalau pergi kelab malam tu, agak2 awak la, dapat pahala tak ?" Saya cuba membuka minda dan menguji akal remaja cemerlang tapi masih keliru ini.
Dia tersengih. " Haa..kalau tak dapat pahala, buat apa pergi ? Untuk apa kita pergi ? Nak tgk jantan betina berpelukan ? Nak tgk org minum arak, minum air kencing setan ? Tempat setan penuh.."
Pakcu : Itulah antara kekeliruan yg wujud. Remaja yg cemerlang akademik. Yang tak cemerlang akademik tidak saya tahu bagaimana pertimbangan mereka terhadap disko ini. Kalau semua pusat hiburan / kelab malam ini takde kan bagus..duhai kerajaan..ibu kejahatan adalah air kencing setan. Bila lagi mau dilupus...? ( Dengan tempat ronggengnya sekali laa..)
Welcome Bro !
1. Apakah beliau seorang pengkhianat ? 2. Oppss, sorry. Dia sebenarnya pemain yg terbuang. Not a traitor...Bak kata Francisca Peters dlm lagunya - Sekadar di Pinggiran :)
3. Diharapkam mr.owen akan memastikan Mr.Rafa Beni berputih lagi tahun ini. Orang dah tak sudi. Old Trafford sedia memberi ruang utk anda juga impian utk bergelar Juara BPL.
Pakcu : memang aneh melihat aksi ini. Tapi tiada yg mustahil. Pasti ramai Pool fans yg terluka melihat Wonder Boy mereka menyarung jersi MU. Jika peminat MU ia ibarat melihat Ryan Giggs menyarung jersi liverpool la kiranya, menusuk ke hulu hati :)
Gambar : Owen kelihatan ceria ketika menjalani latihan di padang carrington ( Pusat latihan MU )
Friday, July 10, 2009
1. Kenapa mesti 2012 ? 2. Ada apa dengan 2012 ?
3. Apakah ada sebarang jaminan sebelum tiba 2012, keputusan asal tidak akan ditarik balik ?
4. Bak kata Pak Samad a.k.a Saterawan Negara " Ini bukan mansuh tapi TANGGUH ! "
5. Akhir kata, sekali lagi ingin bertanya, APA ADA DENGAN CINTA 2012 ?
Subhanallah...
Ku fikirkan hanya ular yg bersalin kulit. Rupanya udang galah pun bersalin kulit. Sungguh, saya tak pernah lihat.
Bagaimana Si Udang menarik keluar segala isinya ( termasuk isi di bahagian sepit ). Dia keluar melalui jalan mana ye ? Belek punya belek, saya agak, dia keluar melalui ruang antara kepala dan badan. ( Agaknya la ) kerana lubang di situ agak besar.
Maha Suci Allah yg Maha Mencipta segala kejadian...
Pakcu : Ex-Housemate ajak ke Bukit Jalil, Sabtu ni utk menyaksikan Malaysia vs Man.United. Hehe..tengah2 bulan nih, poket tengah tandus..nak dibocorkan lagi ? Perlukan dipertimbangkan ?
Friday, July 03, 2009
SI PEJUANG SEMANGAT KEBABIAN !
Dalam keadaan dunia sedang dihantui selsema babi, masih ada orang yg memperjuangkan semangat kebabian. Entah apa yg sedap sangat aku pun tak tahu. Sengal !
Tak gheti-gheti nak faham bahasa. Spesis tu membawa penyakit, satu dunia dah dilanda, masih nak dipertahankan ? Kandang haram lagi.
Aku rasa elok MB Kedah bagi permit bela babi belakang rumah pejuang babi tu. Biar dia bela, biar dia makan sepuas nafsu. Letak jawatan jadi ADUN pun bagus, jual babi. Lagi untung dan cepat kaya. Jadi ADUN pun menyusahkan orang !
Nak desak2 orang sama-sama jaga kandang babi lu, kandang haram pulak tu. Apahal lu beb ?! Lu tak reti nak hormat orang, memang patut lu keluar pun. Kitaorang tak heran la.
Notakaki : Bagaimana jika kita panggil dia Mr. Babi ? Tentu dia bangga kan ?
Thursday, July 02, 2009
Selamat Hari Lahir Kekanda.
1. Dia sangat baik. 2. Dia pemurah wal tidak berkira. 3. Satu-satunya Kakak yg saya ada. Daripadanya saya dapat 2 orang anak saudara ( comel2 belaka ) dan seorang abang ipar.
4. Jadual di sekolah dia, dialah yg buat, ilmu jadual dia turunkan pd saya dan juga suaminya. Terima kasih sifu ! 5. Dia mengajar Add Maths Form 5. 6. Masa muda dulu dia ambil degree Acount. 7. Orang kata, Pengetua Sekolah sayang dia. Ye ke ? :) Wah cepatlah jadi Pengetua kalau mcm nih. Hahaha 8. Apa2 pun dialah My Best Ever Sister 9. Selamat Hari lahir. Moga usia diberkati dan dapat memanfaatkan ia sebaiknya.
Wednesday, July 01, 2009
Aqso dan Madina
Petang tadi, sebelum ke padang bola ( layan futsal padang la pulak ) sempat menonton permulaan drama Indonesia, Aqso dan Madina. Dah banyak kali mendengar lagu tema drama bersiri ini. Tapi hari ini macam terpikat la pulak.So, pulang dari padang terus cari dan download OST aqso dan medina. Format Mp3. Layan seadanya melodi dan liriknya yg menyentuh...
Lagu : Ketulusan Hati Nyanyian : Marshanda
Sedihku sakitku ku terima Ku rela ku pasrah jalanku Ini suratan aku dicoba Demi rahmat-Mu ku memohon
Yaa Allah redhai ketulusan hati Yaa Allah beri aku ketabahan Yaa Allah aku sanggup berkorban Demi rahmat-Mu Yaa Allah
Yaa Allah redhai ketulusan hati Yaa Allah beri aku ketabahan Yaa Allah aku sanggup berkorban Demi rahmat-Mu Yaa Allah
Memo : Saya tak pernah tengok pun drama bersiri ini hahaha..Entah apa jalan ceritanya pun tidak ku tahu !
Saturday, June 27, 2009
Pak Ungku kata...
" Pilih Bahasa Inggeris untuk ajar Matematik, itu GILA ! " ( Itu kata Pak Ungku Aziz a.k.a profesor Diraja )
1. Tertarik dengan kata-kata MB ku, " Laksanakan PPSMI adalah suatu yg tidak beretika." ( Begitulah lebih kurang maksud beliau. Sila lihat berita selanjutnya di SINI )
2. Saya tidak tahu pun yang MB Johor adalah Pengerusi PEMBINA. :)
3. Dah tu ? Apa tunggu lagi ye ?
Nota hati : Saya berkeyakinan PPSMI akan expired Julai ini. Harap-harapnya begitulah. Jika dilihat pd berita yg mengatakan akan ada subjek sastera Inggeris utk para pelajar sekolah rendah, saya bertambah yakin, dasar cacamarba ini akan berakhir.
Insya Allah, sama-sama kita doakan. Pastinya kita tidak mahu lihat Pak Samad dan konco-konconya akan berdemonstrasi lagi, untuk menelan asap gas pemedih mata. Kasihan Sasterawan Negara ku itu !
Jika benar keislamannya...
Michael Jackson a.k.a Jacko ataupun nama terbarunya Mikaeel telah pergi. Saya mengetahui berita kematiannya tika mendengar berita daripada Radio Sinar pagi semalam. Eh, iye ke ?
dan berita itu memang benar. Saya bukanlah peminat beliau. Sekadar mengetahui dia penyanyi terkenal di mana albumnya adalah yg terlaris sepanjang zaman. Album thriller jualannya adalah 50 juta copies.
Walaubagaimanapun moga Islam benar2 ada di jiwanya. Punya keyakinan Allah itu tuhan yg Esa. Pencipta sekalian alam dan makhluk. Jika benar itulah keyakinan baru beliau maka beliau adalah lebih suci berbanding kita yg sejak kecil memeluk Islam. Agaknya antara dosa kita dan beliau siapakah yg terbanyak ?
Moga Allah mengampuni kita semua. Al-Fatihah.
Gambar : Copy drpd blog http://sazilimohdnor.blogspot.com
Thursday, June 25, 2009
BAKAL BIZI
Mulai hari ini, esok dan lusa...agak kebizian. Asbabnya ? Idea Tuan Guru Besar yg ingin membuat Sambutan Perkahwinan Guru sekolah ini ( kiranya 3x la tahun ni housemate saya punya majlis ).
Entah mengapa dia begitu berminat nak membuat majlis ini, tiadalah saya tahu. Kerja majlis kahwin ni, bukan kecil punya hal beb ! Petang ni ( Khamis ) dah perlu menyiapkan segala peralatan utk rewang petang esok ( Jumaat ). Periuk belanga, kayu api dan yg seangkatan dengannya.
Pagi Sabtu, majlis dimulakan dengan pertemuan ibu bapa bagi menyerahkan buku rekod anak2 mereka. Dan selepas itu tayangan isitiadat perkahwinan melayu. Seterusnya acara perarakan pengantin dan makan-makan.
Petang ini bak kata filem Labu Labi " Nak cari kayu..nak cari kayu..." Arghh..
Pakcu : Buat Rushdan and Eka, Selamat Pengantin Baru utk kali ke-3. Hadiah takde doh la ! Terima kasih buat PIBG, tanpa bantuan kalian, letihlah kami !
Tuesday, June 16, 2009
Betulkah kiblatnya senget ?
Jumaat lalu dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuantan kami ( saya dan sepupu ) singgah di Kuala Terengganu. Tiba-tiba aje terlintas di fikiran untuk menguji kesahihan cerita masjid kristal senget kiblatnya ( tidak menghala ke arah kiblat yg betul )
Kebetulan saya membawa bersama kompas penunjuk kiblat. Apa lagi..? Bermulalah misi kami mencari kesahihan dan kebenaran.
Hasilnya ada pada gambar ini :-
Saya dapati ia senget sekitar 5 hingga 6 darjah. Saya bukanlah pakar dalam hal membaca bearing, sudut ataupun penentu kiblat
Terserah kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk menilainya. Jika ada pengetahuan tentangnya kita kongsi bersama. Mungkin juga saya silap.
Gambar kiri : Kiblat Masjid Kristal ( kiblat lurus ke hadapan ) Gambar kanan : Kiblat yang sepatutnya ( berdasarkan Qiblat Finder saya )
Saturday, June 13, 2009
Biarkan Dia Pergi
80 juta pound sterling nilai utk wira MU. Satu lagi rekod dunia. Pasti ramai MU fans yg terkilan dengan pemergiannya, al-maklum bukan sedikit jasanya buat MU.
Sering menjadi inspirasi dan menjaringkan gol-gol penting.
Saya secara jujurnya suka melihat MU bermain kerana ingin melihat CR7 memeperagakan skil. Larian pantas, freekick, tandukan, apa lagi ?
Anda tidak boleh menafikan kehebatannya. Dia memang hebat. Peminat kelab lain pasti menambah 1 item lagi, CR7 kaki kencing kuat menipu. Cheating ! Haha whatever la, tapi kalian perlu mengakui skill dan kehebatannya menjaringkan gol. Entah bila rekod 42 gol semusim utk pemain sayap akan diperbaharui, saya pun tidak tahu.
Walau apa pun, 80 juta adalah tawaran yg sukar ditolak. Untuk itu saya berasakan Sir Alex telah membuat keputusan yg tepat apatah lagi sebelum ini ( dulu-dulu ) Cr7 pernah menyatakan keinginan utk bermain dgn Real Madrid, bagi memenuhi impian ibunya. Terima kasih buat CR7, moga sukses di La Liga.
Oleh itu, jersi no.7 MU kembali tidak bertuan. Best, cantona, Beckham dan Ronaldo adalah bekas2 pemilik yg hebat.
Siapakah yg layak utk jersi no.7 ini ?
Mari kita lihat sasaran yg boleh dicapai oleh Sir Alex :) KLIK SINI
1. Frank Ribbery - Bayern Munich 2. Karim Benzema - Lyons 3. Carlos Tevez 4. Sergio Arguero - Atletico Madrid 5. Arjan Robben - Real Madrid 6. Aaron Lennon - Spurs 7. David Silva - Valencia 8. Antonio Valencia - Wigan
Daripada 7 pemain ini ( bersama duit 80juta ) saya gemarkan n0.1, 2 dan 4 disamping mengekalkan Tevez. Duit banyak kan ? :)
Alex boleh membeli ketiga-tiganya sekaligus !
Dan utk jersi no.7 saya berpendapat Sergio Aguero @ Kun ( menantu Maradona ) layak memakainya. Ketajamannya memikat maka bolehlah kita saksikan bekas rakan sepasukan di Atletico, Mr. Aguero berentap dengan Torres musim hadapan :)
Thursday, June 11, 2009
Meneruskan perjalanan
Semalam kelas tamat jam 1.15 petang, kami sekelas tersenyum panjang. Merdeka ! Boleh bercuti dah. Ramai yg telah berkemas kain baju sejak kelmarin lagi.
Saya malas nak cepat2 sangat kerna masih ada perjalanan yg perlu dilalui, bukan utk pulang ke kampung tapi ke pekan kecil Jelawat di Daerah Bachok Kelantan. Bersama sepupu yg baru merasa erti menganggur ( baru tamat diploma UITM ) kami bergerak sekitar jam 6 ke Jelawat. Laluannya, Merang - Penarik - Kuala Besut - Tok Bali dan berakhir di rumah makcik saya ( akak kepada bonda saya ) di Jalan. Mujur, Jelawat.
Perjalanan tidaklah jauh mana, sejam 45 minit. Tapi letihnya, allahu rabbi. Bukan letih memandu tapi letih angkut barang ke dalam kereta ptg semalam. Bilik di 3rd floor. Turun naik tangga. Akibatnya pagi ini, selepas subuh saya kembali ke alam mimpi, Jam 10 baru bangun hehe. Letih siot !
Hari ini punya projek..ke majlis walimah teman serumah. Rushdan dan isterinya, Nuratika di Pasir Puteh. Kejam sangat rasanya kalau tak pergi majlis mereka. 2tahun saya tinggal serumah dengannya. Selepas ini boleh cakap dengan dinding la pulak hahaha. ( Err..cakap dengan dinding, bukan cakar dinding ye Sirap :) )
Gambar atas : Jambatan Tok Bali. Semalam tak sempat nak snap. Copy paste drpd blog minda-mahasiswa.
Friday, June 05, 2009
Setakat Ini Siapakah yg Hebat ? :)
Ranking terbaru Persekutuan AntarabangsaSejarah Dan Statistik Bolasepak telah mengeluarkan senarai terkini. Barcelona dan Man. United berkongsi mata iaitu dengan 315 mata. Untuk penghormatan, maka seharusnya tpt pertama diberikan kepada Juara Eropah 2009 ; Barcelona.
Ke-3 ? Chelsea ( 276 ) Ke-4 ? Liverpool ( 248 ) Ke-5 ? Arsenal ( 247 )
Man. United bertukar penaja lagi. Setelah American Insurans bungkus dek masalah ekonomi global, MU kini mendapat penajaan baru. Klik sini Penaja lama, AIG telah digantikan dengan penaja baru Aon Corp juga gergasi insurans US.
Inikah lambang di baju MU musim hadapan.. ? Tunggu dan lihat aje. ( Entri sebelum ini..entah mana datang penaja Saudi Telecom ? Saya pun tak tahu la. ) Di Rantau Panjang pastinya telah berlambak baju baru MU berpenajakan Saudi Telecom.
Hujan tidak, ribut pun tidak. Gempa bumi jauh sekali. Di pagi hari roboh menyembah bumi. Dan semestinya setiap kejadian pasti ada yg perlu dipersalahkan.
1. Pemaju ? ( Tidak membina berdasarkan spesifikasi, mahu untung ? Di tekan pihak atasan ? ) 2. Jurutera yg meluluskan ( Mendapat tekanan ? Mendapat suapan ? Atau apa ? ) 3. Kerajaan Negeri ( Mungkin mendesak pemaju agar ia disiapkan sebelum SUKMA menjelang, jika tidak aib seluruh Terengganu )
Pelbagai andaian boleh dibuat. Segalanya mungkin. Yang terlibat pasti mengetahui apakah punca sebenarnya. Syukur tiada kematian. Baru setahun sudah roboh. Bikin malu seantero dunia. Ratusan juta utk membinanya, sekelip mata lebur di negara yg jauh daripada lingkaran gempa bumi mahupun gunung berapi.
Pakcu : SPRM sila bekerja keras. Tidakkan roboh stadium sesuka hati jika tiada sesuatu yg "Hampeh" di belakangnya. Macam drama bersiri X-Files juga di belakangnya ada Mr. Cigarette Man / Men.
Di Warung Pok Ping ( depan IPG, seorang pelanggannya membebel dalam loghat trengganunya.." Runtuh..padan la, semayang hajat 15 minit, konsert 4 jam .."
Saya mendengar saja luahan hatinya dan hari ini terfikir juga..inilah dia satu lagi projek kerajaan B****** Nas***** ( Bukankah ia amat diagung2kan satu masa dulu ? Tiapa papan tanda projek ada tertulis bukan ? ) Bila projek yg mungkin rasuah juga berlegar bersama, yg leburnya wang rakyat juga ! )
Monday, June 01, 2009
DEWA DEWI
1. Soalan satu : Sanggupkah anda memakai baju bergambar salib atau budha atau vishnu ?
2. Dua : Sanggupkah anda pakai gambar dewa Greek ini ? Opss sebelum itu. Siapakah nama dewa ini ? Utk pengetahuan..Dewa ini bernama NIKE :)
Apa kata Dr. Abdullah Faqih ( Universiti Sains Islam Malaysia ) Anda klik sini...
Pakcu : Pehh..baju saya berlambak jenama ini. Apakah akan berlaku penghijrahan besar-besaran ? Moga diberikan kekuatan.Rupanya dewa ini adalah anak kepada Dewa Pallas. Err..Kasut Pallas ? ( Pakai masa sekolah menengah dulu ). Tambah dua lagi jenama kronos dan triton ( Hilux Mitsubishi ) juga nama dewa.