Monday, October 25, 2004

LAMA AMAT

Lama betul tak update blog ni. Bising kengkawan. Maaf la sahabat, daku bizi dengan final exam ank murid, then kena siapkan markah dlm masa seminggu. Tak banyak kelas 4 je. 2 subjek Geografi dan 2 subjek Matematik ( Paper 1 & 2 ). PC pun jaraknya 50km dr jari tangan aku ni.

Bulan Ramadhan ni nak cakap apa pun tak tahu. Nak bagi tazkirah pun kalian lagi hebat dr aku..:) Yang penting bersama2lah kita memeriahkan Ramadhan dengan amalan yg boleh mendekatkan diri kita kpd Allah.

Minggu depan je la sambung sebab Pahang cuti 3 hari lagi ( Sambut Nuzul Quran )

LAIN-LAIN
  1. Manchester United berjaya meleburkan rekod tanpa kalah 49 perlawanan Arsenal. Walaupun penuh dengan kontroversi..yg menang tetap menang kan ? Bagi penyokong Arsenal..jgn la ingat Gunners tak pernah menang dengan bantuan pengadil dan penipuan pemain. Robert Pires tu boleh tahan jugak lakonannya utk dpt penalty satu masa dulu. Apa-apa pun Viva Man U.
  2. Kpd Pn.Sitreen ..apa khabar ? Mesti tension sebab blog ni dah lama tak update. Sorry makcik.
  3. Dengar khabarnya ramai sahabat2 hendak bina masjid lepas raya nanti. Kepada blogger yg dah ada maklumat tu silalah maklumkan kepada sahabat2 yg lain. Nasri oh nasri..moga selamat sejahteralah perjalanan hang..:)

K Sahabat. Ada umur, rezeki Insya Allah ketemu lagi. Assalamualaikum




Tuesday, September 28, 2004

NOTA PENDEK

  1. AKU TAK PUNYA MASA YG BANYAK..hujung minggu ada je program. Kalau tak program sekolah, program pribadi aku...
  2. KPLI..tak layak ! Apa-apa pun alhamdulillah. Itu yg lebih utama. Rayu je la selagi boleh rayu.
  3. Lama dah tak up-date. Ramai agaknya peminat dok menanti komentar serta cerita aku hahaha ( Masuk lif anda kena tekan butang sendiri la.. :) )
  4. Minggu lepas, Sabtu, Ahad..aku ke Pulau..ntah apa ke nama aku pun tak tahu..Aktiviti ? Berkhemah la beb. Punya la seronok..mandi laut..airnya hijau..jernih..macam kat Tioman je rasanya.
  5. 27 September 2004. Shahiran Bin Mat Hasan ( Asri sebut Mat Husin )..mursyidul am Darul Ulum dan Zainorrina Bt Zainal Abidin..selamat menimang cahaya mata pertama. Ainin Sufiah. Daha jadi bapak rupanya abang aku yg hensem nih ( James Dean @ Dung ). Tahniah buat mereka berdua. ( Buat Shah..perangai biaq senonoh sikit..hang dah jadi bapak ! ) Hehehe

~OK la kengkawan. Aku permisi dulu. Mahu pulang ke asrama.

Sunday, September 12, 2004

NOTA 1

Rabu,8hb September 2004. Lepas tamat waktu persekolahan, pulang ke hostel kemas brg lebih kurang ( sebelum tu melantak nasi minyak kat dewan makan, sedap la pulak )...start JEX dan terus pulang. Negotiate dgn bonda..nak ikut katanya. Hajat hati taknak la menyusahkan sesapa tapi dah bonda nak ikut jugak..tak mengapalah..( Rupa-rupanya ada juga hikmah ! ) :)

NOTA 2

Khamis, 9hb Sept. 2004. Bangun sebelum subuh lagi. Bersiap utk ke HQ SPA lama. Park kereta kat Sg.Besi. Naik LRT ( Bersama bonda la..tak kisah la korang nak kata anak emak ke hapa ke..)
Sampai PUDU..teksi ada 2 buah je..Munasabah ke dr PUDU menuju ke area sekitar Masjid Negara kosnya RM20 ? Manusia melayu yg cuba ambil kesempatan ke atas manusia melayu lain. Di saat keperluan mendesak begini..no choice. Aku tahu dia temberang... Tak mengapalah..jgn sakitkan kepala..fikir mudah..anggap sedekah je la..hari ini kita sedekah dan penuhi hajat orang, esok lusa mungkin Allah penuhi hajat kita. Sabar..sabar...

Interview, calon ada 13 org dan kesemuanya rakan sekuliah satu masa dulu. Apa lagi lama tak jumpa, bikin havoc la :). Semuanya spesis lawak yg mampu buat perut terburai. Dlm bilik menunggu pun boleh bikin havoc, ntah hapa2 ntah. Sampaikan Interviewer sempat bertanya pd calon, apasal kecoh..
Calon : Lama tak jumpa, tuan. Coursemate semua ni. 1 batch.
Interviewer : Oh..takpe-takpe...saya faham..

Aku..? Entah la..Jawab saja apa yg ditanya. Jika dpt..terasa juga ingin mencuba.

NOTA 3

Jam 2.30 pulang ! Tak sempat nak jumpa sahabat2 serumah sewa. Bersembang punya pasal terlepas susur masuk Senawang. Akibatnya terpaksa drive sampai ke Tangkak dan turun ke Segamat. Jauhnya pusing... Singgah di rumah abang aku kejap di Segamat. Jam 8.30 mlm bertolak ke rumah..Meter kereta menunjukkan angka 402 km. Letihnyaaa..
( Dlm perjalanan pulang 3-4 kali aku terlelap tika drive. 2,3 saat..taubat tak nak buat lagi ! )

~So itu la dia keje aku 3-4 hari lepas.
~Kepada Sepol..rajin2 la makan ubat. Maaf tak sempat nak ziarah.
~Tiada yg menarik setakat ni.
~Emosi tak berapa stabil la..Apasal ? Ntah la Labu...
~Kengkawan DU..sorry la tak sempat jenguk kalian
~Kaset Inteam'04 diputar sepanjang perjalanan. Dan aku yakin aku suka pd lagu Ku Serah Cinta yg diberi nafas baru tu berbanding lagu-lagu lain... Penangan lagu lama tak dpt dinafi lagi.

LAIN_LAIN CERITA

>> Semalam ada ceramah Isra' Mikraj di masjid. Budaya org Johor. Aku tak tahu la kat tempat lain macam mana. Sejak kecil lagi, tiap kali datangnya Isra' Mikraj masjid akan ada org berceramah tentang peristiwa itu.

Ceramah tiap2 tahun tapi tak tahulah banyak mana pengiktibaran yg dpt diambil, dengan Hiburan saban tahun kian menggila.hmm entahlah...Cerita pasal Isra' Mikraj tapi waktu solat selambe je langgar. Solat..apalah sangat kan..? Alhamdulillah belanjawan tahun ni tiada yg saja2 langgar waktu Asar...


Sunday, September 05, 2004


~Majalah MASSA. Bil : 155 ( 12-18 September 1998 )
Harga : RM 6
Ketebalan : 58 mukasurat
Status : ARWAH
Penerbit : Utusan Melayu Sdn. Bhd

~Sarat dengan komentar awal selepas pemecatan Anwar Ibrahim.
~Fungsi : Menyakinkan pembaca bahawa Anwar memang rendah moral. Ini tanggapan aku la.
~Di manakah majalah ini ? Ia telah ditalqinkan lebih awal drpd Anwar sendiri lantaran harga yg dikatakan terlalu tinggi. ( Actually aku sekali HARAM pun tak pernah beli majalah ni ).

~Kalian rajin ? Carilah majalah ini di Perpustakaan Negara ( Jika ia masih disimpan di sana la..) dan kita akan dpt melihat dan menilai..sejarah yg benar-benar sejarah. Peace utk semua !
SARI BERITA

Pembebasan Anwar masih hangat dibicarakan. Frontpage news utk akhbar Perdana. Tiada TAWAR MENAWAR...begitulah lebih kurang tajuknya. Bagi pemerhati tak bertauliah mcm aku..( Memang suka memerhati ) wait & see. Aku masih berkeyakinan bahawa tiada tawar menawar. Selain drpd peningkatan imej PM ( Yg sebelum ni byk juga calarnya ) belum dpt dipastikan apakah yg bakal berlaku selepas ini ( Selepas kesihatan Anwar bertambah baik Insya Allah ).

Cuma bagi aku..apa yg menarik adalah..dengan pembebasan ini maka terbukti sudah bahawa tohmahan yg dilemparkan kepada beliau adalah TIDAK BENAR belaka. Masih segar diingatan, kata2 seorang 'pemimpin' yg memecat timbalannya kerana timbalannya itu rendah moral ! Atau lebih detail nya..Anwar dipecat kerana melakukan hubungan seks, meliwat..( Rujuk Massa 12-18 Sept 1998. Bil 155. )

Bagi yg belum membuka mata seharusnya kita lebih terbuka. Menilai dr segenap sudut. Moga dpt membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Moga akal yg dianugerahkan juga tidak dipersia.

~Bukanlah aku terlalu mengagumi Anwar, cuma rasanya aku telah membuka mata & hati sejak melangkah ke IPT.
~ Ada seorang ustaz ( aku lupa namanya ..not sure ) pernah berkata insan seperti Anwar lahir / wujudnya 50 tahun sekali. Aku ? mcm biasa..wait & see...


KISAH AKU

~Baru 3 hari kembali menjadi warga asrama. Anak murid gembira dengan kepulangan ini ( Baik sangat ke aku ni ? Hahaha ). Pagi Jumaat, seperti biasa ada tazkirah oleh guru ( Mengikut giliran ) dan aku pula diminta ke depan utk menyampaikannya walhal sepatutnya guru lain. Dah lama tak berucap.."Hantam sajalah labu ! " keratan akhbar berkenaan bab solat, menjadi penyelamat suasana. :)

~Sabtu, Ahad. Pulang ke rumah. Mencari bahan utk pergi interview Khamis depan. Kena study semula la, aku bukannya genius utk ingat semua fakta.

~Jaha menolak pelawaan aku utk ke KL. Ada kerja katanya ( Jadi driver saudaranya yg dtg dr Makkah ). Maka ada kebarangkalianlah aku memandu sendirian ke Putrajaya.

Lain-lain
  1. Lagu baru Inteam. Az-Ziarah. Melodinya mcm lagu Amar Diab, El Alimallah, Album Tamally Maak ( Lagu yg cukup popular di Bilik M106 satu ketika dulu ). Layan sajalah...
  2. Lagu KuSerah Cinta - Inteam, adalah lagu lama yg diberi nafas baru. Penyanyi asal adalah Kump Suara hati, Album Lambaian Kasih. Teringat masa mula2 melangkah ke Kampus Hijau, asyik layan lagu ni je. Lagu Favourite Jiji nih.Tak percaya ? Sila tanya Roslan Suyot la. Aku ? Menyukai kedua-dua nafas @ melodi lagu ini...
  3. Sahabat aku dengan bangganya memberitahu aku melalui SMS " Aku tengah layan mp3 Inteam'04..Blues gak dibuatnya.Aku dpt rm5. Cetak rompak. Hidup Lanun!" ~La ada jugak kawan aku yg beli. Apa nak buat. Aku kempen belum cukup kuat agaknya :)
  4. Sahabat aku yg kahwin baru2 ini SMS " Saya di rumah Anwar ni. " Aku terfikir..la minah ni berbulan madu kat Damansara ke hehehe.
  5. Pagi Ahad. Berbual dgn sahabat aku yg rasanya antara sahabat2 yg terbaik, 40 minit di telefon. Apa dia buat sekarang ? "Min, aku nak interview jadi DO tak lama lagi, tapi aku nak jadi cikgu jugak la" Hohh..biar betul..? Moga kau berjaya la sahabat dlm apa jua yg kau lakukan. Lagi cepat kau kerja lagi cepat aku jadi pengiring kau :)
  • Kumat ajak aku masuk midastouch2u. MLM lagi. Aku bukan tak nak masuk,tapi malas nak pening kepala. Cukup la dgn Biospray je, walau slow yg penting bonus jalan. Buat Due..teruskan usahamu, kejayaan bersama-sama org yg rajin,Insya Allah. Buat Pais..bila lagi nak niaga surat khabar ? hehehe..aku lihat otak bisnes kau bertambah baik kini.

>>> OK la. Permisi dulu. Ada rezeki, umur, aku sambung lagi. Mungkin di KL ada cerita baru siapa tahu ? <<<


Thursday, September 02, 2004

ANWAR BEBAS

Alhamdulillah. Moga saki baki keadilan yg ada di MAlaysia ini terus subur hingga kita semua mengadap-NYA.

2 Sept 1998 beliau dipecat drpd jawatan TPM dan segalanya..2 Sept 2004 beliau dibebaskan oleh Allah drpd ketidakadilan manusia. Moga tiada sebarang hidden agenda.
Peace utk semua !




Tuesday, August 31, 2004


Setanggi Syurga

"Izinkan aku melafazkan kata, bicara hati yg mudah diterjemah, betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung kerana awan itu rapuh.."

Itulah dia serangkap lirik Setanggi Syurga. Maaf lagu ini bukan utk cinta sesama manusia ye. pening juga aku nak memahamkan lirik lagu ni. Puitis amat. Muziknya OK. Sekali dengar je dah memadai utk aku simpulkan lagu ni memang sedap didengar.

Manis Helma & Ito Lara memang pakar dlm mencipta lagu yg mendayu-dayu utk Inteam.
Dan aku sebagaimana biasa kena keluarkan RM15.90 utk mendapatkan album ini. Entahlah bab kaset nasyid ni aku jarang berkira utk membeli. ( Saya belum pernah beli album cetak rompak. Sekian dimaklumkan ). Apatah lagi kalau album Hijjaz dan Inteam. Rabbani pun tak terkecuali walaupun muziknya saban hari semakin ganas dengan dance muzik.
( Album Rabbani sesuai utk mereka yg memandu long distance..boleh goyang2 kepala sikit :) )

Lagu lain yg OK..Hmm..Kasihku Abadi. Lagu oleh Putra Aiman. Lirik oleh komposer yg hebat Lukhman S ( Lama dah tak melihat sentuhan beliau )

Lagu lain lagi..? Beli sendiri la..letih la macam ni.

BACK TO SCHOOL

Hari ini aku akan kembali ke sekolah lama. Kembali semula sebagi tenaga pengajar. Mengajar subjek apa belum pasti lagi. Tapi dengar khabarnya Sejarah & BM. Subjek yg amat digemari masa zaman sekolah ( Terer punya pasal, kedua-duanya aku score c4 hehehe..aneh sungguh SPM..masa trial elok je dpt A2. Over confident barangkali ).

Back to school..Sifu returns ! Tiba-tiba je teringat masa kat kampus dulu tengok CD, Fight Back To School lakonan Stephen Chow@ Chow Sin Chee Cerita lawak bikin perut terburai !

Lain-lain
  1. PR Kuala Berang telah berakhir. BN menang 2059 undi. Hairan juga, dengan seluruh jentera dikerah ke sana, menang 2000 je ? Sedangkan lawan sibuk bermuktamar.
  2. Semalam sahabat baik aku pulang ke kampusnya setelah seminggu menjadi tetamu di rumah aku. Terasa juga kehilangan. Maklumlah dah lama tak bersembang..seminggu bersama macam2 cerita dikongsi bersama. Yg menariknya nenek dan mak aku pun terasa juga kehilangan dia. Berjurus budaknya ( kata mereka ). Sahabat ..jika aku ada adik perempuan ada kebarangkalian kau menjadi adik ipar aku hahaha.
  3. Insya Allah jika tiada halangan, aku akan ke KL 8hb Sept. Ada interview kat Damansara 9hb. Moga aku diberi kesempatan bertemu kalian ! Paiji..chicken chop kita apa cerita ?

K..ada usia, ada idea..insya Allah ada cerita...




Thursday, August 19, 2004

Manusia dengan keadilannya



~Pabila merasakan bahawa kuasa yg ada itu kekal, harta yg ada itu kekal, usia yg ada itu juga kekal...

~Terlalu kasarkah teguran ini ?



Wednesday, August 18, 2004

Dating ?

Anda pernah ber DATING ? Jawab sendirilah. Cuma bukan nak story pasal dating. Pagi tadi terlintas di hati, Jika anda pernah berdating ( Dengan isteri yg sah la )...
sepanjang tempoh pertemuan tu anda tak putus2 memuji isteri anda...

" Awak cantik, awak la ratu,permaisuri,intan,payung,diamond..bla..bla.." tapi ketika sedang memuji tu lalu pula seorang wanita yg iras-iras Wardina gitu.

Mulut anda terus memuji isteri anda..tapi dalam hati anda.."Fullamaakk cun nye dia tu ! "

OK. Tutup kisah dating di atas. Di sini aku cuma nak koreksi diri aku sebenarnya...
Time kita solat maka macam2 hal dunia keluar ( Ibaratkanlah Wardina tu sbg hal dunia )
Mulut kita memuji Allah...dlm hati kita dok puji / ingat benda lain...Bila kita khusyuk solat ?

Pernahkah kita berusaha utk khusyuk dlm solat ?

~Moga dpt manfaat bersama.
~Yg penting kita mesti usaha juga utk khusyuk..pergilah cari mana2 TokGuru yg arif
~Aku pun sama la...nak kena usaha jugak ni.



Tertarik hati

~Semalam asyik layan lagu Pesanan Buat Kita,Raihan. ( Album Allahu )..aku tertarik dengan liriknya...bawah ni separuh je...

Dalam mengejar cita-citamu
Janganlah kaucuba mengambil jalan yg mudah
Janganlah berdusta,mengambil hak org lain
Yang bukan dari milikmu

Dalam persahabatanmu
Janganlah mengkhianati sahabatmu yg sejati
Dalam perjanjianmu
Janganlah berjanji jika tidak menepatinya...

Hitam putih susah senang kehidupan
Perlu ditempuhi dengan tenang
Semuanya penuh dengan hikmah yg tersirat
Tuhan jadikan utk mendidik kita
Carilah keredhaan-Nya...


Hal2 lain
  1. Semalam dah update.Punya la berjela-jela taip..alih2 hilang tanpa publish. Hangin jugak.Tapi sabar je la. Kena banyak beljar bertenang...
  2. Ramai jugak yg kutuk Man U. Yg hantar mesej pun ada. Tapi Chelsea taklah sekuat yg disangkakan. 2nd half main defend..Maurinho memang bijak. Takpe ada 37 matches lagi.
  3. Tak semua orang putih pandai speaking. Contohnya : Bos Spurs.Santini. So org melayu kenapa la humble sangat. Belasah je..lama2 Insya Allah pandai.


Friday, August 13, 2004

SUATU MASA

Pagi2 lagi aku dah ke Pekan, jalan2 cari makan. Ada sesuatu yg aku cari sebenarnya. News Straits Time. Bunyi macam hebat je kan ? Macam la pandai sangat. Tapi kalau tak rajin2 mengadap tulisan akhbar Inggeris,bila nak pandai ?

Peduli la apa pun. Yg sebetulnya kau nak baca akhbar kecil yg terselit bersama NST. EPL Preview hehehe. Terkenang suatu masa dahulu di kampus, hampir setiap hari aku ke Seven Eleven sebelah Resto. Maulana. Lepas solat Subuh, start motor / jalan kaki menuju ke Seven E.
Tujuannya hanya satu, mengambil surat khabar free The Sun. Barang free memang cepat habis, lewat sedikit saja maka kempunanlah.

The Sun ni,dah sampai kat Seven E sekitar jam 4 pagi. Jika jam 7.30 baru menapak ke sana biasanya pulang dengan hampa la. Apa yg menarik sangat ? The Sun ni ada berita terkini berkenaan EPL dan Liga Eropah,itu aje :). At least selain memenuhi hobi, aku dpt improve English aku.

Jika lewat maka terpaksalah aku keluarkan duit 30sen utk beli di kedai buku cina. Aku rasa tokey cina tu pun ambil di Seven E. Senang betul dia buat untung. Suratkhabar free. Jual 30sen,kalau 10 naskah dah rm3. Kalau 10 hari dia dah dpt untung rm30. Free je..tak payah keluarkan modal. Dapat jugak dia beli maxis reload rm30 dlm tempoh 10 hari. Betul tak ? Cina memang kepala bisnes,semua benda pd mata mereka boleh bikin duit. Sayang tak ramai orang melayu boleh berfikiran seperti mereka. ( Termasuk aku la ).

~semua umat melayu zuhud agaknya ? Tak jugak rasanya. tapi yg nyata umat Melayu memang tak berkira, sebab time AFUNDI selambe je mereka buang duit. Yg untung siapa ? Pengnjur@ Pembikin demam AF juga yg kaya.

~Orang tak demam di suruh demam, nak baik demam kena tonton dan AFUNDI la hehehe
(Alangkah bagus jika setiap RM yg digunakan utk AFUNDI kita bg pd rakyat Iraq. Kita mengundi, apa yg kita dapat ? Dapat nota sebelah kiri,sebab sokong muda mudi jadi penyanyi bersama pakaian yg mencungkil biji mata. Suka benar kita agaknya dpt nota kiri..:(

>>>terlalu banyak melalut..mcm mana kisah The Sun boleh pergi ke AFUNDI ni ? Entah.Geram kot ? :)<<<

Wednesday, August 11, 2004

HARI_HARI YG BERLALU

Isnin,9 Ogos 04 : Keluar rumah jam 9 lbh sikit dan pulang jam 6. Ke mana ? Beberapa perkara yg tertangguh sebelum ini aku settle kan.

Pertama, pergi meminjam buku bhg.C utk MTEST KPLI, Fuad rakan sejawat aku ( Dulu la ) dah siap2 letakkan buku atas katil. Settle satu problem. Baca la apa lagi kan ?

Kedua, tampal gigi. Entah la, saja gatal menjenguk ke Private Dentist. Lama juga bersembang dgn dentist,ingat nak tampal kecil saja. Tapi..setelah diperiksa..aku dinasihatkan agar melakukan operation bg membuang geraham bongsu,sebabnya gigi tersebut berpotensi utk menjahanamkan gigi lain pulak. Arghh...biar betul ni..?
Setelah menampal mana2 yg patut aku pun keluar..bab operation tu nanti dulu la..banyak perkara aku kena bereskan. Senak otak nak fikir pasal gigi je nanti.

Ketiga, Maybank2U aku tak berfungsi dengan bagus.Tak tahu la apa sakitnya. Lastly dpt kad baru. Settle masalah.

Keempat, ke JPN, bukan Jabatan Pendidikan Negeri tapi Jabatan Pendaftran Negara la.
Sepupuku, Ablong ( Nickname ) nak ambil IC barunya. Tunggu punya tunggu aku terfikir..bila lagi aku nak buat IC baru ? Nak tunggu kena denda dulu agaknya. Akhirnya giliran diambil dan hari itu jugak aku siapkan sesi bergambar dan scan cap jari. Tak tahu la apa pasal selama ni malas benar nak buat IC baru. Nak tunggu janggut lebat sikit barangkali :)

Malamnya, ada orang kampungku yg telah kembali ke rahmatullah. Seorang perempuan tua yg menghidap angin ahmar / stroke. Menurut emakku, arwah diserang penyakit stroke dah lama,aku pun belum wujud lagi masa tu ( Lama tak ? ) Ya Allah, tabah betul dia menjalani kehidupan,anak2nya pun bagus..bukan mudah utk menguruskan seorang tua yg kena stroke sebelah badan ni. Dia meninggal dunia petang dan buat pertama kalinya aku menghadiri pengkebumian jenazah di waktu malam.Al Fatihah buatnya...



Selasa,10 Ogos 04 : tarikh MTEST kian hampir, dalam masa yg sama assignment ibu saudaraku ( aku di minta menterjemahkan tugasannya ke dlm Bahasa Melayu ) belum siap. Macam la aku ni terror sangat. Terrorist boleh la hehehe. ( Macam mana la org melayu dpt perkataan terror yg membawa maksud hebat tu hah ? Kalau tengok kamus makna terror adalah ketakutan yg amat sangat.Pelik2... )Pehh..letih ! Bahasa yg agak tinggi. Setakat English biasa tu boleh la juga, ini tidak..sampai aku sendiri naik pening utk menghuraikan maksud.Hantam sajalah labu :)

Cuba membuat soalan bahagian C utk MTEST. Nampak senang je. Tapi bila disemak..heheh banyaknya salah ! Aku ingat aku dah pandai,rupanya belum lagi hahaha...


ENGLISH PREMIER LEAGUE 04/05

Kena ulas juga la sikit. Aku tahu ramai yg dok tunggu utk menghentam aku, takpe. Man U supporter always cool. Doesn't matter.

Kekalahan kepada arch-rival the Gunners pada Cummunity Sheild beberapa hari lepas memang memberi tamparan. Jelas defend agak goyah. Namun bagi aku ( Bukan nak menyebelahi team aku ) kekalahan itu tidak membawa makna. Masakan tidak, Man U kehilangan beberapa pemain utama. Dan bagi aku perlawanan itu lebih kepada perlawanan pertunjukkan ( walaupun tindakan Fergie menurunkan pemain muda pd second half sekadar utk menutup aib sebenarnya )

Ronaldo, Nistelrooy, Ferdinand, Heinze (new defender ) Saha, Solksjaer semuanya tiada...
Apa2 pun Arsenal sebenarnya masih hebat. Corak permainan pantas dan menarik,nyata mereka memang sukar dikekang.

Bagi Man U tugas berat mereka bermula pd perlawanan pertama musim dengan berkunjung ke Stamford Bridge, Ahad ini. Chelsea yg semua sedia maklum di bawah pengurusan Maurinho dan pemain2 hebat dunia yg baru dibeli pastinya mampu menghuru harakan Man U di laman sendiri.

Sebagai penyokong setia...dengan keadaan pasukan yg serba kekurangan saat ini,seri pun sudah dikira bagus buat Man U. Bukan tugas mudah utk menghalang serangan bertali arus drpd Arjen Rubbens dan Mateja Kezman !

Akhir kalam VIVA MAN UNITED !


Saturday, August 07, 2004

KULIAH MAGHRIB

Kuliah bulanan di kampung aku oleh Us.Nordin ( Sure kalian tak kenal ), penyampaiannya kali ini agak menarik. Contoh-contoh yg diberikan kadang-kadang kena di atas batang hidung sendiri..:)

Intipati
1. Solat Subuh berjamaah di masjid pahalanya adalah ibarat beribadah sepanjang malam. Maka diberikannya contoh, org kita ( Org kg aku la ) pukul 3 pagi selambe ju turun ke pantai untuk memukat ikan. Solat subuh pun atas pantai je sorang diri, subuh di surau tak mau. ( Terasa juga bagi yg kaki bola..champions league jam 3.30am relax je bangun :) )

2. Barangsiapa Solat Dhuha 2 rakaat,maka Allah tidak akan papakan kehidupannya
( Hadis ). Pengakuan jujur : Bak kata Nujum Pak Belalang "Jarrang-jarrang"..aku la yg jarang-jarangnya... Masa study dulu aku pernah terserempak dengan seorang perempuan pada waktu dhuha..(pada hemat aku la dia solat dhuha.Maaf aku lupa apa buktinya )...hmm padan dengan amanah yg Allah berikan pada dia. Terbit rasa hormat aku pada dia. Sesuai utk diteladani oleh anak buahnya.

3. Yakinlah dengan rezeki yg telah Allah tetapkan buat kita. Jangan terlalu mengejar dunia. Setiap rezeki, contohnya pada ikan kembung di Laut China Selatan..telah tertulis nama kita sebagai manusia yg memakannya walaupun rumah kita di pantai barat.

4. Barangsiapa berjihad dengan tangan dia ada iman..barangsiapa berjihad dengan lisan dia ada iman..barangsiapa berjihad dengan hati dia ada iman ( Benci melihat maksiat )...tapi jika melihat maksiat pun tiada terbit rasa benci..maka apakah ada iman di hati ?

5. Setiap amal kebaikan yg dibuat akan ditapis oleh malaikat pada setiap lapisan langit sebelum sampai kepada Allah, jika "kantoi" di lapisan pertama kerana ada riak pd amalan tersebut maka automatically, REJECT. Tapisan terakhir adalah drpd Allah sendiri di mana ditentukan sama ada amal itu IKHLAS atau tidak ( Hanya Allah jua mengetahui keikhlasan,malaikat pun tak tahu ). Jika tidak ikhlas maka ia akan dilemparkan kembali kepada tuannya. Namun bg amalan kejahatan tiada tapisan. Directly Allah terima, kecuali kita mohon keampunan.

~Moga dapat manfaat utk kita.
~Tersentuh dengan kisah TG dlm blog Rebelseventh...

>>>Berzikirlah...berselawatlah<<<

Tuesday, August 03, 2004

HARAM OH HARAM

Saibul Samahah Mufti Perak,Harussani Zakaria nampaknya mengganas lagi. Kenyataan yg dikeluarkan hari ini pasti membuat ramai yg panas punggung setidak-tidaknya panas dahi.

Hari ini beliau mempertegaskan Hukum HARAM Sure Heboh dan rakan seperjuangannya ( Sepupu sebelah ayah Sure Heboh ) Akademi Fantasia, Malaysia Idoladalah sama sahaja hukumnya.

Apa pun kenyataan yg beliau keluarkan amatlah disokong namun yg aku bimbangkan..berapa lamalah hayat jawatan beliau selepas ini ? Sama-samalah kita saksikan pertembungan kali ini. Andai dulu Mufti VS Ratu Cantik, mufti tersungkur..kali ini kita saksikanlah...

~Para Mufti sekalian teruskan perjuangan !
~Menanti dengan penuh minat, apa pula komen MUFTI JOHOR ? ... Tuan Mufti Noh Gadut kita . Dan juga apa pula fatwa daripada Mahaguru Astora Jabat kali ini ?

Harussani ulangi pendirian konsert 'Sure Heboh' haram

Mufti Negeri Perak, Dato'Seri Harussani Zakaria hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa semua karnival, konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition dan Malaysian Idol jelas bertentangan dengan hukum syarak, sama seperti Karnival 'Sure Heboh' TV3.

Ujarnya lagi, sesiapapun tidak perlu menunggu fatwa dikeluarkan apabila sesuatu program itu jelas bertentangan dengan kehendak syarak.

Jelasnya, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

Selain itu kata beliau program itu turut menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, di mana ujarnya, selepas beberapa siri dianjurkan, program berkenaan dilihat lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat khususnya golongan remaja yang bersekolah.

Beliau seterusnya menggesa pihak terbabit menghentikan segera program yang disifatkan terlalu banyak memberi kemudharatan kepada ummah itu.

"Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam," tambahnya lagi.

Harussani menambah, program itu mendatangkan kesan negatif kepada agama, bangsa dan negara berikutan menyebabkan pengunjung lupa kepada tanggungjawab hakiki sebagai seorang Islam, termasuk dalam soal solat.

Beliau berkata, pengunjung, rata-ratanya remaja Islam tidak menunaikan solat Maghrib apabila mereka berkumpul di tapak karnival terlalu awal dan leka dengan hiburan yang disajikan.

Katanya, ketika konsert pula, kelihatan dengan jelas percampuran dan pertembungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, bersesak-sesak dan berhimpit-himpit antara satu sama lain di luar batasan.

"Persembahan artis juga dilihat sebagai keterlaluan dari segi pakaian serta tingkah laku dan mungkin tidak kurang juga tutur kata yang boleh mempengaruhi minda dan jiwa remaja untuk mengikutinya.~Harakahdaily.net~
KAHWIN SANA SINI






Untuk tempoh seminggu ini 3 majlis walimah yg aku telah ke ketahui tarikhnya.
1. Seperti yg tertera dlm blog paizi. Faizal Khudri & Rohaida.
( Selamat menempuh alam baru la ye )

2. Rahimah Ramian & Ahmad Redzuan ( Geng Johorean & UM je yg kenal kot ? )
( Ringkas kadnya tapi menarik. Simple gitu..moga bahagia ke anak,cucu.cicit
etc. Utk makluman Rahimah ni kawan sekolah aku masa darjah 1 dulu. Tak
jumpa hinggalah saat ini. ) Majlis : 22hb Ogos 2004

3. Norhafizah Mohamad & ..... ?
( yang ni tak tau sapa partner nye, sebab tak dpaat kad...org lain yg bagi tahu..
maybe dia tak tahu alamat.KMREAN sekalian..kalian nak pergi ke ? )

4. Yuhana Abd Hamid & ..........?
( yg ini pun tak tahu jugak siapa partner dia. Err..dengar cerita sepupunya.
Wallahualam. Moga bahagia hingga akhir hayat. Majlis : 15hb Ogos 2004

~ Moga semua selamat mendirikan masjid dengan jayanya. Bab pergi majlis tu..bergantung pada keadaan kerana kita hanya merancang, Allah jua menentukan. Setuju ?

SURE HEBOH yg HARAM

Alhamdulillah.Haram jua akhirnya. Sepetutnya sejak dahulu lagi ia diharamkan. Agak malang setelah ramai muda mudi yg lingkup, yang TERLANJUR, yg beli kondom bagai beli gula-gula di kedai, baru ia diharamkan. Walaubagaimanapun syukur.

Cuma bagaimana pula dgn Konsert lain..? Konsert Scorpion yg undangannya adalah Kump.Search ? Mini Konsert di Planet Hollywood..? Adakah halal pula hukumnya..?

Apa yg menjadi harapan adalah ketegasan Majlis Mufti dlm isu ini. Harap jika ada tekanan mereka tidak berganjak. Rasanya ibu bapa yg jahil pun tahu hukum konsert ni. Lelaki perempuan terlonjak2 bersama-sama mengikut rentak lagu...dimanakah halalnya...? Rasanya belum ada yg berfikir bahawa aktiviti seperti itu mampu mengundang pahala dan malaikat di sebelah kanan akan mencatat nota dgn pantas..

Jika masih ada yg berfikir ia suatu yg positif maka jelaslah..sesungguhnya tidak hairan Allah menurunkan bala ( zahir @ tersembunyi ) ke atas bumi Malaysia ini.

~Agak sedih, masih ada pemimpin yg mahukan penjelasan detail berkenaan pengharaman ini. Mungkin dia tidak sekolah agama rakyat masa kecil dulu. Apa boleh buat...moga hidayah diperolehi bersama.

YANG LALU

25-27 Julai - Ke JB. Tujuan hanya 2. Bertemu sahabat, Encik Azhar Ibnu Mas'od. Semakin kacak pula dia :). Kedua, mencari barang elektronik. Kalian pernah dengar iKOMO tak ? Hmm adik beradik dia la yg aku pergi cari ni. Beli atau tidak kemudian cerita.

26hb, ke Pekan Nanas, ada 1 program bersama Jaha. Mandi jeram ! Pehh..sejuknya tidak terkata. Air separas leher memang seronok untuk dibuat berkubang.

31 Julai-1 Ogos - Azmi Harun datang rumah. Sampai juga akhirnya dia ke bumi Mersing. ( Seri Mersing lagulah melayu :) ).

Abe Mi hadir dikala rumahku hingar bingar dengan kaum kerabatku yg kebetulan pulang ke kampung. Takpe lah setidaknya boleh kenal keluarga aku, dok gitu Mi ? Dan sempat juga kubawa dia ke kenduri doa selamat jiranku. Maaflah Mi jika layanan tidak begitu memuaskan. tapi yg penting Gerai Anak Soleh menarik juga, betul tak Mi ? :). Nyaris2 jadi ahli Kelab Mawaddah :)







Friday, July 23, 2004

Setulus Doa

"Luka-luka tercalar dosa dan noda
membawaku ke alam cintaMu tuhan
pasti janjinya ditepati, kan beroleh bahagia
buat insan bertaqwa...takhta kebesaran utk mereka."

Sudah 10 hari tanpa sebarang up-date. Telah lama juga tidak mendengar Pelita Hidup 3. Lagu yg menusuk jiwa...

  • Minggu lepas 17hb..aku ke pantai..berkelah bersama2 sahabat. Nyata terlalu banyak manfaatnya selain drpd mengukuhkan untaian ukhwah. Bukankah bermusafir adalah kaedah terbaik mengenali pribadi sahabat..?

KULIAH MAGHRIB

  • Nabi kata "Makanlah makanan yg kamu hendak makan tapi jangan sampai membazir." Tapi jika ada 10 jenis makanan depan mata sepuluh-sepuluh hendak disapu..ini dah masuk kategori membazir/lahap ni.
  • Begitu juga dgn wuduk..walaupun mengambil wuduk di sungai..tapi kalau dah sampai 8x kita basuh utk setiap anggota maka ini pun dikategorikan sebagai membazir. Mengerti ?

3 barang pemberian yg makruh hukumnya jika kita tolak...

  1. Minyak wangi
  2. Manisan / Madu
  3. Alas tempat duduk ( Alaa..yg org guna utk alas pengantin lelaki ketika akad nikah tu..)
  • Nabi melarang org yg datang lewat pd hari Jumaat, melangkah bahu ( nak ambik seat depan la kiranya...). Dah datang lambat sila duduk belakang.
  • Yg datang awal hendaklah duduk di saf depan utk mendengar khutbah Jumaat.
  • Solat Tahyatulmasjid. Kena buat ! Kerana pernah berlaku ketika Nabi sedang berkhutbah ..lalu datang seorang lelaki terus duduk tanpa solat tahyatulmasjid. Nabi spontan berhenti berkhutbah dan menyuruh lelaki tersebut menunaikan solat tahyatulmasjid terlebih dahulu.

OK. cukup la serba sedikit ilmu yg boleh kita kongsi bersama. Aku terpaksa permisi dulu. Walaupun telah pencen tapi aku masih dijemput utk menjadi fasilitator Bengkel Kecemerlangan PMR utk student sekolah lama aku. Hmm...dlm masa yg sama ramai kaum kerabatku pulang ke kampung. Apa boleh buat,tiada rezeki nak bermain dengan anak saudara.

~Syukur ke hadrat ilahi, Tuan Guru Nik Aziz berada dlm keadaan stabil setelah dimasukkan ke Intensive Care Unit. Tuan Guru..nasihatmu masih diperlukan rakyat.


Tuesday, July 13, 2004

BERIKAN ANWAR PELUANG


BERIKAN PELUANG KEPADA ANWAR ...
"Pilihan raya dah selesai dan BN telahpun menang besar, biarlah Anwar memulihkan kesihatannya di mana sahaja tempat yang sesuai sama ada dalam atau luar negara,"

kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika merayu agar Anwar dibenarkan mendapat rawatan di mana kehendaknya. Kesihatan Anwar sekarang berada pada tahap kritikal.

~Jika masih terasa diri itu manusia yg fitrahnya suka kepada kebaikan benci kepada kezaliman...wahai pemimpin yg berkenaan...tiadakah rasa belas di hati ?

Terserahlah..cuma mati itu pasti..mahsyar juga pasti..mizan Allah juga pasti...

Monday, July 12, 2004


GUA SENYUM

Ini adalah Ekspedisi ke Gua Senyum, Temerloh pd 3 Julai lalu. Walaupun telah dipencenkan tapi masih ada yg sudi mengajak aku menyertai lawatan ini. Thanks for Cikgu Mee ( GPK KOKO yg baik hati )

Bagi manusia yg tak pernah menjejakkan kaki ke dalam gua seperti aku ekspedisi ini memang menarik. Kami terpaksa memanjat bukit utk menjelajah ke setiap anak2 gua. Antara gua yg dilawati, Gua Terang Bulan, Gua Taman 1, Taman 2 dan Gua Silat.

Di Gua Taman kami ditunjukkan dgn sejenis poko yg kembarnya hanya ada di Sarawak. Lebih menarik lagi pokok ini menurut pengkaji.."TIDAK RETI NAK MEMBESAR" saiznya MAINTAIN gitu..
Entahlah..kuasa Allah. Mungkin pokok itu membesar tapi tumbesarannya lambat. Mungkin tinggi hanya naik 2cm setiap 100 tahun,siapa tahu kan..? Wallahualam...

Di Gua Silat pula kami ditunjukkan dgn kesan tapak kaki pada bahagian atas/siling gua. Memang banyak tapak dan tumit kaki di sana. Menurut kata TravelGuider kami, tapak kaki itu adalah tapak kaki anak murid seorang mahaguru yg mendiami gua itu Hebat jugak org dulu bersilat ye. Dan pada satu dinding terdapat pula satu tapak kaki besar yg aku anggarkan jika saiz kasut diambil kira tapak kaki tersebut bersaiz 16 UK. Besar sungguh !
Tapak kaki siapa ? Mahaguru kot. Entahlah. Allah jua Maha Mengetahui.

Pendakian memang meltihkan tetapi menyeronokkan. Anak murid aku tak habis2 nak bergambar. Kejap2 posing..kejap posing. tension dok asrama, biarkanlah...

Di akhir sebelum pulang aku sempat mengamboil sekeping gambar pasangan teruna dara ( Harap2 mereka dah kawin ) sedang berseronok di atas motor. Mereka hanya mampu tersengih apabila menyedari gambar mereka kuambil. Tiada sebarang reaksi, Guru Kaunselor yg ada bersama aku ketika itu bagi tahu ..jika lelaki tu marah2 dia nak tampar aje. Dan sememangnya aku yakin dia berani buat begitu. Mujur juga mereka tak marah kami. Kalau tidak maka adalah insan yg bakal makan penampar free.Malu mungkin.

Ketika dlm gua tadi pun kami berselisih dengan 1 pasangan lagi. harap2 mereka juga telah berkahwin. Bagi aku, utk pasangan seperti mereka tiada apa yg menarik utk dilihat di dlm gua jika tidak dibawa oleh TravelGuider. So..? Nak buat apa di tempat2 terlindung di situ ? Maybe mereka menyiapkan tesis berkenaan gua2 di Temerloh barangkali. Bersangka baik sajalah...

~Apa nak jadi dgn anak2 org Islam hari ini..?


KU LI akhirnya bersuara



Membaca akhbar di hari Sabtu,frontpage memaparkan tajuk : Ku Li Umum Tawar Diri. Di atasnya pula ada tajuk kecil Cabaran Tengku Razaleigh - Bila Akan Berakhir ?

Membaca tajuk sudah menarik minta aku utk tahu lebih mendalam. Maka ayat demi ayat kubaca. Diringkaskan,secara total ia menghentam Ku Li cukup2. Sampaikan aku terjumpa perkataan PHEW ! Wah..hebat sungguh penulis berita ini. Bagai menulis cerpen gayanya. Mungkin terlalu ghairah melontarkan bom :)

Bagi aku yg jahil politik ini...apa salahnya Ku Li ingin bertanding ? Malaysia negara DEMOKRASI bukan ? Takkan la UMNO pula tidak Demokratik :). Perwakilan Gua Musang ingin mencalonkan pemimpin mereka, biarkanlah. Kalau suka terima, kalau tak suka tak payah undi. Susah sangat ke nak buat keputusan ?

Semua pemimpin UMNO negeri yg lain telah SE "BULAT" :) suara mahu mengekalkan Pak Lah sebagai presiden. Nah,mahu gusar apa lagi ? Jika benar mengamalkan demokrasi janganlah sampai calon yg mahu bertanding diterajang dahulu. Jika tidak lebih baik tak payah buat Perhimpunan Agung. MT yg ada lantik terus mana2 pemimpin yg berkenan di mata.Kan senang, idak la ngabihkan bogheh ajo...

~Teringat kisah 3 Abdul. Ketika Abang Sulungnya Si Abdul Wahab mahu membahagi harta "Inilah demokrasi terpimpin.."..Si Abdul Wahib dengan Family Planning..harap2 Perhimpunan Agung UMNO pun tiadalah Family Planning hendaknya :)

Saturday, July 10, 2004

RAMA-RAMA

Melihat blog sendiri..terasa macam nak tukar je template. Tapi terasa malas yg amat nak set-up semula. Nantilah...

Hari ini ke Mersing, menghantar mak saudaraku ke yg bikin PJJ di UTM. Hantar sekerat jalan je. Selebihnya dia tumpang rakan sekuliah dia.

Semalam aku ke masjid..ke Taman Syurga :) Ada kuliah maghrib..disampaikan oleh Us.Talhah. Menantu jiranku. Seronok juga mendengar kuliahnya. Tajuk : Situasi yg dibolehkan mengumpat. Tapi yg paling menarik bagi aku adalah kehadiran rama-rama yg kuanggarkan sebanyak 30-40 ekor. Rama-rama berwarna putih ini berterbangan memenuhi ruang dalam dan luar masjid. Takjub juga sebab tidak pernah aku melalui suasana seperti ini. Menurut jiranku,mlm iin sudah masuk mlm ketiga rama-rama berterbangan dlm masjid. Terasa mcm duduk dlm taman rama-rama la pulak. Dan aku terfikir..apa yang dicari oleh rama-rama ini..masjid kampung aku bukannya ada pokok bunga untuk dihisap madu. Barangkali mereka ingin menyindir orang kampung ( termasuk aku ) yg payah sangat nak ke masjid agaknya. Jumlah rama-rama yg hadir jika dikumpulkan sudah memadai untuk solat Jumaat.
~Senyum sendiri...~

MINGGU LALU

Hari Khamis lepas.8hb. Aku,Adi dan izam ke JB. Tujuan utama adalah untuk mendaftarkan syarikat.Tempatnya di Menara Al-Ansar sebelah Plaza Kotaraya. Asalnya aku tidak dinamakan sebagai pemilik syarikat tapi oleh kerana sahabat aku yg ke4 tidak hadir maka nama aku didaftarkan juga sebagai pemilik ketiga syarikat.

Aku ada syarikat..? Macam tak percaya je. Gila ke apa ni ? Tapi itulah yg terjadi. Bermula dengan hanya mengikut sahabat baik aku Adi ke hulu dan ke hilir akhirnya aku secara tidak langsung turut serta dengan projeknya. Entahlah..semua telah ditakdirkan.

Syarikat kami..AL FALAH Management & Services. Aku mempertaruhkan nama Ridhwah, Adi meletakkan nama Al Falah..akhirnya pegawai SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ) mengambil nama Al Falah. Tak mengapalah yg penting ia telah didaftarkan.

Perniagaan apa ? Hmm..buat masa ni kami lebih tumpukan program UMRAH. Jual PC dan Laptop, tengah cari client la ni :) Selepas ni mungkin projek2 lain akan menyusul...moga2 Al Falah benar2 mencapai Al Falah...

~Terfikir juga..apakah aku masih boleh disenaraikan sebagai PENGANGGUR lagi ? ~

~Paiji..ko pun bukan penganggur la..SLG dpt duit apa. Kalau melepak kat rumah tanpa buat apa2 yg boleh meningkatkan ekonomi ..itu barulah penganggur namanya..Setuju ?

Interview KPLI

Kelmarin mak belikan aku 2 buah buku. Khusus utk menjawab temuduga KPLI. Buku UKELP. Kalian dah beli ke belum ? 1 untuk Matematik dan 1 lagi utk Bahasa Melayu.
Hmm..nampaknya aku kena study semula Maths..banyak yg dah aku lupa...hatta Maths form 3 yg nampak mudah tu pun kalau tak refer pd contoh, letih jugak nak menjawab..

~Thanks Bonda. Mesti ada yg kata aku ANAK EMAK,ye la memang aku anak emak pun..bukan anak kambing :) ~


Tuesday, June 29, 2004


UPDATE

Lama amat tak update. Sampaikan paiji complaint.Tak punya masa beb. 2 minggu aku di sekolah menghabiskan sisa kerjaya di sana. Macam2 hal perlu diselesaikan.

19 JUN yg lepas aku menjadi guru pengiring Lawatan ke KL. Ingatkan nak jenguk2 MP3 player..hmm tak punya ruang yg cukup ! Anak murid asyik ghaib
je. Telah diberitahu waktu masih tak punctual. Letih aku
mencari...benarlah jadi guru ni kena banyak bersabar. Sabar..sabar...

Tempat lawatan..kami ke Pusat Sains Negara. Alfred Nobel Exhibition masih dibuka utk orang ramai. Menarik juga. Letih pusing. Kemudian kami ke KLCC..biasa saja. KLCC masih bagai dulu. Cuma aku berpeluang masuk ke Petrosains..5 tahun pengajian di IPT sekali pun tidak pernah jejak kaki ke
Petrosains. Menarik juga terutama di bilik tayangan 3 dimensi. Hebat !

Akhir sekali kke Masjid Putrajaya. Manusia ramai tidak terbilang. Mengambil kesempatan cuti hari sabtu barangkali. Bas lawatan pun berderet-deret. Anak muridku ghaib lagi..dan aku terpaksa bersabar lagi. Nak marah lebih2 nanti hilang pula mood budak2 ni nak release tension..

EURO

England telah tersingkir. Semua orang tahu. Semua berrtanggungjawab cuma bagi aku Erikson patut lebih dipertanggungjawabkan. Mengeluarkan jantung England ( Steven Gerard ) adalah satu kesilapan besar. Begitu juga dengan
mengeluarkan Paul Scholes. Mana mungkin England mampu utk bertahan daripada serangan Portugal yg menggila. Phil Neville & Hargreaves bukan calon terbaik utk menggantikan mereka. Beckham..? Prestasi tahap sederhana..berapa banyak hantaran Beckham yg menjadi..? Boleh dikira dengan jari. Cuma dia adalah inspirasi utk England..selebihnya..bagi aku tiada apa2.

Tapi apa2 pun semuanya telah berakhir. Aku masih punya team. Holland. Tapi jika England ke Semi-Final aku masih bersama England. Tak mengapalah..pastinya permainan menarik akan disaksikan pagi Khamis ini. Dan aku mengharapkan Holland tetap berjaya merangkul Kejuaraan kali ini setelah Van Basten melakukannya pd tahun 1988. Viva Holland ! ( Tu pasal le tulisan OREN heheh )

Man United

fergie bakal membawa masuk Rooney. Itulah yg berita di akhbar. Bagi aku Nistelroor perlu diberi masa setahun lagi bersama United. Man U terlalu ramai striker hari ini. Kesilapan besar Fergie kali ini bagi aku adalah kerana tidak membeli pemain sayap kiri Holland Arjen Ruben yg begitu ketara impaknya terhadap persembahan holland kali ini. Pasti cabaran lebih
hebat daripada Chelsea utk EPL akan datang. Kita saksikanlah.