Wednesday, August 12, 2009
Antara I.S.A dan Abdullah bin Ubay...
Beberapa hari lalu terkanangkan kisah demonstrasi I.S.A. Ramai yg marah. Para demonstrater marah kerna mereka rasa ditindas. Para peniaga marah tidak dapat berniaga. Para Polis marah dengan tindakan org awam yg degil nak berarak secara aman ( Tiada kereta polis terbakar melainkan kedai2 terpaksa tutup, warung2 lingkup dek kerana Polis yg sembur / hentam tempat tu..err siapa yg sengal sebenarnya ye ? Siapa yg tidak mahu perarakan aman ituberjalan dengan aman ? )
Saya terkenangkan kata-kata orang yang rapat dengan saya,
" I.S.A masih wajar untuk jaga keamanan.."
Mudah katanya. Jika ada acaman terus tangkap. Senyap terus. Dalam hati. Ya, mungkin benar. Tapi akal saya tetap menyanggah. Bagi saya jika salah perlu dibuktikan bersalah. Itu prinsip Islam. Itu yang Nabi ajar. Itulah dia undang-undang jenayah dalam Islam. Kita mahu ikut Nabi, bukan ? ( A to Z, kita wajib ikut Nabi ! )
Islam sangat menjaga hak semua manusia. Tidak kira dia beriman kepada Allah ataupun tidak. Jika hanya berdasarkan syak terhadap ancaman ( semata-mata syak ) apakah kita boleh memenjarakan insan yg sewajarnya merdeka ?
Jika Nabi berpegang pada syak untuk memelihara ketenteraman awam ( rakyat Madinah di zaman itu ) pastinya Nabi akan sumbat semua puak MUNAFIK ke dalam tahanan. Baginda bukannya tidak kenal siapa yg menufik, yg boleh merosakkan Islam dan menghancurkan kerajaan Islam di Madinah. Nabi kenal belaka.
Ketuanya Abdullah bin Ubay Bin Salul adalah bapa kepada para munafiq. Tapi..tidak pernah kita dengar bahawa Bapa Munafiq ini ditahan tanpa bicara sedangkan ANCAMAN munafiq ini sangat besar. Mengaku berjuang bersama nabi tapi di belakang nabi dialah ketua kepada segala fitnah. Ada yg ingin bertindak keatas Abdullah Bin Ubay, tapi baginda melarang sahabat2 nya...jelas di sini Rasulullah S.A.W menolak tindakan menahan /menghukum selagi tidak dibuktikan bersalah.
p/s : Sekadar pendapat. Ada komen ? Silakan. Ya, ISU yg sensitif namun saya masih percaya kepada kebebasan bersuara yg ada di Malaysia. Apakah kebebasan meluahkan pendapat sudah mati ? Jika ia sudah mati maka tiada erti sambutan merdeka kita setiap tahun. Rupa-rupanya jiwa raga kita masih belum merdeka .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment