Mendiami Rumah Baru...
Pagi Ahad lalu, saat masing2 masih di tilam, telefon berdering. Bonda saya yang menjawab dan selepas itu segera ke bilik saya...
" Min, Amir Mek Yang meninggal accident."
Agak terkejut. Anak jiran saya itu masih muda. Usianya 26 tahun. Junior saya di sekolah dulu.
Terus terbayang susuk tubuhnya, wajahnya. Dia dikenali ramai kerna keramahannya. Muda tua disapanya belaka. Senyum sentiasa dibibir, lebih2 lagi kalau berjumpa bonda saya yang juga guru di sekolahnya dulu. "Innalillah..."
Esok harinya barulah saya ketahui bahawa Amir telah dilanggar Mat Rempit yg berlumba. Arwah dikatakan baru pulang dari tempat kerja ( Bekerja sebagai Guard ) dilanggar mat rempit mengakibatkannya jatuh seteleh itu dia dilanggar pula oleh mat rempit kedua. Tamat riwayatnya di situ. ( Mat Rempit memang celaka ! )
Ptg, saya pulang ke kuaters guru. Masuk ke rumah, merenung siling, masih lagi terkenang Si Amir. Amir malam ini akan berada di rumah barunya. Muda lagi telah mengadap ilahi. Moga dia tenang di sana. Insya Allah dosa orang muda tidaklah terlalu banyak. Aku ? Bila ? Moga segala dosa diampuni...
Cukuplah mati sebagai penghapus segala ingatan tentang kelazatan dunia...
No comments:
Post a Comment