Thursday, April 16, 2009

Still alive...

Many peoples hate this guy but millions Man.Utd fans love him :). Last nite he struck again With a Thunder ball, 40 yards distance, brought United to semi final Champions League.
2 times in 2 years.

Viva Man.U !


Pakcu : Err...betul ke grammar aku nih ? hahah anti-PPSMI not mean we hate English language :)

Tuesday, April 14, 2009


MINGGU AKHIR

Minggu ini minggu ke 12 praktikum. Melalui Praktikum sungguh meletihkan terutama saat hadirnya pensyarah untuk menilai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Letih banget. Syukur alhamdulillah dianugerahkan pensyarah yang berhati mulia.
En. Kholid Salleh. Hadir bukan untuk mencari salah sebaliknya membimbing dan menunjuk ajar serta berbincang kaedah yg sesuai utk dipraktikkan tika mengajar.
Terima kasih En. Kholid !

Begitu juga kepada pensyarah minor En. Samad Taib ( Bekas Guru Matematik tika aku di tingkatan 5 dulu ) yang memberi panduan berguna. Sangat besar jasanya, masakan tidak..subjek Matematik adalah yg paling boring saat di sekolah menengah. Dengan kecenderungan penggunaan otak kanan pastinya matematik adalh subjek yg..bosan !

Cikgu Samad ( Aku tidak memanggilnya Encik, lebih mesra dgn panggillan cikgu ) adalah guru matematik tika di tingkatan 4 & 5. Saban hari tapak tangan ini dirotannya lantaran tak siap homework hehehe...
Untuk lulus pun sangat sukar...namun digagahkan juga utk belajar dan terus belajar. Universiti mana yang mahu terima aku kiranya GAGAL subjek Matematik ? Walaupun gred F9 adalah sangat normal tika ujian, akhirnya SPM sebenar,berjaya juga meraih C3 utk subjek yg mendera otak aku ini . Terima kasih cikgu ! Tanganmu akan kucium hingga ke akhir hayat..


>>>Gambar atas : Bersama En. Kholid tika program Bina Insan Guru di Sekayu.

Pakcu : Pensyarahku berhati mulia, bukan apa, pernah terdengar juga ada sahabat yang letih mendepani pensyarah yg agak cerewet. Semestinya bukan IPG KDRI la..IPG lain :)

Thursday, April 09, 2009


Jangan takbur :)

>>>Kapten Liver fool pool menunjukkan angka 3 kepada pengurusnya :) selepas jaringan ke-3 Chelsea. Liverpool 1 vs Chelsea 3.


Pakcu : Sebelum undian Suku Akhir Liga Juara-Juara, Mr. Steven Gerard mendabik dada bahawa meraka tidak takut bertemu sesiapa. 7 Pasukan lain ( yg layak ke suku akhir ) yang patut gentar bertemu mereka.

Thursday, March 26, 2009


Mahu tunggu kajian drpd MALAIKAT ?


Aku pun hairan. Apa yang ditunggu lagi ? Bilakah dasar ( dulunya dikatakan sebagai trial project ) yg satu ini nak dimansuhkan ?


telah terbukti, kajian daripada PEMBINA. ( Sila klik sini utk info seterusnya ). Bahawa, betapa PPSMI sangat, sangat memundurkan pelajar khususnya di luar bandar ( termasuk felda ). 50 pensyarah drpd 7 buah universiti terlibat dengan kajian ini. Mahu apa lagi ? Bukti apa lagi ? Kalian mahu laporan / kajian daripada Ketua Malaikat, Jibrail barangkali ?!


Pakcu : Semakin hangin bila anak murid Pemulihan Khas pun diarahkan untuk belajar Matematik menggunakan Bahasa Inggeris. Ya, tuhan gila apakah mereka ini ? Murid pemulihan, nak mengeja kera, feri, beca pun tergagap-gagap kalian mahu sumbat, mahu huru harakan otak mereka dengan Matematik dlm BI. Arghh...sungguh aku tak mengerti !


( Sumber kajian PEMBINA adalah diambil daripada blog Faisal Tehrani )

Sunday, March 22, 2009

15 hari yg lalu...

" Begini rupanya nak mempertahankan bahasa.."

~Sasterawan Negara, A. Samad Said setelah merasai penangan GPM ( gas pemedih mata ) kerna mengetuai GMP ( Gerakan Mansuhkan PPSMI )

Dia tiada kepentingan,

Dia berjuang kerna bahasa agar terus terpelihara,

Untuk bangsa dan negara tercinta,

Benarlah dia, Sasterawan Negara !

Thursday, February 05, 2009



Ada juga makhluk yg suka menghimpun laknat, sumpah seranah, tiap saat, minit, jam dan hari...

Gambar2 Hiasan :-
>>> Gambar kiri, sumpah-sumpah. Makhluk ini boleh berubah rupa.
>>>Gambar kanan, tak perlu dijelaskan lagi, tabiat utama adalah melompat. Moga-moga ia melompat ke dalam tong najis dan tidak menyusahkan orang lain lagi.

Pakcu : Pabila dunia dan isinya mengatasi segalanya maka saksikanlah kalian akan menjadi hamba kepadanya dan hina selama-lamanya.

Kepada mereka yg telah dibeli oleh dunia nantikanlah laknat dari langit dan bumi !

Saturday, January 31, 2009

Tahun Baru Cina dan bermulalah...
Bermula 19 Januari 2009, jadual hidup juga mula berubah. Walaupun bukan secara total. 12 minggu yang mendera mental. Adui la...Latihan Praktik ! Banyak tugasan yang perlu dibereskan. Apa2 pun ia akan tetap dilalui dengan penuh kesabaran. Insya Allah.

Cuti Tahun Baru Cina setiap pagi dihabiskan di Laman Woodball, Lanjut Resort Rompin atau nama lainnya Serai. ( Laman woodball ini digunakan utk Pertandingan Woodball Malaysia Open. Jangan main-main, International gitu, hehe )

Memukul bola kayu di pagi hari, syoknya hanya yg memukulnya yang tahu :). Tak percaya, tanyalah Sirap yang 3 hari berturut-turut mengikuti kursus induksi sukan baru ini. Khabarnya sukan ini bakal di masukkan dlm Sukan Olimpik.
Tidaklah sampai ke situ citanya, sekadar suka-suka. Barulah faham mengapa ada org yang menggilai Sukan Golf. Nikmat melihat bola melintasi gate, hanya yang main aje yang tahu !
Ingin tahu tentang woodball ?
Pakcu : Gambar kiri - Kelihatan Master Hj. Ismail Bakar merangkap sifu pd kami semua sedang menunjuk ajar Hj. Razali teknik sebenar memukul bola.
Gambar kanan - Fokus sebelum memukul itu penting ! Abaikan sebarang serangan psikologi @ mind games drpd pihak lawan. Fokus. Fokus. Fokus. Jgn jadi mcm LIVERPOOL yg sudah mula hilang fokus, draw je manjang hahaha...
>>> Gambar2 di atas adalah di Laman Woodball Kuantan. Maaf gambar terkini di Lanjut Resort lupa nak ambil. Yang pasti rumputnya juga ala-ala golf juga :)

Wednesday, January 14, 2009


G.A.P
Seluruh kesatuan guru telah bersetuju menolak perlaksanaan PPSMI. Eh, yg nak mengajar , yang nak melaksanakan dasar ini siapa ye ? Doktor, Majistret ? Jurutera ? Ahli Muzik ? Semuanya bukan. Yang mengajar, yang melaksana adalah GURU. Ulang suara hati, GURU !
Kalau guru berucap dlm nada bongkak " Kami lebih tahu apa yg dah jadi pada anak murid kami."
Kiranya hanya satu, dua kesatuan membantah masih boleh dipertikaikan. Tapi keseluruhan kesatuan ( Wakil suara hati guru-guru la ni ! ) menyatakan pendirian menolak dasar bobrok wal kacau bilau ini. Pihak berwajib, tunggu apa lagi ? Tak faham2 lagi...? Malang sungguh jika kalian benar2 sengal !
Pakcu : Setiap pagi melihat anak2 murid dok menghafal sifir dalam bahasa inggeris, bunyi macam bagus..two times four is equal eight. Ujian Maths ramai yg lingkup. Dah jadi burung tiong belaka, cakap, hafal setiap pagi tapi sepatah haram sifir tak lekat !

Saturday, January 10, 2009

PemBoikot Sejati

Pertama, saban hari termasuklah dalam khutbah Jumaat, ini juga yg dicanangkan. Ye, benar inilah salah satu kaedah membantu saudara kita di Palestin.
Cuma masih ternanti-nanti...barang apa yang perlu di boikot. Yg sahih memberikan keuntungan buat Yahudi laknatullah itu ?
Selain daripada mendapat helaian di masjid...bila pula akhbar2 mahu menguluarkan barang2 yg sahih Yahudi..?

Keluarkan satu mukasurat penuh, biar kita jelas apa barangannya dan selepas itu kita pakat boikot ramai2.

Keduanya seperti kata orang kampung aku semalam ( org kg pun pandai ! ) kenapa tidak di haramkan aje kemasukan barang2 yg dikatakan memberi keuntungan pd Yahudi dan US ?
Jangan bagi masuk. Stop meng import barang2 tersebut.
Dan ini adalah peranan kerajaan kita. Org awam tiada kuasa. Suruh boikot, tapi barang terhidang depan mata, tiap hari guna, makan, minum. Tebal mana iman rakyat utk memboikot ? Kerajaan, perlu berperanan !

Sebagai contoh minuman M**O, dikatakan memberi untung kepada Yahudi. Tiap hari kita minum, kerna apa ? Ada depan mata ! Cuba tiada langsung, barulah ia menjadi BOIKOT SEJATI...Rasanya rakyat takkan mati andainya tak minum M**O, atau sudah ada yg meninggal dunia barangkali ?

Pakcu : Buat perokok..renti-renti la..Nak sangat hisap rokok daun !

Saturday, January 03, 2009

Menyambut Tahun Baru ?

Lama tidak mengemaskini. Kebizian barangkali ? Mungkin ada benarnya. Apa2 pun belum lambat utk mengucapkan Selamat Tahun Hijrah 1430.. Selama itu berlalunya Hijrah Rasulullah S.A.W. Selamat tiba 2009 selama itu juga usia kelahiran Nabi Isa alaihissalam.

Malam tahun baru cadangnya mahu bersama sahabat karab ku( karib plus akrab ) :) Sirap di ibukota. Namun lantaran tugas yg mengejar, menghimpit, hasrat dibatalkan. Lain kali aje la. Agak terkilan juga kerana tak dapat join Group Badar ( Badan amar ma'ruhf nahi mungkar ) bagi memastikan muda mudi segera bersurai daripada menayang lakuan tidak senonoh mereka.

Aku ke Kuantan bertemu rakan guru. Meminta khidmat nasihat utk menghadapi sesi baru persekolahan.

Dalam pada itu rupanya ada makhluk yg menyambut tahun baru 2009, dalam rumah aku. Sungguh kurang ajar lagi laknat !

kayu bawah tingkap di umpil, dan mereka berjaya lolos ke dalam. Kalau dah semangat nak merampok,kayu keras macam batu pun berjaya dikopak. Dengan skru driver or kuku kambing barangkali ?

Hasil yg mereka perolehi ? Dari bilik aku hanya beberapa ringgit duit syiling bersama sekeping duti rm1 edisi lama yg saja ku simpan utk koleksi.

Agak malang buat housemate, tabungnya dengan anggarn 500 ringgit lebih berjaya dilarikan.
Tabung yang di modify daripada tabung gas air-cond kereta
( Beratnya tak usah tanya la ! ) ghaib walaupun biliknya dikunci ( Umpil lagi ! )

Rezeki belum ada setakat ini. Setakat ini la, mana tahu ada yang meraung2 minta ampun selepas ini, siapa tahu kan ? Polis tak dapat kejar, ramai lagi bala tentera Allah. Yang nampak, yang tak nampak semua ada. Pastinya perampok2 itu ( aku dpt info 3 orang ) tidak membaca entry ini. Tidak mengapalah jika ada rezeki maka kembalilah tabung itu. Jika tiada mungkin house mate aku boleh menukar ganti dengan segala dosa yg dia ada dengan perampok2 di akhirat sana, itu aje !

>>> Gambar : Almari plastik aku yg telah di alihkan. Asalnya ia berada di depan tingkap. 3 keping kayu dinding dikopak, tapi kini telah diperbaiki.

Pakcu : Tambah sakit hati ada harta milik kerajaan juga ghaib. Betul2 menyusahkan kami. Wahai perampok, susah kami, susah juga kalian nanti. Tunggu sahajalah !

Saturday, December 20, 2008


B.I.G aka Bina Insan Gemuk Guru

Berminggu-minggu menjadi warga Batu Rakit. Akhirnya Interaksi kali ke-4 tamat jua.
Barulah Aku dapat bercuti dengan sedikit nafas lega.

Tidak sepenuhnya memandangkan sekolah pun dah tak lama lagi nak bermula disamping PRAKTIKUM bakal menyusul..Huwaaa...

Apa yg ingin dikongsi ? Biasa-biasa aje. Kepingan gambar ini jawapannya.

Gambar-gambar :-
1. Makan beralaskan daun dlm aktiviti kembara
2. Bergambar dlm kelas sambil memperagakan baju baru. Unit 1.

3. Menarik Ketua Kelas @ Kak Pidah. Dgn timbangan 90kg masih mampu joint Kembara. Salute beb !

4. Ayahanda Penyelaras. Mr. Kholid Salleh

5. Di pintu pagar Taman Pertanian Sekayu jam 5 ptg. Kembara bermula 11 pagi. Adei. Penat seh
6. Menghampiri penamat Kembara. Pn. Rozita, 14 jam sebelum disengat lebah yg membuatkannya terpaksa menjadi warga hospital sehingga BIG tamat. Kasihan.
7 & 8. Saje je posing lebih sikit haha...

Pakcu : Letih siot ! 4 hari 3 malam. Dengan pacatnya yg lapar darah. Tapi walaubagaimanapun BIG tetap menepati nama timangannya BINA INSAN GEMUK. Makan dah bukan gaya berkhemah dah. Ayam panggang lagi.

p/s : Terima kasih buat Syafini atas perkongsian ilmu Photoscape. Berguna amat. Inilah hasilnya :)

Sunday, November 30, 2008


Alhamdulillah ia BATAL !

Sekali lagi Konsert Inul berjaya digagalkan. Bersyukur amat di atas kegagalannya membikin konsert di bumi Malaysia ( walaupun lagunya masih berkumandang di stesen2 radio ).

Terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Wilayah atas usaha bagi memastikan konsert ini gagal seperti sebelumnya.
Sebelum ini memang tidak peduli sangat. Bagi saya konsertnya diharamakan ( juga oleh Majlis Fatwa Indonesia ) adalah kerana aksi ghairahnya di pentas. Tidak terfikir pula liriknya juga amat hampas bangsat sekali.

Anda mahu baca liriknya ?
~Goyang Inul~

Para penonton Bapak-bapak, ibu-ibu Semuanya, jangan heran Kalau Inul sedang goyang Rada panas agak seksi Maafkanlah...

Para penonton
Bapak-bapak ibu-ibu
Semua yang ada di sini
Ada yang bilang dangdut tak goyang
Bagai sayur tanpa garam
Kurang enak kurang sedap

Dari itu Inul goyang

Agar semuanya senang
Bagi yang kurang berkenan melihat Inul
Bergoyang...
Jangan marah
Maafkanlah...

Para penonton

Bapak-bapak ibu-ibu
Semua yang ada di sini
Goyang yuu... akh...

Seribu satu macam problema

Sejenak kita lupakan saja
Lihatlah goyang Inul
Semoga terhibur... sayang...

Tapi janganlah lupa

Sambil kita berdoa
Agar kita semua sehat sentosa

Pakcu : Sudah banyak kerosakan kerna hiburan melampau seperti ini. Apakah kita mahu tambahkan lagi. Timbun dan terus timbun. Sumbat dan terus sumbat muda mudi Islam dgn hiburan hampas lagi mengundang nafsu ini ? Kemudiannya kita berbangga kita adalah negara Islam contoh ? Aduh... sangat memualkan.

Sunday, November 23, 2008


Yoga HARAM
>>>Gambar : Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

Majlis Fatwa telah mengisytiharkan bahawa YOGA adalah Haram
Maka sebagai umat yg telah dipesan oleh nabi, bahawa pewarisnya adalah ULAMA' akurlah kita dengan seakur-akurnya.

Usah pertikaikan lagi. Sesungguhnya kita tiada kuasa / autoriti utk membuat fatwa. Urusan umat ini telah nabi wariskan kepada para ulama'.

Jangan kita jadi keras kepala sebagaimana Pengkid. Banyak lagi kaedah senaman yg wujud di dunia ini. Pilih sahaja. Jangan pula kita lupa bahawa senaman yg paling hebat ada dalam Islam itu sendiri. Ia tidak lain adalah SOLAT !

Solat dengan penuh kekhusyukkan mendapat 2 kebaikan, pertama utk duniawi ( Ketenangan ) dan utk akhiratnya ia adalah penyelemat drpd azab Allah. Juga sebagai tanda syukur hamba kepada tuhannya.
Apa perlu mencari senaman lain sedangkan ahli Sains telah membuktikan kehebatan solat ?

Untuk itu...sama-sama kita akur dengan ketetapan Majlis Fatwa.


Pakcu : Suka subjek PJ masa sekolah, dapat main bola, lawan kelas sebelah :)

Saturday, November 22, 2008


KASPERSKY 2009


Antivirus Kaspersky Versi 7.0 hany tinggal 4 hari sebelum expired. Mahu tidak mahu kuleburkan juga rm60 utk membeli Kaspersky 2009.

Memang mahal kerna harganya di Low Yat Plaza hanyalah rm45. Namun atas keperluan mendesak ku beli jua. Yang penting ia tulen wal original.


Pakcu : Wargh..defisit..defisit..defisit..bulan defisit !
Tabik kiri kanan...

Paper Sinar semalam, menyiarkan kenyataan Ketua Mneteri Penang, Lim Guan Eng agar cabutan nombor ramalan dikurangkan kepada 6 drpd 10 cabutan sebelum ini.

Agak malang ada yg mengkritik cadangan itu ( YB Pembangkang di Penang ) dgn mengatakan Lim Guan Eng jangan nak pandai2. Mungkin dia terlupa Menteri Besar di negeri lain ( Kecuali Kelantan )belum pernah mencadangkan spt Guan Eng, nak mengurang pun tidak apatah lagi nak mengharamkan judi yg sahih SEMUA agama melarangnya.

Guan Eng bukan beragama Islam, tak hairan jika dia hanya mencadangkan ia dikurangkan. Kita yg Islam sedari keluar perut ibu, belum pernah bagi cadangan utk hapuskan judi di Malaysia. Al-maklum judi byk bagi untung kpd negara, rugi jika dimansuh, walaupun tahu laknat bakal menanti di akhirat sana !

Tabik keduanya adalah untuk Datuk Seri Azizan Abdul Razak ( MB Kedah ) yg menyumbang lebih 10 ribu drpd gaji beliau yg berjumlah rm14,100 kepada agensi -agensi di negeri Kedah.

(Meneladani MB Kelantan barangkali yg lebih sejuta wang yg diperuntukkan kepada beliau di serah kembali kepada kerajaan negeri Kelantan.)
Pakcu : Kepimpinan melalui teladan.

Thursday, November 20, 2008


Layan lagu ini...

Bila Rumi Menari. Sudah lama, tapi akhir-akhir ini seronok pula melayan lagu ini dalam kereta.
Sungguh, dulu hanya menyanyi tanpa faham. Lama kelamaan pabila menghayati liriknya barulah menyedari ia mengisahkan Jalaludin Ar-Rumi, seorang ahli sufi.


Untuk kisah lebih lanjut boleh ke blog jiwarasa . Di sana terdapat sedikit sejarah ahli sufi yg telah dilagukan oleh M.Nasir akan sejarahnya.

BILA RUMI MENARI

Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulan
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan
Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi
Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta
Bagai Yunus di makan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku
Bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki
Mendengar suaramu...
Sayang........Pada mereka yang tak mengerti
Sayang........Pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari
Rindu...Kembali bertemu
Hatiku merindukan pemiliknya
Rindu...Kembali bersatu
Kembali bersatu dengan yang di kasihi
Rindu...Kembali bertemu
Hatiku merindukan pemiliknya
Rindu...Kembali bersatu
Kembali bersatu dengan kekasih....

Lagu dan Lirik : M.Nasir
Album : Phoenix Bangkit
© 2001 Luncai Emas Sdn. Bhd.

Pakcu : Layan Damasutra pun ngam jugak. Err..siapa tahu makna damasutra ? Sirap kau tahu ke ? Kau kan layan Lagu Sufi tiap hari :). Try tanya sufisiber, maybe dia tahu agaknya :)

Wednesday, November 19, 2008


Bermulalah "Rushing"

Lama tidak update. Agak sibuk dengan urusan di sekolah dan hari ini di sambung pula dengan kehidupan yang terkejar-kejar di Institut Perguruan @ IPG.


Sebagaimana biasa kehidupan "bersekolah" bermula 7.45 pagi dan berakhir 6.45 petang. Ditambah dengan kelas ganti di waktu malam, arghhh... Bilakah semuanya akan berakhir ? 16 Disember 2008. Kepada yang menjemput ke kenduri kahwin, maaf kiranya gagal untuk hadir...


Monday, November 03, 2008

Kudaku gagah berani :)

Suatu masa dulu, kuda inilah menjadi teman ke mana jua. Ke " Medan Perang", ke shopping complex, ke mana lagi ? Ke Fakulti semestinya la.

Ku bawa bersunggguh-sungguh, tenaganya ku perah. Kasihan dia.



hari ini, biarlah dia jalan dekat2 aje. Setelah mendapat solekan pomen kg.chenderawasih ia kelihatan sungguh mengujakan ramai insan utk menunggangnya :)
Pusing-pusing kampung.
Dua sahabat aku ( Badrul Azhar Sharif dan Chingai @ Hasif Rafidee ) pasti tidak lupa dgn kudaku ini. Ceruk mana di KL tak kita redah wahai sahabat ? :)
Kini keduanya dlm proses menyiapkan Ph.D, Bad di Australia, Chingai di Bradford, U.K..
Tahniah sahabat ! Andai ada kesempatan moga kita dapat bertemu lagi dan kala itu aku terpaksa panggil kalian " Doktor " !

Tuesday, October 21, 2008


Selamat Hari Lahir ke 61...

Adalah sangat tidak wajar, bezday david beckham boleh di ingat ( coz sama dgn aku hehehe )

tarikh lahir ulama' besar langsung dilupai...Sangat..sangat..tidak patut..

Untuk itu...
Selamat Hari Lahir Tuan Guru !
(20 Oktober, 1947 )

Tuesday, October 14, 2008



Cukuplah !

Meletup hari ini kisah BuluhMas. Di tempat aku ( daerah rompin membawa ke endau ) cukup top dengan makhluk parasit baru ini.

Agak malang kaum kerabat aku pun terkena gak. Adeii.. Tak sempat aku nak buat kajian tentang halal atau haram ( aspek Islam dan undang2 negara ) ia telah diserbu Bank Negara.
Kali ini ( mungkin kerana pengalaman lalu ) aku jadi malas utk joint skim. Moga Allah ampunkan keterlanjuran lalu. Lantaran kejahilan, duit jadi buruan. Alhamdulillah, setelah membeli kitab Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman berkaitan Kewangan Islam, aku lebih berhati-hati. Terima kasih ustaz ! Buku @ kitab ustaz sungguh bermanfaat.



Andai tidak faham dengan pembacaan, aku rujuk sendiri pd beliau tika beliau online di YM. terima kasih sekali lagi buat ustaz kerna sanggup melayani walaupun tak kenal langsung insan yg bertanya.


BuluhMas ? Tak tahu la apa bakal terjadi. Tunggu dan lihat.
Bagi aku, selagi parasit-parasit ini menjanjikan keuntungan tetap, setiap bulan dapat sekian-sekian jumlah, sorry la kalau aku nak masuk !


Cukuplah, aku dah pernah merasai peritnya satu ketika dulu !

Wednesday, October 08, 2008

Bersawang bukan sewang !

Dalam ke BIZIAN, ke SERABUTAN, ke dan bermacam2 ke lagi, nak meng update pun malas.
Dah bersawang agaknya blog ni. Sawang, bukan sewang !

Sewang kalau menurut kefahaman aku drpd cerita sahabat yg mengajar di sekolah org asli adalah majlis tarian. Ala-ala karaoke dan berdansa la gitu.

Yo brader, ucap selamat hari raya pun malas ke ? Hehehe, nantilah akan ku bubuh semua nama yg meng SMS kan ucapan selamat aidilfitri di sini. Insya Allah.

Tahun ni paling sedikit reply salam raya SMS kepada kawan2. Kurang 5 rasanya.
40 SMS lebih. Nak reply serentak, mula la datang malasnya. Bahana mengumpul. Maaf buat kawan2 yg menghantar, atas keculasan aku untuk reply dgn serta merta maka SMS kalian tidak berjawab.

Untuk itu sekali lagi bak kata Allahyarham Sudirman, dari jauh kupohon maaf...

Tuesday, September 23, 2008



Hidup ini bagai GAS DAPUR

Siap tahu bila gas dalam tong akan habis ? Anda tahu ? Kita hanya mampu menganggarkannya pabila tong gas telah ringan.
Namun tiada dpt diketahui bilakah api itu tidak akan menyala lagi...Esok ? Lusa?

Maka hargailah ia sementara api masih menyala di dapur.

Habis usia gas padamlah nyalaannya.
Pakcu : Sumber~Kuliah Subuh Us. Toha ( menantu jiranku )

Tuesday, September 09, 2008

Emo dgn ringtone

Beberapa hari lalu menunaikan tarawih di Masjid Jamek Endau. Ramai jemaahnya. Mengubah angin berterawih sejauh 5km dari rumah.

solat yang mulanya damai, penghujungnya dipenuhi rasa emosi di kalangan ma'mum saf belakang termasuklah aku.

Bermula rakaat ketiga, berdendangan lagu Satu Hari Di Hari Raya - M.Nasir daripada handphone seorang makhluk. Bertambah-tambah HANGIN menyirap darah pabila dia tidak reti-reti, nak stopkan bunyi. Susah sangat agaknya utk seluk poket dan matikan bunyinya. Dibiarkan lagu itu berdendang. Dan ia tamat beberapa saat sebelum memberi salam.

Hangin kan ? Saat itu terasa mahu ke lempang aje mamat yg tak faham bahasa adab di masjid.

Selesai solat ramai yg menoleh ke belakang. Mamat tersebut pantas je mem blah kan melarikan diri. Sengaja aku lewatkan memandang ke belakang, bukan apa nanti kalau nampak muka bertambah2 pula sumpah. Pahala yg tak seberapa ditolak dengan menyumpah sebakul dua, tinggal berapa lagi bakinya ?

Reaksi makmum lain ? Ada yg sehati dengan aku rupanya, mahu ping ! ( lempang ) si mamat yg rasa lagu rayanya tu best.

Pakcu : Kena banyak bersabar di bulan ini. Bulan tarbiyyah drpd Allah. Kalau bulan ni dah tak dapat bersabar, bulan lain entah la. Apa2 pun moga kita sama2 tidak lupa utk OFF kan handphone. Kalau dah terlupa jugak, usahakan la tika solat utk mematikan bnyinya. Biar solat kita aje terganggu seketika jgn sampai org lain turut terganggu dan mula nak menyumpah kita.

Wednesday, September 03, 2008

Milik Man.Utd Jua Akhirnya !

Dimitar Berbatov melengkapkan penghijrahannya ke Man.U akhirnya. Setelah hampir setahun Sir. Alex meng usya menanti kehadiran penyerang sensasi ini.

Satu-satunya pemain yg dibeli olehnya musim ini utk mempertahankan 2 kejuaraan musim lalu. Pastinya beliau mengimpikan kejuaraan kali ke-3 utk Liga Juara-Juara Eropah dan Hattrick buat Barclays Premier League.

Buat yg lain2, better watch-out !

Gandingan Berbatov, Rooney, Tevez and our hero mr. Ronaldo pasti menggerunkan semua pemain2 pertahanan :) ( Jumlah jaringan 4 trio ini musim lalu menghampiri 90 biji gol )
Bak kat Sudin dlm Seniman Bujang Lapok " Kini sudah masuk tujuh kali, inipun ada rasa ingin terkucil ku tahan Jebat ! " hehehe

Pakcu : Mengharapkan Berbatov setajam Nistelrooy. Boleh ke ? Nothing impossible dude !
Tabik dua kali !

Pertama buat Dato Hassan Ali yg menganjurkan Program Solat Berjemaah di Pasar Malam di daerah Gombak. Kanopi utk solat disediakan. Pihak Syabas pula menyediakan lori tangki air utk orang awam dan para penjual berwudhuk.

Selama pasar malam wujud, tiada pernah orang peduli keperluan paling WAHID dan utama ini. Alhamdulillah kini ia menjadi langkah yg sgt menarik dalam mengajak rakyat menjaga solat.
Niaga, niaga jugak. Solat jgn lupa.

Bersama mikrofon beliau tawaf pasar malam mengajak org awam bersolat.
Bak kata Mat Rock " Wa caya sama lu, tabik lu bro !"

Kedua buat Kerajaan Negeri Kedah atas langkah pengharaman penyanyi wanita utk bernyanyi-nyanyian di sana. Dangdut, pop dan rock juga dikehendaki mencari negeri lain. Err, Jom Heboh ?
Jual2 baju boleh la, mahu berdansa / ronggeng ? Sila cari tapak lain

Pakcu : Tabik spring buat Dato Hassan Ali atas inisiatif yg sgt bermakna itu. Bukan sekadar kemajuan duniawi yg dikejar, kerajan juga perlu mendidik rakyatnya utk terus terus bertaqwa, bertaqwa dan bertaqwa.
Moga usaha murni ini kekal dan berterusan.

Islam tidak pernah mengharamkan seni. Garis panduan telah disediakan. Yang tak faham perlu difahamkan. Kerajaan yg bertanggungjawab pasti tidak akan mebiarkan rakyatnya LINGKUP dengan hiburan.

Wednesday, August 27, 2008

Sendiri menghina...

Semakin tidak faham. Mulanya ia dibatalkan. Terkini, ia diluluskan kembali.

Dalam suasana ingin menyambut bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak ini ? Tidak perlu org lain menghina, kalian sendiri menghina bulan mulia. Bulan penuh baraqah. Bulan yg setiap kali tibanya ia kalian berdebat utk terawih 8 atau 20 rakaatnya !

Atau sebenarnya kalian berpendapat begini..?

" Puasa dah tak berapa hari lagi, kita perlu enjoy sampai mampos puas, nanti dah masuk Ramadhan kita taubat la sungguh-sungguh ! "

Pakcu : Kepada yg memikul kuasa dan amanah, hentikanlah penghinaan ini. Terlalu besarkah faedah mengundang Si Avril Lavigne ke Malaysia ?
Terlalu muliakah akhlaknya, pakaiannya utk kita jadikan model buat
muda mudi negara ini ?

Yang nyata, sudah banyak kerosakan telah terjadi selama ini dek penganjuran konsert sebegini,kalian terus baja dan baja jiwa remaja dgn hiburan yg hampas ini. Remaja bakal terkinja-kinja.

Sudah tiada batasnya lagi. ( Atau kalian meletakkan satu baris FRU di antara kaum adam dan hawa bg menjaga tatasusila mereka? )
Mahu tambah kerosakan lagi ?
Aku semakin tidak mengerti kini...Duhai Islam Hadhari !

Tuesday, August 26, 2008

Dalu kami bersumpah... Tumpah !

Teringat masa kanak-kanak dulu.
Saat di sekolah rendah. Saat aku mula faham tidak boleh berkata dusta.
Saat itu jika bertekak dengan kawan2 tentang satu perkara yg diragui kebenaran, kami akan segera bertanya “ Betul kau cakap ni ? sumpah ?”

Yang berbohong atau bercerita palsu akan segera mengakui. Ataupun kalau ada yg nakal spt abang aku dia akan menyebut perkataan “ Tumpah ! “
tetapi tempo sebutan perkatan tumpah diperlajukan bagi mengelirukan orang. Dengan harapan orang akan tersalah dengar yg dia menyebut perkataan sumpah tapi hakikatnya tumpah.

Dia juga takut nak sebut perkataan sumpah !
Akulah mangsa putar belitnya kala itu. Dulu la, kini tidak lagi. :)
( Maaf Bro, mengimbau zaman kenakalan lalu :) )

Itulah zaman kanak-kanak kami. Dalam usia semuda itu, kami takut nak bersumpah. Takut dimurkai tuhan yg Esa. Takut kena bala’. Takut macam2 lagi yg bakal menimpa kami. Bagi kami sumpah bukan boleh dibuat main. Kalau disambar petir siapa yg nak tolong ?

Itulah dia nama dunia kanak-kanak.Hatinya lurus. Tulus. Suci. Murni. Tiada berani mempermainkan kata2 sumpah.

Pakcu : Hari ini ,rajin benar org bersumpah. Macam dah tiada apa2. Dah tiada nilai. Dah jadi mcm sampah. Sekejap mengaku rela, sekejap kata dipaksa.

Mungkin akidahnya cukup kuat bahawa Allah Maha Pengampun. Selagi tak murtad ada peluang lagi nak lari dari Neraka Jahannam. Maka bolehlah jika ingin berdusta.

Lantak kalianlah. Nak bersumpah atau tidak. Cuma andai sumpah itu palsu, sama2 kita saksikan kesudahannya. Dosa dgn Allah, boleh diampunkanNYA, dosa dengan manusia ? Sila selesaikan dan jumpa dengannya di sanalah, di hadapanNYA !

Saturday, August 23, 2008

Err..turun banyak lagi boleh ?

Hari ini minyak turun. Sebelum ni rm2.70, sekarang rm2.55.

Tajuk di atas macam tak bersyukur aje bunyinya. Terima kasih tetap terima kasih, tapi kalau dapat turun 70 sen ke atau bawah lagi ke..haa..."baru ada kellleesss." ( ayat geng artis)
Janji harganya turun septemberdipercepatkan seminggu. Terimakasih walaupun keraguan masih timbul, sama seperti ahli SAMPAH SUMPAH NEGARA, sehari sebelum penamaan calon dia bersumpah.( Tabik ! Berani sungguh dia)

Kata ahli sumpah negara, "Ini kebetulan,tiada kaitan dgn pilihanraya." :)

Turun harga minyak? Daku juga percaya ini juga kebetulan, tiada kaitan dgn pilihanraya :)

Apa2pun, harga brg yg naik sebelum ini, aku juga percaya para penjual tidak akan menurunkannya. " Minyak naik banyak, turun sikit,takkan saya nak turun harga brg, rugi la beb ! "

Penutup : Masih berharap minyak terus turun dan turun...turun lagi.

Wednesday, August 13, 2008

Dia juga manusia biasa

Dirinya adalah idola sekian peminat dan penyokong...
Lawan dan kawan menghormati
Yang buta hati sahaja tergamak mencerca


Tapi dia juga tidak ma'sum
Dia juga hanyalah seorang manusia biasa
Tiada terlepas daripada tersalah laku tersilap bicara

Untuk itu,
Alangkah indahnya jika dia merendahkan diri
Mengakui kesilapan lalu, keterlanjuran kata
Pasti bukan sedikit yg akan terusan berdiri dibelakangnya

Wahai guru kami tidak ingin lagi sebarang kontroversi
Kronisme itu cukup menghiris, mengguris
Akui kesilapan lalu dan kami akan berlapang dada denganmu

Agar tiada lagi musuh yg dapat menuding jari, mencerca dan menghina
Melaungkan kata " penimbang dan bulan tiada beza,suku sakat boleh menyapu projek yg ada"
tidak, kita tidak sama dengan mereka sama sekali tidak

Guru, moga selepas ini tidak tersasar dalam menutur kata
Kerana di luar sana "mereka" menunggu saat dan ketika untuk menghunjam dengan kata-kata nista !

Guru, perhimpunan sudah tiada berapa hari lagi, alangkah indah jika ia Menjadi medan untuk sama-sama bermuhasabah, mensucikan diri dan Memurnikan suasana yg kalut kini

~ Pakcu di tengahari yg dingin...~

Tuesday, August 12, 2008

Penuhi Hajat
( Gambar : Bergambar bersama KakTi dan Abg Lah nya )

Sabtu lalu, ke JB bersama Sirap. Mengambilnya di Keratong ( Turun Bas KL - Mersing ), sejam lamanya dia menunggu. Macam2 bebelan. Hahaha, apakn daya, lewat coz meeting panjang amat.

Start 9.40 pagi tamat jam 12.40 tengahari.

Kami berkejar terus ke JB. Tiba jam 6.30 ptg di rumah pengantin. Dah lenggang. Namun ia ada hikmahnya. Kami dapat berbual panjang dengan pengantin. Org lain yg datang awal, pengantin terpaksa layan suam-suam kuku aje. Kami sampai panas punggung la ( di sertai soalan-soalan maut drpd KakTi ).

Biasa la, org dah kawin, mesti sibuk nak tanya yg bujang hensem nih bila lagi nak...? huhu. Sadis je.
Sengih campur senyum adalah jawapan terbaik !

Buat Kak Ti and Pak Abg Lah, moga lekas2 timang baby. Chaiyok.Chaiyok :) ( Kawan aku kata ertinya selamat berjaya, ye la agaknya tu )


Pergi JB kalau tidak singgah Plaza Angsana, maka ia jadi semacam kuah laksa tak cukup santan.
Melilau ke Al-Ikhsan pastinya. Mencari kasut Futsal. Setelah hajat tercapai, melilau lagi. Nak ke Badan Bookstore bagai tiada nafsu, buku yg ada pun banyak tak berkhatam, nak tambah koleksi baru ? Cheh !


Destinasi terakhir kami adalah Taman Kota Masai. Di mana lagi tempat utk lena kalau tidak di rumah bapak saudara aku yg rajin main saham ( Bukan saham internet ye )

Sekian catatan ke JB.

Friday, August 08, 2008


Esok mahu ke mana ? Mahu menyertai demonstrasi membantah kekurang ajaran Majlis Peguam yg mahu mengadakan Forum Memeluk Islam ( Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal memeluk Islam dan bidang kuasa Mahkamah Syariah )

Namun apakan daya aku terlalu jauh utk turut serta. Majlis Peguam suka benar bermain dengan api nampaknya.
Apa2pun sama2 kita mendoakan kegagalan forum tersebut.

Esok sekolah ganti utk cuti Aidilfitri. Dan petangnya aku berkejar ke JB utk hadir majlis walimatulurus Kak Rosetti Poh Yuen Yi.
Pasti kalian masih ingat, Bekas Exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM yg sihat-sihat orangnya itu :)

Kalau warga Kolej Mohamad Rashid lebih2 lagi mengenalinya.
Kad jemputan tiada dpt utk di publish di sini coz kakti dah pos ke kampung. Nak ambik ? 140km, siapa sanggup ?! Kepada sahabat2, jumpa di sana. Anak Johor terutamanya.

( Tak dpt kad pun datanglah, kira aku wakil jemput utk kalian ) :) Sure kakti akan tersenyum lebar. Tak percaya ? Datanglah dulu !

Angin Ahmar / Stroke
Sebelum ke masjid utk Solt Jumaat, sempat menonton rancangan Al-Hidayah di Tv3.
Ada la part, ustaz tu cerita bab angin ahmar atau omputih sebut stroke. Sebelum ni tahu, tapi kurang peduli sangat. Kurang mengkaji. Tapi tadi info perihal penyakit yg digeruni sekian ramai org di ceritakan di Tv. Ini sedikit kisahnya.

Mengikut sejarahnya ia bermula sejak zaman Nabi Sulaiman alaihissalam. Angin ahmar ni rupanya, memang sejenis angin. Kiranya benar2 angin la. Bukan saja2 je ia di beri nama angin. Angin yg berpenyakit ini di bawa oleh jin ! ( Baru ku tahu ! ) Cucu Rasulullah S.A.W, Saidina Hassan pernah terkena angin ini menyebabkan beliau lumpuh.

Tika itu datang Jibrail. Nabi lalu bertanya adakah ubat yg dpt menyembuhkan ? Maka Jibrail berkata ya Rasulullah. tapi tunggu sekejap.
Jibrail menghilang kemudiannya muncul kembali dan mengajarkan Baginda Nabi, Doa utk melawan penyakit angin ahmar.

Doa nya ? Tiadalah dapat dinukilkan di sini. Sahabat2 silalah mencarinya di toko2 buku, belek2lah buku perubatan secara Islam. Insya Allah ada.
?

Tapi dari sudut Sains pula / yg nampak di mata la :
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu.

Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima
oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi.

Angin ahmar ialah kecederaan
saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok.

Senjata dan perisai mukmin, bukankah doa ? Selain mendapat rawatan zahir di hospital, amalan melalui rohani jangan dilupa, tidak begitu ? DIA yg mendatangkan penyakit, DIA jualah yg menyembuhkan maka kepada DIA lah tempat sewajarnya kita bermohon.

Wednesday, August 06, 2008


Retak lagi !

Beberapa hari lalu, ia retak lagi !
Dan kali ini berapa juta pula akan lebur utk membaik pulih.

Menteri yg bertanggungjawab dlm pembikinan MRR2 ini telah pun di tunjuk pintu keluar oleh pengundi pd pilihanraya lalu. Tiadalah ia di parlimen lagi utk memberi seribu alasan selepas PRU 8 mac lalu.

( Semuanya salah orang lain ! )

Dulu panggil pakar Jerman, kali ini ?

Arghhh, sudah bosan dengan ini semua. Selain daripada pakar jambatan eloklah juga dikerah segala pakar BPR dan yang berkenaan bagi memastikan ada yg perlu bertanggungjawab.

Jangan suka2 hati lebur duit tapi jambatan goyang juga !

Rakyat Jepun jambatannya goyang dek gempa bumi, rakyat Malaysia ?
Bak kata pelawak Nabil, "Lu pikirlah sendiri ! "

Soalan : Kenapa MRR2 goyang ?

A. Jambatan ini penuh dengan rasuah ?

B. Ramai pekerja yg me repair MRR2 adalah peminat Inul, goyang gerudi. :)

Monday, August 04, 2008

( Gambar : Kaum Keluarga terdekat bergambar bersama TMJ )


Tengku Mahkota Johor ( TMJ )Return !

Entah apa gerangan, Tengku Mahkota kembali ke rumah mak long setelah seminggu kembaranya berlalu. Kaum keluarga yg sebelum ini tidak berkesempatan utk bertemu beliau pd minggu lalu mengambil peluang kedua ini utk beramah mesra dengan beliau.

Apa yg istimewa di rumah mak long ku itu ( Felda Endau ) aku pun tidak tahu. Hanya beliau yg tahu. Apa2 pun maklong sangat berbesar hati menerima tetamu di raja utk kali kedua dlm tempoh 8 hari. 2 ekor lembu tumbang utk di buat sup ( Khabarnya TMJ suka dgn sup yg di masak sebelum ini ).

Sekali lagi perkarangan rumah maklong dipenuhi org kg dan juga rakyat jelata yg ingin melihat TMJ dari dekat.

Aku ? Sekadar sempat utk menjadi despatch, menghantar buah kuini utk beliau. Payah benar mencari kuini di Johor Bahru kata pengiringnya.

Sekali lagi terima kasih buat Tengku Mahkota yg sudi mencemar duli berkunjung ke bumi Felda Endau.

Hmm...Alahai Ezam
<<<--- Gambar Ezam satu masa dahulu..
Agak geli juga membaca berita Minggu hari ini yg menyiarkan kata2 Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Saudara Ezam Mohd. Nor terhadap bekas “Bos” nya yg akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh.

“Anwar bukan Pendekar sejati, kalau dia betul Pendekar dia tak akan menyorok di kawasan selamat.”

Aduh, En. Ezam, siapa yg ingin bertanding utk kalah ? Kenyataan yg anda bg sgt menggelikan atau lebih tepat ia adalah kenyataan bangang lagi pandir !

Kenapa PM atau TPM tidak bertanding di Kubang Kerian atau di Permatang Pauh pd pilihanraya umum yg lepas ? Budak yg tak sekolah pun boleh jawab !
Anda seorang bekas S/U Politik boleh bagi kenyataan pandir seperti ini ? Amatlah memalukan.

Walauapapun aku bukanlah peminat setia DS Anwar Ibrahim tapi bagi aku keputusannya bertanding di Permatang Pauh adalah tepat. Ada jalan mudah untuk apa bersusah2 ? Usah jadi pandir ! Untuk Kes liwatnya, sama ada benar atau tidak biarlah Allah yg tentukan.

Apa yg aku yakin, kebenaran tetap akan timbul. Jika Anwar benar maka kebenaran akan memihak kepadanya. Insya Allah dia akan selamat drpd aib dunia dan azab akhirat.
Namun jika dia salah, kebenaran pasti tidak akan bersamanya. Dan laknat Allah juga akan mengiringinya di atas segala kejahatannya andainya dia benar2 melakukannya.

Lambat atau cepat, tunggu dan lihat, Allah jua yang Maha Mengetahui !

Tuesday, July 29, 2008

Risau dan muram

Risau kerana ular itu datang lagi utk mematuk dan akan melarikan diri sebagaimana biasa dlm sejarah mana2 ular berbisa pun. ( dah patuk je blah ! )

Muram kerna Gerakan Islam mula kucar dek kegelojohan. Atau sebenarnya apa ?

Harap yg haru biru ini segera berlalu.

Bagi aku, biarkan ular itu mati dahulu. Ular sudah nazak. Jangan dirapati sarang ular. Kelak terkena patuk lagi !


Mengaji, Al-Ma'thurat dan Zikir

Ketiga-tiganya mudah disebut, namun bagi yg berkarat hatinya dengan dosa pasti sukar utk melaksanakan dengan ISTIQAMAH. Perkataan ini perlu jelas, ISTIQAMAH !

Termasuklah yg menulis ini. Pabila sudah bekerjaya, amalan rutin suatu masa dulu, kini tidak pasti apa yg sudah jadi. Alasan iman sekejap naik, sekejap turun, boleh pakai ke ? Biarkan ia terus begitu ? Selamanya begitu ?

Ye, benar. Banyak kerja. Semua orang banyak kerja. Tapi bila kufikir-fikir, sebenarnya kerja itu tidak menggangu mana pun. Sama sekali tidak menggugat masa utk bercinta dgn yang Maha Pencipta.

Aku yg tidak memperuntukkan masa utk bercinta. Bagaimana mahu kuraih cinta-Nya ?
Kerna aku sibuk dengan hal lain atau lebih tepatnya DUNIA. Lebih menyintai tidur daripada berpagi-pagian dengan sejadah. Malang. Malang sungguh.

Benar, kerja2 meninggikan Islam juga ibadah, namun pabila kita langsung tiada masa tidak memperuntukkan masa utk bercanda, berkasih-kasihan, bercumbu rayu dgn DIA, sebenarnya kita belum benar2 menyintai-NYA.

Maaf, entri ini bukan untuk sesiapa, tetapi untuk yg menulis ini.

Sunday, July 27, 2008

Sekolah ganti, selsema dan Memori The Zikr

Pagi kami bergotong-royong, mengelap tingkap2 yg berdaki tebal.
Kerjanya tak banyak mana tapi, letih, lesu mengulit diri. Angkara demam selsema yg masih belum pergi. Pil selsema sebagaimana biasa menyumbang pd kantuk dan sangap.Warghhh…

Semalam walau kelemasan dgn selsema masih sempat ke Segamat. Hutang dengan AmFinance perlu di lunas. Ke UpWell, dah lama tak membeli seluar slack. Belasah sehelai. Cuma agak terkejut dengan kelebaran size pinggang hehehe..bila pulak pinggang aku lebar nih. Nampak gayanya tiap petang harus bersukan le jawabnya.

CD Nazrey Johani “Nostalgia Memori The Zikr” turut termasuk dlm shopping list.
Lagu lama dengan nafas baru, nazrey berjaya membawanya dengan baik. Al maklum, dialah penyanyi asal semua lagu tu. Berapa bintang nak ku beri utk album ini ?
4 starz. OK la. 7000 unit dah terjual utk tempoh sebulan. Bagus la tu.

Sunday, July 20, 2008

Majlis Perkahwinan Kurang Meriah

Semalam bersama bonda aku menghadiri majlis perkahwinan anak muridnya, di hujung kampung. Kami agak lewat. Jam 3 lebih baru bergerak, namun masih ramai tetamu yg hadir di sana.

Meja penuh, maka terpaksalah makan bersama 2 orang makcik ldari kampong sebelah.
Borak punya borak, terpacul daripada mulut makcik

“ Majlis tak meriah, sepi. Tengoklah nanti majlis ni di kampung kami pulak.”

Sambil menyuap nasi, ( sedap banget lauk kurma' nya ) kepala ligat berfikir, kurang meriah ? Tak meriah part mana ? Org ramai mcm biasa, pengantin pun sedang elok makan “Damai” bersama ahli keluarga.

Setelah menganalisis, akhirnya jawapan ditemui,rupanya baru aku faham, tiada kumpulan kugiran / band bermain muzik dan menyanyi. Karaoke pun tiada. Patut la makcik tu kata tak meriah.

Kasihan umur sudah 50an masih tak faham yang mana undang berkat yang mana undang laknat. Pabila budaya kugiran, karaoke dah menjadi darah daging, kenduri yg aman damai tanpa bingit gitar dan nyanyian penyanyi yg bagaikan nak meletup gegendang telinga tiada, dikatakan kurang meriah.

p/s : Analisis kedua dibuat, makcik ni serasaku pekat dacingnya. Darah membiru bukan lagi merah. Maka tiada apa lagi dpt kukatakan. Mungkin hasil kurangnya ke kuliah2 di surau, ilmu yg ada pun tidak ditambah, atau mungkin tahu tapi keinginan “memeriahkan majlis” mengatasi segalanya. Nak ku kata apa lagi, dah memang begitu !

Exco Terengganu dapat Mercedez seorang sebijik !


Aduhai, di saat harga minyak melambung, rakyat terhimpit dengan kenaikan barang keperluan, semua naik, kerajaan Terengganu masih bergembira utk membeli Mercedez utk exco-exconya bagi menggantikan Perdana V6

Sudah tercabutkah tayar Proton Perdana ? Skru Enjinnya sudah relai ? Atau apa lagi ? Sampaikan perlu menggantikan dengan Mercedez Compressor bernilai RM 200 ribu lebih tiap satu.

Oh, mungkin kita terlupa, mereka baru mendapat kembali wang royalty daripada kerajaan pusat. Malang.Malang.Malang. Rakyat Terengganu kalian memberikan amanah kepada mereka yg bukan berhak menjunjung amanah.

Dikala masih ramai rakyat yg merempat, carta rakyat termiskin di Malaysia, Terengganu masih di kalangan 5 terbawah,kerajaan negeri masih senang hati meleburkan RM 3 juta lebih utk exconya bermewah-mewah. Bila nak insaf ni ?

( Selangor menjual rumah2 exco di kawasan elit yg di bina pd zaman kerajaan sebelumnya. Air free diberikan. Begitu juga dengan Perak. Begitu juga dengan Pulau Pinang yg Ketua Menterinya menjadiakan Umar Abd Aziz sebagai idola. Kelantan apatah lagi, sudah tidak tersebut lagi penjimatannnya yg dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..Masing-masing ingin menjaga amanah rakyat )

Terengganu ? Harap2 baginda Tuanku Mizan akan menegur kerakusan kerajaan negeri dalam berbelanja.

Tuesday, July 15, 2008

Kebosanan

Semalam, hari ini, kelmarin dulu..itu aje ceritanya. Kadang muak juga.


Asyik2 cerita itu juga. Cepat la Barclays Premier open season. Tak sabar rasanya. Layan bola juga yg syok. Layan Fantasy, kot season kali nih bleh lingkupkan Si Jebat hehe..Oit Jebat kalau berani turun la. Bukankau tak tahu aku dah nak ter... ini dah masuk 7 kali ku tahan Jebat !


Belek paper pagi2 sebelum masuk mengajar..terjumpa tajuk best..Nasri kini pemain Arsenal. Teringat bekas Exco MPP UPM season berapa ntah, tak ku ingat. Yang pasti dia bukanlah player yg Arsenal beli dgn harga 12 juta pound. :)

Ingat Nasri, maka ada sahabat aku akan teringat Anwar. ( Terutama Si Jebat la ).Politik punya org. Ingin bual dengannya pun kena check satu-satu, takut terkena dengan ayat politiknya. :). Dia tidak berdusta tapi bagi yg lurus bendul, ada harapan terkena.:)

Ala, tersebut lagi pasal nama yg sedang hangat. Maaf la kawan2. Apa2 pun mlm ini sejarah akan terbina lagi. Debat MINYAK antar Dato Seri Anwar vs Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek malam ini.

Sama-sama saksikan. Seorang mempejudikan jawatan sebagai menteri. Seorang lagi mempertaruhkan jawatan sebagai bakal PM. Mana yg terlingkup ? Allah jua Maha Mengetahui.




Sunday, July 13, 2008


Lewat Malam

Pagi semalam, ke markaz surau didatangi Datuk Tn. Ibrahim Tn. Man. Seingat aku, beliau belum pernah menjejak kaki ke kg ini. Dulu hanya dpt dilihat di TV1. Hal Ehwal Islam. Dulu la, zaman Jepun dulu. Kini dpt lihat dan bersalam secara live.

Kuliah Duha yg disampaikan banyak input bermanfaat. Bersama Mp3 player yg dibeli 2 thn lalu aku merakam kuliahnya. Masih boleh di harap MP3 player ini.

Org kata kuliah ustaz2 PAS banyak kisah politik daripada kisah agama.
( Agama dgn politik suatu yg terpisah ke ? Tak habis2 dgn pemikiran sekular. Kalau dituduh pemikirannya sama dengan paderi zaman dulu,yg pisahkan agama dan politik, marah pulak ! ).

Tapi nyata kuliah duha semalam hanya menyentuh sekitar 10% kisah politik negara. Selebihnya adalah tarbiyyah / didikan utk menjadi muslim yg baik di sisi Allah dan manusia.

Kuliah ilmu sehebat ini pun kedatangannya tak seberapa. Kerana duha kah ? Kerana publisiti kurangkah ? atau kerana sibuk di Pasar Tani membeli belah..


Apa2pun syukur pdMU ya Allah kerna masih diberikan kekuatan kpd diri ini utk hadir seketika utk mengutip ilmu kurniaanMU.