Man.United dan injury time ( kembar yg sukar dipisahkan :) )
1. Musim ini dua perlawan MU, gol dijaringkan pd waktu kecederaan. MU vs Mancity & Sunderland 2. Ramai orang bising ( terutama geng2 yg ada nama dlm kitab tawarikh sbg juara ), ref bias. Konspirasi dan sebagainya.
3. Bila Pakcu tanya pd penyokong MU, dia kata " Shhh..diam2 sudah, janji menang,hahaha.." 4. Pakcu bukan mengkaji sgt pun setiap minit, cuma bila ada artikel yg buat kajian terperinci bagai mana ref menambah masa ( terutama kemenangan ke atas Man. City, 6 minit injury-time ) maka inginlah Pakcu kongsi sama.
5. Secara jujur Pakcu memang terasa mcm lama sangat masa tambahan tu. Tapi bila dikira semula, ref tetap punya alasan mengapa dia menambah masa hingga 6 minit.
6. Untuk info bersama, undang-undang penambahan masa bagi setiap jaringan gol dan pertukaran pemain adalah 30saat.
7. Untuk lebih faham baca ulasan di sinilah. Fergie mad but right Dan di sini pun menarik juga bagaimana game Chelsea spurs tambahan masanya 2 minit lebih berbanding MU. Time Waits for no man
p/s : Jangan marah2 ye :). Musim masih panjang. Usaha tangga kejayaan. Chelsea, Liverpool, Arsenal juga boleh score walaupun di minit kecederaan. Peace for All.
Friday, October 02, 2009
Sudah Oktober rupanya...
Pantas sungguh masa berlalu.Bumi sudah semakin uzur. Dalam seminggu 3 bencana alam berlaku secara tunai dan ansur-ansur. Gempa bumi di Samoa Amerika, Padang, Sumatera Barat Indonesia dan taufan Ketsana di Filipina.
Di zaman Baginda Rasulullah S.A.W usia bumi adalah lelaki tua yang bertongkat, hari ini ? Moga ada iktibar daripada kita semua yg mula merasai tempias bencana tersebut. Tiada mustahil utk Malaysia mengalami bencana yg sama. Segalanya mungkin.
Hujung minggu ini. Pakcu ingin ;
>>>Ke Kuala Lumpur. Sasaran : Plaza Low Yat utk usya laptop big.bro, kedai buku MPHker na hasrizal jamil / Saiful islam saran ke sana dan ke UITM Shah Alam utk menyaksikan Futsal Kosmo. ( Syafiq @ Ahgo @ Awang Itam merangkap sepupu ini akan beraksi lagi utk kesekian kali. Setiap tahun main, suku akhir pun tak pernah cecah kaki.
p/s : Korang kurang buat latihan ke apa ? Pandai main tak nih ? :) penat aku datang jauh2 nak tengok korang jadi Champion, cheh. Give me some hope la.
p/s 2 : MU meneruskan rentak / joget / ronggeng kemenangan di semua pertandingan :). Harap2 minggu ini dapat makan rendang ayam perisa Sunder bolong land pula.
Sunday, September 20, 2009
Selamat Hari Raya AidilFitri Di hari yang diharamkan berpuasa ini. Saya ingin memohon maaf kepada semua kiranya ada salah silap tutur bicara yang mengguris rasa. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa. Tiada terlepas daripada salah dan dosa. Harap diberi seribu kemaafan. Selamat menyambut Syawal !
Pucuk pauh delima batu Anak sembilang di tapak tangan Andai ada salah silapku Terguris di mata di hati jangan...
Sunday, September 13, 2009
Malam-Malam Akhir
1. Baginda Nabi pernah bersabda, malam LailatulQadar turun pd 10 malam terakhir. Carilah di malam2 yg ganjil.
2. Menurut Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, kiranya Ramadhan bermula pada hari Sabtu maka ada kebarangkalian LailatulQadar terjadi pada malam ke-23.
Pakcu : Malam ke-23 adalah malam semalam. Aiseh, dah lepas ke ? Nanti dulu, Imam Al-Ghazali tika membuat perkiraan bukan di tanah Melayu. Mungkin beliau di tanah kelahirannya di Parsi / Iran. Mungkin juga kala itu beliau di Makkah / tanah arab. Dan tentulah tidak sama permulaan Ramadhan kita semua.
Dalam mencari maghfirah dan redha Allah teruskan amal kita sebaik mungkin. Yang penting kita masih di bulan Ramadhan yg penuh dengan rahmat Allah. Bulan di mana pahala diganda-gandakan. Kiranya ditakdirkan dipertemukan dgn lailatulqadar, maka ia adalah bonus tidak ternilai. Alhamdulillah.
Untuk itu, ayuh !
Sunday, September 06, 2009
Pengorbanan
Berhari-hari meninggalkan ruangan blog tanpa sebarang perutusan. Mood menulis merudum. Sekadar membuka laman blog orang lain. Membaca berita online.
Ingin melupakan sejenak kisah bola, politik.. Hari ini ingin berkongsi sekeping gambar yang melambangkan pengorbanan seorang tuan rumah ( Selebihnya adalah daya kreativiti insan utk memnhi keperluan nafsu tidurnya )
Gambar ini diambil pada tahun lepas. Tanpa sebarang lakonan. Memang ia sekeping gambar benar. Saya ke Kuala Lumpur, menziarah / menumpang tidur di rumah sahabat.
Lantaran ingin memberi keselesaan kepada tetamu ( bantal dan tilam diberikan pd tamu ) beliau mengambil inisiatif yg membuatkan saya rasa ... 1. Terharu. 2. Masih terharu. 3. Err..kreatif juga kawan aku ini.
Terima kasih sahabat.
Tuesday, August 25, 2009
" andai masih ada mungkar yg kita lakukan...benarlah , sesungguhnya yg JAHAT itu adalah diri kita sendiri..."
Selamat menunaikan ibadah puasa dengan jayanya !
Mari Kita Raikan...
Opss..Sebelum itu takziah buat all liverfool Liverpool Fans.
"Liverpool were beaten at Anfield in the league for the first time in 32 matches – a sequence stretching back to December 2007 – after Martin O'Neill's team, themselves under pressure following a poor start to the campaign, reacted in impressive style on Merseyside." ~ Guardian Newspaper. Di pagi kejatuhan Man.U di Burnley ( really2 Burn ! ) Saya menerima 3 SMS daripada 3 peminat team berbeza. SMS nista belaka, adei, pedih..pedih...Yang terawal adalah jam 6.20 pagi daripada peminat setia Liverpool. ( Actually saya sendiri tak tahu MU bungkus pagi tu ).
p/s : This weekend..MU vs Arsenal di Old Trafford. Pasti ramai yg berdoa agar Champion Holder lingkup wal bungkus sekali lagi :) . Ermm, kalah menang di OT perkara biasa. 2 musim lepas pun MU pernah tersungkur di kaki Gunners 0-1. Apa2pun ia tetap perlawanan dinanti.
p/s 2 : memilih tulisan warna hitam tanda berkabung ! :)
Monday, August 17, 2009
Mendiami Rumah Baru...
Pagi Ahad lalu, saat masing2 masih di tilam, telefon berdering. Bonda saya yang menjawab dan selepas itu segera ke bilik saya... " Min, Amir Mek Yang meninggal accident." Agak terkejut. Anak jiran saya itu masih muda. Usianya 26 tahun. Junior saya di sekolah dulu.
Terus terbayang susuk tubuhnya, wajahnya. Dia dikenali ramai kerna keramahannya. Muda tua disapanya belaka. Senyum sentiasa dibibir, lebih2 lagi kalau berjumpa bonda saya yang juga guru di sekolahnya dulu."Innalillah..."
Esok harinya barulah saya ketahui bahawa Amir telah dilanggar Mat Rempit yg berlumba. Arwah dikatakan baru pulang dari tempat kerja ( Bekerja sebagai Guard ) dilanggar mat rempit mengakibatkannya jatuh seteleh itu dia dilanggar pula oleh mat rempit kedua. Tamat riwayatnya di situ. ( Mat Rempit memang celaka ! ) Ptg, saya pulang ke kuaters guru. Masuk ke rumah, merenung siling, masih lagi terkenang Si Amir. Amir malam ini akan berada di rumah barunya. Muda lagi telah mengadap ilahi. Moga dia tenang di sana. Insya Allah dosa orang muda tidaklah terlalu banyak.Aku ? Bila ? Moga segala dosa diampuni...
Cukuplah mati sebagai penghapus segala ingatan tentang kelazatan dunia...
Sunday, August 16, 2009
Ia Sudah Bermula Barclays Premier League.
Malam tadi, menyaksikan chelsea yang hampir dimalukan Hull di Stamford Bridge. Ketinggalan 0-1 dan akhirnya mereka menang 2-1 hasil gol2 Drogba. Ada orang kata, Man.U selalu dapat ehsan pengadil dengan tambahan masa yang melampau. Tapi saya kira ia tidak relevan lagi kini pabila Chelsea diberikan 6 minit masa tambahan. Melampau betul. ( MU pernah dpt 5 minit je tau ! ) :)
Arsenal juga bermula dengan garang, 6 gol utk membenam Everton ( Rest in Peace for Moyes ! ) pd aksi pertama musim ini. Marvellous performance. Begitu juga aksi Man. City ( Ramai ingin melihat sejauh mana mereka melangkah tahun ini ) menang 2-0 ke atas Balckburn.
Malam ini aksi bersambung. MU dan Liverpool akan menentang lawan masing2. ( Birmingham dan Spurs ). Cuak juga, MU selalunya tidak akan bermula dengan baik, bak kata mekanik kereta, enjin lambat panas ! Sebagaimana musim2 sebelum ini perlawanan pertama mereka berkesudahan dengan draw.. Musim ini harapnya lebih baik, tidak perlu struggle dipertengahan musim untuk memintas lawan2 utama mereka.
Pakcu : Rasa macam terkilan la pulak tak dpt tgk Kopitiam Ghadir-Faisal Tehrani. Aisehh...minggu ni kena pulang ke kampung coz next week sudah mahu jadi Orang Terengganu pulak. Kena mohon restu bonda dulu baru aman perjalanan.
Wednesday, August 12, 2009
Antara I.S.A dan Abdullah bin Ubay...
Beberapa hari lalu terkanangkan kisah demonstrasi I.S.A. Ramai yg marah. Para demonstrater marah kerna mereka rasa ditindas. Para peniaga marah tidak dapat berniaga. Para Polis marah dengan tindakan org awam yg degil nak berarak secara aman( Tiada kereta polis terbakar melainkan kedai2 terpaksa tutup, warung2 lingkup dek kerana Polis yg sembur / hentam tempat tu..err siapa yg sengal sebenarnya ye ? Siapa yg tidak mahu perarakan aman ituberjalan dengan aman ? )
Saya terkenangkan kata-kata orang yang rapat dengan saya, " I.S.A masih wajar untuk jaga keamanan.."
Mudah katanya. Jika ada acaman terus tangkap. Senyap terus.Dalam hati. Ya, mungkin benar. Tapi akal saya tetap menyanggah. Bagi saya jika salah perlu dibuktikan bersalah. Itu prinsip Islam. Itu yang Nabi ajar. Itulah dia undang-undang jenayah dalam Islam. Kita mahu ikut Nabi, bukan ? ( A to Z, kita wajib ikut Nabi ! )
Islam sangat menjaga hak semua manusia. Tidak kira dia beriman kepada Allah ataupun tidak.Jika hanya berdasarkan syak terhadap ancaman ( semata-mata syak ) apakah kita boleh memenjarakan insan yg sewajarnya merdeka ?
Jika Nabi berpegang pada syak untuk memelihara ketenteraman awam ( rakyat Madinah di zaman itu ) pastinya Nabi akan sumbat semua puak MUNAFIK ke dalam tahanan. Baginda bukannya tidak kenal siapa yg menufik, yg boleh merosakkan Islam dan menghancurkan kerajaan Islam di Madinah. Nabi kenal belaka.
Ketuanya Abdullah bin Ubay Bin Salul adalah bapa kepada para munafiq.Tapi..tidak pernah kita dengar bahawa Bapa Munafiq ini ditahan tanpa bicara sedangkan ANCAMAN munafiq ini sangat besar. Mengaku berjuang bersama nabi tapi di belakang nabi dialah ketua kepada segala fitnah. Ada yg ingin bertindak keatas Abdullah Bin Ubay, tapi baginda melarang sahabat2 nya...jelas di sini Rasulullah S.A.W menolak tindakan menahan /menghukum selagi tidak dibuktikan bersalah.
p/s : Sekadar pendapat. Ada komen ? Silakan. Ya, ISU yg sensitif namun saya masih percaya kepada kebebasan bersuara yg ada di Malaysia. Apakah kebebasan meluahkan pendapat sudah mati ? Jika ia sudah mati maka tiada erti sambutan merdeka kita setiap tahun. Rupa-rupanya jiwa raga kita masih belum merdeka .
Saturday, August 08, 2009
Sambutan Merdeka dan Selsema Babi
PM minta jangan hadiri perhimpuan di tempat awam utk mengelakkan wabak Selsema babi daripada terus merebak. Sila Klik sini
Err..sambutan menyambut kemerdekaan tahun ini bagaimana pula ?Perbarisan di pagi harinya ( ramai yang terpaksa berlatih koir, berbaris dan sebagainya di bulan puasa ). Antara semangat patriotik ( sambut kemerdekaan ) dan ancaman selsema babi, yang mana jadi pilihan ? Semangat Patriotisme atau Nyawa ?
Pakcu : Saya mencadangkan agar tiada sambutan diadakan pd tahun ini. Virus selsema babi tidak mengenal usia, pangkat, jantina...ia sapu belaka. Merebak melalui udara. Apakah tiada kemungkinan di hari perbarisan itu nanti ia merebak kepada PM dan rakyat jelata yang menghadirinya ?Sekali lagi saya berasakan ia tidak perlu diadakan pd tahun ini supaya arahan tidak berhimpun ditempat awam benar-benar dilihat sebagai CAKAP SERUPA BIKIN bukannya CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
p/s : Harapnya tiada sambutan di siang hari. JUGA DI MALAM hari, terawih..terawih..ramadan..ramadan ! ( Virus tidak kenal malam dan siang, bila dah datang yang segar bugar boleh terlantar di wad biasa ataupun ICU )
Thursday, August 06, 2009
SUKA-SUKA HATI SI MONOPOLI Semalam surat drpd astro tiba ke tangan. Ingatkan bil, masakan cepat benar baru beberapa hari lepas buat bayaran. Belek punya belek, pemberitahuan rupanya. Beritahu apa ? Kenaikan harga bil.bulanan astro. Hampeh !
Bil dinaikkan sebanyak rm12 ( saya membayar pakej berharga rm54 )Maka bulan depan terpaksa la membayar dengan harga baru rm66. Memang hampeh ! Punca kenaikan adalah kerana ASTRO tidak lagi tertanggung kos siaran sukan ( kononnya la )Kos siaran rancangan sukan semakin meningkat. Dan astro yg membeli siaran tersebut terpaksa menaikkan harga.
Puas hati ? Semestinya tidak. Mereka menaikkan harga suka hati mak tiri mereka. Saingan tiada bukan ? Kalau ada saingan jgn harap mereka berani buat begini kepada pelanggan.Astro sudah tidak tertanggung kos ? Macam tidak percaya aje..( ataupun sebenarnya bimbang harta tokei merosot / tidak meningkat ? ) tokeinya masih pemegang rangking kedua manusia terkaya di Malaysia.
Kerajaanku...takkan diam aje ? Kalau tidak mampu nak sekat kerakusan manusia astro ini, sila beri peluang syarikat lain buka syarikat TV berbayar. Biar ada persaingan sebagaimana Maxis , Celcom dan Digi. Masing2 berlumba2 memberi servis terbaik dan merendahkan harga berserta bonus lagi.Plese do something !Hari in rm10. tahun depan belum tahu lagi..tahun berikutnya ?
Pakcu : Mahu atau tidak, terpaksa juga membayar. Minggu depan Barclays Premier League sudah bermula. Bayar jugak la...Tidak mengapa. Kalian ragut duit pelanggn secara halus kerna takut jatuh miskin ye..tidak mengapa, sifirnya mudah aje, kaya / senang / rezeki itu bukan hanya terletak pada duit bertimbun. Kesihatan juga adalah kesenangan yg tidak boleh dijual beli... ( Opss ! saya tidak mendoakan sekadar mengingatkan putaran roda kehidupan )
Tuesday, August 04, 2009
Beli Kereta ?
Saya membaca entri Pakdi tentang kereta selepas 2 tahun membeli kereta. Peh, memang menusuk kalbu jugak. Tapi daku tidak mampu mengundur masa.
Bak kata kumpulan AXL'S " Andai dapat, ku undurkan putaran dunia...Ingin ku ubah semula..."
Redha aje la. 9 tahun memikul hutang. Betul apa yg dia cakap.. Pakdi cakap apa ? Kalian bacalah sendiri. ( Sangat sesuai utk mereka yg baru grad dan berfikir nak beli kereta )
Dan bagi yang dah mempunyai kerjaya. Saya cadangkan anda baca pulak entri Pakdi yg ini. KLIK aje, Apa yg perlu dibuat selepas dapat GAJI ?
Thursday, July 30, 2009
Selsema Babi
Negara kita mencatat 4 korban. Dah makin mengganas pula virus ini. Masa ke stadium 2 minggu lalu, terfikir juga," kalau ada selsema babi kat sini..tak berbaloi aku datang." Alhamdulillah saya selamat pergi dan pulang.
Terkenang2 hadis Rasulullah yg maksudnya lebih kurang menyatakan, kiranya ada wabak di suatu tempat, tak payah le ke tempat tu. Bagi yg dah duduk dlm kawasan wabak, dicadangkan agar jangan keluar dari kawasan.
Jumlah yg dijangkiti kian bertambah. Kerisauan juga bertambah. Anti-Virus juga belum ditemui. Apa ikhtiar kita ? Menjaga kebersihan dan semestinya berdoa kepada Allah agar wabak ini segera berakhir ( Bala akhir zaman ? ).
Untuk itu di sini kita sama2 berkongsi maklumat agar dapat menjauhi / mencegahnya dari awal. Moga ia bermanfaat untuk semua. KLIK maklumat di SINI
Pakcu : Kerap selsema pagi ( sejuk ! ). Resdung saya masih mcm biasa. Macam dulu2 juga. Hingus kalau dikumpul, seminggu boleh dapat secawan agaknya. Walau apa pun lafaz syukur perlu diucapkan. Antara resdung dan selsema babi yg mana jadi pilihan ? Ya, Allah kami mohon perlindungan drpd-MU, jauhkan kami daripada wabak ini. Ameen.
Tuesday, July 28, 2009
Belenggu HUTANG
Kerap benar blog ini bercerita tentang bola. Kita lupa seketika perihal sukan terpopular dunia itu. Entri kali ini saya ingin bicara tentang hutang. Anda ada hutang ? Hutang apa ? Rumah ? Kereta ? PTPTN ? JPA ?
Membelek penyata PTPTN saya terasa boring...hutang bertambah setiap bulan. Caj dikenakan mengikut baki semasa
Ermm, penat memikirkan kaedah mahu melangsaikan. ( termasuk interest nya tu la ) Bagi yg dah berkerjaya mungkin boleh melangsaikan sedikit demi sedikit. Bagi yg fulus di poket pun tak berapa nak ada ? Yg belum dilamar pekerjaan ? Hutang bertambah setiap bulan. ( Rakyat didahulukan ! )
Notahati : Kalau PTPTN mcm JPA pun sudah cukup bagus. Anda bayar apa yg anda pinjam. Segala kos yg dikatakan kos khidmat, kerajaan tanggung. Bukankah tugas kerajaan memberi pendidikan kepada rakyat ? ( Takkan pendidikan pun nak di niaga / di riba' kan ? ) Duhai tuan-tuan penguasa khazanah negara, kami mohon dengarlah rintihan ini...
Monday, July 20, 2009
Sayang Man.U, CINTA MALAYSIA!
Agak lewat menulis pengalaman ke Stadium Bukit Jalil tika menyaksikan Harimau Malaya menentang Juara BPL 2008/2009 Manchester United. ( Menulis bukan boleh dipaksa-paksa, datang keterujaan baru la seronok bercerita )
Sebetulnya saya berbelah bagi untuk ke sana apatah lagi perkhabaran awal yg diterima daripada rakan2 di KL, tiket SOLD OUT ! ( Ramainya peminat MU ye ? ) Rupanya perkhabaran itu tidak benar, tiket masih ada lagi dijual. Tiket paling murah la, rm58. Tiket rm308, 98, 68 memang sold out.
Tiba di KL agak lewat, maghrib baru baru berada di tengah bandaraya. Sahabat saya En. Sirap telah menunggu di pejabatnya di Jalan Raja Laut. Sasaran kami adalah MidValley. Tiket dijual disana.
Akhirnya setelah melilau, kami dapat juga membelinya ditingkat paling atas, tingkat 4 barangkali.
Pagi Sabtu kami melilau di Pertama Kompleks dan Sogo.
Jam 4, menunggang motor bersama Sirap. Sedia maklum kalau dah tiket sold out, kebarangkalian jem adalah sangat tinggi. Telahan kami benar, kereta berderet merangkak dijalanan menuju Bukit Jalil.Tiba di Bukit Jalil, sepupu saya sedang menunggu ( tiketnya pd saya ) dan kami melangkah masuk sebagai teman MU tetapi kekasih Malaysia :)
30 minit sebelum perlawan sebagaimana, kesemua pemaian ( Malaysia dan Man.U ) membuat latihan memanaskan badan. Tepukan gemuruh serta jeritan membingitkan setiap kali pemain-pemain Man.U melambaikan tangan kepada para penonton.
5.45 ptg, perlawanan bermula. Sorakan penonton bertali arus. Terasa seperti di Old Trafford la pula haha, stadiam dipenuhi dengan penonton berbaju merah. Hanya 1 peratus berpakaian kuning.
Tidak perlu mengulas lanjut berkaitan gold an perlawanan ini. Saya bersetuju dengan En. Rusdi ( blog RAR )yg mengatakan MU bermain atas tiket / tujuan melancong. Bagi saya perlawan itu hanyalah Entertainment Game. Sekadar utk menghiburkan para peminat dan juga menjaga aib tuan rumah.
Pemain MU lebih gemar bertukar-tukar hantaran berbanding melakukan penyudah. Wayne Rooney bagi saya kerap bermurah hati utk tidak melakukan rembatan deras sebagaimana biasa walaupun mempunyai banyak peluang . Begitu juga dengan Nani. Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada farizal Alias ( Goal Keeper ) yg Berjaya menyelamatkan rembatan Scholes dan beberapa percubaan pemain lain.
Patriotik ? Jika ada yang menuduh penonton yang ke stadiaum tidak patriotic, rasanya ia tidak berapa tepat. Saat pemain Malaysia Berjaya melepasi kawalan / memperdayakan pemain MU dgn gerak badan lincah penonton sgt sporting memberikan tepukan dan jeritan. Begitu juga tika saat Malaysia melakukan serangan stadium gegak gempita dgn sokongan mereka walaupun berbaju merah. Apatah lagi tika meraikan gol-gol Malaysia, penonton majoritinya menjerit kegirangan, bangun dari kerusi bagi meraikan gol walaupun di dada baju berlambangkan MU:)
Malam ini, perlawanan kedua bagi menggantikan aksi yg dibatalkan di Jakarta. Sama-sama kita saksikan di Astro 811, ( harap2 ada ehsan drpd astro )apakah keputusannya kali ini.
Pakcu : Terserempak dengan penonton dari timur tengah. Saya merasakan dia wanita dari Iran. Berjubah hitam, bertudung labuh hitam, hanya mata yg kelihatan. Namun yg paling menarik adalah terdapat ikatan kuning dikepalanya bertulis MALAYSIA ! Sayang saya tidak terlintas di hati mengambil gambarnya ketika itu.
Berbaju putih ( Neutral haha ), baju Umbro / Sharp, old school ni sudah lama terbiar dlm almari. Saya beli di Al-Ikhsan Bukit Bintang tika gila mengumpul jersi di zaman muda-muda dulu :) Tunggu sale baru beli la, naka beli new arrival, rabak poket ! Nak pakai baju Merah Nike tidak tergamak lantaran sahabat saya, Si Sirap acap benar meratibkan ayat ini " Kau nak pakai baju lambang kekufuran tu ?" haha maka kami sama-sama memboikot Nike ! Say no to Nike / Dewa Kejayaan bangsa Greek.
Wednesday, July 15, 2009
Scoreboard Politik
1. Kalah perlu muhasabah / post-mortem, yang menang juga wajib post-mortem. 2. Peratusan keluar mengundi melebihi drpd sebelumnya. Apakah masih relevan pengundi luar tidak balik mengundi ?
3. Kepada yg kalah, sila tunai segala janji. Jika mungkir janji...anda akan dicop munafiq. Jangan kerna kalah, bumi MU sebelum ini dicanang akan menjadi anak emas akan bertukar menjadi anak tiri. Janji jambatan atau apa sahaja perlu dikotakan, penduduk MU juga adalah rakyat Malaysia. Mereka bukan pendatang haram dari benua lain. 4. Kepada yg kalah, ubahlah startegi, sejak zaman berzaman kalian hanya menjanjikan lambakan projek duniawi. Ubah sikap. Lebih adil kepada semua rakyat Malaysia. Jika perlu diberi bantuan, berikan saja. Usah tunggu pilihanraya. Rakyat menolak kerna mereka lihat kalian tidak berubah sikap.
5. Kepada yg menang, renung-renungkan kemana hilangnya 1ooo lebih majoriti sebelum ini. Perbalahan sesama sendiri, ribut dlm periuk belanga semuanya tidak menguntungkan sesiapa kecuali kepada oposisi sahaja.
Pakcu : Perubahan itu perlu, tindakan meng ANAK tiri kan mana-mana negeri / rakyat adalah langkah tidak bertamadun. Anugerah Allah di bumi bertuah ini adalah milik bersama. Wajib dinikmati bersama. Jika tidak, tiada mustahil jumlah 5 akan terus meningkat 6,7,8..dan seterusnya. Fikir-fikirkan...
Monday, July 13, 2009
Keliru Sang Remaja
Saya telah ditanyai oleh seorang remaja perempuan tika cuti sekolah yg lalu... "Abang, berdosa tak kalau pergi kelab malam / disko ? "
Terkedu juga nak menjawab. Sedangkan remaja ini cemerlang pelajarannya. 7A PMR. Apa hal ditanya soalan yg aneh-aneh begini ?
Saya menyoalnya kembali sambil akal berfikir bagaimana ingin memberikan jawapan yg terbaik yang boleh menimbulkan rasa jijiknya utk melangkah ke situ... " Err..apa tujuan nak ke sana ? Nak cari apa ? " tanya saya " Saja nak release tension, " jawabnya " Kenapa nak ke situ ? Situ kan tempat org minum arak, " balas saya " Eh, kawan saya pergi situ takminum arak pun, dia order air Coke je." sanggah anak gadis 16 tahun itu.
" Ermm, beginilah, OK la dia tak minum. Tapi kenapa perlu ke sana, kan banyak lagi tempat lain ? Org Islam ni, ada 2 je jawapan bila berada dipersimpangan. Dosa dan pahala. OK, kalau pergi kelab malam tu, agak2 awak la, dapat pahala tak ?" Saya cuba membuka minda dan menguji akal remaja cemerlang tapi masih keliru ini.
Dia tersengih. " Haa..kalau tak dapat pahala, buat apa pergi ? Untuk apa kita pergi ? Nak tgk jantan betina berpelukan ? Nak tgk org minum arak, minum air kencing setan ? Tempat setan penuh.."
Pakcu : Itulah antara kekeliruan yg wujud. Remaja yg cemerlang akademik. Yang tak cemerlang akademik tidak saya tahu bagaimana pertimbangan mereka terhadap disko ini. Kalau semua pusat hiburan / kelab malam ini takde kan bagus..duhai kerajaan..ibu kejahatan adalah air kencing setan. Bila lagi mau dilupus...? ( Dengan tempat ronggengnya sekali laa..)
Welcome Bro !
1. Apakah beliau seorang pengkhianat ? 2. Oppss, sorry. Dia sebenarnya pemain yg terbuang. Not a traitor...Bak kata Francisca Peters dlm lagunya - Sekadar di Pinggiran :)
3. Diharapkam mr.owen akan memastikan Mr.Rafa Beni berputih lagi tahun ini. Orang dah tak sudi. Old Trafford sedia memberi ruang utk anda juga impian utk bergelar Juara BPL.
Pakcu : memang aneh melihat aksi ini. Tapi tiada yg mustahil. Pasti ramai Pool fans yg terluka melihat Wonder Boy mereka menyarung jersi MU. Jika peminat MU ia ibarat melihat Ryan Giggs menyarung jersi liverpool la kiranya, menusuk ke hulu hati :)
Gambar : Owen kelihatan ceria ketika menjalani latihan di padang carrington ( Pusat latihan MU )
Friday, July 10, 2009
1. Kenapa mesti 2012 ? 2. Ada apa dengan 2012 ?
3. Apakah ada sebarang jaminan sebelum tiba 2012, keputusan asal tidak akan ditarik balik ?
4. Bak kata Pak Samad a.k.a Saterawan Negara " Ini bukan mansuh tapi TANGGUH ! "
5. Akhir kata, sekali lagi ingin bertanya, APA ADA DENGAN CINTA 2012 ?
Subhanallah...
Ku fikirkan hanya ular yg bersalin kulit. Rupanya udang galah pun bersalin kulit. Sungguh, saya tak pernah lihat.
Bagaimana Si Udang menarik keluar segala isinya ( termasuk isi di bahagian sepit ). Dia keluar melalui jalan mana ye ? Belek punya belek, saya agak, dia keluar melalui ruang antara kepala dan badan. ( Agaknya la ) kerana lubang di situ agak besar.
Maha Suci Allah yg Maha Mencipta segala kejadian...
Pakcu : Ex-Housemate ajak ke Bukit Jalil, Sabtu ni utk menyaksikan Malaysia vs Man.United. Hehe..tengah2 bulan nih, poket tengah tandus..nak dibocorkan lagi ? Perlukan dipertimbangkan ?
Friday, July 03, 2009
SI PEJUANG SEMANGAT KEBABIAN !
Dalam keadaan dunia sedang dihantui selsema babi, masih ada orang yg memperjuangkan semangat kebabian. Entah apa yg sedap sangat aku pun tak tahu. Sengal !
Tak gheti-gheti nak faham bahasa. Spesis tu membawa penyakit, satu dunia dah dilanda, masih nak dipertahankan ? Kandang haram lagi.
Aku rasa elok MB Kedah bagi permit bela babi belakang rumah pejuang babi tu. Biar dia bela, biar dia makan sepuas nafsu. Letak jawatan jadi ADUN pun bagus, jual babi. Lagi untung dan cepat kaya. Jadi ADUN pun menyusahkan orang !
Nak desak2 orang sama-sama jaga kandang babi lu, kandang haram pulak tu. Apahal lu beb ?! Lu tak reti nak hormat orang, memang patut lu keluar pun. Kitaorang tak heran la.
Notakaki : Bagaimana jika kita panggil dia Mr. Babi ? Tentu dia bangga kan ?
Thursday, July 02, 2009
Selamat Hari Lahir Kekanda.
1. Dia sangat baik. 2. Dia pemurah wal tidak berkira. 3. Satu-satunya Kakak yg saya ada. Daripadanya saya dapat 2 orang anak saudara ( comel2 belaka ) dan seorang abang ipar.
4. Jadual di sekolah dia, dialah yg buat, ilmu jadual dia turunkan pd saya dan juga suaminya. Terima kasih sifu ! 5. Dia mengajar Add Maths Form 5. 6. Masa muda dulu dia ambil degree Acount. 7. Orang kata, Pengetua Sekolah sayang dia. Ye ke ? :) Wah cepatlah jadi Pengetua kalau mcm nih. Hahaha 8. Apa2 pun dialah My Best Ever Sister 9. Selamat Hari lahir. Moga usia diberkati dan dapat memanfaatkan ia sebaiknya.
Wednesday, July 01, 2009
Aqso dan Madina
Petang tadi, sebelum ke padang bola ( layan futsal padang la pulak ) sempat menonton permulaan drama Indonesia, Aqso dan Madina. Dah banyak kali mendengar lagu tema drama bersiri ini. Tapi hari ini macam terpikat la pulak.So, pulang dari padang terus cari dan download OST aqso dan medina. Format Mp3. Layan seadanya melodi dan liriknya yg menyentuh...
Lagu : Ketulusan Hati Nyanyian : Marshanda
Sedihku sakitku ku terima Ku rela ku pasrah jalanku Ini suratan aku dicoba Demi rahmat-Mu ku memohon
Yaa Allah redhai ketulusan hati Yaa Allah beri aku ketabahan Yaa Allah aku sanggup berkorban Demi rahmat-Mu Yaa Allah
Yaa Allah redhai ketulusan hati Yaa Allah beri aku ketabahan Yaa Allah aku sanggup berkorban Demi rahmat-Mu Yaa Allah
Memo : Saya tak pernah tengok pun drama bersiri ini hahaha..Entah apa jalan ceritanya pun tidak ku tahu !