Thursday, February 16, 2012

Seminar EMAS

Salam sejahtera buat semua.
Maka perkongsian terus berlaku di sini. Oleh itu saya ingin menghebahkan tentang SEMINAR EMAS.
Jadi bagi mereka yg berminat menambah ilmu pengetahuan tentang Logam Kuning /Aurum / Gold
maka boleh hadirkan diri ke tempat berikut.


Baca aje iklan ini :)


>>> Diskaun 10% bagi yg menempah awal.
>>> Diskaun juga  akan diberikan utk pembelian goldbar 1gram. 


Goldbar 1gram. ( RM 225 )

OK. Selamat menambah ilmu !

Wednesday, December 21, 2011

Agen GCP

 1 Dinar 

Alhamdulillah, semalam 20/12/2011 dengan rasminya Pakcu menjadi Agent GCP ( GoldCrest Pavillion ).
Maka dengan ini..




Rantai Tangan

" Sesiapa yg ingin memiliki dinar emas, gelang, rantai, gold bar bolehlah hubungi Pakcu :) "
019-4799414


p/s : Boleh rujuk website ini : Goldcrest Pavillion


Wednesday, December 07, 2011

Kompang Tak berdosa


Semua orang kenal makhluk kompang ni.
Di Malaysia jika ada majlis sambut YB datang ke..majlis nikah kawin ke..majlis guru besar bersara ke.. pemukul / pemalu kompang akan diberi peluang beraksi.

Pukul kompang tak salah. Bukan berdosa pon !
Cuma yang aku hangin sedih bila tengok geng kompang nih tak reti nak sujud walaupun dah parking ramai-ramai depan masjid.

Ehh diorang solat la. Kau je tak nampak. Tak baik buruk sangka !

Oh tidak. Aku sama-sama sampai dengan mereka, saat itu azan baru saja habis berkumandang.
Dah besar belaka. Ku kira menengah atas belaka. Tingkatan 3, 4 dan 5
Melepak depan masjid. Sekor seorang pun tak nak masuk masjid. Solat utk 10 minit berjemaah terus. Apa salahnya ? Pakai seluar pendek ? Ku lihat semua berseluar panjang. Atau Korang belum baligh lagi ke ?
Lebih rela bersidai di luar pagar. Masuk pon tidak.

Yang bagusnya, pengantin lelaki. Steady dengan baju pengantin menunaikan solat zohor. Memang aku tabik. Yang iring pengantin dengan kompang nih ? Korang tunggu pengantin ? Pengantin pon solat la, mat.  Korang nak jadi apa ? Udah tu, apa bezanya kau dengan Ah Chong, Mat ? Dia tak solat. Kau pun sama. Kau bersunat, dia tidak. Itu aje bezanya !

Di awal remaja sudah gembira tidak sembahyang...( arghhh aku memang panas hati melihat situasi ini ).
Taiko kompang ? Kalau di bawak bersama semua budak-budak tuh, bukankah banyak pahalanya ?

Alaa.. ..sikit-sikit pahala. Sikit-sikit dosa..
Huh ye la. mungkin dengan melepak di luar pagar masjid sambil  menanti pengantin maka korang boleh masuk syurga !

*** Berapa peratus rakyat Malaysia yg Islam ini solat ? Dengar katanya sekitar 5 peratus cuma. Solat tiang agama. Ohh Islam telah roboh lama sebenarnya, sudah tidak berTIANG !

Tuan-tuan yg mulia. Jangan kita menjadi punca robohnya Islam.
Ayuh, mari kita solat !

"Solat adalah tiang agama, barang siapa yang mengerjakannya bererti ia menegakkan agama, dan barang siapa meninggalkannya bererti ia meruntuhkan agama" 
(HR. Baihaqi)


Mohon Maaf jika terkasar bahasa. Tiada niat lain, sekadar ingin mengur sesama umat cuma...
Assalamualaikum.

Tuesday, November 29, 2011

Mastika dan cerita pasal Jin tak boleh dipisahkan

Salam semua.
Baru-baru nih beli Mastika. Keluaran Disember 2011.
Jarang sangat beli buku Mastika nih. Ye la maklum sangat semua cerita pelik sumbat kat situ.
Tapi bila cerita pelik yg terjadi di tempat sendiri maka Pakcu beli jugak la.



Kisah pengalaman sebuah keluarga yg anaknya di sihir hebat.
Bukan kecik punya hal kalau dah "puaka" tu main bakar-bakar rumah. Bakar almari. Sofa. Main tunjal-tunjal kepala depan mak bapak budak tuh...


Jadi bagi yg nak mengetahui kisahnya. elok beli Mastika. disember 2011. 
Mukasurat 22. ( err... gua bukan duta Mastika ye ! ).

Wah banyak pulak gambar kali nih heh :)
Okeh. Kalian boleh dapatkan Naskah Mastika kat kedai suratkhabar. Harga RM 4.
Bukan apa, boleh dijadikan pengajaran dan iktibar...Insya Allah.

Saturday, November 26, 2011

Jika Laptop/PC tidak detect USB Storage smartphone/handphone anda

Gambar Hiasan : Samsung Galaxy Note. Skrin Super Amoled, 5.3 inci ni beb !

Kembali. Betul-betul bertapa. Semuanya salah FB. Bikin gua malas menulis/menaip di blog.

Hari ini ingin berkongsi "Jika Laptop/PC tidak detect USB Storage smartphone anda"
Macam mana mahu bikin ? Pasti ada yg pernah mengalaminya. Termasuk gua la. Kalau tidak takkan gua nak story kalau tiada ilmu :)

Kebiasaanya apabila anda cucuk wayar USB pd smartphone ..Laptop atau PC akan auto-detect smartphone anda. Namun ada sesetengah smartphone/handphone generasi baru nih dia ada sedikit perangai " Mengada".

Dah 18 kali cocok  cucuk pun masih tak detect USB Mass Storage. Langsung dia tak kenal  binatang handphone apakah yg dicucuk pada lubang USB tuh. Hampeh  Bertuah punya handphone  !

Rupanya ada teknik lain. Teknik yg mudah. Cuma anda tidak perlu gelojoh. Itu aje !
Kaedahnya ?

Sila pergi ke bhg. SETTING > USB Utilities > CONNECT
SELEPAS anda klik button connect barulah anda MASUKKAN WAYAR USB ke lubang USB di Laptop / PC.
Setelah itu barulah laptop/pc anda akan mengenali makhluk apakah yg cuba masuk dalam body nya.

Okeh. Sekian. Itu sahaja. Selamat mencuba !

*** Gambar hiasan gua cuplik dari sini allphonespecifications

Friday, July 01, 2011

Mencuba Menu Sarapan Mc'd


Isnin baru ni, sekolah gua cuti. Penat berkhemah maka kami layak apply cuti peristiwa. Chanteek !
Lantaran terpengaruh iklan TV ( sungguh bahaya iklan TV, tak percaya tanya la ahli politik )
Maka pagi itu gua ke Mc'd mencari menu sarapan yg dikatakan enak banget.
Dengan perut lapar orang kata bagi apa pun sedap.

Maka itu pagi itu, menu gua adalah, burger mc'muffin..kentang plus air kopi arabica yg boleh refiil.
Tengok mc'muffin kecik benar saiznya. Cheh mana padan dengan perut gua.
Tambah lagi satu burger Filet O fish ( burger ikan favret gua ).

Akhirnya settle semua bersama kopi arabica yg gua tambah segelas lagi.
Secara ringkasnya  :-

1. RM15 gua lingkup dek sarapan pagi di Mc'd. ( kalau di kampung gua, gua boleh belanja 4 orang makan sampai kenyang di kedai Abang Hassan )

2. Sedap jugak cuma menu Mc'muffin memang tak berbaloi. Mc'd memang jahat , bagi burger saiz kecik, mana nak kenyang makan pagi ! Terpaksa order burger tambahan sebijik lagi yg harga 5 ringgit lebih, cheh !

3. Kopi O arabica, sedap. Kalau bikin kopi susu ( bahasa orang johor ) pun sedap jugak ( gua bedal 2 gelas ! ) Kaedahnya kalau bikin kopi O, sila letak 5 saket gula. Confirm, Sedap !
Kalau bikin Kopi susu, 3 saket gula dan 2 saket creamer.

Kesimpulan ; sekali sekala boleh la bro. Kalau bedal tiap hari, botak kepala !

Tuesday, June 07, 2011

MemBERESkan Kalkatu

Semestinya rumah anda pernah diserang kalkatu. Berterbangan menghurungi lampu.
Yang bikin hati panas, esok terpaksa menyapu sayapnya yg berserakan di lantai. Argghhh..

Gambar drpd blog akuanakpahang.blogspot.com


Pelbagai kaedah saya lihat. Antaranya meletakkan lada kering dicelah lampu kalimantang itu.
Atau dengan Semburan ridsect ( tapi esok nak kena sapu jugak ! ).
Paling mudah duduk je dalam kegelapan. Off semua lampu. Sure, dia/kalkatu akan terbang cari lampu rumah jiran :)

Di sini ada cara yg praktikal saya cadangkan untuk korang kalian
( bagi yang belum tahu la )
Iaitu dengan mengikat plastik pada lampu kalimantang seperti gambar di bawah ini ;


Plastik yang mujarab adalah plastik MERAH.
Mungkin dia suka warna tu. Betul atau tidak dia suka warna merah, kena tanya dia la.


Setelah diikat pada lampu, anda akan saksikan semua kalkatu berebut-rebut untuk masuk ke dalam plastik.
Akhirnya, clear ! Semua dah duduk dalam daa...
Dah clear tu..pandai-pandai korang la nak buat apa. Nak ikat dan buang plastik tu atau apa-apa je la.
(  Mungkin boleh letak air sikit kat dalam plastik tu supaya ia tidak terbang keluar ).

Jika anda biarkan plastik itu tanpa sebarang tindakan maka kalkatu tersebut akan terbang keluar. Pergi ke mana ? wallahu a'lam.. Plastik itu akan kembali kosong. Tapi yang pasti TIADA lagi "kepaknya" yang berserakkan di lantai. Insya Allah.

Selamat Mencuba !

*** Terima kasih buat Abang.Long ( Senggarang ) atas petua yang diberi. Mujarab sungguh !