Wednesday, January 26, 2011

Comeback itu Indah !

1st half. 2-0. Ia cukup membuatkan mental tertekan. Nafas sesak.
Oksigen tidak cukup !
Namun Pak Alex bagai selalu. Hair Dryer skill nya cukup hebat.Entah apa disumpah dalam dressing room. Memasukkan the Legend Giggsy, adalah tepat. No objection.

Budak2  Liverpool Blackpool ni "lemak" betul. Bagi sebijik, nak dua. 
Haram betul !!
Anyway...
That's Man.U.
Come from behind as usual.
 
Kelihatan Abg. Batov sibuk nak bukak baju utk rai gol ketiga.
Top scorer for BPL. 19 goals

Final Score 3-2.  and...
Still..Unbeatable. Undefeated. UnSangkarable !
Selama mana ? Mana la aku tahu.


CERITA LAIN :-
   
Pak Alex kata Mamat Charlie Adams ni punya corner 10juta pound.( Klik sini )
Liverpool nak beli 4juta aje ? Naik harga 8juta pun dah taknak bayar. 
Gile apa ? Player punya bagus nak beli 4juta aje ?  
Under estimate betul. Corner dia aje dah 10juta bai !   :)

Tuesday, January 18, 2011

PTPTN dan UJRAH

Saya adalah peminjam PTPTN.
Berbelas ribu jugak la nak kena bayar semula.
Mula-mula dulu kena caj 4%. ( Sahih riba walau dikatakan kos perkhidmatan )

Selepas itu ramai yg bising. Tak puas hati dengan caj berunsurkan riba tersebut. Akhirnya ia diturunkan kepada 3 %.
PTPTN dan UJRAH

Tapi masih ramai yang belum berpuas hati.
Akhirnya pihak PTPTN ( mungkin setelah mendapat khidmat / teguran drpd pakar perbankan Islamik ) maka caj 3% ditukar kepada 1% dan mengikut lunas Islam yg dinamakan UJRAH.

Bagi yg belum settle kan bayaran tunggakan, maka anda tidak boleh menukarkan 3% kepada ujrah 1%. Settke dulu tunggakan, then baru boleh buku hutang baru / perjanjian baru.

Alhamdulillah. Terima kasih kerana bagi pinjam duit. Dan terima kasih kerana keluar daripada sistem riba yg dilaknat Allah.

Separuh bayaran ? ( Huh bunyi macam tak berterima kasih je orang kata )
Mungkin dalam mimpi atau angan-angan.

FREE. Tak payah bayar ? Itu anda kena tunggu kiamat !

Thursday, January 13, 2011

Menyelamatkan External Harddisk / Pendrive

Iklan : Pagi ini Liverpool bungkus lagi.. dengan team polis PULAPOL Blackpool. 2-1

Isu kali ini adalah "Menyelamatkan External Hard disk, Pendrive anda " yg diserang virus dan virus tersebut telah menukarkan semua file / folder anda kepada file "shortcut"

Cuti sekolah yg lalu, external Harddisk saya telah dimasuki virus. Puncanya mudah aje, Sepupu saya (yg hanya tahu menaip assignment tu), telah menggunakan external hdisk saya untuk memindahkan filem Korea. Nak tumpang sekejap katanya.
Sudahnya, berlambak virus dipindahkan sama. Argghhhh

Ingatkan siswi zaman sekarang, dah ada laptop, pandailah nak jaga dengan memasukkan antivirus. Rupanya jahil IT ! Anti-virus yg free di internet pun tiada dalam laptopnya.

Serangan virus memang macam harrramm !!
Semua file tak boleh dibuka. Walaupun virus telah pun di "clean" kan dengan menggunakan Kaspersky mahupun Avira.

Namun akhirnya saya diilhamkan untuk "google" masalah ini, manalah tahu jika ada orang yang telah menulis kaedah penyelesaian bagi masalah ini.


Alhamdulillah. Ketemu jawapan.
Blog ini telah memberi jawapan. Blog tomatocyber

Terima kasih kepada beliau yg membantu saya dalam menyelamatkan external daripada di FORMAT.  Banyak file penting weh. Gile ke hape nak format semua !

Teknik-tekniknya saya "paste" kan di sini :-

( Saya berjaya dengan menggunakan CARA 2, memang jelas penerangan beliau. Sekali try terus berjaya, tanpa sebarang kesilapan. Marvellous  )

Cara 1:

  • Start > Control Panel > Folder Options > View > pilih "Show hidden files and folders" dan Uncheck/kosongkan ruangan "Hide protected operating system files (Recommended)". Tekan Apply.
  • Seterusnya pergi ke pendrive kita, korang sepatutnya nampak fail/folder yang asal termasuklah virus tu sekali (kalau kita belum delete virus lagi la).
  • Delete virus tersebut bersama dengan shortcut yang ada. Kemudian buatkan satu folder baru dan pindahkan data yang berada dalam hidden folder tersebut ke dalam folder yang baru kita buat tersebut.
  • Bila dah siap, delete hidden folder tersebut.
  • Buka Task Manager dan periksa sama ada masih terdapat lagi atau pun tidak virus tersebut di dalam sistem. Jika ada sila right click virus tersebut dan tekan "End Task".
  • Ambil perhatian nama virus tersebut dan buat satu search atas nama virus itu. Delete semua virus yang ada.
  • Apabila semua proses telah selesai, kembali ke Control Panel > Folder Options > View > pilih "Do Not show hidden files and folders" dan tick kembali ruangan "Hide protected operating system files (Recommended)". Tekan Apply.
Cara 2:
  • Pastikan dulu fail asal kita itu telah disembunyikan oleh virus. Jika pasti teruskan:
  • Start > Run > taip "attrib -h -r -s /s /d h:\*.*" tanpa " " dan tekan ENTER.
  • (PERHATIAN: sila ubah 'h' tu kepada drive korang. Tapi bukan yang '-h' tu, tapi yang belakang sekali. Kalau pendrive kita tu e, ubah kepada e).
  • Bila dah siap, periksa kembali pendrive korang, sepatutnya fail/folder yang disembunyikan itu kembali kepada asal.
Selamat mencuba !

Tuesday, January 11, 2011

Kelas Baru Buatmu Anak-Anak "Pemulihan"

Selama 3 tahun, menumpang di bilik muzik merangkap bilik tayangan merangkap lagi bilik gerakan / mesyuarat..maka tahun ini
iye, tahun 2011 ini..akhirnya Guru Pemulihan serta anak-anaknya mendapat bilik pemulihan sebenar. Kelas yg benar-benar kelas. Alhamdulillah.

Terima kasih buat Guru Besar dan guru-guru yg simpati dgn maslah kami :)
begitu juga semangat setiakawan guru-guru KH yg melupakan hasrat menjadikan kelas pra lama ini sebagai bilik KH. Thank you everybody !

 Meja Guru Pemulihan



Kelas ini menjadi milik anak-anak pemulihan setelah Pra-Sekolah mendapat bangunan baru. Memandangkan tiada peruntukan kelas untuk Kelas Pemulihan di bangunan baru ataupun lama, maka kelas pra-lama ini telah dikurniakan kepada Guru Pemulihan dan murid-muridnya.


Masih belum dihias secukup rasa

Akhir kalam, terima kasih semua.
Moga anak-anak pemulihan lebih bersemangat untuk belajar di sini. Insya Allah !

Meja rendah yg belum di "skirt" kan

Monday, January 10, 2011

Old Man. True Legend...

Old Man but still power, superb dan seerti dengannya.
Ryan Giggs. pemilik jersi no.11 Man.U ini telah 2 dekad bermain. Hanya untuk sebuah club. Manchester United.

Beliau adalah antara player kegemaran tika saya mula-mula meminati Man.U.
Pasti tidak terlupakan King Cantona !

Giggsy adalah player kidal. Left wing Man.U zaman berzaman. Oleh kerana saya juga kidal dan juga pernha bermain di posisi yg sama, maka bukanlah aneh saya meminati beliau. Err jersi juga no.11 hahahaha

Semalam beliau membuktikan walau sudah 37 tahun tapi kudrat masih bagai kuda mustang yg gian nak berlumba !
Liverpool kalah hasil jaringan penalti beliau ? Oh itu tidak penting.
Aksi beliau sepanjang 90 minit lebih menarik minat saya.
 Giggsy Score setiap season..gila apa ?!  
True Legend.

Lain-lain :-

1. Man.U ke pusingan ke-4. FA Cup.
2. Berbatov lembik lutut ? Oh tidak mengapa, dia memang selalu begitu. Kurang
ber Yoga barangkali. :), Daniel Agger kurang bijak dalam mengawal beliau.

3. Howard Webb suka tolong Man.U ? ( not our business )
4. Kenny Daglish Return ? ..they always change their manager. ( not our business )

5. Stevie G sent off ? Dah 10 thn main bola still make bad tackle. Terrible man. ( Dont blame us, blame him ).

6. Liverpool bermain baik ? Benar, mungkin mereka boleh menang, but the silly tackle by Stevie changed everything. Mungkin Safiq Rahim boleh kongsi ilmu tackle dengan beliau.