Friday, January 28, 2005

P.T.T ( Pengulas Tiada Tauliah )

-Sekitar EPL ( English Premier League )-

Man U masih 11 mata di belakang Chelsea dan Arsenal pula 10 mata ketinggalan. Itu adalah gambaran kekuatan kuasa baru bolasepak EPL, The Blues @ Chelsea. Ramai yg percaya bahawa Chelsea akan menamatkan kemarau 55 thn kejuaraan liga.

Aku pun begitu sekitar 60 peratus. 40 peratus lagi aku yakin Man U & Arsenal mampu membuatkan Mr.Abromovich menangis mengenangkan buku ceknya terpaksa dikeluarkan lagi utk mengangkut semua pemain terhebat dlm dunia ni.

Tapi yg lebih menarik bagi aku adalah ulasan Ahmad Syukri @ Syuk ( Ketua Aing Hong DU hehe). Dia bukan peminat MU & Arsenal tapi masih berfikiran positif dgn saingan EPL. Aku taipkan SMSnya di sini

“ 10 mata kelebihan dengan 14 lagi matches bagi aku masih terlalu awal. 4 kekalahan dah cukup utk Mourinho sedar reality bolasepak…” ( Ulasan mengalahkan John Dykes, Pengulas ESPN caya la Syuk ! hehehe )

Man U dan Arsenal ( Liverpool tak terkecuali heheh ) mempunyai masalah yg sama. Goalkeeper ! Aksi keeper yg ada hari ini mampu meningkatkan risiko Ferguson & Wenger utk mendapat heart attack. Rafa Benitez juga.

Namun hingga ke hari ini, di saat window transfer akan tertutup pd 31 Januari kedua-duanya masih belum bertindak..Walaupun tahun ini rekod Defend Man U agak baik, hanya 14 gol drpd 24 perlawanan. ( Chelsea hanya 8 gol ! ). Arsenal pula 25 gol. Cuma kesilapan bodoh keeper memang menyakitkan hati pengurus dan peminat setia.

Kisah terbaru Fergie mula mengintai utk mendapatkan khidmat Paul Robinson England’s No.1 bagi menyelesaikan masalah ini.

Bagi aku ia keputusan yg baik tetapi bagi aku sekiranya Edwin Van Der Sar ( Fulham & Holland ) menjadi pengganti adalah lebih baik.
Cuma aku ragu, apakah dengan tiadanya sebarang reaksi positif drpd Sir Alex dan Arsene Wenger adalah isyarat awal utk melepaskan kejuaraan tahun ini kpd Chelsea ? Tunggu dan saksikan aje hingga season ini berakhir.

For Liverpool fans, all of you should wait till next season to be great contender heheh. We’ll see either Revolution Rafa-lution become reality or rhetoric. Half main players dah injured…Latest, Sinama Pongolle hampir putus anterior ligament 6 bulan le lepak atas bangku, ada harapan Benitez jadi winger lepas ni hahahaha…


Sebut ligament teringat aku kat Jiji, kawan kita yg putus anterior ligament lutut coz accident depan FBMK. Seminggu pening tak ingat apa dan hampir setahun takleh berlari. Tapi sekarang dah semakin macho semenjak menjadi Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Kluang. Korang nak tanah ? Pergi la mohon dengan dia hehe.

OK. Itu saja ulasan tanpa tauliah utk kali ini. Jumpa lagi Insya Allah.





Wednesday, January 26, 2005

Semalam punya cerita

_/ Pagi menyaksikan Man United kecundang kali kedua kepada Mourinho’s side. Kali pertama hampir setahun yg lalu dlm saingan Champions League. Tika itu Mourinho memimpin Porto. Apa yg menariknya, kedua-dua kekalahan Man United adalah di Old Trafford dan berpunca drpd kesilapan penjaga gol yg sama Tim Howard. ( Elok saja dia dijual ! )

_/ Solat Subuh dan aku berangkat ke Kota Tinggi. Hidup sebagai driver, beginilah. Menghantar bonda ke Kursus J-Qaf di SMK Teknik Kota Tinggi.

Bonda kutinggalkan dan aku ke restoran, sarap ! Then, melencong la. JB dan Kota Tinggi bukanlah jauh. Walaupun anak Johor tapi jalan Bandaraya JB bukanlah suatu yg telah aku hafal. Hantam sajalah labu,selagi minyak ada dlm tangki,kita pusing sajalah.

-ANGSANA-
Hajat aku cumalah nak ke Plaza Angsana. Best Ever Shopping Complex In JB I think..
Tapi sebelum tu aku ke Jalan Kolam Air. Menemui Kak Angkat aku, Sis Rosetti Poh Yuen Yi. Nama secanggih ini takkan korang tak kenal ? Dah lebih setahun tak jumpa dia nih. Sempat la jumpa dia sekitar 2,3 minit. Dia sibuk nak ke sekolah.

Plaza Angsana destinasi berikutnya. Tempat yg paling aku gemari utk melilau, di sinilah ! Best. Itu je yg mampu aku ucapkan. Kemudahan utk pengunjung serba cukup. Hinggakan tempat penyusuan bayi pun disediakan ? ( Tak pernah kujumpa kemudahan ini hatta di KL sekalipun )

Surau pula King Size. Memang puas hati kalau melepak kat dalam tu. Mampu memuatkan sehingga 300-350 jemaah aku rasa. Surau perempuan aku tak tahu la bersar mana sebab aku tak masuk hehe. Kalau masuk, lain pula ceritanya nanti. Lebih menarik surau ini ada PA System utk azan dan ada Tok Imamnya. KL ada ke surau mcm ni di shopping complex ? Setahu aku takde.

Angsana juga terkanal dgn BADAN Cemerlang Bookstore. Tempat yg paling aku suka singgah, sini la. Walaupun tidak sebesar Kinokuniya KLCC tapi aku yakin banyak buku yg dihajati boleh diperolehi di sini.

Aku rasa 2-3 jam baru puas hati melepak di BADAN. Boleh belek buku lama-lama.( Beli belum tentu lagi J ) Aku menemui buku Don’t Be Sad @ La Tahzan. Tebal amat bukunya. Walaupun hati meronta utk membeli tapi aku tahankan saja. Biar dululah. Harganya pun boleh tahan, RM 30. Lagipun di rumah masih ada 3 buku yg belum aku khatam. Jangan gelojoh, tak gitu ?

Selain BADAN tempat kedua yg aku suka masuk adalah kedai sukan al-IKHSAN. Aku mula mengenali butik pakaian sukan ini sejak 1998, Bobok @ Akmal Arif senior aku masa kat kolej dulu yg perkenalkan. ( Kat Bukit Bintang )

Apa yg menarik di al-IKHSAN ? Pakaian sukan la beb. Jersi Kelab Bolasepak yg original, kasut2 sukan. Mostly branded. Nike, Adidas, Lotto, Puma etc. Semuanya bakal merabakkan poket. Tapi itu dulu la. Sekarang aku lebih suka jersi SIAM je. Kualiti pun lebih kurang sama. Gila apa nak beli jersi yg sehelai nilainya 2-3 ratus. Jersi yg SALE pun harganya RM125, Roman Abromovich boleh la.

Al-IKHSAN kini terus berkembang. Kalau di Starhill terdapat 3 kedai. Di Angsana ada 2 kedai. Maju betul. Biarlah, aku yakin taukeinya Melayu.

Kesimpulannya Plaza Angsana memang menyeronokkan.

Cukuplah. Cerita terlalu panjang pulak kali ini. Ada usia kita cerita lagi.
Assalamualaikum.



Balada Orang Berdosa

Hampir 2 bulan kaset Damai aku bermastautin di dalam Kia Spectra. Kereta Mak Andak aku. Rumahnya tak jauh 170 km je dari rumah aku. Dekat kan ?Kini ia kembali menghuni Kancil..maka berkemundanglah lagu2 drpd Album Damai-Hijjaz.

Aku cukup menggemari lagu Berkorban Demi Cinta. Agak tersentuh dengan lirik dan melodi karya Kamal Halim. ( Beliau pernah mencipta lagu dlm album pertama Diwani satu masa dahulu ). Lagu2 lain seperti Pesona Cinta dan Aku Hanya Seorang Umar masih boleh dikategorikan sebagai lagu boleh hits. ( Err...berapa ramai pencinta nasyid kat Malaysia ni ? )

Dengan penuh kejujuran, aku sebenarnya dah meng MP3 kan lagu ni. ( Maaf buat Hijjaz Records,copyright without permission ) Untuk kegunaan sendiri. Kalau tidak sia-sia MP3 Player yg aku beli. Kalian berminat ? Maaflah..sila beli yg original ! Aku dah beli, so ikut suka aku la nak convert kaset original aku kepada MP3 kan..OK ke?

Tajuk Balada orang Berdosa kat atas ni saja je. Aku teringat album kompilasi yg memuatkan lagu Kepadamu Kekasih-M.Nasir ( Dulu punya cerita daa..)

OK. Selamat menghayati lirik di bawah. Nak syahdu lagi ? Sila beli kaset DAMAI la.

Berjuang Demi Cinta - Hijjaz

Allah..Allah..
DenganMu segala…

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratan-Nya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersama-Mu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan tuhan
Iman di hati, sabar menjadi penunjuk diri
Dengan-Mu kupunyai segala
Takkan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga…
Sisa hidup ini takkan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan dengan-Mu kebahagiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya…

Lagu- Kamal Halim
Lirik - Kamal Halim


Monday, January 24, 2005


>>>Salah seekor lembu yg dikorbankan di rumah aku. Kelihatan Atok Sedara aku begitu serius dlm usaha menamatkan riwayat si lembu.

Korban

Hari Raya AidilAdha telah 3 hari berlalu. Namun hari ini kita masih lagi haram utk berpuasa sunat. Hari tasyrik !

Hari ini aku Cuma nak berkongsi sedikit peringatan yg kukutip drpd Majlis Kuliah Maghrib di kampung jiran aku.

_/ Pada tempat yg diturunkan bala oleh Allah, Rasulullah S.A.W menyuruh kita berhati-hati, jangan bersuka ria atau bersenang lenang. Dibimbangi bala akan kembali semula.

Cth : Di Laut Mati. Jika melawat ke sana tidak wajarlah kita bersuka ria. Ambil pengiktibaran drpd kemusnahan umat terdahulu adalah yg utama.

_/ Ubudiah. Abdikan diri kepada Allah.

Cth : Kisah Nabi Ibrahim yg bermimpi mendapat perintah drpd Allah agar disembelih anaknya Nabi Ismail. Betapa taatnya baginda kepada Allah. Tanpa mempersoalkan perintah sama ada ia logic ataupun tidak.

Di sini menunjukkan betap tingginya tahap pengabdian baginda kepada Allah.
Tapi kita hari ini…
Perintah Allah bukan hadir melalui mimpi tetapi melalui rasulNya sehingga zahirlah SEBUAH KITAB. AL-QURAN. Jelas lagi nyata segala hukum hakamnya. Tiada sebarang keraguan mengenai kesahihan bahawa ia memang datang drpd Allah jua.

Namun masih ramai yg mempertikaikan itu dan ini. Di mana tanda pengabdian kita kepada Ilahi ? Dan kita terus berbangga akulah hamba Allah…sedang perintah yg jelas lagi nyata dlm Quran tetap teguh di hati bahawa ia tidak RELEVAN sama sekali ataupun ia masih belum relevan ataupun setengah daripadanya relevan dan selebihnya masih perlu dikaji. Dan ramailah yg ingin menjadi juara dlm meyakinkan manusia bahawa ia memang belum relevan. Tunggu dulu, sabarlah...

Dan aku tertanya bilakah ia akan relevan ? Mungkin setelah bintang-bintang berguguran dr langit. Dan aku yakin dan percaya bahawa pd tika itu pasti ramai yg mengakui segala ayatNya benar-benar RELEVAN !

>>> Peringatan buat aku, engkau, mereka. Ya..utk kita semua yg bergelar HAMBA.

Thursday, January 13, 2005

Petang semalam...

1. Petang, aku ke PPD Rompin. Sahabat aku ex-GSTT telah sedia menanti di sana. Objektif utama adalah utk bertemu Pegawai di PPD yg in-charge bhg.sekolah menengah. Mission accomplish. Berjaya mendapat jawapan yg agak memuaskan hati. Aku tak perlu menghadiri temuduga utk menyambung kontrak. Just wait and see. Selepas 4 bulan Insya Allah..ada harapan utk aku apply KDC bagi meraih jawatan guru. Permanent. Jika tawaran tu wujud lagi la utk 2005 ni.

Jika ada rezeki maka dapatlah aku kembali bertemu anak2 murid aku yg dirindui..:) Paling cepat minggu depan. Paling lewat bulan depan. Serahkan segala pada-Nya. Bukankah kita ini milik-Nya yg mutlak.

Petang semalam juga staff Jabatan Perangkaan call aku. Aku diminta menghadiri temuduga utk jawatan Penolong Perangkaan. 4 bulan kontrak dan jika excellent maka harapan utk mendapat jawatan permanant adalah cerah. La...abis tu ?

~Semuanya adalah ketentuan-Nya. Iradah-Nya. Dan aku mula tak keruan utk memilih lorong kehidupan akan datang...
Kata-Kata Hari Ini


1. " Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yg lebih bermakna. Kekalahan adalah iftitah kepada kemenangan yg lebih akbar ! "

~Salju Sakinah. Siri 5. Utusan Malaysia.11 Januari 2005~


2. " Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu."
~Barangsiapa kenal dirinya maka dia kenal tuhannya.
~Kata2 yg sering kali terbit daripada bibir ahli sufi/tasauf.


Monday, January 10, 2005

Membaca Pakdi.com


1. Tertarik dgn cerita Pakdi, rakannya yg telah didaftarkan sebagai Puteri Umno oleh makciknya sendiri.

~Apa mau hairan ? Kawan aku sendiri ( Pemuda UMNO JB ) mengaku dia pernah buat perkara yg sama. Mendaftarkan keahlian di sesuatu cawangan. Ahlinya ? Ambil saja nama2 ahli dari Kelab..( Tak perlulah aku sebutkan di sini ).

~Begitulah juga situasinya ketika ingin menubuhkan cawangan baru. Ahlinya tiada. Maka wujudlah pengambilan ahli2 ghaib :). Ingin tahu mengapa ? Kawan aku cakap..ala biarlah, yg penting kita dpt peruntukkan barang2 bg pejabat cawangan. Kos utk peruntukkan branch.office aku dimaklumkan berpuluh ribu. Masakan tidak cecah puluh ribu jika barang yg dihantar lengkap semuanya. peralatan pejabat..fikir sendirilah. ( Laptop ? ). Lastly, brg2 tersebut menjadi kegunaan peribadi.

~Aku ? " Entahlah labi. Biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya..."

~Kepada Emma di diaryland.com...sabarlah dlm menghadapi penipuan dan manipulasi hidup ini :)

Wassalam.
SENYUM KAMBING

Si A " RM2 juta belanja jadikan Kota Bharu bandaraya Islam."
Si B " Bolehlah bina serban besar di bulatan jam."

~Dialog Kartun Senyum Kambing. MIngguan Malaysia 9.1.2005

Kesal..kesal..dan kesal. Itu yg terlintas difikiran. Terlalu ghairah utk memperlekehkan Kerajaan Negeri Kelantan tapi mengapa perkataan SERBAN dimasukkan.

Semua org tahu MB Kelantan pakaian wajibnya adalah serban. Rakyat Kelantan pun begitu. Mengapa ia mesti diperlekehkan. Serban pakaian nabi. Barangsiapa yg memakainya dpt pahala. Pahala mengikut sunnah baginda. Takkan benda ni pun tak hadam lagi ? Mengapa SERBAN mesti dipandang sinis ?

Nafsu untuk mengkritik Kelantan terlalu tinggi tanpa menyedari ia adalah bentuk penghinaan kpd pakaian Rasulullah s.a.w walaupun tanpa disedari.

Kelantan ingin jadikan KB bandaraya Islam, biarkanlah,kenapa mesti iri, hasad dan dengki ?
Langkawi bersama Helang raksasa di datarannya, tiada siapa mahu kritik ia satu pembaziran, penyu gergasi di zaman pemerintahan Wan Mokhtar tiada siapa yg mahu perlekeh. Tugu negara di KL walaupun pembinaannya patut dipertikaikan dr segi hukum Islam tiada pula yg nak hentam ( Bukankah ia menyerupai berhala ? )

Selangor menjadi negeri maju kita alukan ( Walaupun menjuarai carta buang anak, rogol dan jenayah2 lain ), Melaka dgn Bandar bersejarah kita raikan, Kelantan dgn bandaraya Islam kita perlekehkan ?

Sedih, masih ada manusia Islam ( Senyum kambing ni Islam ke ? Ntah ! ) yg merendahkan hasrat manusia Islam lain yg mahu membina bandaraya Islam. Orang bukan Islam tak bising pun..yg bising adalah org yg mengaku Islam. Projek belum jalan, dah ada yg memandang rendah...utk memberi sokongan jauh sekali.

Maka jadilah dia pengampu sampai mati !

P/S : Si Senyum Kambing baca ke blog aku nih ? Apa2 pun hati-hati bila mengampu, kelak iman tercicir tanpa kita sedari. Peringatan utk aku juga. Kalian bagaimana ?


Tuesday, January 04, 2005

Hobiku..hobimu
( dedicate 2 rebelseventh )

1. Malaysia Out lagi di semi final Piala Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak Tiger walaupun mendahului dgn gol cantik Khalid Jamlus.

- Bagus juga out...aku dok terfikir, bangga amatkah kita dengan menjulang Piala Arak tu ? Negara Islam menang piala arak. Mungkin kita akan bangga jika menjadi antara 10 org yg dilaknat kerana arak.

- Mungkin ada yg kata " Saya tak minum arak, promosi sikit2 tu ada la. Bukan promosi utk org minum arak, promosi utk bolasepak. Itu pun salah ke ? "

- Nampaknya Persatuan Ulama Malaysia kena buat statement lagi. Bukan apa, nak tunggu Majlis Fatwa mungkin 2 tahun lagi baru keluar kenyataan.

2. Man United terselamat lagi dr kekalahan memalukan dek kesilapan bodo, besar penjaga golnya di Old Trafford.

- Adat bola memang gitu. Kalau tidak, Argentina tak akan menang pula Piala Dunia '86 sekiranya linesman nampak Maradona score dgn tangan. Semua sudah tertulis.

- Aku amat tertarik dgn kenyataan membela diri linesman perlawanan Mu-Spurs tu..

"Pemain Spurs merembat dr jauh. Saya hanya menjalankan tugas sebagai linesman, tugas saya adalah melihat pemain pertahanan terakhir utk melihat keadaan offside atau tidak. Tiada apa yg dpt saya lakukan kecualilah saya boleh berlari lebih laju drpd Linford Christie.."

- Apa2 pun MU ketinggalan 11 points. Perit siyol nak kejar !


Teringat...

1. "Kami buat konsert dalam dewan tertutup. Dan konsert ini bukanlah utk sambutan tahun baru tapi utk menarik minat pengunjung datang ke pameran kami. "

- Kata Ketua Menteri Melaka setelah ramai mengesali tindakan Melaka yg ingkar arahan Allah Pak Lah.

- Konsert ini lebih mulia sedikit barangkali..? Bersama penyanyi lelaki yg berambut panjang dan bersubang ditelinga. Saksi ? Jurugambar TV3.

2. Acheh & Turki. Masjid Baiturrahman, Acheh( 26 Disember 04 ) = Masjid di Golcuk,Turki ( 19 Ogos 99 ). Kesamaannya..kedua-duanya berdiri teguh walaupun menghadapi gempa bumi yg dahsyat.

- Masih adakah manusia yg ingin mengambil iktibar drpd keajaiban ini ? Ada satu tempat lagi yg mungkin akan selamat sekiranya berlaku gempa bumi. Planet Hollywood KL. Anda setuju ? Sila angkat tangan. :)



Saturday, January 01, 2005

Alangkah indah... ( Harapan 2005)
1. Alangkah indah jika acara solat hajat dan doa dibuat setiap tahun ( Mcm mlm tadi...)
2. Alangkah indah jika tol tidak naik percent nya bahkan turun pula ( Mimpikah aku..? )
3. Alangkah indah jika semua bank tiada lagi riba alias interest
4. Alangkah indah jika kedai 4D dan TOTO kian surut tahun ini. ( Tpt aku dpt kedai baru )
5. Alangkah indah jika cukai pintu dihapuskan terus spt 4thn lalu
( Rintihan rakyat Terengganu..)
6. Alangkah indah jika todi semakin sukar dicari.
7. Alangkah indah jika insan yg tiada bukti kesalahan dibebaskan bertemu keluarga mereka.
8. Alangkah indah jika Berita Harian, Utusan & Harakah dpt dibeli setiap hari ( Kesaksamaan media ? Aku beli kedua-duanya ! )
9. Alangkah indah jika Al-Quran dan As Sunnah berada teratas di antara yg atas.
10. Alangkah..alangkah..alangkah... ( Bolehkah ia menjadi realiti ? Aku tak berhenti mengharap, bak lagu Sheila On 7 )
SELAMAT DATANG 2005

Sejuk mata melihat di kaca TV, umat ISlam Malaysia ( Termasuk pemimpinnya ) menunaikan Solat Hajat dan doa di masjid. Tiada konsert countdown. Buat Pak Lah..terima kasih. Moga keadah baru merai tahun baru ini diteruskan setiap tahun ( Harapanku ini tipis rasanya )

Setelah saban tahun Konsert Countdown menjadi raja di pagi 1 Januari. Tidak kolot rasanya ( Seperti kata Kalam dlm Metro ) jika kita meraikannya di masjid.

Penulisan terbatas..sambung petang nanti . Insya Allah. Permisi.