Friday, July 01, 2011

Mencuba Menu Sarapan Mc'd


Isnin baru ni, sekolah gua cuti. Penat berkhemah maka kami layak apply cuti peristiwa. Chanteek !
Lantaran terpengaruh iklan TV ( sungguh bahaya iklan TV, tak percaya tanya la ahli politik )
Maka pagi itu gua ke Mc'd mencari menu sarapan yg dikatakan enak banget.
Dengan perut lapar orang kata bagi apa pun sedap.

Maka itu pagi itu, menu gua adalah, burger mc'muffin..kentang plus air kopi arabica yg boleh refiil.
Tengok mc'muffin kecik benar saiznya. Cheh mana padan dengan perut gua.
Tambah lagi satu burger Filet O fish ( burger ikan favret gua ).

Akhirnya settle semua bersama kopi arabica yg gua tambah segelas lagi.
Secara ringkasnya  :-

1. RM15 gua lingkup dek sarapan pagi di Mc'd. ( kalau di kampung gua, gua boleh belanja 4 orang makan sampai kenyang di kedai Abang Hassan )

2. Sedap jugak cuma menu Mc'muffin memang tak berbaloi. Mc'd memang jahat , bagi burger saiz kecik, mana nak kenyang makan pagi ! Terpaksa order burger tambahan sebijik lagi yg harga 5 ringgit lebih, cheh !

3. Kopi O arabica, sedap. Kalau bikin kopi susu ( bahasa orang johor ) pun sedap jugak ( gua bedal 2 gelas ! ) Kaedahnya kalau bikin kopi O, sila letak 5 saket gula. Confirm, Sedap !
Kalau bikin Kopi susu, 3 saket gula dan 2 saket creamer.

Kesimpulan ; sekali sekala boleh la bro. Kalau bedal tiap hari, botak kepala !