Thursday, July 30, 2009

Selsema Babi

Negara kita mencatat 4 korban. Dah makin mengganas pula virus ini. Masa ke stadium 2 minggu lalu, terfikir juga,"
kalau ada selsema babi kat sini..tak berbaloi aku datang." Alhamdulillah saya selamat pergi dan pulang.

Terkenang2 hadis Rasulullah yg maksudnya lebih kurang menyatakan, kiranya ada wabak di suatu tempat, tak payah le ke tempat tu. Bagi yg dah duduk dlm kawasan wabak, dicadangkan agar jangan keluar dari kawasan.

Jumlah yg dijangkiti kian bertambah. Kerisauan juga bertambah. Anti-Virus juga belum ditemui.
Apa ikhtiar kita ? Menjaga kebersihan dan semestinya berdoa kepada Allah agar wabak ini segera berakhir ( Bala akhir zaman ? ).

Untuk itu di sini kita sama2 berkongsi maklumat agar dapat menjauhi / mencegahnya dari awal.
Moga ia bermanfaat untuk semua. KLIK maklumat di SINI

Pakcu : Kerap selsema pagi ( sejuk ! ). Resdung saya masih mcm biasa. Macam dulu2 juga. Hingus kalau dikumpul, seminggu boleh dapat secawan agaknya. Walau apa pun lafaz syukur perlu diucapkan. Antara resdung dan selsema babi yg mana jadi pilihan ? Ya, Allah kami mohon perlindungan drpd-MU, jauhkan kami daripada wabak ini. Ameen.

Tuesday, July 28, 2009


Belenggu HUTANG

Kerap benar blog ini bercerita tentang bola. Kita lupa seketika perihal sukan terpopular dunia itu. Entri kali ini saya ingin bicara tentang hutang.
Anda ada hutang ? Hutang apa ? Rumah ? Kereta ? PTPTN ? JPA ?

Membelek penyata PTPTN saya terasa boring...hutang bertambah setiap bulan. Caj dikenakan mengikut baki semasa

Ermm, penat memikirkan kaedah mahu melangsaikan. ( termasuk interest nya tu la )
Bagi yg dah berkerjaya mungkin boleh melangsaikan sedikit demi sedikit. Bagi yg fulus di poket pun tak berapa nak ada ? Yg belum dilamar pekerjaan ? Hutang bertambah setiap bulan.
( Rakyat didahulukan ! )

Notahati : Kalau PTPTN mcm JPA pun sudah cukup bagus. Anda bayar apa yg anda pinjam. Segala kos yg dikatakan kos khidmat, kerajaan tanggung. Bukankah tugas kerajaan memberi pendidikan kepada rakyat ? ( Takkan pendidikan pun nak di niaga / di riba' kan ? ) Duhai tuan-tuan penguasa khazanah negara, kami mohon dengarlah rintihan ini...

Monday, July 20, 2009

Sayang Man.U, CINTA MALAYSIA !

Agak lewat menulis pengalaman ke Stadium Bukit Jalil tika menyaksikan Harimau Malaya menentang Juara BPL 2008/2009 Manchester United. ( Menulis bukan boleh dipaksa-paksa, datang keterujaan baru la seronok bercerita )

Sebetulnya saya berbelah bagi untuk ke sana apatah lagi perkhabaran awal yg diterima daripada rakan2 di KL, tiket SOLD OUT ! ( Ramainya peminat MU ye ? ) Rupanya perkhabaran itu tidak benar, tiket masih ada lagi dijual. Tiket paling murah la, rm58. Tiket rm308, 98, 68 memang sold out.

Tiba di KL agak lewat, maghrib baru baru berada di tengah bandaraya. Sahabat saya En. Sirap telah menunggu di pejabatnya di Jalan Raja Laut. Sasaran kami adalah MidValley. Tiket dijual disana.

Akhirnya setelah melilau, kami dapat juga membelinya ditingkat paling atas, tingkat 4 barangkali.

Pagi Sabtu kami melilau di Pertama Kompleks dan Sogo.

Jam 4, menunggang motor bersama Sirap. Sedia maklum kalau dah tiket sold out, kebarangkalian jem adalah sangat tinggi. Telahan kami benar, kereta berderet merangkak dijalanan menuju Bukit Jalil.Tiba di Bukit Jalil, sepupu saya sedang menunggu ( tiketnya pd saya ) dan kami melangkah masuk sebagai teman MU tetapi kekasih Malaysia :)

30 minit sebelum perlawan sebagaimana, kesemua pemaian ( Malaysia dan Man.U ) membuat latihan memanaskan badan. Tepukan gemuruh serta jeritan membingitkan setiap kali pemain-pemain Man.U melambaikan tangan kepada para penonton.

5.45 ptg, perlawanan bermula. Sorakan penonton bertali arus. Terasa seperti di Old Trafford la pula haha, stadiam dipenuhi dengan penonton berbaju merah. Hanya 1 peratus berpakaian kuning.

Tidak perlu mengulas lanjut berkaitan gold an perlawanan ini. Saya bersetuju dengan En. Rusdi ( blog RAR ) yg mengatakan MU bermain atas tiket / tujuan melancong. Bagi saya perlawan itu hanyalah Entertainment Game. Sekadar utk menghiburkan para peminat dan juga menjaga aib tuan rumah.

Pemain MU lebih gemar bertukar-tukar hantaran berbanding melakukan penyudah. Wayne Rooney bagi saya kerap bermurah hati utk tidak melakukan rembatan deras sebagaimana biasa walaupun mempunyai banyak peluang . Begitu juga dengan Nani. Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada farizal Alias ( Goal Keeper ) yg Berjaya menyelamatkan rembatan Scholes dan beberapa percubaan pemain lain.

Patriotik ? Jika ada yang menuduh penonton yang ke stadiaum tidak patriotic, rasanya ia tidak berapa tepat. Saat pemain Malaysia Berjaya melepasi kawalan / memperdayakan pemain MU dgn gerak badan lincah penonton sgt sporting memberikan tepukan dan jeritan. Begitu juga tika saat Malaysia melakukan serangan stadium gegak gempita dgn sokongan mereka walaupun berbaju merah. Apatah lagi tika meraikan gol-gol Malaysia, penonton majoritinya menjerit kegirangan, bangun dari kerusi bagi meraikan gol walaupun di dada baju berlambangkan MU :)

Malam ini, perlawanan kedua bagi menggantikan aksi yg dibatalkan di Jakarta. Sama-sama kita saksikan di Astro 811, ( harap2 ada ehsan drpd astro )apakah keputusannya kali ini.

Pakcu : Terserempak dengan penonton dari timur tengah. Saya merasakan dia wanita dari Iran. Berjubah hitam, bertudung labuh hitam, hanya mata yg kelihatan. Namun yg paling menarik adalah terdapat ikatan kuning dikepalanya bertulis MALAYSIA ! Sayang saya tidak terlintas di hati mengambil gambarnya ketika itu.

Berbaju putih ( Neutral haha ), baju Umbro / Sharp, old school ni sudah lama terbiar dlm almari. Saya beli di Al-Ikhsan Bukit Bintang tika gila mengumpul jersi di zaman muda-muda dulu :) Tunggu sale baru beli la, naka beli new arrival, rabak poket ! Nak pakai baju Merah Nike tidak tergamak lantaran sahabat saya, Si Sirap acap benar meratibkan ayat ini " Kau nak pakai baju lambang kekufuran tu ?" haha maka kami sama-sama memboikot Nike ! Say no to Nike / Dewa Kejayaan bangsa Greek.

Wednesday, July 15, 2009

Scoreboard Politik

1. Kalah perlu muhasabah / post-mortem, yang menang juga wajib post-mortem.
2. Peratusan keluar mengundi melebihi drpd sebelumnya. Apakah masih relevan pengundi luar tidak balik mengundi ?

3. Kepada yg kalah, sila tunai segala janji. Jika mungkir janji...anda akan dicop munafiq. Jangan kerna kalah, bumi MU sebelum ini dicanang akan menjadi anak emas akan bertukar menjadi anak tiri. Janji jambatan atau apa sahaja perlu dikotakan, penduduk MU juga adalah rakyat Malaysia. Mereka bukan pendatang haram dari benua lain.

4. Kepada yg kalah, ubahlah startegi, sejak zaman berzaman kalian hanya menjanjikan lambakan projek duniawi. Ubah sikap. Lebih adil kepada semua rakyat Malaysia. Jika perlu diberi bantuan, berikan saja. Usah tunggu pilihanraya. Rakyat menolak kerna mereka lihat kalian tidak berubah sikap.

5. Kepada yg menang, renung-renungkan kemana hilangnya 1ooo lebih majoriti sebelum ini. Perbalahan sesama sendiri, ribut dlm periuk belanga semuanya tidak menguntungkan sesiapa kecuali kepada oposisi sahaja.

Pakcu : Perubahan itu perlu, tindakan meng ANAK tiri kan mana-mana negeri / rakyat adalah langkah tidak bertamadun. Anugerah Allah di bumi bertuah ini adalah milik bersama. Wajib dinikmati bersama. Jika tidak, tiada mustahil jumlah 5 akan terus meningkat 6,7,8..dan seterusnya. Fikir-fikirkan...

Monday, July 13, 2009


Keliru Sang Remaja

Saya telah ditanyai oleh seorang remaja perempuan tika cuti sekolah yg lalu...
"Abang, berdosa tak kalau pergi kelab malam / disko ? "

Terkedu juga nak menjawab. Sedangkan remaja ini cemerlang pelajarannya. 7A PMR. Apa hal ditanya soalan yg aneh-aneh begini ?

Saya menyoalnya kembali sambil akal berfikir bagaimana ingin memberikan jawapan yg terbaik yang boleh menimbulkan rasa jijiknya utk melangkah ke situ...
" Err..apa tujuan nak ke sana ? Nak cari apa ? " tanya saya
" Saja nak release tension, " jawabnya
" Kenapa nak ke situ ? Situ kan tempat org minum arak, " balas saya
" Eh, kawan saya pergi situ takminum arak pun, dia order air Coke je." sanggah anak gadis 16 tahun itu.

" Ermm, beginilah, OK la dia tak minum. Tapi kenapa perlu ke sana, kan banyak lagi tempat lain ? Org Islam ni, ada 2 je jawapan bila berada dipersimpangan. Dosa dan pahala. OK, kalau pergi kelab malam tu, agak2 awak la, dapat pahala tak ?" Saya cuba membuka minda dan menguji akal remaja cemerlang tapi masih keliru ini.

Dia tersengih.
" Haa..kalau tak dapat pahala, buat apa pergi ? Untuk apa kita pergi ? Nak tgk jantan betina berpelukan ? Nak tgk org minum arak, minum air kencing setan ? Tempat setan penuh.."

Pakcu : Itulah antara kekeliruan yg wujud. Remaja yg cemerlang akademik. Yang tak cemerlang akademik tidak saya tahu bagaimana pertimbangan mereka terhadap disko ini. Kalau semua pusat hiburan / kelab malam ini takde kan bagus..duhai kerajaan..ibu kejahatan adalah air kencing setan. Bila lagi mau dilupus...? ( Dengan tempat ronggengnya sekali laa..)

Welcome Bro !

1. Apakah beliau seorang pengkhianat ?
2. Oppss, sorry. Dia sebenarnya pemain yg terbuang. Not a traitor...Bak kata Francisca Peters dlm lagunya - Sekadar di Pinggiran :)

3. Diharapkam mr.owen akan memastikan Mr.Rafa Beni berputih lagi tahun ini. Orang dah tak sudi. Old Trafford sedia memberi ruang utk anda juga impian utk bergelar Juara BPL.

Pakcu : memang aneh melihat aksi ini. Tapi tiada yg mustahil. Pasti ramai Pool fans yg terluka melihat Wonder Boy mereka menyarung jersi MU. Jika peminat MU ia ibarat melihat Ryan Giggs menyarung jersi liverpool la kiranya, menusuk ke hulu hati :)

Gambar : Owen kelihatan ceria ketika menjalani latihan di padang carrington ( Pusat latihan MU )

Friday, July 10, 2009


1. Kenapa mesti 2012 ?
2. Ada apa dengan 2012 ?

3. Apakah ada sebarang jaminan sebelum tiba 2012, keputusan asal tidak akan ditarik balik ?

4. Bak kata Pak Samad a.k.a Saterawan Negara " Ini bukan mansuh tapi TANGGUH ! "

5. Akhir kata, sekali lagi ingin bertanya, APA ADA DENGAN CINTA 2012 ?
Subhanallah...

Ku fikirkan hanya ular yg bersalin kulit. Rupanya udang galah pun bersalin kulit. Sungguh, saya tak pernah lihat.

Bagaimana Si Udang menarik keluar segala isinya ( termasuk isi di bahagian sepit ). Dia keluar melalui jalan mana ye ?
Belek punya belek, saya agak, dia keluar melalui ruang antara kepala dan badan. ( Agaknya la ) kerana lubang di situ agak besar.

Maha Suci Allah yg Maha Mencipta segala kejadian...

Pakcu : Ex-Housemate ajak ke Bukit Jalil, Sabtu ni utk menyaksikan Malaysia vs Man.United. Hehe..tengah2 bulan nih, poket tengah tandus..nak dibocorkan lagi ? Perlukan dipertimbangkan ?

Friday, July 03, 2009

SI PEJUANG SEMANGAT KEBABIAN !

Dalam keadaan dunia sedang dihantui selsema babi, masih ada orang yg memperjuangkan semangat kebabian. Entah apa yg sedap sangat aku pun tak tahu. Sengal !

Tak gheti-gheti nak faham bahasa.
Spesis tu membawa penyakit, satu dunia dah dilanda, masih nak dipertahankan ? Kandang haram lagi.

Aku rasa elok MB Kedah bagi permit bela babi belakang rumah pejuang babi tu. Biar dia bela, biar dia makan sepuas nafsu. Letak jawatan jadi ADUN pun bagus, jual babi. Lagi untung dan cepat kaya. Jadi ADUN pun menyusahkan orang !

Nak desak2 orang sama-sama jaga kandang babi lu, kandang haram pulak tu.
Apahal lu beb ?!
Lu tak reti nak hormat orang, memang patut lu keluar pun. Kitaorang tak heran la.

Notakaki : Bagaimana jika kita panggil dia Mr. Babi ? Tentu dia bangga kan ?

Thursday, July 02, 2009


Selamat Hari Lahir Kekanda.

1. Dia sangat baik.
2. Dia pemurah wal tidak berkira.
3. Satu-satunya Kakak yg saya ada. Daripadanya saya dapat 2 orang anak saudara ( comel2 belaka ) dan seorang abang ipar.

4. Jadual di sekolah dia, dialah yg buat, ilmu jadual dia turunkan pd saya dan juga suaminya. Terima kasih sifu !
5. Dia mengajar Add Maths Form 5.
6. Masa muda dulu dia ambil degree Acount.

7. Orang kata, Pengetua Sekolah sayang dia. Ye ke ? :) Wah cepatlah jadi Pengetua kalau mcm nih. Hahaha

8. Apa2 pun dialah My Best Ever Sister
9. Selamat Hari lahir. Moga usia diberkati dan dapat memanfaatkan ia sebaiknya.

Wednesday, July 01, 2009


Aqso dan Madina

Petang tadi, sebelum ke padang bola ( layan futsal padang la pulak ) sempat menonton permulaan drama Indonesia, Aqso dan Madina. Dah banyak kali mendengar lagu tema drama bersiri ini. Tapi hari ini macam terpikat la pulak. So, pulang dari padang terus cari dan download OST aqso dan medina. Format Mp3.
Layan seadanya melodi dan liriknya yg menyentuh...

Lagu : Ketulusan Hati
Nyanyian : Marshanda

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah redhai ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah redhai ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Memo : Saya tak pernah tengok pun drama bersiri ini hahaha..Entah apa jalan ceritanya pun tidak ku tahu !