Saturday, December 25, 2010

ETIKA berBAJU

Anugerah skrin 2010.
Bikin banyak mata terjojol. Mungkin ramai terpaksa mengutip kembali biji mata yg bertaburan jatuh dilantai
Aziz Satar kata "Naik juling mata" . Itu seloroh beliau.

Yang pasti..pakaian artis sudah setaraf pakaian GRO !
Tahniah. Baju kalian setaraf , cuma mungkin baju GRO murah sikit, baju artis perempuan Malaysia ditaja dari butik2 ternama. Walaubagaimanapun  style nya sama, GRO !


Dato Rais Yatim seharusnya mencontohi Tok Mat.
Satu masa dulu beliau cukup keras tentang etika berpakaian artis.
Search dan Wings antara Kumpulan Rock yg merasa hukuman tidak boleh keluar TV kerana rambut panjang.

Maka apa salahnya hari ini, Dato Rais Yatim, jadi penjaga pakaian artis yg makin hari makin semangat mereka ingin berbogel mendedahkan tubuh badan.

Kuatkuasakan etika berpakaian agar tidaklah mereka naik ke pentas berpakaian seperti bini Flinstones !

Nota Hujung : Apakah mustahil 10 thn lagi artis pakai BIKINI naik pentas untuk ambil anugerah ? 
Nothing impossible.
Flinstones and company. Gaya terkini artis Malaysia.
( Pakaian keTUANan Melayu barangkali ? Ciri-ciri Warga TIMUR dan ISLAM )

Tuesday, December 14, 2010

MU vs Arsenal. Aksi Seteru Lama

4.00 a.m waktu Malaysia.
Man.U  vs  Arsenal
   1                   0

Sir Alex vs Arsene Wenger.
Seteru paling lama di EPL. Sir Alex dah mula bermain sepak terajang dengannya sejak 1996.
Wenger merupakan manager kedua paling lama berada di EPL selepas Sir Alex.
Walau sudah 5 musim Wenger mengurus tanpa sebijik Piala di bawa pulang ke Emirates, namun pemilik Arsenal adalah spesis dgn pemilik Man.U, cukup sukar memecat pengurus mereka.
( Jika berada di kelab lain Wenger pasti sudah melepak belakang rumah tanam ANGGUR dan jagung ).

Cerita lama. Berulang kembali.  Sudah 4 thn mereka tidak menang di gelanggang yg kebanyakkan kelab kecut usus utk bertandang ke sana. Old Trafford. Mengapa ?

Skill kepit kepala. Kop ada berani, 9 January ? ..:)


Skill Wushu campur skill bowling

Kesimpulan Match pagi tadi :-

Man.U
1. Kembali ke persada liga. dengan masih ada game berbaki.  Class gitu !
2. Rudeboy Runi ghairah melampau. Haram betul. Sepak penalti pun melangit. Perangai hotel dibawak ke tengah padang. Potong gaji baru tahu. Sewajarnya beliau diberi gaji berdasarkan prestasi.

3. Park Ji Sung sering skor dlm game penting.
4. Defender Man.U cukup bagus. Cukup ganas. Sampai rabak baju Si Bacary.
5. Maintain..still undefeat. Marvellous performance :).

Arsenal
1. Gagal  setelah 4 thn berusaha. Tukar player pun still fail. Apa malang nasib korang nih.
2. Dah kalah 5x utk musim ini.. ( Err..Liverpool dah 7x ). Jarang sekali team yg sudah kalah 5x sebelum krismas akan menjulang kejuaraan EPL.

3.Arsene Wenger terusan gigit kuku dan tepok dahi  ( tabiat yg sukar dibendung )


4. Bacary Sagna terpaksa control macho dgn baju yg rabak. ( Rio memang kejam ).

Refree n linesman :-

1. Cukup sopan mengadili game di Old Trafford. Sekeping kad kuning pun tak dihulur utk player Man.U, membuktikan aura padang dan penyokong begitu kuat ( Gila apa, tayar kereta pancit, cermin pecah sapa nak ganti ? keh keh keh )

2. Chamakh, clearly handball minit 30. Haram. Abg. Howard langsung tak bagi penalti.
3. Aksi-aksi ganas lain dibiarkan kerna tidak mahu merencatkan aksi serang menyerang antara kedua-dua pasukan. Kejap2 tiup..kejap2 tiup, maunya kena baling botol.


Seorang penyokong tegar, Liverpool menunjukkan aksi "Thumbs down"
Itupun setelah beliau memastikan persekitarannya
SELAMAT utk beraksi begitu. How dare him ?


Nota Hujung :-

1. Pakcu target menang 3-1. tersasar la pulak kali nih :)
2. Minggu depan jumpa Chelsea. Boleh menang ke ? Boleh. Berapa ? Predict next entry.
3. Glory Glory Man.United !