Tuesday, November 29, 2011

Mastika dan cerita pasal Jin tak boleh dipisahkan

Salam semua.
Baru-baru nih beli Mastika. Keluaran Disember 2011.
Jarang sangat beli buku Mastika nih. Ye la maklum sangat semua cerita pelik sumbat kat situ.
Tapi bila cerita pelik yg terjadi di tempat sendiri maka Pakcu beli jugak la.



Kisah pengalaman sebuah keluarga yg anaknya di sihir hebat.
Bukan kecik punya hal kalau dah "puaka" tu main bakar-bakar rumah. Bakar almari. Sofa. Main tunjal-tunjal kepala depan mak bapak budak tuh...


Jadi bagi yg nak mengetahui kisahnya. elok beli Mastika. disember 2011. 
Mukasurat 22. ( err... gua bukan duta Mastika ye ! ).

Wah banyak pulak gambar kali nih heh :)
Okeh. Kalian boleh dapatkan Naskah Mastika kat kedai suratkhabar. Harga RM 4.
Bukan apa, boleh dijadikan pengajaran dan iktibar...Insya Allah.

Saturday, November 26, 2011

Jika Laptop/PC tidak detect USB Storage smartphone/handphone anda

Gambar Hiasan : Samsung Galaxy Note. Skrin Super Amoled, 5.3 inci ni beb !

Kembali. Betul-betul bertapa. Semuanya salah FB. Bikin gua malas menulis/menaip di blog.

Hari ini ingin berkongsi "Jika Laptop/PC tidak detect USB Storage smartphone anda"
Macam mana mahu bikin ? Pasti ada yg pernah mengalaminya. Termasuk gua la. Kalau tidak takkan gua nak story kalau tiada ilmu :)

Kebiasaanya apabila anda cucuk wayar USB pd smartphone ..Laptop atau PC akan auto-detect smartphone anda. Namun ada sesetengah smartphone/handphone generasi baru nih dia ada sedikit perangai " Mengada".

Dah 18 kali cocok  cucuk pun masih tak detect USB Mass Storage. Langsung dia tak kenal  binatang handphone apakah yg dicucuk pada lubang USB tuh. Hampeh  Bertuah punya handphone  !

Rupanya ada teknik lain. Teknik yg mudah. Cuma anda tidak perlu gelojoh. Itu aje !
Kaedahnya ?

Sila pergi ke bhg. SETTING > USB Utilities > CONNECT
SELEPAS anda klik button connect barulah anda MASUKKAN WAYAR USB ke lubang USB di Laptop / PC.
Setelah itu barulah laptop/pc anda akan mengenali makhluk apakah yg cuba masuk dalam body nya.

Okeh. Sekian. Itu sahaja. Selamat mencuba !

*** Gambar hiasan gua cuplik dari sini allphonespecifications