Wednesday, May 12, 2010

Cerita Pendek : Ponteng

Suatu pagi yg ceria di  SMK  Mulut Bechok, Cikgu Awang GPK HEM merangkap guru disiplin sedang berucap penuh semangat. Isu yang disentuhnya tiada lain selain isu ponteng sekolah jua. Guru Disiplinlah katakan.

" Akhir-akhir ini saya lihat makin ramai pelajar ponteng sekolah. Secara peratusannya, kehadiran hanyalah sekitar 60 % sahaja ! "  Penuh semangat beliau berucap dengan harapan tahun ini Anugerah PerkhidmatanCemerlang ( APC ) menjadi miliknya. Mutlak. Tiada kompromi !

para pelajar kelihatan mendengar penuh tekun
( bimbang dilempang jika berbual ! )
Ada juga yg menguit-nguit batu dihujung kasut. Bosan.

" Oleh itu, saya telah berbincang dengan Tuan Pengetua dan kami telah sepakat bahawa pada minggu depan kamu semua diberikan cuti selama 3 hari. Ini adalah untuk memberikan kepuasan kepada para pemonteng sekolah untuk ponteng secara halal / sah di sisi undang-undang sekolah." Jelas Cikgu Awang sambil menoleh ke arah Tuan Pengetua, kelihatan Tn. Pengetua menganggukkan kepala sambil tersenyum.

" Hoorrreeyyy !!! " Para pelajar menjerit, kelihatan 4,5 orang terlonjak-lonjak kegembiraan. Di bahagian tepi kelihatan pula 2,3 orang pelajar menari shuffle !

" Baiklah itu saja ucapan saya, Sekian terima kasih dan selamat berjudi bercuti."
Cikgu Awang kembali ke kerusinya dengan hidung yg kembang kempis. Bangga idea bijaknya diterima oleh Tuan Pengetua.

Di kerusi paling hujung, Us. Ashraf, Us. Jamil dan Ustazah Mashitah kelihatan  mencebik, ingin membantah bimbang markah prestasi menurun. Lebih parah lagi jika ditukarkan ke sekolah lain.
" Gila.." Us. Jamil berbisik ke telinga Us. Ashraf.
Namun sekadar berbisik cuma. Kuat-kuat nanti didengar orang pula.

Selamat Berjudi dengan aman...


Sempena World Cup 2010, maka sekalian pencandu najis judi
akan SELAMAT... :-

1. Selamat berjudi dengan aman.
2. Selamat papa kedana sampai mampos mati.
3. Selamat masuk NERAKA.

Moga selamat di sini dan harap-harap " Selamat Jugalah di SANA "
~Kalau rasa selamat la...

Bapak2 Penguasa Negeri Tanah Melayu merangkap penganugerah lesen, anda rasa selamat ?
Tiap manusia yg berjudi, anda kaut bersama dosa saham mereka. Pasti mewah saham anda, tahniah !

Cerita penuh di sini la.

Friday, May 07, 2010

KTMB terbaek

1. Tabik spring, kiri dan kanan buat Keretapi Tanah Melayu Berhad atas penyediaan koc utk wanita dalam LRT. bermula 28/4/2010. Syabas ! Bravo. Phewwitt !

2. Insya Allah ramai wanita di negara ini juga pelancong asing akan selamat dari tangan-tangan kurang ajar. Meraba sana sini. Pihak KTMB,kalian boleh berlepas tangan kiranya di soal Allah kelak, Insya Allah.

3. Koc campur masih disediakan mungkin untuk kemudahan pengguna berkeluarga.Bagi yg ber couple mungkin suka koc ini bagi menjalankan aktiviti menggatal mereka. Hampeh betul !

4. Mana-mana suara sumbang yg membantah perlaksanaan ini, moga kalian di raba oleh peraba bersiri suatu hari nanti. ( jika itu boleh menginsafkan, mengapa tidak, kan ? )~Doa pohon diberikan hidayah versi terkini.:)














5. Bas-bas di KL bila lagi mahu perkenalkan seat penumpang lelaki di depan, wanita dibelakang ? Nak 1000 daya. Segalanya boleh diusahakan jika ada kemahuan. Dalam bas lagi ramai peraba, apa ?

Pakcu : Menonton Nasi Lemak Kopi O di TV9, pengakuan seorang wanita yg pernah diraba dalam LRT. Beliau 2 tahun dah tak menggunakan LRT. Trauma punya pasal.
Tahniah sekali lagi buat KTMB. 

p/s :Tulisan colour pink bagi meraikan koc wanita KTMB :)

Wednesday, May 05, 2010

Hati-Hati Keluar Malam

Bak kata Wali Pakcu Band,

Pengunguman-pengunguman, siapa yg punya anak,
bilang aku..jangan bagi, pergi ke kedai mamak,
di waktu tengah malam, jikalau tidak mahu, 
kepala mereka bocor...wo oh oh oh..
kepala mereka bocor...
  
p/s : kedai mamak, futsal arena, lengang le lepas ni :)

Pakcu : Zaman muda dulu syok layan BPL di kedai Jas Cafe Sri Serdang..Order teh tarik segelas, roti bakar sepinggan parking 2 jam hehe. Boleh jerit-jerit dengan MU Fans. La nih tengok kat rumah je.. :)