Wednesday, December 28, 2005

Proton, Agusta and Handphone



Proton jual Agusta RM 4.50.
Headlines utk Utusan Malaysia hari ini.
Terkedu apabila membacanya, MV Agusta Motor yg dibeli dgn harga RM 315 juta pd Julai 2004 telah dijual dengan harga serendah ini ?

Terus terang. Aku bukan ahli ekonomi. Masa SPM pun aku tak ambil subjek ekonomi.
Tapi aku yakin semua org boleh fikir. Betapa teruknya proton berniaga.
Bagi aku, betul la tu, jual aje syarikat yg tak menguntungkan apatah lagi syarikat yg hutangnya bertimbun. Simpan buat apa biawak hidup ? Habis telur disapu nanti !

Yang dimusykilkan...apakah proton holdings tak buat research utk membeli Agusta tahun lalu ? Takkan tak selidik, Agusta banyak hutang ke tidak, potensi utk maju ada ke tidak ? Main beli aje ? Wahh mudah sungguh berjual beli. Orang yg ingin beli handphone pun pandai buat research coz taknak rugi bila dah membeli. Itu handphone yg harga 6-7 ratus.

Agusta nilainya ratus juga tapi ratus juta ! Patut la proton lingkup, hutang bertimbun.Kereta proton laku dijual tapi masih lagi rugi , rupanya dok tanggung hutang sendiri + hutang orang.

Tak mengapalah, redakan kegeraman ini dengan anggapan bahawa proton hanya menghantar office boy atau budak despatch nya ke Italy tika jual beli syarikat tersebut.

*Tapi aku rasa budak despatch pun tak buat kerja gile macam nih.
*Penasihat proton, takkan tak komen apa2 dengan kegagalan tahap MAHA ni ? Atau sememangnya tidak tahu menahu langsung dengan urusniaga pembelian ini ?

*Moga tiada lagi kesilapan jual beli seperti ini. Bukan apa, bimbangg bila dah nazak nanti kerajaan juga yg terpaksa menanggung. Duit lagi ! Duit siapa ? Duit rakyat yg bayar cukai saban tahun ! Duit aku,engkau dan mereka :)

*Barangkali proton pun nak ikut langkah gemilang Malaysian Airlines System agaknya. Apa susah ? Kerajaan boleh support kan ?

Tuesday, December 20, 2005


BANJIR DAN PILIHANRAYA

Sebetulnya aku sudah malas mengulas perihal pilihanraya kecil baru2 ini. Apatah lagi bila terlalu ramai manusia yg bangkit dari kubur utk mengundi.

Cuma apabila membaca muka depan Utusan hari ini rasa terpanggil utk membangkitkan modal pilihanraya sebuah parti politik baru2 ini.

Masih segar dlm ingatan tika pilihanraya baru2 ini ada parti politik yg menjadikan BANJIR sebagai isu dan modal bagi meraih undi. Kononnya kerajaan negeri tak mampu atasi masalah banjir di negeri tersebut.

Hari ini ? Hampir keseluruhan Perlis, Kedah tenggelam. Banjir terburuk sejak 30 tahun. Kepada pemimpin yg menjadikan banjir sebagai modal kempen baru2 ini, silalah alihkan semua banjir ataupun tahan saja hujan agar tidak turun. Kalian bijak mentadbir bukan ? Banjir ni kan small matter aje ? Sifirnya mudah aje. Setiap keceluparan, Allah bayar CASH, insya Allah.

Betapa kejinya manusia, menjadikan bala’ bencana di suatu tempat yg setiap tahun memang bajir bagi meraih undi. Semua sedia maklum, jika di Tanya pd budak tingkatan satu pun mereka tahu. Setiap tahun November – Mac adalah Monsun Timur Laut. Negeri2 pantai timur adalah berisiko besar utk mengalami banjir. Setiap tahun akan banjir.Tidak perlu utk jadikan ia sebagai modal berpolitik. Tapi itulah dia, memang sukar apabila berkata2 dgn org yg tolol kurang bijak dan tidak bermaruah.


Akhir kalam. Bukan tujuan aku bercakap sesuka hati, tidak juga ingin bergembira dengan masalah banjir yang menimpa mereka. Sekadar mahu mengajak agar kita sama2 berfikir kuasa dan kebesaran-NYa serta memelihara lidah agar tidak terlalu celupar dengan bala yg diturunkan.

Simpati tidak terhingga buat sekalian mangsa banjir. Sedia maklum rakyat Kedah Perlis bukanlah kaya raya semuanya. Yang kaya adalah kerajaan negeri mereka, kaya dengan hutang ! Takziah juga buat rakyat Kelantan dan Terengganu. Pasti banyak harta benda yg musnah. Sebagai saudara seagama, marilah kita menadah tangan, berdoa moga bencana ini segera berakhir.

*Cerita n gamabar kawin ? Nanti dululah !
~Salah silap terkasar bahasa. Maaf dipinta.Assalamualaikum.

Thursday, December 15, 2005

SURUT

Air pasang pagi, surut pukul 5
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga

Itu lagu zaman kanak2 dulu. Ceritanya cuma, semalam tika naik motor sambil dok menunggu lampu trafik bertukar dari merah kepada hijau..terlintas..air pun reti utk pasang dan surut tapi kat Malaysia ada banyak benda yg tak reti2 utk surut nilainya.

1. Tol Dato Samy Vellu
2. Minyak motor aku
3. Tambang Bas Mersing - KL ( Tambang tempat lain pernah turun ke ? hehehe )

4. Hutang student dengan PTPTN. Kalau korang tak bayar dengan penuh disiplin la, BUNGA/INTEREST nya akan naik dan terus naik..Aku jamin sampai korang dah bercucu pun belum tentu abis bayar hehehe ( Termasuk la aku yg nilai BUNGA je dah jejak RM 700. ) Apa hukum ek? RIBA' ke ? Upah khidmat jaga fail hutang aku pun sampai RM 700 ke ? Macam ni punya gaya, tokei khinzir lembu pun jual kandang !

Sambung lain kali...

Tuesday, December 06, 2005


HANTU !


Sebut hantu teringat cerita Hantu Mak Lampir yang boleh terbang2 ala-ala Superman. Itu Hantu Mak Lampir... hari ini hantu sudah malas terbang. Hantu hari ini lebih suka naik BAS beramai-ramai utk MELENCONG melancong ke Negeri Pasir 2 Butir hehehe...

Ikuti temubual seorang reporter bersama seekor hantu yg ditemui di sana.

REPORTER-" Encik Hantu, kenapa encik dah tak suka terbang2 mcm dulu-dulu ? "

HANTU-" Maaf la encik reporter, kami dah jemu terbang nih, lagipun BOS kami dah sedia bas ber air-cond, apa bodohnya kami pergi terbang, wat penat je. Lebih baik kami naik bas, ada driver, ada air-cond...jimat tenaga ! "

Itulah dia temubual yg sempat dibuat sebelum tibanya hantu2 tersebut ke negeri Pasir 2 Butir.

" Berani la korang turun bas...aku terajang seekor-seekor ! " Kata reporter dlm hati

~Sekian dari bilik berita, Pasir 2 Butir~
Hehehe ...
WALIMAH SANA SINI

Cuti sekolah, masa yang amat dinanti oleh beberapa pasangan berikut. Semuanya dah tak sabar2 membilang hari utk menghentak @ menyentak menghenjut tangan Tok Kadi. Syabas buat sahabat2 yang bakal mengakhiri zaman teruna korang.Hehe...

Pasangan yang maksudkan adalah…

1. Mohd Asri Mohd Saad Lawan Dengan Siti Mulia ( 11/12/2005 ) Sg.Dua,Butterworth P.Pinang ( KMREAN kedua-duanya )

2. Muhd Shahri Azizi Abd Gapar Versus Norasyikin Bt Ismail ( 18/12/2005 ) Tangkak, Muar Johor ( KMR vs KC )

3. Jusry and Farah Fuaddah ( 18/12/2005 ) Air Keroh, Melaka ( K11 vs KPZ )

4. Rosnani @ Induk KMR vs ………MR.X ( 18/12/2005 ) Pasir Besar, Negeri Sembilan

5. Raja Azmir and Noraidawati…25/12/2005..JB ( Aku x dpt kad lagi nih...X tau bila nak sampai)

So, mereka semua jemput semua sekali yg mengenali diri mereka ke majlis mereka. Maaf tak dapat hantar kad, maybe alamat takde.

Pasangan 2 hingga 5 semuanya belum
sauk salam tangan Tok Kadi. Kecuali Asri heheh diam2 hang no. Beliau telah dihenjut tangannya pada 11/11/05 di Bagan Serai. Tahniah la buat En.Asri.

Akhir kalam. Mari kita meraikan majlis mereka sambil mendoakan kebahagian hingga ke akhir hayat. Tak bawak hadiah pun takpe mereka semua OK je heheh ( Tak gitu pengantin sekalian ? )


2 JAWA 1 BUGIS

Berkali2 mereka complaint kat aku. Mana gambar kat Penyabong, tak keluar pun ?
So, bagi memenuhi nafsu mata mereka yang kemaruk nak melihat aksi sendiri maka aku upload kan 3 keping gambar di sini.
Buat 2 Jawa dan 1 Bugis harap kalian berpuashati !


EVO ganas ini adalah milik BUGIS. Beribu rupiah telah dihabiskan utk modify kasi puas hati. Enjin turbo nih ! Plat no: JHB !#$% ( Nombor bagus, tuan dia tak bagi publish takut ada org wat tikam nombor ) kan bugis kan ? Tapi hanya utk pameran sahaja. Nak pegang stereng pun si bugis ni tak bagi. Memang ada bakat jadi Tuan Sadiq Sigaraga ( 3 Abdul ).





Tiga DARA teruna PUNGUTAN. Mereka masih mengaku teruna tapi rasanya hanya 1 je yg masih available hehehe. Tak gitu jawe ?



Kaki seorang TONTO TUTOR. Kata2 perangsang " See my legs laa..."
Hehe..

Monday, December 05, 2005


LAYAKKAH...?

Manusia ini cuba menghalalkan apa yang haram. Mungkin dia tak pernah sekolah agama ataupun mungkin ustaz yang mengajarnya meninggal dunia sebelum sempat memberitahu tentang HUKUM JUDI.

Pertanyaan akhir..layakkah manusia ini menjadi ahli Parlimen Kota Bharu Bandaraya Islam ? Kasihan orang Kota Bharu, apa boleh buat, kalian yg pilih dia !

Sila klik utk cerita seterusnya...

http://www.pakdi.com/blog/archives/2005/12/judi_tu_hukum_p.html

Monday, November 21, 2005


RUMAHKU BANJIR LAGI

Itu tajuk utk entry kali ini. Maaf la buat 2 jawa dan 1 Bugis, gambar kalian belum dimasukkan lagi kerana gambar air yg dok keliling rumah aku ni lebih eksklusif hehehe

Setiap tahun, inilah dugaan yg dilalui…CUCI LANTAI & KEMAS BARANG !
Air, paling hebat pernah naik pun pada takat betis aje..tapi barang2 di ruang beranda rumah apa cerita..? Koridor ? Sabar je la...semua dah ditentukan-NYA..tak banyak complaint tak boleh ke ? Manusia..manusia...:)

Sunday, November 20, 2005

APA BIKIN ?

Hari ini kesihatan agak stabil, semalam demam mengejut. Segenap urat terasa sakit.

Tengahari : Menghadiri walimatul urus rakan sepermainan aku sedari kecil lagi. Nama panjang Roshamiza. Nama pendek Miza. Rakan sekolah sejak darjah 1 hingga ke tingkatan 5. Kami sekelas, kena rotan sebab tak siap latihan fizik dan add maths pun sama2 hahaha…

Hari ini dia dah jadi bini isteri orang. 25 tahun, sesuai sangat la tu.Takkan nak tunggu 30 pulak kan ? Suaminya orang Perak tapi aku tak sempat kenal, tak larat nak tunggu kedatangan pengantin lelaki. Moga dia berbahagia hingga ke anak, cucu, cicit…




ADIOS Keane

Roy Keane, Captain Man.United meninggalkan Old Trafford secara mengejut setelah 12 tahun menjadi inspirasi kepada Man.United. Memimpin Man.U selepas pemergian ‘King’ Eric Cantona. Nadi utama kpd MU dlm meraih treble pd thn 99 ( Juara Liga Perdana, Piala FA & Juara Liga Juara Eropah )

Paling aku tidak lupa adalah peranannya ketika Semi Final Liga Juara Eropah tika menentang Juventus. Saat MU ketinggalan agregat 3-1, Keane bangkit dgn menjaringkan gol ke-2 sbg inspirasi. MU menang agregat 4-3 di Turin, Italy !

Khidmatnya bagaikan Stevan Gerrard dlm final Champions League tahun lalu yg turut menjaringkan gol inspirasi.

Oppsss..nampaknya keterlaluan aku mengulas tentang MU & Keane. Cuma ada sedikit kesimpulan menarik di sini. Pepatah sifu mengatakan

Kerana pulut santan binasa , Kerana mulut… Keane, farewell !

~ banyak sangat membebel dan kutuk team sendiri, Furgeson pun tak tahan telinga ini macam…tambahan pula Michael Ballack on the way to Old Trafford.


>>> Story terlalu banyak fasal bola Eropah, Malaysia apa cerita, siapakah Captain Johor FC ? Heheh secara jujur memang aku tak ingat. Bukan tak patriotic Cuma minta yg mendalam terhadap bolasepak Malaysia belum cukup kuat.

Tambahan pula dengan kenyataan orang penting FAM baru2 ini,
“ Persatuan Bolasepak Malaysia hari ini berada di zaman gelap manakala Persatuan Bolasepak Negeri mungkin berada di zaman batu ! “

>>>Namun aku tetap menunggu Malaysia utk bertanding bersama-sama TOGO dan ANGOLA ( Ini bukan sejenis ubat gigi ataupun pusat membeli belah ye ) dalam pusingan Akhir Piala Dunia suatu hari nanti.

Friday, November 11, 2005

JAWE SUDAH BISING !

Si Jawe Batu Pahat sudah bising aku tak update story. Sabau le. Dah taip dlm words cuma pagi tadi PC aku wat hal..ingatkan nak upload gambar evo bugis sekali...rupanya lembab..maklum la..dial-up.

Malam karang la. Kot ada kelapangan yg nyata aku up-date.

*Gelak sakan membaca entry di bukunota.blogspot. 1.Skodeng 2.Size doesn't matter. Penulisnya memang terlalu kreatif. Amat kreatif. X caya ? Kalian pergi baca sendiri la hahaha...

*Rafa Benitez pagi tadi dah mengucapkan terima kasih kat aku di atas kemenangan Man.U ke atas Chelsea,setidaknya Mourinho tak la takbur sangat.Hehehe... U R WELKAM DUDE ! Peace.

Tuesday, October 11, 2005

SABAR DAN REDHA

2 perkara yg senang disebut tapi belum tentu ia mudah diamalkan. Dan DIA akan menguji setiap hamba-Nya dengan pelbagai cubaan bagi melihat sejauh mana keimanan hamba kepada-Nya.

Tapi itu la...2 sifat ini amat sukar disebatikan dengan diri.
Baru2 ini anak murid aku bertanya,cikgu bagaimana dengan kes kecurian motor kawan cikgu ?
( Seorang kawanku telah dirampok motornya baru2 ini )
Bagaimana ingin kujelaskan qada' dan qadar kepada budak perempuan berusia 14 tahun ini? Tentang hikmah setiap kejadian ? Tiba-tiba datanglah ilham...

"Setiap yg terjadi adalah hikmahnya, antara motor hilang dengan kemalangan jalanraya, awak pilih yg mana satu ? " kataku

" Saya pilih hilang motor," jawab NurAmira Syuhada ( Comel n baik budaknya..) :)
Ku kira dia telah faham tentang hikmah yg tersirat disebalik tiap kejadian.

Itu dialog minggu lepas. Minggu ini, cubaan datang lagi buat org yg menuturkannya pula..:) Dan itulah dia, seperti yg kukatakan tadi, sabar & redha mudah disebut...utk menjadikan ia sebagai makanan hidup,sukar !

Tapi sampai bila kita tidak mahu belajar utk sebatikan 2 sifat ini dlm diri ? NAmpaknya perlu lebih usaha dan doa moga satu hari nanti ia menjadi sifat yg manis lantaran telah sebati dlm diri.

Permisi
Dan mungkin bila nanti, kita kan bertemu lagi...Insya Allah.

Friday, September 23, 2005

SIFU RETURNS ( PEACE ! )

50 hari tanpa sebarang up-date. Tempoh paling lama rasanya. Ke mana ? Ada. Di sekolah. Sibuk? Aku pun tak pasti. Kadang2 nak taip new entry pun semangatnya turun naik.

1. Minggu lepas sabtu n ahad, menjadi guru pengiring lawatan budak2 sekolah ni ke Johor n Melaka. Kali terakhir aku ke Melaka adalah Oktober 2003 bersama family selepas konvo. Apa yg menarik buat bandar tinggalan Portugis ini ? Biasa aje, cuma buat peminat dangdut dan karaoke anda boleh ke Melaka Raya :) utk menambah saham akhirat. Saham utk melingkup !

Singgah di Pameran Madu Lebah Sedunia. Beli sebalang madu ( Balang kecil je la ) berharga rm50. Khasiatnya ? 7 dlm 1. Beberapa jenis madu dicampur berserta pollennya sekali. Utk kesihatan apa salahnya kan ?

2. Driver bas kami ( India ) membebel tentang kenaikan minyak. Teringat aku mesej paiji tentang minyak...
"Naik harga minyak tapi taknak harga barang naik umpama suruh BINI MENGANDUNG tapi taknak perut dia BUNCIT."

Hehehe..betul gak kan paiji.Aku sokong 200 % !

3. Esok terpaksa bersekolah utk menggantikan cuti hari raya nanti. Beberapa org guru ke Cherating ( Seminar STPM ), beberapa org lagi ke Ceramah Islam Hadhari dan selebihnya control sekolah la ( Aku la tu )

Cuma rasa terpanggil utk bg cadangan buat pihak kerajaan. Mengapa tak diedarkan sahaja CD berkaitan Islam Hadhari kepada semua penjawat awam. Semua TV di hospital dan pej.kerajaan, semua pasang CD.Jimat belanja. CD baru berapa sen ? Aku rasa ia lebih praktikal drpd memaksa org ke majlis ceramah. Benda yg tak ikhlas utk di dengar biasanya payah nak masuk ! Mcm murid2 di sekolah juagk la, mana yg degil dan tak

ikhlas payah nak masuk ilmu.

OK. Permisi dulu. Salah silap, mohon maaf. mungkin bila nanti..kita kan bertemu lagi :)

Thursday, August 04, 2005

Lama Tak Menjengah...

>Agak lama juga tak menjengah ke blog bukunota dan pakdi.com. Kesimpulannya hari ini, sifu menahan gelak sambil print-out exam paper Kemahiran Hidup Form 2.

>Blog2 hebat nih. Entah bila agaknya dapat aku hadiri gathering para blogger...

> Ayah Pin ? Kalian baca majalah i je la. Nak lagi seronok sila ke www.bukunota.blogspot.com :)

>Majalah i, aku baru nak tertarik dengan pengisiannya. Sebelum ni tak pernah beli, just baca yg org, tapi keluaran Ogos ( Gambar Ayah Pin punca tarikan :) ) agak seronok dibaca. Selain isu Ayah Pin, isu Khutbah oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pun bagus...ala..sendiri beli la.

Sunday, July 31, 2005

Dia naik lagi...
( Jeritan Ramli, Sudin & Ajis tika jiran sebelahnya memekak dgn piring hitam ) hehehe

Dialog insan2 di selatan tanahair...

1." Aku undi punya undi...petrol naik lagi !!! "

( Sila baca dgn intonasi dialog antara Ramli dan Director Ahmad Nesfu tika screen test :) Seniman Bujang Lapuk )

2." Madu kuberi, baja organik yg dibalas, turun takde, makin naik ada..."

3." Petronas untung 58 billion setahun, takkan subsidi minyak 1-2 billion pun kedekut..ekonomi org melayu tak naik2 jugak, makin miskin ada la.."

Kesimpulan : Itulah beberapa dialog yg wujud di selatan tanahair yg mana penduduknya setiap pilihanraya tak pernah miss utk undi kerajaan. Walaupun berdarah biru :) mereka terpaksa menghadapi kenaikan harga minyak ( yg tak kenal darah hijau ataupun biru ) sekaligus kenaikan barang2 keperluan yg lain. Duhai insan yg diberi kuasa, prihatinlah dengan keluhan mereka.
( Mungkin ada yg merindui Tun Dr.Mahathir kerana dizamannya minyak tak naik sehebat ini. Bab2 lain berkenaan Tun, no komenlah :)

>>> Hampir sebulan tidak pulang ke rumah. Terpaksa bersabar dengan kelajuan Internet 115.2kbps..di sekolah 11MBps..arghh..sabar..sabar...

Friday, July 29, 2005

Campur-campur

1. Kejohanan Piala Coke telah tamat. Keputusannya Maran menjadi juara mengalahkan tuan rumah Rompin, 1-0. Midfield control ball...selayaknya mereka mewakili Pahang.

2. Biziiiiii...next week exam start. Soalan tak siap lagi.

3. Asrama sekolah aku baru ni bikin Pesta Makan Durian. Duit lebihan asarama. Selori durian dihantar. Mewah budak2 ni melantak. So, posing sikit !



4. Demam Af3 macam biasa. Tsumawi and the gang. Rancangan ni sudah bosan nak diulas. Ramai org marah kalau ulas lebih2. Yang pasti video klip Yang Terhangat di Pasaran-KRU secara sinis mempersendakan. ( Gelap harapan Norman utk jadi panel pengulas ) 

5. Ptg ini buat pertama kalinya mesyuarat diadakan selepas Solat Jumaat. Biarpun ramai yg tak berapa gemar tapi ketaatan pd Boss @ Pengetua itu perlu. Sami’na, wa ato’na. Kami dengar dan kami taat.

Petang ini juga aku ingin ke Felda Selendang utk ziarah anak murid aku yg baru menjalani operation coz apendix.

6. Esok apa bikin ? Pagi, membantu guru Biologi form 6 bagi pengecaman pokok. Macam la aku terer sangat. Tolong tengok boleh la.Hehehe…

Pergi dulu. Salah silap maaf dipohon. Chow !
Assalamualaikum.

Saturday, July 16, 2005

Aku Masih Di Sini. ( Macam lagu XPDC je…)

>Sabtu Ahad, stay kat sekolah. Terasa malas utk pulang. Semalam aku telah memmenuhi hajat seorang sahabat. Rumit juga, tapi tak mengapalah. Fikir mudah sudahlah. Hari ini kita penuhi hajat manusia yg memerlukan bantuan, esok lusa mungkin hajat kita pula Allah penuhi. Segalanya adalah milik-Nya. Kita hanya diperintahkan menguruskannya.

>Masih bagai selalu. Kebizian dgn urusan sekolah. 1 ogos nanti Ujian Penilaian 3 akan bermula. Sebaris soalan pun belum ditaip lagi. Dicampur dengan hal-hal sampingan lain. Yg pastinya aku merasakan masa begitu pantas. Hari ni sudah separuh drpd bulan Julai.

>Kem Kecemerlangan PMR & SPM bakal dijalankan di Casuarina Resort pd 23-24 Julai. Yg sedihnya aku tak dapat hadir sama. Terpaksa menjadi AJK Teknikal Bolasepak B16 Peringkat Negeri Pahang. Warghhh...melepas la peluang utk memancing dan bermandi manda di tepian pantai yg cun tu ! Terima seadanya. Segalanya telah disusun oleh-Nya.

>Petang ini apa bikin ? Training nasyid daa. Macam terer. Terrorist bleh la. Budak Kelas aku dikehendaki mempersembahkan pd English Day nanti. So gunakanlah kuasa veto yg ada hehe. Kukerahkan mereka menyanyikan lagu A Muslim Country Kid nyanyian Brothers pd tahun 1997 dulu.

>Semakin menggilai Antara 2 kasih dan Bisikan malam. UNIC.
"Deru ombak pecah berderai, mengulang pantai datang dan pergi, begitu kasih insan diibaratkan, bagai ombak merubah pantai..." Sayu semacam je...



OK tak iBook G4 ni ? :) . Jadi cikgu dapat jugak la merasa guna apple yg mantap ni hehe

Kay. Permisi dulu. Maaf jika ada salah dan silap. Sejahtera utk semua.

Sunday, July 03, 2005

Sifu Returns

Kembali lagi. Banyak peristiwa yg aku lalui tapi semuanya tak tertumpah ke papan keyboard utk dizahirkan ke monitor kawan2 sekalian.

MTest dah berlalu. Jawab semampu yg boleh. Konklusinya mudah, jika ada rezeki maka ke maktablah. Doa dan serahkan saja kepada-Nya.

Minggu lepas juga selepas Mtest aku berkejar ke tapak kem badan beruniform sekolah. Suatu masa dulu aku benci amat bab kawad. Alih2 bila jadi cikgu,disuruh pula menjadi pengadil pertandingan kawad. Hantam sajalah labuuu...!

Minggu ini...
Pulang ke rumah. Rumah dipenuhi sanak saudara. Seronok bersama 4 anak saudara aku. Comel2 semuanya.

Album yg OK dan Hancus...

Komen sikit. Dalam tempoh sebulan 2 ni..agak rajin beli album nasyid. Bermula dengan UNIC-Satu Tekad, Brothers-ReUnited dan latest Devotees-( Aku lupa tajuk alabumnya ! )

Unic hampir 2 bulan dibeli baru rasa seronok mendengarnya. Kira layan feeling jugak la. Aku jatuh cinta dgn lagu Bisikan Malam. Keduanya lagu Antara 2 Kasih. tapi di radio lagu Insan Bernama Kekasih juga yg meletup. pd hal melodi bisiskan malam jauh lebih syahdu. Chess...( Sedikit sebanyak aku setuju dgn CPOL ).

Brothers-Reunited. Maaf la buat brothers dan peminatnya. Album kali ini rasanya paling hancuss..( Jgn terpengaruh la..kalau korang suka boleh terus beli.Takde masalah )
Tapi utk aku yg dah terbeli nih..ada sedikit menyesal jugak la..sabor..sabor..

Album Untukmu teman lagi OK rasanya. Bagi aku kepulangan Yasin kepangkuan Brothers gagal
utk mencipta sebarang MAGIC.

Devotees- Album ? . Punya menyesal beli sampai lupa tajuk album hehehe. Maaf Devotees..pembaharuan melampau kadang boring jugak. Entah la. Tapi tak tahu la kalau selepas ini lagu kalian meletup2 ...sapa tahu kan ?

Akhir sekali, sesiapa ingin beli boleh beli..muzik ni bagai perempuan cantik juga. Abstrak. tak semua perempuan indah di mata lelaki. Ada yg sesetengah tu 10 org cakap cun..lagi 10 org cakap biasa je.

Begitu juga muzik. Taste manusia manakan sama. Ada yg berambut perang ( Karat zink ! ) ada yg rambutnya hitam..ada yg rambut putih..

Jumpa lagi. Assalamualaikum. Maafkan salah silap aku. Mana tau esok dah tiada lagi. Permisi.

Sunday, June 12, 2005

Datang dan pergi

1. Masa berlalu pantas. 2 minggu cuti persekolahan telah pun berada di hari terakhir. Maka akan pulang ke asramalah aku petang nanti. Apa yg aku buat selama 2 minggu ?
i. Menjadi driver. ( Johor Bahru, Port Dickson, Mersing )
ii. Memancing ( Hobi baru la )
iii.Hadir majlis perkahwinan. Sedara mara. Kawan2.
iv.Ziarah kematian
v .Marking paper midyear exam.

2. Semalam melalui Yahoo Messenger. Mesej dr Yaman. Mesej offline drpd sahabat aku sedari kecil lagi. sejak usia 7 tahun. Ayahnya yg juga ustaz kepadaku ketika bersekolah agama di Johor ini,telah kembali ke rahmatullah. Kembali menemui tuhannya. Dari-Nya kita datang kepada-Nya jua kita kembali.Al-fatihah buat Allahyarham Us.Ramian Bin Tuge.

3. Pagi ini ? Mengutip buah kuini yg gugur di belakang rumah. Pohon pauh berdiri tegap disebelahnya. Bagaimana pokok2 ini hidup berjiran tapi rasa buahnya berbeza ? Saiz, struktur daun,buah,pokok tidak jauh beza. Ya Allah. Hebat ciptaan-Mu.

Dalam pd itu aku terlupa, lidahku hanya sekeping tapi punya 4 rasa berbeza. Ya, Allah aku perhatikan pokok yg duduk berhampiran tapi tidak pd lidah yg juga ciptaan-Mu ini. Suhanallah, tidaklah engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia. Akur...betapa lemahnya hamba-Mu ini.


Wednesday, June 08, 2005

Lama rasanya tak mencoret sesuatu...

Sedikit peringatan utk diri aku sendiri...( Teringat kata-kata seorang ustaz dlm kuliahnya )

"Kelapa tidak semestinya menunggu tua utk gugur kerana kelapa muda gugur juga jika dipulas beruk."

Mendengar ayat ini bagaikan sebuah jenaka tapi itulah analogi@kiasan yg diberikan buat manusia dan usia...

*Semalam ayah sepupuku telah kembali ke rahmatullah. Heart attack. Tiada siapa yg mengetahui termasuk dirinya sendiri bahawa dia pengidap sakit jantung. 2x serangan, dan kini dia tiada lagi meninggalkan segala yg dikasihi.Al-Fatihah buatnya...

Sunday, May 22, 2005


Itulah bolasepak...

~Possession :Arsenal 46%. Man Utd 54%

~Shots :Arsenal 8. Man Utd 25

~Corners :Arsenal 1. Man Utd 12

~Fouls :Arsenal 29. Man Utd 23

~Bookings:Arsenal 4. Man Utd 2

Dengan statistik sebegini, ia belum tentu menjamin kemenangan. Apa2pun syabas buat Gunners fan. Next year..c our ressurection ! Viva Man U !

P/S : Sadness..Scholes continue penalty tragedy in World Cup 98 against Argentina. The match which beckham was sent-off.


Friday, May 20, 2005

1 coret, 2 coret

1. 16 mei. Sekolah bikin sambutan hari guru. Kebanyakkan aktivit di handle oleh Upper six. Ada budak besar, mudah sikit kerja guru. Kami berbaju batik dan di iringi paluan kompang. Terasa hhensem la pulak hahaha...Apa pun yg pentingnya aku dapat hadiah cabutan bertuah. First time in my life. I guess...

2. Budak2 ramai bagi gift. Syahdu je. Sentimental sungguh mereka. Zaman aku jadi pelajar dulu rasanya tak pernah aku bagi hadiah pd cikgu aku. Sayang tu sayang tapi hadiah tak pernah bagi pun. Especially pd guru sejarah dan BI aku. Maaf cikgu, anak muridmu ini belum cukup sentimental kala itu...

3. Kebizian exam belum lagi tamat !

Saturday, May 14, 2005

WEEKEND

1. Semalam, Malcolm Glazer telah membeli 70 % saham Man.United. Menjadikan dia pemegang saham terbesar kelab terkaya dunia itu.

2. Ramai peminat hangin dengan pengambilalihan ini. Bagi mereka Glazer bukanlan spt Abromovich yg melabur semata2 utk fun. Glazer melabur utk bina keuntungan. Beliau terpaksa meminjam dgn org lain bagi membiayai kos pengambilan bernilai 800 juta pound.

3. Aku ? OK je. Glazer pun org kaya jugak. Dia tidak akan merunntuhkan kelab yg dibeli beratus juta pound. Gile ke hapa...? Dia melihat Man.U adalah lombong emas, why not make a massive profit ? Kalau aku jadi dia pun aku buat macam tu jugak. Englishman biasa la, sentimental dengan kelab mereka, tambhaan pulak Glazer dr US. Abromovich takeover boleh pulak. Entah la labu...

4. Apa2 pun Viva Man. U. This year we try to defend the Fa title. Next season we'll steal the league title from Mourinho. Kenapa ? Tak Percaya ?

5. Actually baru lepas isi KPLI form. Ada rezeki maka ke maktablah...selebihnya fikirkan kemudian.

Tuesday, May 10, 2005

Thursday, May 05, 2005

SAHABAT AKU

1. Dulu aku dengar dia jaga hal tanah di sebuah daerah Johor.
2. Lepas tu aku dengar dia jadi panel utk meluluskan permohonan tanah.
3.Terkini, aku dengar dia lelong rumah orang tak bayar sewa.

Kesimpulan : Kawan aku dah jadi org besar...moga tidak tersilap dlm membuat perhitungan di masa hadapan. Ingatlah semua ikrar kita~Selamat Berjuang:Brothers.

CHAMPIONS LEAGUE

1. Kedua-dua match semi-final aku tak tgk :D Ingatkan nak tengok Chelsea lingkup tapi terlupa alarm clock.Lastly tgk ulangan. Gol kontroversi. Aku pun hairan FIFA yg kaya gile pun tak mampu nak selesaikan masalah ni. Bakhil betul. Apa salahnya jika diletakkan camera ala-ala James Bond pd tiang gol bagi memastikan kesahihan gol. Selain drpd cip pd bola aku merasakan camera kecil adalah penyelesaian terbaik.

2. Tahniah buat Liverpool. setelah 20tahun kembali juga mereka ke Final Piala Eropah.

3. Ramalan Zaid Akhtar tidak menjadi kenyataan. PSV kecundang berdasarkan gol di tempat lawan. Kesian Guus Hiddink...Kejayaan spt di Piala Dunia gagal diulangi.

4. Final : Milan VS Liverpool. Kita lihat sama adaReds Army bleh makan ke tidak anak buah anchelloti ?

Cerita pendek.
TIDAKKK...

A. Minyak petrol naik lagi. Tidakkkkkkkkkkkk...( Inikah hadiah buat aku yg setia menyokong sejak
dahulu lagi...? )

( Kusangkakan mimpi rupanya realiti )
~Sekali lagi bola tanggung dilambung. Bila la nak buat anjakan paradigma ni ?

Monday, May 02, 2005

Sesat Dalam Rindu

Lagu ini aku dengar bertahun dahulu..mungkin lebih daripada 10 tahun. Tika zaman dibangku sekolah menengah. Dengar dan nyanyi tanpa menilai apa2. Tapi minggu lalu barulah terbuka minda utk menganalisis. Nyata ia punya maksud yg mendalam...Bagi yg faham maka fahamlah...kalau tak faham carilah org yg boleh memahamkan...

SESAT DALAM RINDU – damasutra

Ku…resah mencarimu dengan akal
Dan bersama sifat pinjaman
Kau kurasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu

Ku…satukan firasat mencarimu
Dan kuterlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat kujejaki
Betapa malangnya nasibku

Keranamu…
Kutinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yg tidak ke mana
Hanya jalan yg sengsara

Zahir musnah bagi yg mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu kuselami di dalam diri
Di bawah arus nafasku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup, pasti mula cinta

Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Engkau kasih…
Aku jua kasih…


P/S : Siapakah "mu" ? Setelah bertahun2 baru kusedari dialah yg Maha Agung...
Memukat

Memukat...itulah yg aku buat hari ini. Dah bertahun rasanya tak turun ke laut utk melakukan aktiviti ini( Rumah aku dgn pantai 1 km je. Sekian dimaklumkan. )

Tanpa perancangan yg rapi aku turun berdua dgn Paksu aku...hajat di hati ingin kutip ikan yg org tinggalkan ( Saki baki ) sebab mereka yg memukat mlm tadi banyak sapu udang je.

Lastly dapat pukat. Dengan penuh selamber...pukat dipikul meredah air masin. Yes ! 3 round memukat. Peh bak kata org johor..lepak siol ! Perut dah mula melagukan irama padang pasir...kami turun tanpa sarapan ! Bersihkan pukat dan challo...Dapat la udang sikit dan ikan2 utk dibuat goreng dan asinkan. ( Dapat gelama, bakok, belanak..dan ntah apa2 lagi. Aku bukan kenal pun :D )


EPL dah tamat

Chelsea merangkul gelaran pertama setelah 50 tahun menunggu. Tidak dinafikan kebijaksanaan Jose Mourinho menyusun strategi. Di awal musim mereka mempamerkan corak bertahan ( Bosan gile ! ) yg penting bagi mereka adalah 3points. Nyata startegi itu berjaya. Di pertengahan musim barulah Chelsea mempamerkan siapa mereka sebenarnya. Menang dgn jaringan hebat..maka terkulatlah Wenger dan Fergie. Takpe warga Old trafford tetap bersama. Never say die attitude ! The trophy will be back to the theatre of dream !


Lain-Lain

~Soalan midyear exam tak bertaip walaupun sehuruf :D
~Isnin depan rasanya aku cuti lagi.Hol negeri Pahang. Entah.X sure

Info Tambahan

~Firdaus Andrew dah dpt anak. Kecik ati kengkawans sebab tak bagi tahu. Dia bizi le tu. Sabor paizi sabor :).

~Timbalan Maskulun Du dah jadi warden di Kubang Pasu. Bizi jugak. Satu-satunya geng Du yg guna nombor digi. Woi sapa nak mesej kau. Mahal la labu !

~Mursyidul am Du dah melepak dlm ladang Guthrie. Syukurlah dia dah ada tempat utk berdiri dengan lebih tegak. Dugaan menguji keimanan. Anaknya dah pandai merangkak kurasa.

~Jaha mas'od dah jadi pegawai pencegah maksiat di bandaraya JB. Ehh..jaha betul ke jawatan kau tu hehehe..syabas la..siapa nak jumpa dia boleh la ke Jalan Dobi jam 1 pagi ke atas hehehe..
( Info : Jln Dobi JB ni mcm Lorong haji Taib KL la )

~Jiji kini di Kluang. Sesapa nak tanah gi la mohon dgn dia. Tapi jgn lupa isi borang keahlian UM_ _ :). Jika tidak lupakan saja hasrat nak dpt tanah tu. Aduhai negaraku aduhai...









Sunday, April 24, 2005

Aduhai...

21 April 2005 lepas aku membelek Metro. Hmm..muka depannya mengisahkan janin dijumpai dlm loji najis...aduhai manusia...mengapa mesti jadi pembunuh...?

Dlm Metro juga kutemui..Sifu M.Nasir secara rasmi menerima tawaran KERJA sbg Pengetua Akademi Fantasia 3. Aduhai..sifu aduhai..( Terkenang lagu aduhai kasih aduhai..nyanyian beliau )

Seorang sahabat aku yg mengetahui berita berkenaan sifu, menghantar SMS kpd aku jam 3.54 pagi

"Pengetua AF? Hilang respek aku kat org tua tu. Boikot woi boikot..Arghh..dimanakah Salam Andalusiamu..kias-kias fansuri.." ( Peminat setia agaknya nih...:D )

Aku cuma nak tambah sikit je..dimanakah ...akar kita...hidayah...demi masa...keroncong nostradamus...raikan cinta...kepadamu kekasih... aduhai sifu aduhai...

Aduhai yg terakhir...aduhai Majlis Fatwa aduhai...bila lagi kalian nak keluarkan statement pengharaman Konsert Goyang Pinggul Inul Darsita, 1 mei di Stadium Merdeka ? ( Stadium merdeka merangkap lambang jatidiri melayu merdeka + Islam Hadhari ).

Kesenian Inul Darsita kah yg ingin dilambakkan kpd muda mudi ? Kesenian jenis inikah ? Ada orang ckp..Kesenian Islam Hadhari memang begitu !

Aduhai pemimpin kerajaan..bila nak bertindak ni ?! Berhentilah drpd memberi bola tanggung kepada Pemimpin Pembangkang...





Thursday, April 21, 2005

C my blog

Di cc sekolah. Boleh tahan juga lajunya. File sebesar 35.4 MB hanya memerlukan lebih kurang 10 minit untuk di download kan. Kalau di rumah maka janggut yg baru dicukur akan panjang sampai ke lutut barulah selesai download. :D

Buka blog bukunota. Ada statistik laman web yg dikunjungi. Dan pd blog aku terdapat 20hits. Laa..blog yg jarang update ni pun ada juga yg rajin membukanya. Atas rasa ehsan maka hari ini aku update la sikit hehehe..( Terima kasih kepada para pengunjung )

Maulidurrasul

Hari ini cuti umum sempena kelahiran junjungan mulia. Rasulullah S.A.W. Tertarik dgn beberapa soalan di blog pakdi. Aku paste kan di sini utk semua...

Ada 5 soalan kuiz sempena Maulidur Rasul:

1. Siapakah Rasul Allah yang berkait dengan salasilah keluarga Nabi saw?
2. Apakah gelaran yang diberikan oleh penduduk Mekah kepada Nabi saw?
3. Berapa banyak peperangan yang disertai oleh Nabi saw?
4. Sebutkan nama semua anak Rasulullah saw.
5. Berapakah umur baginda ketika wafat?

SMS kan jawapan-jawapan anda ke no handset sendiri. Kalau tidak tahu semua jawapannya, sila muhasabah diri sendiri dengan pernyataan seperti,
"Betul ke aku ni benar-benar kenal dan cinta akan Rasulullah?"
Sila bandingkan pengetahuan anda mengenai Rasulullah dengan artis-artis kesayangan anda.
Sekian, kuiz Maulidur Rasul 1426H.

Ada senang ada susah...Secara jujur aku sendiri tak tahu bilangan peperangan yg disertai oleh baginda ( Daifnya umatmu ini ya Rasulullah... )

Tuesday, April 12, 2005

BERKURUN

Agak lama juga tidak mencoret sebarang kata di blog. Tapi taklah sampai berkurun seperti tajuk di atas. BIZI.Itu aje yg mampu aku katakan. Walaupun aku bukanlah reporter akhbar perdana tapi itulah hakikatnya. Tak punya masa yg benar2 lenggang utk blog ini.

Tapi bila melihat blog si Nizar Jepun, laa...lebih kurang aku jugak.Cheh. Begitu jugak la dgn Si Paizi. Cuma Mat Duwe dgn Cpol je aku ras rajin tahap cipan...:D Syabas la sahabat !

BIZI dgn apa ?

1. Jadi Pengurus Bola Sepak B15 Sekolah. Ptg2 kena turun tgk diorang training. Mcm Mourinho la palk lagaknya hahaha

2. Jadi pengadil ( Keje yg paling bosan ! ) kepada Karnival BolaSepak sekolah aku. Hari sabtu beb.

3. Sekolah aku dah start kelas tambahan ptg. Aktiviti Koko lagi.

4. Setiap ahad aku dah kena jadi driver, menemani bonda ke Kursus Haji
So..2-3 minggu nih kehidupan agak tidak stabil. Sabtu..ahad yg kadar rest nya kian minima.
jadi bertambah2 lah kemalasan nak update blog. Letih maa...

hari ini...ada urusan peribadi sikit di bandar..so sempat jugak la aku melencong ke cc. Buka laman2 web Pakdi,blog kau orang, baca e-mail, baca gossip bola, politik Malaysia dan lain2.

Akhir sekali..maaf sahabat jika kalian merindui aku :D

Buat Paizi, walimah adikmu..belum pasti lagi utk aku hadhari hadiri..tapi jika Allah izin sampai jugak kan ?

Hal2 Lain...

a. Man U vs Norwich..main mcm org gile. Laju semacam.loose ball. Gile ke hapa diorang nih.

b. Liverpool belum capai tahap utk ke Final aku rasa. En. Rafa janganlah marah. Kritikan ikhlas nih hehehe

c. Alex Ferguson patut resigned tahun 99..sekarang kan dah pening kepala, takut kena sack !

d. Tak sangka Us. Nasarudin Tantawi pun ada blog. Cayalah ! Ustaz IT. http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Sunday, March 20, 2005

Manusia akhir zaman. Perempuan pun dah boleh jadi imam Jumaat. Guru mana yg mengajar..? Yg pasti bila akal mendahului hukum maka liberal la jadinya.




Saturday, March 19, 2005

SOSEJ HARAM VS KASET HARAM

Kisah paling panas hari ini aku kira adalah kisah sosej usus babi khinzir. Bagi aku ia telah merampas rangking pertama kes Bukit Cahaya ( Yg telah digondolkan oleh mereka yg suatu masa dulu sibuk menghentam negeri lain tak pandai jaga hutan/balak.) Ada yg terasa ke ? Alaa..cool la jarum yg patah jgn simpan dlm peti !

Apa2 pun aku percaya Bukit Cahaya akan kembali ranking pertama dlm Carta Cerita Panas Malaysia. Percaya ? Tak percaya pun tak mengapa. Ini negara demokrasi tapi bukan demokrasi terpimpin mcm dlm Ahmad Albab ye !

Kembali kepada sosej. Bab makan bagi aku merupakan suatu yg amat dijaga oleh umat Islam. Especially khinzir. Walaupun selalu tonggang todi/vodka tapi khinzir haram di makan ! Mughallazah ! Riuh rendah seantero negeri cerita bab sosej setelah bertahun2 menghuni perut masing2 ( Agaknya la..)

Terima kasih buat pihak yg terlibat dlm membongkar kegiatan hampas ini. Kalau nak dikira makian org awam kepada para taukey memang tak cukup bakul rasanya.

Cuma aku agak kesal, makanan adalah bab sensitif. Kenapa penjagaan tentang kesuciannya agak remeh di mata pihak yg berkenaan ? Pd bola mata aku, kaset haram/cetak rompak lebih hebat penguatkuasaan yg dijalankan. Tapi bila tiba bab makanan umat Islam alangkah sedihnya.

Kaset haram/cetak rompak efeknya hanyalah kepada syarikat pengeluar tapi makanan haram efeknya ? Efeknya adalah menjadi darah daging umat Islam.

Maka tidak hairanlah umat Islam Malaysia hari ini makin jahat, rendah moral, perangai bak haiwan..rupanya makan makanan yg haram, kotor lagi jijik !

Bukanlah aku menjadikan faktor utama jenayah dlm Malaysia ini berpunca drpd pemakanan yg kotor. Tapi jika diteliti ia bukanlah satu faktor yg patut dibakulsampahkan ! Moga selepas ini lebih banyak serbuan terhadap kilang2 yg khianat dgn lesen yg diberi. Jika aku Menterinya maka jgn harap kalian akan dpt berniaga lagi samapai mampus mati

Permisi dulu. Ada usia. Ada izin-Nya, ketemu lagi.


Wednesday, March 16, 2005

1. Tahap DEWA ?

" Aku bosan tahap dewa hari ini." Biasa dengar kalimat tadi ? Dan beberapa ayat penyata lain yg menggunakan DEWA sebagai pengukuh kata/membawa maksud maksima

Tertanya pd diri sendiri, siapakah dewa ? Aku rasa semua org tahu apa itu DEWA. ( Yg pasti ia bukan pemilik kedai basikal ). DEWA adalah tuhan bagi agama Hindu. Itu yg aku faham. So..bila menggunakan perkataan dewa spt contoh di atas kita secara sedar ataupun tidak telah mengakui KEWUJUDAN DEWA. ( Aku yakin ramai yg tak bermaksud mengakui kewujudan dewa )

Aku sendiri tak tahu, siapakah dan dari manakah gaya percakapan ini lahir. KL ? JB ? Penggunaannya dlm komik juga agak berleluasa.

Yg nyata itulah hakikatnya, lidah terlalu mudah utk mengucapkan perkataan DEWA. Tiada dewa dlm ISLAM. Yg ada Hanya Yg ESA. Allah. Pencipta setiap makhluk.

Jadi berhati-hatilah dgn perkataan yg diucap. Bimbang ia akan merosakkan akidah kita.

2. Relaku Pujuk-Spider

Yakin dan percaya ramai yg tahu lagu di atas. Juara Lagu di AJL 2004. Lagu siulan ramai.Cuma aku kurang senang dgn lirik yg terdapat di dalamnya.

" Tiada lafaz yg paling agung, kalimah cintamu, yg kutunggu-tunggu.."

Semua org tahu lagu ini ditujukan buat wanita. Tapi...
Wajarkah ada kalimat yg paling agung selain KALIMAH SYAHADAH ? Apakah kalimah cinta kepada seorang wanita ( Yg cantik akan tua, yg hidup pasti mati ) lebih agung drpd kalimah syahadah yg boleh menyelamatkan manusia drpd azab neraka ?

So marilah kita pakat ubah kalau nak menyanyi lagu Relaku Pujuk...
" Tiada lafaz yg paling agung..Kalimah Syahadah..yg kusebut-sebut "

Tuesday, March 15, 2005

UPDATE

1. Sudah lama tak update. Ke BIZI an yg amat. Ada 6 kelas... exam paper belum marking. Arghh...itulah tugas guru tika cuti ( Jika exam before semester brake la )

2. Semalam ke Kuantan. Tolong bagi nasihat kepada pupu aku yg baru dpt result SPM. Dpt 4A tapi kualitinya agak rendah. Letih jugak. Dewasa ini persaingan tidak seperti 5-6 tahun lalu.

3. Hari ini ke JB. Just escort bonda aku ke LHDN. Then temankan dia shopping, at least dpt jugak la baju dan seluar free ye tak ? Hehehe

4. Esok ? Mungkin akan ke JB sekali lagi. Urusan Seri Paduka Baginda.

LAIN-LAIN

a. Mengharapakan remaja Malaysia hari ini menukar pujaan mereka. Daripada Zahid AF, Nana AF kepada NurAmalina RB @ Record Breaker. Si pemecah Rekod SPM Malaysia.

b. Utusan Malaysia hari ini. Jeslina declare nak kawin. Bagus. Buat masjid. Moga dia dan suami dikurniakan suatu yg tak semua org dapat. Hidayah dan taufik. Moga Allah kurniakan juga buat aku. Hei...Doakan mampu merubah takdir. So ?

Sunday, February 27, 2005

INGIN JADI ARTIS

:::Kes jeslina masih belum reda. Aku yakin, lepas nih ramai le muda mudi milih kerjaya mereka sebagai penyanyi & pelakon. Wei sapa taknak rugi la...insan2 berkuasa ada kat belakang ( Backup bagus punya ! )hehe :D Buat Jeslina moga berbahgialah kerana ramai insan menyokongmu utk terus dlm alam maksiat+jahiliah. Moga esok masih ada utk memohon ampun daripada-NYA. ( Juga utk aku...)
SEMINGGU SEKALI

>>>Itulah dia yg mampu aku buat utk blog ini. Keterbatasan ruang waktu dan kemampuan. Semakin meningkat umur maka semakin bertambahlah tanggungjawab. Bukan begitu ?
Bila dihitung usia aku dah hampir cecah suku abad. Semakin hampir dengan mati rupanya. Sedang persipan tak sebanyak mana...

>>>Esok anak murid start exam. Kurang sikit kerja aku. Just mengawsi mereka sahaja.

>>>Baru2 ni membaca surat pembaca di akhbar perdana. Komennya terhadap kenyataan seorang menteri bagi aku cukup baik. Kenyataan apa..? Kenyataan yg setiap pusat hiburan perlu diletak papan kenyataan umat Islam tak payah la masuk. Alaa mcm papan tanda kat kedai Magnum dan Sports Toto tu la...What the hell..?

Apa dengan meletak papan tanda maka manusia Islam akan menjauhi la pusat hiburan ( Dangdut, Hard Rock Cafe, Pub dan yg sewaktu dengannya..). Mudah betul jalan yg di ambil.
tak tengok ke pd kedai toto yg saban hari pengunjungnya tak pernah susut. Peduli hapa mereka dgn papan tanda berjudi adalah haram di sisi Islam.

Apa yg nyata...maruah Islam di injak oleh kaki umat Islam sendiri. Aduhai Islam hadhari...

UMAT ISLAM MALAYSIA PEMURAH

Anda setuju dengan tajuk di atas..?
Umat Islam Malaysia suka...
1. Derma pd mangsa tsunami ( berjuta-juta dpt dikumpul dlm waktu yg singkat. Alhamdulillah)

2. Melebur Menderma duit dgn UNDIAN Akademi Fantasia. Atau dgn kata lain mengkayakan penganjur dan menghadiahkan Sang Juara Kereta. Para pengundi dapat apa..? Asap kereta Zahid dan Vince ( Jangan marah peminat AF hehehehe cool down ) Err..AF kali ketiga ni berapa juta engkauorang nak derma ?

3.Menderma kpd tokei TOTO dan MAGNUM. Dengan harapan mereka akan share kekayaan mereka dgn para penderma.

4.Menderma duit kepada pemilik Planet Hollywood KL. RM 35 utk tiket bagi menyaksikan penyanyi rock terjerit di atas pentas pd mlm Sabtu. Alaa... RM35 bukannya mahal..yg hairannya pd hari Jumaat RM35 nilainya bagai RM 35 juta utk diletakkan ke dalam tabung masjid ( Nasihat utk aku jugak ni )

OK cukuplah..kalau ada lagi aku tambah kemudian. Selamat menderma.
Assalamualaikum.




Sunday, February 20, 2005

BIZI yg diperuntukkan utk aku

Itulah yg boleh aku khabarkan. Maaf sahabat, terlalu lama tidak mencoret sebarang cerita. Untuk ulas isu semasa pun tiada berkesempatan ( Atau akau yg tak pandai urus masa ? )

Aku kembali ke sekolah tika Ujian Penialaian tahap 1 mula menghampiri dateline nya..
Soalan Geografi dan Kemahiran Hidup semuanya tergalas dibahu aku. Hinggakan PJ pun kena bikin soalan. Apahal la sampaikan PJ pun kena buat exam. Tak paham betul aku dibuatnya.

Jumaat yg baru lepas sekolah kami menyudahkan acara yg tertangguh dek kerana denggi dan arahan kementerian yg tak bagi buat aktiviti luar. MERENTAS DESA. Sebagai guru Kelab Fotografi kerja aku tak banyak. Ambik gambar sebanyak mungkin. Camera digital mana faham bahasa abis roll abis. Just snap.

Rumah sukan aku ( Kuning ) dpt no.2. Aku pun pelik..dari zaman sekola ( rendah & menengah ) hingga jadi guru..aku akan menjadi warga pasukan kuning.



OK. Itu je. Masih ada kerja yg belum beres. Laporan penilaian dan target budak2 belum siap ! Apa2 pun aku dah tak sabar nak saksikan MU vs AC MILAN, pagi khamis ini. Mu Fans..jom kita ke Old Tarfford he he he...Nistelrooy returns.
Permisi sahabat !

P/S :Buat Paichowan. Terima kasih kerana sudi mampir. Adios !
***Syukurilah nikmat usia dan kesihatan yg dikurnia***

Tuesday, February 01, 2005

BIG MATCH ! 20 00 GMT


Perlawanan kedua bagi musim ini. Man United akan bertandang ke Highbury. 25 Oktober lalu rekod 49 perlawanan tanpa kalah the Gunners lebur dek penalti Van Nistelrooy dan Rooney ( Walaupun ia adalah kemenangan paling kontroversi, million thanks to Mike Riley hehe ramai org benci dia nih ! )

Apa2 pun rekod Man U tidaklah begitu baik di Highbury. Tahun lepas pun sekadar seri 1-1 di Highbury.

Wokey itu saja.




Back To School

Aku diarahkan kembali menyambung tugas sebgai tenaga pengajar di sekolah lamaku.Itu arahan yg jelas drpd JPN Pahang. Syukur, dpt la aku kembali melakukan apa yg aku suka dan cinta, mengajar, mendidik diri sendiri dan mereka yg memerlukan. Berapa lama berkhidmat ? Entahlah...

Gembira ada, cuak pun ada. Gembira kerna dpt bertemu kembali warga sekolah, anak2 murid yg aku tinggalkan dulu. Cuak pula kerana di surat tawaran option utk aku mengajar dalah English. Warghh...Harap ia tidak jadi realiti. ( Tahun lepas dpt option ni gak tapi ngajar subjek lain hehehe )

Duit Tabung ?

Berharap sangat apa yg dinyatakan dlm harakahdaily itu tidak benar. Apakah ada manusia berhati kering seperti itu ? ( Manusia akhir zaman, mungkin juga ada. Siapa tahu ? )

http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=11557&mode=thread&order=0

teringat akan lagu PEMIMPIN YG ADIL, album DAMAI, HIJJAZ. Senang sungguh aku dengan lirik ini. Peringatan utk kita bersama, bukankah kita ini juga adalah pemimpin ?

" Pemimpin yg adil mengutamakan amanah. Wang rakyat dan negara tidak disalahguna. Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya.Rakyat diseru mentaati Allah."




Friday, January 28, 2005

P.T.T ( Pengulas Tiada Tauliah )

-Sekitar EPL ( English Premier League )-

Man U masih 11 mata di belakang Chelsea dan Arsenal pula 10 mata ketinggalan. Itu adalah gambaran kekuatan kuasa baru bolasepak EPL, The Blues @ Chelsea. Ramai yg percaya bahawa Chelsea akan menamatkan kemarau 55 thn kejuaraan liga.

Aku pun begitu sekitar 60 peratus. 40 peratus lagi aku yakin Man U & Arsenal mampu membuatkan Mr.Abromovich menangis mengenangkan buku ceknya terpaksa dikeluarkan lagi utk mengangkut semua pemain terhebat dlm dunia ni.

Tapi yg lebih menarik bagi aku adalah ulasan Ahmad Syukri @ Syuk ( Ketua Aing Hong DU hehe). Dia bukan peminat MU & Arsenal tapi masih berfikiran positif dgn saingan EPL. Aku taipkan SMSnya di sini

“ 10 mata kelebihan dengan 14 lagi matches bagi aku masih terlalu awal. 4 kekalahan dah cukup utk Mourinho sedar reality bolasepak…” ( Ulasan mengalahkan John Dykes, Pengulas ESPN caya la Syuk ! hehehe )

Man U dan Arsenal ( Liverpool tak terkecuali heheh ) mempunyai masalah yg sama. Goalkeeper ! Aksi keeper yg ada hari ini mampu meningkatkan risiko Ferguson & Wenger utk mendapat heart attack. Rafa Benitez juga.

Namun hingga ke hari ini, di saat window transfer akan tertutup pd 31 Januari kedua-duanya masih belum bertindak..Walaupun tahun ini rekod Defend Man U agak baik, hanya 14 gol drpd 24 perlawanan. ( Chelsea hanya 8 gol ! ). Arsenal pula 25 gol. Cuma kesilapan bodoh keeper memang menyakitkan hati pengurus dan peminat setia.

Kisah terbaru Fergie mula mengintai utk mendapatkan khidmat Paul Robinson England’s No.1 bagi menyelesaikan masalah ini.

Bagi aku ia keputusan yg baik tetapi bagi aku sekiranya Edwin Van Der Sar ( Fulham & Holland ) menjadi pengganti adalah lebih baik.
Cuma aku ragu, apakah dengan tiadanya sebarang reaksi positif drpd Sir Alex dan Arsene Wenger adalah isyarat awal utk melepaskan kejuaraan tahun ini kpd Chelsea ? Tunggu dan saksikan aje hingga season ini berakhir.

For Liverpool fans, all of you should wait till next season to be great contender heheh. We’ll see either Revolution Rafa-lution become reality or rhetoric. Half main players dah injured…Latest, Sinama Pongolle hampir putus anterior ligament 6 bulan le lepak atas bangku, ada harapan Benitez jadi winger lepas ni hahahaha…


Sebut ligament teringat aku kat Jiji, kawan kita yg putus anterior ligament lutut coz accident depan FBMK. Seminggu pening tak ingat apa dan hampir setahun takleh berlari. Tapi sekarang dah semakin macho semenjak menjadi Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Kluang. Korang nak tanah ? Pergi la mohon dengan dia hehe.

OK. Itu saja ulasan tanpa tauliah utk kali ini. Jumpa lagi Insya Allah.





Wednesday, January 26, 2005

Semalam punya cerita

_/ Pagi menyaksikan Man United kecundang kali kedua kepada Mourinho’s side. Kali pertama hampir setahun yg lalu dlm saingan Champions League. Tika itu Mourinho memimpin Porto. Apa yg menariknya, kedua-dua kekalahan Man United adalah di Old Trafford dan berpunca drpd kesilapan penjaga gol yg sama Tim Howard. ( Elok saja dia dijual ! )

_/ Solat Subuh dan aku berangkat ke Kota Tinggi. Hidup sebagai driver, beginilah. Menghantar bonda ke Kursus J-Qaf di SMK Teknik Kota Tinggi.

Bonda kutinggalkan dan aku ke restoran, sarap ! Then, melencong la. JB dan Kota Tinggi bukanlah jauh. Walaupun anak Johor tapi jalan Bandaraya JB bukanlah suatu yg telah aku hafal. Hantam sajalah labu,selagi minyak ada dlm tangki,kita pusing sajalah.

-ANGSANA-
Hajat aku cumalah nak ke Plaza Angsana. Best Ever Shopping Complex In JB I think..
Tapi sebelum tu aku ke Jalan Kolam Air. Menemui Kak Angkat aku, Sis Rosetti Poh Yuen Yi. Nama secanggih ini takkan korang tak kenal ? Dah lebih setahun tak jumpa dia nih. Sempat la jumpa dia sekitar 2,3 minit. Dia sibuk nak ke sekolah.

Plaza Angsana destinasi berikutnya. Tempat yg paling aku gemari utk melilau, di sinilah ! Best. Itu je yg mampu aku ucapkan. Kemudahan utk pengunjung serba cukup. Hinggakan tempat penyusuan bayi pun disediakan ? ( Tak pernah kujumpa kemudahan ini hatta di KL sekalipun )

Surau pula King Size. Memang puas hati kalau melepak kat dalam tu. Mampu memuatkan sehingga 300-350 jemaah aku rasa. Surau perempuan aku tak tahu la bersar mana sebab aku tak masuk hehe. Kalau masuk, lain pula ceritanya nanti. Lebih menarik surau ini ada PA System utk azan dan ada Tok Imamnya. KL ada ke surau mcm ni di shopping complex ? Setahu aku takde.

Angsana juga terkanal dgn BADAN Cemerlang Bookstore. Tempat yg paling aku suka singgah, sini la. Walaupun tidak sebesar Kinokuniya KLCC tapi aku yakin banyak buku yg dihajati boleh diperolehi di sini.

Aku rasa 2-3 jam baru puas hati melepak di BADAN. Boleh belek buku lama-lama.( Beli belum tentu lagi J ) Aku menemui buku Don’t Be Sad @ La Tahzan. Tebal amat bukunya. Walaupun hati meronta utk membeli tapi aku tahankan saja. Biar dululah. Harganya pun boleh tahan, RM 30. Lagipun di rumah masih ada 3 buku yg belum aku khatam. Jangan gelojoh, tak gitu ?

Selain BADAN tempat kedua yg aku suka masuk adalah kedai sukan al-IKHSAN. Aku mula mengenali butik pakaian sukan ini sejak 1998, Bobok @ Akmal Arif senior aku masa kat kolej dulu yg perkenalkan. ( Kat Bukit Bintang )

Apa yg menarik di al-IKHSAN ? Pakaian sukan la beb. Jersi Kelab Bolasepak yg original, kasut2 sukan. Mostly branded. Nike, Adidas, Lotto, Puma etc. Semuanya bakal merabakkan poket. Tapi itu dulu la. Sekarang aku lebih suka jersi SIAM je. Kualiti pun lebih kurang sama. Gila apa nak beli jersi yg sehelai nilainya 2-3 ratus. Jersi yg SALE pun harganya RM125, Roman Abromovich boleh la.

Al-IKHSAN kini terus berkembang. Kalau di Starhill terdapat 3 kedai. Di Angsana ada 2 kedai. Maju betul. Biarlah, aku yakin taukeinya Melayu.

Kesimpulannya Plaza Angsana memang menyeronokkan.

Cukuplah. Cerita terlalu panjang pulak kali ini. Ada usia kita cerita lagi.
Assalamualaikum.



Balada Orang Berdosa

Hampir 2 bulan kaset Damai aku bermastautin di dalam Kia Spectra. Kereta Mak Andak aku. Rumahnya tak jauh 170 km je dari rumah aku. Dekat kan ?Kini ia kembali menghuni Kancil..maka berkemundanglah lagu2 drpd Album Damai-Hijjaz.

Aku cukup menggemari lagu Berkorban Demi Cinta. Agak tersentuh dengan lirik dan melodi karya Kamal Halim. ( Beliau pernah mencipta lagu dlm album pertama Diwani satu masa dahulu ). Lagu2 lain seperti Pesona Cinta dan Aku Hanya Seorang Umar masih boleh dikategorikan sebagai lagu boleh hits. ( Err...berapa ramai pencinta nasyid kat Malaysia ni ? )

Dengan penuh kejujuran, aku sebenarnya dah meng MP3 kan lagu ni. ( Maaf buat Hijjaz Records,copyright without permission ) Untuk kegunaan sendiri. Kalau tidak sia-sia MP3 Player yg aku beli. Kalian berminat ? Maaflah..sila beli yg original ! Aku dah beli, so ikut suka aku la nak convert kaset original aku kepada MP3 kan..OK ke?

Tajuk Balada orang Berdosa kat atas ni saja je. Aku teringat album kompilasi yg memuatkan lagu Kepadamu Kekasih-M.Nasir ( Dulu punya cerita daa..)

OK. Selamat menghayati lirik di bawah. Nak syahdu lagi ? Sila beli kaset DAMAI la.

Berjuang Demi Cinta - Hijjaz

Allah..Allah..
DenganMu segala…

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratan-Nya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersama-Mu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan tuhan
Iman di hati, sabar menjadi penunjuk diri
Dengan-Mu kupunyai segala
Takkan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga…
Sisa hidup ini takkan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan dengan-Mu kebahagiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya…

Lagu- Kamal Halim
Lirik - Kamal Halim


Monday, January 24, 2005


>>>Salah seekor lembu yg dikorbankan di rumah aku. Kelihatan Atok Sedara aku begitu serius dlm usaha menamatkan riwayat si lembu.

Korban

Hari Raya AidilAdha telah 3 hari berlalu. Namun hari ini kita masih lagi haram utk berpuasa sunat. Hari tasyrik !

Hari ini aku Cuma nak berkongsi sedikit peringatan yg kukutip drpd Majlis Kuliah Maghrib di kampung jiran aku.

_/ Pada tempat yg diturunkan bala oleh Allah, Rasulullah S.A.W menyuruh kita berhati-hati, jangan bersuka ria atau bersenang lenang. Dibimbangi bala akan kembali semula.

Cth : Di Laut Mati. Jika melawat ke sana tidak wajarlah kita bersuka ria. Ambil pengiktibaran drpd kemusnahan umat terdahulu adalah yg utama.

_/ Ubudiah. Abdikan diri kepada Allah.

Cth : Kisah Nabi Ibrahim yg bermimpi mendapat perintah drpd Allah agar disembelih anaknya Nabi Ismail. Betapa taatnya baginda kepada Allah. Tanpa mempersoalkan perintah sama ada ia logic ataupun tidak.

Di sini menunjukkan betap tingginya tahap pengabdian baginda kepada Allah.
Tapi kita hari ini…
Perintah Allah bukan hadir melalui mimpi tetapi melalui rasulNya sehingga zahirlah SEBUAH KITAB. AL-QURAN. Jelas lagi nyata segala hukum hakamnya. Tiada sebarang keraguan mengenai kesahihan bahawa ia memang datang drpd Allah jua.

Namun masih ramai yg mempertikaikan itu dan ini. Di mana tanda pengabdian kita kepada Ilahi ? Dan kita terus berbangga akulah hamba Allah…sedang perintah yg jelas lagi nyata dlm Quran tetap teguh di hati bahawa ia tidak RELEVAN sama sekali ataupun ia masih belum relevan ataupun setengah daripadanya relevan dan selebihnya masih perlu dikaji. Dan ramailah yg ingin menjadi juara dlm meyakinkan manusia bahawa ia memang belum relevan. Tunggu dulu, sabarlah...

Dan aku tertanya bilakah ia akan relevan ? Mungkin setelah bintang-bintang berguguran dr langit. Dan aku yakin dan percaya bahawa pd tika itu pasti ramai yg mengakui segala ayatNya benar-benar RELEVAN !

>>> Peringatan buat aku, engkau, mereka. Ya..utk kita semua yg bergelar HAMBA.

Thursday, January 13, 2005

Petang semalam...

1. Petang, aku ke PPD Rompin. Sahabat aku ex-GSTT telah sedia menanti di sana. Objektif utama adalah utk bertemu Pegawai di PPD yg in-charge bhg.sekolah menengah. Mission accomplish. Berjaya mendapat jawapan yg agak memuaskan hati. Aku tak perlu menghadiri temuduga utk menyambung kontrak. Just wait and see. Selepas 4 bulan Insya Allah..ada harapan utk aku apply KDC bagi meraih jawatan guru. Permanent. Jika tawaran tu wujud lagi la utk 2005 ni.

Jika ada rezeki maka dapatlah aku kembali bertemu anak2 murid aku yg dirindui..:) Paling cepat minggu depan. Paling lewat bulan depan. Serahkan segala pada-Nya. Bukankah kita ini milik-Nya yg mutlak.

Petang semalam juga staff Jabatan Perangkaan call aku. Aku diminta menghadiri temuduga utk jawatan Penolong Perangkaan. 4 bulan kontrak dan jika excellent maka harapan utk mendapat jawatan permanant adalah cerah. La...abis tu ?

~Semuanya adalah ketentuan-Nya. Iradah-Nya. Dan aku mula tak keruan utk memilih lorong kehidupan akan datang...
Kata-Kata Hari Ini


1. " Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yg lebih bermakna. Kekalahan adalah iftitah kepada kemenangan yg lebih akbar ! "

~Salju Sakinah. Siri 5. Utusan Malaysia.11 Januari 2005~


2. " Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu."
~Barangsiapa kenal dirinya maka dia kenal tuhannya.
~Kata2 yg sering kali terbit daripada bibir ahli sufi/tasauf.


Monday, January 10, 2005

Membaca Pakdi.com


1. Tertarik dgn cerita Pakdi, rakannya yg telah didaftarkan sebagai Puteri Umno oleh makciknya sendiri.

~Apa mau hairan ? Kawan aku sendiri ( Pemuda UMNO JB ) mengaku dia pernah buat perkara yg sama. Mendaftarkan keahlian di sesuatu cawangan. Ahlinya ? Ambil saja nama2 ahli dari Kelab..( Tak perlulah aku sebutkan di sini ).

~Begitulah juga situasinya ketika ingin menubuhkan cawangan baru. Ahlinya tiada. Maka wujudlah pengambilan ahli2 ghaib :). Ingin tahu mengapa ? Kawan aku cakap..ala biarlah, yg penting kita dpt peruntukkan barang2 bg pejabat cawangan. Kos utk peruntukkan branch.office aku dimaklumkan berpuluh ribu. Masakan tidak cecah puluh ribu jika barang yg dihantar lengkap semuanya. peralatan pejabat..fikir sendirilah. ( Laptop ? ). Lastly, brg2 tersebut menjadi kegunaan peribadi.

~Aku ? " Entahlah labi. Biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya..."

~Kepada Emma di diaryland.com...sabarlah dlm menghadapi penipuan dan manipulasi hidup ini :)

Wassalam.
SENYUM KAMBING

Si A " RM2 juta belanja jadikan Kota Bharu bandaraya Islam."
Si B " Bolehlah bina serban besar di bulatan jam."

~Dialog Kartun Senyum Kambing. MIngguan Malaysia 9.1.2005

Kesal..kesal..dan kesal. Itu yg terlintas difikiran. Terlalu ghairah utk memperlekehkan Kerajaan Negeri Kelantan tapi mengapa perkataan SERBAN dimasukkan.

Semua org tahu MB Kelantan pakaian wajibnya adalah serban. Rakyat Kelantan pun begitu. Mengapa ia mesti diperlekehkan. Serban pakaian nabi. Barangsiapa yg memakainya dpt pahala. Pahala mengikut sunnah baginda. Takkan benda ni pun tak hadam lagi ? Mengapa SERBAN mesti dipandang sinis ?

Nafsu untuk mengkritik Kelantan terlalu tinggi tanpa menyedari ia adalah bentuk penghinaan kpd pakaian Rasulullah s.a.w walaupun tanpa disedari.

Kelantan ingin jadikan KB bandaraya Islam, biarkanlah,kenapa mesti iri, hasad dan dengki ?
Langkawi bersama Helang raksasa di datarannya, tiada siapa mahu kritik ia satu pembaziran, penyu gergasi di zaman pemerintahan Wan Mokhtar tiada siapa yg mahu perlekeh. Tugu negara di KL walaupun pembinaannya patut dipertikaikan dr segi hukum Islam tiada pula yg nak hentam ( Bukankah ia menyerupai berhala ? )

Selangor menjadi negeri maju kita alukan ( Walaupun menjuarai carta buang anak, rogol dan jenayah2 lain ), Melaka dgn Bandar bersejarah kita raikan, Kelantan dgn bandaraya Islam kita perlekehkan ?

Sedih, masih ada manusia Islam ( Senyum kambing ni Islam ke ? Ntah ! ) yg merendahkan hasrat manusia Islam lain yg mahu membina bandaraya Islam. Orang bukan Islam tak bising pun..yg bising adalah org yg mengaku Islam. Projek belum jalan, dah ada yg memandang rendah...utk memberi sokongan jauh sekali.

Maka jadilah dia pengampu sampai mati !

P/S : Si Senyum Kambing baca ke blog aku nih ? Apa2 pun hati-hati bila mengampu, kelak iman tercicir tanpa kita sedari. Peringatan utk aku juga. Kalian bagaimana ?


Tuesday, January 04, 2005

Hobiku..hobimu
( dedicate 2 rebelseventh )

1. Malaysia Out lagi di semi final Piala Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak Tiger walaupun mendahului dgn gol cantik Khalid Jamlus.

- Bagus juga out...aku dok terfikir, bangga amatkah kita dengan menjulang Piala Arak tu ? Negara Islam menang piala arak. Mungkin kita akan bangga jika menjadi antara 10 org yg dilaknat kerana arak.

- Mungkin ada yg kata " Saya tak minum arak, promosi sikit2 tu ada la. Bukan promosi utk org minum arak, promosi utk bolasepak. Itu pun salah ke ? "

- Nampaknya Persatuan Ulama Malaysia kena buat statement lagi. Bukan apa, nak tunggu Majlis Fatwa mungkin 2 tahun lagi baru keluar kenyataan.

2. Man United terselamat lagi dr kekalahan memalukan dek kesilapan bodo, besar penjaga golnya di Old Trafford.

- Adat bola memang gitu. Kalau tidak, Argentina tak akan menang pula Piala Dunia '86 sekiranya linesman nampak Maradona score dgn tangan. Semua sudah tertulis.

- Aku amat tertarik dgn kenyataan membela diri linesman perlawanan Mu-Spurs tu..

"Pemain Spurs merembat dr jauh. Saya hanya menjalankan tugas sebagai linesman, tugas saya adalah melihat pemain pertahanan terakhir utk melihat keadaan offside atau tidak. Tiada apa yg dpt saya lakukan kecualilah saya boleh berlari lebih laju drpd Linford Christie.."

- Apa2 pun MU ketinggalan 11 points. Perit siyol nak kejar !


Teringat...

1. "Kami buat konsert dalam dewan tertutup. Dan konsert ini bukanlah utk sambutan tahun baru tapi utk menarik minat pengunjung datang ke pameran kami. "

- Kata Ketua Menteri Melaka setelah ramai mengesali tindakan Melaka yg ingkar arahan Allah Pak Lah.

- Konsert ini lebih mulia sedikit barangkali..? Bersama penyanyi lelaki yg berambut panjang dan bersubang ditelinga. Saksi ? Jurugambar TV3.

2. Acheh & Turki. Masjid Baiturrahman, Acheh( 26 Disember 04 ) = Masjid di Golcuk,Turki ( 19 Ogos 99 ). Kesamaannya..kedua-duanya berdiri teguh walaupun menghadapi gempa bumi yg dahsyat.

- Masih adakah manusia yg ingin mengambil iktibar drpd keajaiban ini ? Ada satu tempat lagi yg mungkin akan selamat sekiranya berlaku gempa bumi. Planet Hollywood KL. Anda setuju ? Sila angkat tangan. :)



Saturday, January 01, 2005

Alangkah indah... ( Harapan 2005)
1. Alangkah indah jika acara solat hajat dan doa dibuat setiap tahun ( Mcm mlm tadi...)
2. Alangkah indah jika tol tidak naik percent nya bahkan turun pula ( Mimpikah aku..? )
3. Alangkah indah jika semua bank tiada lagi riba alias interest
4. Alangkah indah jika kedai 4D dan TOTO kian surut tahun ini. ( Tpt aku dpt kedai baru )
5. Alangkah indah jika cukai pintu dihapuskan terus spt 4thn lalu
( Rintihan rakyat Terengganu..)
6. Alangkah indah jika todi semakin sukar dicari.
7. Alangkah indah jika insan yg tiada bukti kesalahan dibebaskan bertemu keluarga mereka.
8. Alangkah indah jika Berita Harian, Utusan & Harakah dpt dibeli setiap hari ( Kesaksamaan media ? Aku beli kedua-duanya ! )
9. Alangkah indah jika Al-Quran dan As Sunnah berada teratas di antara yg atas.
10. Alangkah..alangkah..alangkah... ( Bolehkah ia menjadi realiti ? Aku tak berhenti mengharap, bak lagu Sheila On 7 )
SELAMAT DATANG 2005

Sejuk mata melihat di kaca TV, umat ISlam Malaysia ( Termasuk pemimpinnya ) menunaikan Solat Hajat dan doa di masjid. Tiada konsert countdown. Buat Pak Lah..terima kasih. Moga keadah baru merai tahun baru ini diteruskan setiap tahun ( Harapanku ini tipis rasanya )

Setelah saban tahun Konsert Countdown menjadi raja di pagi 1 Januari. Tidak kolot rasanya ( Seperti kata Kalam dlm Metro ) jika kita meraikannya di masjid.

Penulisan terbatas..sambung petang nanti . Insya Allah. Permisi.