Wednesday, December 23, 2009

Brader, lu nak beli barang ?

Seorang pemuda baru turun dari bas, melilau sekitar puduraya. Puas membelek akhbar komik pula dibeleknya. Akhbar membosankan. Berita biasa. Politik juga memualkan.

Dalam melihat-lihat suasana hiruk pikuk di puduraya dia ditegur oleh seorang pemuda. Agak selekeh. Aduh, sahih mat gian. Atau mamat ni gila ?
Ingin angkat kaki, tapi lengan pula digenggam kemas.

" Apa hal mat ? "
"Gua nak jual barang, lu mau angkat ? Murah je."
"Gua tak minat la."
"Tengok dulu bro.."
"O.K la, apa dia ? Gua dah lambat nih."

Dengan perlahan sekeping gambar dikeluarkan


" Apa benda mat ?"
" Ni la gua nak jual, lu nak angkat, ada berani ?"

"Poskad ni ? Takpe la gua tak minat."
"Bukan la bro, gambar dalam poskad ni la..Hahaha "


Cheh, kurang ajar. Aku pulak kena main.
Berdiri dan terus ingin beredar. Tawa mamat berpanjangan.
Belum sempat melangkah, mamat penjual poskad menegur lagi,

"Bro,gua dah 3x kena angkut masuk lokap pasal mencurik kat sini, gua curik barang biasa je, kecik aje, bukan besar enjin jet,tak sampai pun 50 juta tapi kena tangkap gak hahaha.."

Seorang pegawai kerajaan yang memasang telinga sejak awal lagi kelihatan menganggukkan kepala.
Perlahan membisikan ke telinga pemuda,
"Orang gila pun tahu menilai, malu kita..."

Pakcu : Orang gila pun pandai buat jenaka. Sinikal.

Thursday, December 17, 2009

Lupakan Seketika Sengketa Kita :)



Anda Man.U ? Liverpool ? Arsenal atau Chelsea ?

Tidak mengapalah, hatta anda seorang penyokong mati keras die hard Pohang Steelers ataupun Red Star Belgrade sekalipun tapi petang ini...
Marilah kita bersatu menyokong Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia.

Dengan kesungguhan yang mereka pamerkan terutama ketika bangkit menumbangkan Siam Thai sewajarnya mereka diberikan sokongan padu.
Perak dan Emas bukanlah perkara utama ( walaupun dah terliur sejak 20 thn lalu )
yang penting mereka pamerkan semangat melawan. Tidak mudah putus asa.

Kalah menang adat bertanding. Jika menang, ia adalah bonus kerana mereka hadir ke Laos tanpa sasaran dan telah dikritik hebat..:)

Pakcu : Tak dapat ke Laos, dapat depan TV3 pun jadi la.

Sunday, December 06, 2009

TQ Supertev


Bak kata Slam - Akhirnya mentari muncul lagi.
Ringkas dan padat.
Adiboye and Tebez, Terima Kasih Daun Keladi !

Sumber Gambar : The Sun

Saturday, December 05, 2009

World Cup - Mari kita buat perkiraan



JABULANI-New Ball for World Cup 2010


Ini dia jadualnya...


GROUP A: South Africa, Mexico, Uruguay and France
GROUP B: Argentina, South Korea, Nigeria and Greece
GROUP C: England, USA, Algeria and Slovenia
GROUP D: Germany, Australia, Ghana and Serbia
GROUP E: Netherlands, Japan, Cameroon and Denmark
GROUP F: Italy, New Zealand, Paraguay and Slovakia
GROUP G: Brazil, North Korea, Ivory Coast and Portugal
GROUP H: Spain, Honduras, Chile and Switzerland

Group A, saya merasakan France da cheaters, Uruguay dan South Africa boleh melangkah ke pusingan ke-2. kelebihan mungkin buat Tuan Rumah memandangkan faktor cuaca dan penyokong yg memekak dgn trompet mereka. Adoi boring betul, bingit siyol !

Group B, Argentina for sure ( walaupun main mcm hampas je masa kelayakan ), 3 teams yg lain mungkin boleh berebut la sama-sama. Harapnya Korea Sealatan dapat membawa nama Asia seperti tahun 2002.

Group C, England dan Slovenia barangkali ? Tapi team Eropah in main dalam panas belum tentu boleh perform. Atas kertas memang itulah pilihan saya.

Group D, Germany dan Ghana. Australia ? Apa barang, Kalau ada Guus Hiddink mcm 2006 lain la :)


Group E, Netherland pastinya ( Dari dulu lagi hebat di pusingan kelayakan, gruop stage, masuk suku,semi, bungkus. Sama mangkuk dgn England ). Bakal mengiringi pada perkiraan saya Cameroon :)

Group F, Italy dan Paraguay. ( Group kacang bendi, tak fight langsung )

Group G, Ini group yang syok nak tengok. Silap gaya Brazil pun boleh out :) Saya memilih Brazil dan Portugal dan Ivory Coast. Pilih la antara 3 hahaha

Group H, pastinya Juara Eropah Spain dapat mengsayurkan 3 team yg lain. Bakal mengiringi, Chile or Swiss ?


Bermain di Afrika pastinya faktor cuaca memainkan peranan. Geng2 Men In Black pasti suka. Brader Drogba dan kawan-kawan pasti dpt berlari seperti Kuda padi mustang.

Saya sokong mana ? Haha, jarang-jarang sekali penyokong Man.U akan sokong team lain selain England. Begitulah kuatnya pengaruh BPL, macam telah di doktrin la pulak. Tiap kali temasya bola Dunia atau Eropah memang berduka manjang, takat suku akhir aje la, dengan Portugal entah berapa kali suwei. Harap kali ini Capello dapat mempamerkan kreativiti taktikal terhebat. Sentuhan juara.

Namun begitu tidak semua peminat BPL menyokong England contohnya Mr. Zaid Akhtar yg hidup mati ataupun lebih tepat, mati keras die hard bersama Holland. Team yg memperkenalkan total football.

Team Juara ? Tunggu tahun depan la bro. Masa masih panjang, mana la tahu Kaka, Ronaldo, Messi, Drogba, Torres, Runi patah kaki, tengok-tengok Algeria yg mnang, Maradona, Dunga, Capello pakat bunuh diri bersama-sama hahaha...

Thursday, December 03, 2009

Cari Jodoh - Wali Band

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mahu dan menginginkan aku
Untuk jadi pengubat pilu
Untuk jadi penawar rindu
Untuk jadi kekasih hatiku
*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah chobaan cubaan ?
**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku, aku yang tengah malu
Sama teman-temanku                                                                  
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mahu



Lagu daripada Wali band ini bagi saya nyaman di dengar.
Layan. Melodinya menangkap catchy begitu juga dengan liriknya yg sempoi simple.
2-3x mendengarnya sudah cukup untuk memikat pendengar. Pertama kali mendengar adalah tika mundar mandir di kedai-kedai bundle sekitar Jalan Raja Laut, KL. Saya juga tidak menyangka rakan saya saya ( ustaz ! ) juga tahu lagu ini. Masih teringat dialognya tika mendengar lagu ini sambil membelek baju bundle,
“ Ana tuju lagu ini pada anta.”
Ceh, Fine Ustaz, Ustaz memang canggih bab kilas mengilas. Ana surrender. :)
Saya cukup hairan kenapa lagu dari seberang mudah benar diterima, enak di dengar.
Simple tapi melodi cukup memikat seperti band-band indon sebelum ini 
( saya suka Syurgamu - ungu ! )

Apsal band Malaysia tak boleh buat lagu yg se simple ini ? Aneh. 
Lagu-lagu lain daripada Wali Band, Mari Selawat dan Ya Allah.
Saya menggemari keduanya terutama Ya Allah, ia simple tapi menyentuh.

 p/s 1 : Ada orang kata lagu ini lagu offer diri. Ye, saya setuju :)
p/s 2 : Gambar di atas sekadar hiasan. :) Tiada kaitan dengan cari jodoh, hanya berkaitan dengan Woodball Maniac. 

 

Thursday, November 26, 2009

Ulang Siar

Dalam banyak-banyak gambar berkaitan bolasepak rasanya inilah gambar yg benar2 menjentik urat saraf ketawa saya lalu terhambur gelak tidak tertahan lagi.

walaupun telah disiarkan di laman sokernet,                                           
sukacita saya mem publish kan sekali lagi.



 Pose Istimewa : Fara tersipu plus control ayu...argh..ayu ! Arghh Fara ada-ada sja kau ini :)

( Syabas buat Mr. Jorji atas kreativiti level da vinci )


Gambar yg ini juga bernilai tinggi. Dua situasi berbeza. Cium lensa kamera dan cium Trofi BPL. Tersungkur 1-4 di Oldtrafford sangat pahit tapi...

Pengajaran berharga buat Kopi Pahit Kopittes, benam  Man.U it doesn`t mean you can win da title :) U got it Fara ? opps Rafa hehe ( tidak lupa juga buat Mr. Jerat )

 p/s : Buat kaum kerabat Kopi Pahit, jangan marah ye, Europa League sedia menanti. 2001 kalian pernah memenanginya bersama En.Owen, kali ini bersam En.Torres pula. Mengapa tidak ? :) ( Macam tak biasa pulak )

Pakcu : OK, cukup la, saya dah tak larat untuk menoreh pokok getah tangkai hati kerabat kopi pahit. Bosan pun ye juga. Apa-apa pun selamat maju jaya diucapkan buat kalian.

Friday, November 20, 2009

Fairplay konon


Mr. Henry dulu terkenal dengan pejuang kepada permainan bersih / Fairplay.

Agak malang dek kerana negaranya bakal terhumban keluar dari saingan Piala Dunia di Afrika Selatan 2010, segalanya dilacurkan. Paling menyakitkan pabila dia meraikan jaringan William Gallas hasil daripada double handed nya.

Fairpaly ? Oh bullshit.
Komen daripada rakan-rakan beliau ?

1. David Ginola " Buat masa ini saya malu untuk mengaku sebagai warganegara Perancis."

2. Petit "The feeling among the French public is one of embarrassment."

Friday, November 13, 2009

Nostalgia dengan Cucu Cicit Pak Wahab


Bulan ini negara heboh lagi. Isu yang terjadi ke atas cucu cicit Pak Wahab. Pemegang panji-panji kesetiaan Pak Wahab.

Saya sebetulnya bukan arif dengan golongan / kerabat Pak Wahab. Tapi bila kecoh-kecoh begini terkenang pula peristiwa tika kembara saya ke Makam Rasulullah S.A.W beberapa tahun lalu.

Setelah mengucapkan dan menyampaikan salam di makam baginda saya terus berlalu keluar dari makam tersebut. Sendirian. Lorong dihadapan makam sesak dengan manusia. Macam-macam gaya kelihatan di situ. Para pengawal makam pula pastinya tidak membenarkan pelawat berdiri terlalu lama di hadapan makam yg menempatkan juga makam Saidina Abu Bakar R.A dan juga Saidina Umar R.A.

Saya terus menapak keluar. Bebas daripada kesesakan. Setelah agak lega dengan persekitaran itu saya lantas berpusing menghadap Kubah Hijau ( di bawahnya Makam Rasulullah S.A.W ). Berdiri agak lama merenung binaan tersebut, maklumlah ia kembara pertama ke bumi penuh berkat itu.

Tidak berapa lama selepas itu ( saya masih memandang ke kubah hijau ) datanglah seorang lelaki berbangsa Arab, berjubah hitam. Muda dan handsome orangnya. Beliau terus menyapa saya dalam Bahasa Arab, bla..bla..bla..( saya beranggapan dia sedang membebel ) manalah saya faham, Bahasa Arab, ana berdarah melayu sheikh hehehe...

Namun begitu daripada gerak badan yang beliau tunjukkan saya faham beliau menegur saya agar jangan berdoa di makam nabi. Padahal saya hanya mengadap kubah tersebut. Bermonolog, kerna hajat untuk menziarahi Rasulullah S.A.W tercapai.
Rupa-rupanya Pak Arab tersebut menyangkakan saya sedang berdoa. Setelah puas memberi teguran beliau terus berlalu.

Itulah sedikit pengalaman saya dengan cucu cicit Pak Wahab. Bagi mereka semuanya bida'ah. Menambah-nambah dalam amalan. Jika saya berdoa sekalipun ia bukan satu kesalahan. Bumi ini, tanah ini, penuh keberkatan. Tempat bersemadi jasad baginda, tapi mereka tidak boleh menerima itu semua.

Begitu juga dengan tempat kelahiran Rasulullah S.A.W, sangat menyedihkan. Ia hanyalah sebuah perpustakaan buruk. Bangunannya sangat uzur. Bagi mereka ( Cucu cicit Pak Wahab ) mendirikan bangunan yg elok di tapak/tempat kelahiran Nabi adalah bida'ah. Memuliakan tempat kelahiran itu bida'ah. Mereka tidak sedih melihat kesan sejarah Insan Agung itu sangat buruk, tidak terjaga kerna mereka tidak mahu ramai orang berdoa dan mengambil berkat tempat kelahiran baginda. Aduh, bida'ah lagi !

Tapi mereka terlupa, Baginda Rasulullah S.A.W pernah memuliakan tempat kelahiran Nabi Isa a.s di Baitul Laham, Palestin. Baginda mendirikan solat 2 rakaat di situ sebelum meneruskan perjalanan Isra' mikraj.

Apakah golongan membida'ahkan orang itu dan ini akan terus kekal hingga kiamat ?
Waallahu a'lam. Moga kita semua terlindung daripada pemikiran yang ekstremis ini. Wahai Cucu Cicit Pak Wahab, sesungguhnya Ahlul Sunnah Wal Jamaah, pegangan kami !

Gambar atas : Tapak rumah tempat kelahiran Rasulullah S.A.W yg dijadikan maktabah / perpustakaan, buruk dan menyedihkan. Apa salahnya dimuliakan tempat ini. Bukan dengan hiasan mewah yg terlalu agung hingga membazir tapi setidaknya biarlah kesan sejarah ini kelihatan terjaga berpagar dan bercat indah. Salahkah ? :(

p/s : Lebih menyedihkan, saya dikhabarkan oleh Ketua Kembara, tapak rumah Saidatina Khadijah dijadikan tandas..:(

Punah ranah kesan sejarah dek cucu cicit Pak Wahab :(
Selawat Syifa pun hang nak pertikai ? Hang memang haghu !

Wednesday, November 11, 2009

Gua Tak Sentuh Bulu Betis Lu !


" Hoi labu, bila masa gua sentuh bulu betis lu ? Lu nak main, main elok-elok. Gua hentak lu kat sini karang...Lu memang !@#$%^&* "


" Bulu betis gua memang tak terjejas tapi team gua dah nazak nih, takkan gua nak kalah lagi. Sori la bro, lu tackle tak kena tempat la hehehe "
~Bisik Ngog dlm hatinya~ :)

PakCu : Mr. Lee Carsley sedang meradang paru-paru terhadap David Ngog yg membuat muka selambe/innocent setelah berjaya mendapatkan sepakan penalti daripada pengadil. Ngog, lu boleh jadi anak murid ronaldo and drogba and eduardo la..:)

Sunday, November 08, 2009

Penat yang terbayar


1.Camping adalah suatu yg memenatkan, apatah lagi mengelolakan camping. Tapi saya tetap berpuas hati kerana ia berjalan dengan lancar dan jayanya.

2. Peserta camping Pengakap kebanyakkannya ceria. Pada pandangan peribadi, mereka sangat suka camping. Riak wajah excited setiap slot yg dilalui benar-benar meyakinkan saya bahawa mereka memang SUKA camping. Oleh itu penat saya terbayar.

3. Mereka benar-benar menjadi kanak-kanak riang, tambahan pula exam sudah habis. Ada yang sampai mengigau memberi arahan "Baris, baris, sedia ! " Ini juga membuatkan saya dan rakan-rakan merasakan penat kami terbayar. ( gelak sakan mendengar peserta mengigau hahaha ).

4. Walauapapun perkara utama, murid dapat ilmu ( ikatan, pasang khemah, memasak ) dan pengalaman berkhemah.

5. Ye, kami penat. Tapi kami puas hati.
6. Kami akan buat lagi tahun hadapan. :)

***Gambar : Sekawan Kenari, masak sardin sampai hancur ! Tahniah, kalian memang hebat :)

Pakcu : Malam ini nak stay up lagi. Big match Chelsea vs Man.Utd. Hati berat mengatakan saat ini MU belum mampu mengatasi Chelsea. Kalah mungkin. Draw pun dah nasib baik sangat dah tu. Apa2 pun nantikan aje.

Apakah ada lagi episod seperti Kelantan vs N9. On paper, Kelantan kelihatan begitu gagah. Keputusan akhir ? Seantero malaya sudah tahu, tersungkur bersama-sama penyokong fanatik yang masih tak pandai-pandai utk sekolahkan emosi mereka. Nak main mercun balik rumah la woi !

( Kalau saya katakan bahawa yang baling mercun kepada pemain dan penjaga garisan tu BODOH anda setuju tak ? )

Minda kelas 4 ! :(

Thursday, November 05, 2009

F1 - Gergasi Pemotoran Angkat Kaki



F1 - Gergasi Pemotoran Angkat Kaki

Toyota, gergasi permotoran dunia ( terlaris dunia ? ) telah cabut / tarik diri daripada sukan permotoran tersohor ; Formula One.

Alasan utama adalah kerna ingin mengurangkan kos perbelanjaan dan memberikan tumpuan kepada perniagaan. Klik sini

Itu saja yg ingin dimaklumkan.

p/s : Kita baru nak joint F1 ? Banyak betul duit " NEGARA" kita kan ?

Monday, November 02, 2009


Selamat Jalan Romeo !

1. Kadang-kadang aku merasakan Mr. Rafa gila dalam mencuba resepi baru.
2. Nasi lemak yg perlu makan di pinggan rata tetap mahu di bungkus.
3. Nasi lemak sambal ikan bilis di campurnya dengan tempoyak, budu dan cencalok. Gila ke hapa dia ni ? Siapa nak makan ? ( Nak makan sendiri agaknya )

4. torresTelur dikeluarkan. benayonTimun pun dikeluarkan. Apa yg tinggal ? Cencalok. Arghh. Dia memang gila !

5. Mungkin dia terpaksa memikirkan kehidupan baru di Restoran Sepanyol ? Restoran baru, pekerja baru di Madrid mungkin sedang melambai-lambai.

6. Kesimpulan akhir ? En. Rafa gagal dlm misi utk meraih anugerah Chef terhebat Restoran Padang An utk tempoh 18 tahun. ( Seperti juga chef, chef sebelum ini...)

Gambar atas : En. Rafa sedang mengalami stress / tekanan mental yg kronik. Argh, migrain !

Pakcu : Teringat lagu Ramlah Ram - Selamat Jalan Romeo :)

p/s : Wah marah betul (KLIK SINI) : Liverpool Legend..bawak bertenang uncle...heart attack nanti :)

Thursday, October 29, 2009

Ku sangka Reds Hot Chili Peppers menyanyi sampai ke petang...



Rupanya Hujan menyanyi di tengahari, di Emirates Central Market :)



En. Rafa kata, Piala 2nd Class, Rafa tidak mahu, hantar 2nd team je.

En. Wenger kata, Oh, Piala 2nd Class ye, Piala yg anda menang sampai 7x tu ke ? Hantar 2nd team ? Kami pun tak bagi Captain kami Mr. Fabregas, Mr. Persie and Mr. Russian kami main. Kalau main sure kalian bawa pulang belon merah lagi. :)

Pakcu : TQ Arsene, walau kita masih seteru, kerjasama anda kami dahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih. Terima kaseeeey ! ( versi alleycats )

Piala Liga :-
Arsenal 2 vs Liverpool 1

Monday, October 26, 2009

Nasi Lemak bungkus daun pisang dihulur di sambut MESRA !

1. Puas dihulur, Pak Alex menolak, 3, 4 kali hulur, dia tetap menolak. Tapi setelah lebih sejam baru la dia terima. ( Aku pun hairan mcm mana dia boleh terima nasi lemak Mr. Rafa, mcm la best sgt )

2. Kemungkinan Mr. Rafa main pawang tetap ada jika tidak masakan setelah sejam hulur baru terima dan selepas sejam setengah, Pak Alex makan lagi sebungkus ! ( hairan..hairan...Mr. Rafa bubuh apa dlm nasi ? Memang kejam la kalau main pawang, kami tahu la kalian tak boleh nak main dengan ref :)

3. Malam tadi Rio dan Mamat Serbia memang bagus control cuma dgn torres memang susah sikit nak selia mcm tahun lepas, he's quicker than them.( Tapi, berapa kali torres lepas hah ? Yg gol sebijik tu la dia lepas pun dari kawalan, Shot on target pun takde ).

4. Kami OK aje kalah menang adat bertanding ( dah col nih ), emosi terkawal. Hahaha

5. Terima ksih kepada pengirim SMS kerana anda sungguh sopan dan beradab, kecuali seorang, peminat Chelsea ( Aku pun hairan, Liverpool yg menang, dia pulak yg raya sakan. Ibarat Raya deepavali tp dia tolong sambut/menari sama. Harapnya jangan la kalian, emo mcm ni ye )

6. Minggu depan jumpa Blackburn, Pak Alex bercadang nak bg nasi lemak Rafa pd mereka. Seminggu nasi lemak duduk tempat freezer :)

7. Musim masih awal. Masih berbaki 28 games. Chelsea masih belum menang apa-apa ( jgn la emo tak tentu pasal ye ), MU pun masih belum menang lagi, Liverpool dan Arsenal juga sama. Tunggu sampai Mei.

Pakcu :-

*** SMS penyokong Chelsea tidak dpt dinyatakan di sini kerana agak nista, bawa bertaubatlah wahai sahabat. Bola utk suka-suka, berhibur, bukan utk melayan emosi tak sekolah. Sila sekolahkan emosimu terlebih dahulu, OK ?

***Siapa yg tidak terliur dgn nasi lemak di atas sila angkat tangan ? Patutlah Pak Alex tak dapat tahan nafsu ! ( Rafa dah ubah perasa, mungkin dia campur jintan manis )

*** Khusus buat Mr. Qasidi, MU tiada istilah berkabung, kalah menang telan belaka ! Hahaha

Wednesday, October 21, 2009

Nasi Lemak Bungkus vs Roti Canai

Restoran Padang An, U.K - Setelah bising-bising hujung minggu lalu ( kerana makan nasi lemak bungkus di tepi pantai bersama beach ball), En. Rafa Beni sekali lagi terpaksa menenangkan peminat masakan beliau di bawah lampu Lyon neon.

Pagi ini pelanggan setia Restoran Padang An mengamuk lagi kerana En. Rafa Beni berjanji untuk menukar menu daripada Nasi Lemak "bungkus" kepada roti canai kuah banjir. Namun dek kerana tak cukup bahan maka nasi lemak " bungkus " jua jadi hidangan :).

Beberapa orang peminat air tangan En. Rafa Beni menjelaskan kepada wartawan bahawa mereka boleh terima nasi lemak, tapi bukan nasi lemak bungkus ! Apatah lagi nasi lemak bungkus yg tidak cukup bahan dan perasa tambahan.

" Steven Santan tak ada, torres telur rebus pun tiada, mana sedap ?! Lebih baik makan roti canai, tapi roti canai pun dia tak bikin pagi ni. Jangan sampai kami demonstrasi untuk dapatkan tukang masak lain ! " luah peminat masakan En. Rafa Beni yang tidak berpuas hati dengan masakan beliau sejak beberapa minggu lalu.

Diberitakan Tokei Restoran Padang An tempat En. Rafa Beni bekerja sudah mula menepuk dahi dan menyinsing lengan serta sudah mula bekira-kira mencari tukang masak baru.

" Kita akan lihat perkembangan pada hujung minggu ini, jika hidangan nasi lemak bungkus sudah tidak boleh diterima lagi oleh pembeli, maka kita akan cari tukang masak baru. Saya sudah bagi banyak peluang pada dia tapi resepinya masih belum berubah hingga saat ini," jelas Tokei Restoran Padang An, En. Jaws Jilat atau nama sebenar beliau En. Jaws Pisau Cukur.

Gambar Atas : En. Rafa Beni sedang menenangkan peminat resepi beliau daripada bertindak ganas dengan membaling bola pantai dan kerusi malas di Restoran Padang An.

Gambar Kiri : Nasi Lemak Bungkus yg menjadi masakan kegemaran En. Rafa Beni yang sudah mula tidak dapat ditelan peminat resepi beliau.

Pakcu : Alangkah indahnya jika bekas Water Boy ( Pembancuh air ) Restoran Padang An, En. Mirnowen Nawawi dapat menunjukkan kaedah sebenar untuk membuat nasi lemak bungkus kepada En. Rafa, pasti beliau akan mengucapkan jutaan terima kasih :)

p/s : Berita di atas dikutip daripada akhbar Harian Pakcu. Sekian dimaklumkan.

Monday, October 19, 2009

Jangan bagi kanak2 main belon !

1. Saya suka belon / beach ball ini.
2. Belon / beach ball ini, saya suka.
3. Liverpool Fans juga suka belon / beach ball ini ( dulu suka sekarang murka ! )


4. Dek kerana bola merah bersama lambang liverpool ini Pepe Reina ( pengutip bola ) ternganga, terkasima ( Bukan ter kasi ye, itu undang2 elak rogol zaman dulu ).

5. Bola ke jaring gol, belon ke kanan gol. Arghh...loose again. Pepe tepuk dahi. Rafa gigit tai dan Carra maki belon :)

p/s : Pasti selepas ini di pintu masuk Anfield akan tertulis " Childrens with ballons are not allowed ! " hehehe...

>>>Gambar di crop dari laman sokernet

Tuesday, October 06, 2009

Man.United dan injury time ( kembar yg sukar dipisahkan :) )

1. Musim ini dua perlawan MU, gol dijaringkan pd waktu kecederaan. MU vs Mancity & Sunderland
2. Ramai orang bising ( terutama geng2 yg ada nama dlm kitab tawarikh sbg juara ), ref bias. Konspirasi dan sebagainya.

3. Bila Pakcu tanya pd penyokong MU, dia kata " Shhh..diam2 sudah, janji menang,hahaha.."
4. Pakcu bukan mengkaji sgt pun setiap minit, cuma bila ada artikel yg buat kajian terperinci bagai mana ref menambah masa ( terutama kemenangan ke atas Man. City, 6 minit injury-time ) maka inginlah Pakcu kongsi sama.

5. Secara jujur Pakcu memang terasa mcm lama sangat masa tambahan tu. Tapi bila dikira semula, ref tetap punya alasan mengapa dia menambah masa hingga 6 minit.

6. Untuk info bersama, undang-undang penambahan masa bagi setiap jaringan gol dan pertukaran pemain adalah 30saat.

7. Untuk lebih faham baca ulasan di sinilah. Fergie mad but right
Dan di sini pun menarik juga bagaimana game Chelsea spurs tambahan masanya 2 minit lebih berbanding MU. Time Waits for no man

p/s : Jangan marah2 ye :). Musim masih panjang. Usaha tangga kejayaan. Chelsea, Liverpool, Arsenal juga boleh score walaupun di minit kecederaan. Peace for All.

Friday, October 02, 2009

Sudah Oktober rupanya...

Pantas sungguh masa berlalu. Bumi sudah semakin uzur.
Dalam seminggu 3 bencana alam berlaku secara tunai dan ansur-ansur.
Gempa bumi di Samoa Amerika, Padang, Sumatera Barat Indonesia dan taufan Ketsana di Filipina.

Di zaman Baginda Rasulullah S.A.W usia bumi adalah lelaki tua yang bertongkat, hari ini ?
Moga ada iktibar daripada kita semua yg mula merasai tempias bencana tersebut.
Tiada mustahil utk Malaysia mengalami bencana yg sama. Segalanya mungkin.

Hujung minggu ini. Pakcu ingin ;

>>>Ke Kuala Lumpur. Sasaran : Plaza Low Yat utk usya laptop big.bro, kedai buku MPHker na hasrizal jamil / Saiful islam saran ke sana dan ke UITM Shah Alam utk menyaksikan Futsal Kosmo. ( Syafiq @ Ahgo @ Awang Itam merangkap sepupu ini akan beraksi lagi utk kesekian kali. Setiap tahun main, suku akhir pun tak pernah cecah kaki.

p/s : Korang kurang buat latihan ke apa ? Pandai main tak nih ? :) penat aku datang jauh2 nak tengok korang jadi Champion, cheh. Give me some hope la.






p/s 2 : MU meneruskan rentak / joget / ronggeng kemenangan di semua pertandingan :). Harap2 minggu ini dapat makan rendang ayam perisa Sunder bolong land pula.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri
Di hari yang diharamkan berpuasa ini. Saya ingin memohon maaf kepada semua kiranya ada salah silap tutur bicara yang mengguris rasa. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa. Tiada terlepas daripada salah dan dosa. Harap diberi seribu kemaafan. Selamat menyambut Syawal !

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Andai ada salah silapku

Terguris di mata di hati jangan...

Sunday, September 13, 2009


Malam-Malam Akhir

1. Baginda Nabi pernah bersabda, malam LailatulQadar turun pd 10 malam terakhir. Carilah di malam2 yg ganjil.

2. Menurut Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, kiranya Ramadhan bermula pada hari Sabtu maka ada kebarangkalian LailatulQadar terjadi pada malam ke-23.

Pakcu : Malam ke-23 adalah malam semalam. Aiseh, dah lepas ke ? Nanti dulu,
Imam Al-Ghazali tika membuat perkiraan bukan di tanah Melayu. Mungkin beliau di tanah kelahirannya di Parsi / Iran. Mungkin juga kala itu beliau di Makkah / tanah arab.
Dan tentulah tidak sama permulaan Ramadhan kita semua.

Dalam mencari maghfirah dan redha Allah teruskan amal kita sebaik mungkin. Yang penting kita masih di bulan Ramadhan yg penuh dengan rahmat Allah. Bulan di mana pahala diganda-gandakan. Kiranya ditakdirkan dipertemukan dgn lailatulqadar, maka ia adalah bonus tidak ternilai. Alhamdulillah.

Untuk itu, ayuh !

Sunday, September 06, 2009



Pengorbanan

Berhari-hari meninggalkan ruangan blog tanpa sebarang perutusan. Mood menulis merudum. Sekadar membuka laman blog orang lain. Membaca berita online.

Ingin melupakan sejenak kisah bola, politik..
Hari ini ingin berkongsi sekeping gambar yang melambangkan pengorbanan seorang tuan rumah ( Selebihnya adalah daya kreativiti insan utk memnhi keperluan nafsu tidurnya )

Gambar ini diambil pada tahun lepas. Tanpa sebarang lakonan. Memang ia sekeping gambar benar. Saya ke Kuala Lumpur, menziarah / menumpang tidur di rumah sahabat.

Lantaran ingin memberi keselesaan kepada tetamu ( bantal dan tilam diberikan pd tamu ) beliau mengambil inisiatif yg membuatkan saya rasa ...
1. Terharu.
2. Masih terharu.
3. Err..kreatif juga kawan aku ini.

Terima kasih sahabat.

Tuesday, August 25, 2009


" andai masih ada mungkar yg kita lakukan...benarlah , sesungguhnya yg JAHAT itu adalah diri kita sendiri..."

Selamat menunaikan ibadah puasa dengan jayanya !



Mari Kita Raikan...

Opss..Sebelum itu takziah buat all liverfool Liverpool Fans.

"Liverpool were beaten at Anfield in the league for the first time in 32 matches – a sequence stretching back to December 2007 – after Martin O'Neill's team, themselves under pressure following a poor start to the campaign, reacted in impressive style on Merseyside." ~ Guardian Newspaper.

Di pagi kejatuhan Man.U di Burnley ( really2 Burn ! ) Saya menerima 3 SMS daripada 3 peminat team berbeza. SMS nista belaka, adei, pedih..pedih...Yang terawal adalah jam 6.20 pagi daripada peminat setia Liverpool. ( Actually saya sendiri tak tahu MU bungkus pagi tu ).


p/s : This weekend..MU vs Arsenal di Old Trafford. Pasti ramai yg berdoa agar Champion Holder lingkup wal bungkus sekali lagi :) . Ermm, kalah menang di OT perkara biasa. 2 musim lepas pun MU pernah tersungkur di kaki Gunners 0-1. Apa2pun ia tetap perlawanan dinanti.

p/s 2 : memilih tulisan warna hitam tanda berkabung ! :)

Monday, August 17, 2009

Mendiami Rumah Baru...

Pagi Ahad lalu, saat masing2 masih di tilam, telefon berdering. Bonda saya yang menjawab dan selepas itu segera ke bilik saya...
" Min, Amir Mek Yang meninggal accident."
Agak terkejut. Anak jiran saya itu masih muda. Usianya 26 tahun. Junior saya di sekolah dulu.


Terus terbayang susuk tubuhnya, wajahnya. Dia dikenali ramai kerna keramahannya. Muda tua disapanya belaka. Senyum sentiasa dibibir, lebih2 lagi kalau berjumpa bonda saya yang juga guru di sekolahnya dulu.
"Innalillah..."

Esok harinya barulah saya ketahui bahawa Amir telah dilanggar Mat Rempit yg berlumba. Arwah dikatakan baru pulang dari tempat kerja ( Bekerja sebagai Guard ) dilanggar mat rempit mengakibatkannya jatuh seteleh itu dia dilanggar pula oleh mat rempit kedua. Tamat riwayatnya di situ. ( Mat Rempit memang celaka ! )


Ptg, saya pulang ke kuaters guru. Masuk ke rumah, merenung siling, masih lagi terkenang Si Amir. Amir malam ini akan berada di rumah barunya. Muda lagi telah mengadap ilahi. Moga dia tenang di sana. Insya Allah dosa orang muda tidaklah terlalu banyak. Aku ? Bila ? Moga segala dosa diampuni...

Cukuplah mati sebagai penghapus segala ingatan tentang kelazatan dunia...

Sunday, August 16, 2009

Ia Sudah Bermula
Barclays Premier League.

Malam tadi, menyaksikan chelsea yang hampir dimalukan Hull di Stamford Bridge. Ketinggalan 0-1 dan akhirnya mereka menang 2-1 hasil gol2 Drogba. Ada orang kata, Man.U selalu dapat ehsan pengadil dengan tambahan masa yang melampau. Tapi saya kira ia tidak relevan lagi kini pabila Chelsea diberikan 6 minit masa tambahan. Melampau betul. ( MU pernah dpt 5 minit je tau ! ) :)

Arsenal juga bermula dengan garang, 6 gol utk membenam Everton ( Rest in Peace for Moyes ! ) pd aksi pertama musim ini. Marvellous performance.
Begitu juga aksi Man. City ( Ramai ingin melihat sejauh mana mereka melangkah tahun ini ) menang 2-0 ke atas Balckburn.

Malam ini aksi bersambung. MU dan Liverpool akan menentang lawan masing2. ( Birmingham dan Spurs ). Cuak juga, MU selalunya tidak akan bermula dengan baik, bak kata mekanik kereta, enjin lambat panas ! Sebagaimana musim2 sebelum ini perlawanan pertama mereka berkesudahan dengan draw.. Musim ini harapnya lebih baik, tidak perlu struggle dipertengahan musim untuk memintas lawan2 utama mereka.

Pakcu : Rasa macam terkilan la pulak tak dpt tgk Kopitiam Ghadir-Faisal Tehrani.
Aisehh...minggu ni kena pulang ke kampung coz next week sudah mahu jadi Orang Terengganu pulak. Kena mohon restu bonda dulu baru aman perjalanan.

Wednesday, August 12, 2009


Antara I.S.A dan Abdullah bin Ubay...

Beberapa hari lalu terkanangkan kisah demonstrasi I.S.A. Ramai yg marah. Para demonstrater marah kerna mereka rasa ditindas. Para peniaga marah tidak dapat berniaga. Para Polis marah dengan tindakan org awam yg degil nak berarak secara aman ( Tiada kereta polis terbakar melainkan kedai2 terpaksa tutup, warung2 lingkup dek kerana Polis yg sembur / hentam tempat tu..err siapa yg sengal sebenarnya ye ? Siapa yg tidak mahu perarakan aman ituberjalan dengan aman ? )

Saya terkenangkan kata-kata orang yang rapat dengan saya,
" I.S.A masih wajar untuk jaga keamanan.."


Mudah katanya. Jika ada acaman terus tangkap. Senyap terus. Dalam hati. Ya, mungkin benar. Tapi akal saya tetap menyanggah. Bagi saya jika salah perlu dibuktikan bersalah. Itu prinsip Islam. Itu yang Nabi ajar. Itulah dia undang-undang jenayah dalam Islam. Kita mahu ikut Nabi, bukan ? ( A to Z, kita wajib ikut Nabi ! )

Islam sangat menjaga hak semua manusia. Tidak kira dia beriman kepada Allah ataupun tidak.
Jika hanya berdasarkan syak terhadap ancaman ( semata-mata syak ) apakah kita boleh memenjarakan insan yg sewajarnya merdeka ?

Jika Nabi berpegang pada syak untuk memelihara ketenteraman awam ( rakyat Madinah di zaman itu ) pastinya Nabi akan sumbat semua puak MUNAFIK ke dalam tahanan. Baginda bukannya tidak kenal siapa yg menufik, yg boleh merosakkan Islam dan menghancurkan kerajaan Islam di Madinah. Nabi kenal belaka.

Ketuanya Abdullah bin Ubay Bin Salul adalah bapa kepada para munafiq.
Tapi..tidak pernah kita dengar bahawa Bapa Munafiq ini ditahan tanpa bicara sedangkan ANCAMAN munafiq ini sangat besar. Mengaku berjuang bersama nabi tapi di belakang nabi dialah ketua kepada segala fitnah. Ada yg ingin bertindak keatas Abdullah Bin Ubay, tapi baginda melarang sahabat2 nya...jelas di sini Rasulullah S.A.W menolak tindakan menahan /menghukum selagi tidak dibuktikan bersalah.

p/s : Sekadar pendapat. Ada komen ? Silakan. Ya, ISU yg sensitif namun saya masih percaya kepada kebebasan bersuara yg ada di Malaysia. Apakah kebebasan meluahkan pendapat sudah mati ? Jika ia sudah mati maka tiada erti sambutan merdeka kita setiap tahun. Rupa-rupanya jiwa raga kita masih belum merdeka .

Saturday, August 08, 2009


Sambutan Merdeka dan Selsema Babi

PM minta jangan hadiri perhimpuan di tempat awam utk mengelakkan wabak Selsema babi daripada terus merebak. Sila Klik sini

Err..sambutan menyambut kemerdekaan tahun ini bagaimana pula ? Perbarisan di pagi harinya ( ramai yang terpaksa berlatih koir, berbaris dan sebagainya di bulan puasa ). Antara semangat patriotik ( sambut kemerdekaan ) dan ancaman selsema babi, yang mana jadi pilihan ? Semangat Patriotisme atau Nyawa ?

Pakcu : Saya mencadangkan agar tiada sambutan diadakan pd tahun ini. Virus selsema babi tidak mengenal usia, pangkat, jantina...ia sapu belaka. Merebak melalui udara. Apakah tiada kemungkinan di hari perbarisan itu nanti ia merebak kepada PM dan rakyat jelata yang menghadirinya ? Sekali lagi saya berasakan ia tidak perlu diadakan pd tahun ini supaya arahan tidak berhimpun ditempat awam benar-benar dilihat sebagai CAKAP SERUPA BIKIN bukannya CAKAP TAK SERUPA BIKIN.


p/s : Harapnya tiada sambutan di siang hari. JUGA DI MALAM hari, terawih..terawih..ramadan..ramadan ! ( Virus tidak kenal malam dan siang, bila dah datang yang segar bugar boleh terlantar di wad biasa ataupun ICU )

Thursday, August 06, 2009

SUKA-SUKA HATI SI MONOPOLI
Semalam surat drpd astro tiba ke tangan. Ingatkan bil, masakan cepat benar baru beberapa hari lepas buat bayaran. Belek punya belek, pemberitahuan rupanya. Beritahu apa ? Kenaikan harga bil.bulanan astro. Hampeh !

Bil dinaikkan sebanyak rm12 ( saya membayar pakej berharga rm54 )
Maka bulan depan terpaksa la membayar dengan harga baru rm66. Memang hampeh !

Punca kenaikan adalah kerana ASTRO tidak lagi tertanggung kos siaran sukan ( kononnya la )
Kos siaran rancangan sukan semakin meningkat. Dan astro yg membeli siaran tersebut terpaksa menaikkan harga.

Puas hati ? Semestinya tidak. Mereka menaikkan harga suka hati mak tiri mereka. Saingan tiada bukan ? Kalau ada saingan jgn harap mereka berani buat begini kepada pelanggan.
Astro sudah tidak tertanggung kos ? Macam tidak percaya aje..( ataupun sebenarnya bimbang harta tokei merosot / tidak meningkat ? ) tokeinya masih pemegang rangking kedua manusia terkaya di Malaysia.

Kerajaanku...takkan diam aje ?
Kalau tidak mampu nak sekat kerakusan manusia astro ini, sila beri peluang syarikat lain buka syarikat TV berbayar. Biar ada persaingan sebagaimana Maxis , Celcom dan Digi. Masing2 berlumba2 memberi servis terbaik dan merendahkan harga berserta bonus lagi.
Plese do something ! Hari in rm10. tahun depan belum tahu lagi..tahun berikutnya ?

Pakcu : Mahu atau tidak, terpaksa juga membayar. Minggu depan Barclays Premier League sudah bermula. Bayar jugak la...Tidak mengapa. Kalian ragut duit pelanggn secara halus kerna takut jatuh miskin ye..tidak mengapa, sifirnya mudah aje, kaya / senang / rezeki itu bukan hanya terletak pada duit bertimbun. Kesihatan juga adalah kesenangan yg tidak boleh dijual beli...
( Opss ! saya tidak mendoakan sekadar mengingatkan putaran roda kehidupan )

Tuesday, August 04, 2009

Beli Kereta ?

Saya membaca entri Pakdi tentang kereta selepas 2 tahun membeli kereta. Peh, memang menusuk kalbu jugak. Tapi daku tidak mampu mengundur masa.

Bak kata kumpulan AXL'S " Andai dapat, ku undurkan putaran dunia...Ingin ku ubah semula..."

Redha aje la. 9 tahun memikul hutang. Betul apa yg dia cakap..


Pakdi cakap apa ?
Kalian bacalah sendiri. ( Sangat sesuai utk mereka yg baru grad dan berfikir nak beli kereta )

Dan bagi yang dah mempunyai kerjaya. Saya cadangkan anda baca pulak entri Pakdi yg ini. KLIK aje, Apa yg perlu dibuat selepas dapat GAJI ?

Thursday, July 30, 2009

Selsema Babi

Negara kita mencatat 4 korban. Dah makin mengganas pula virus ini. Masa ke stadium 2 minggu lalu, terfikir juga,"
kalau ada selsema babi kat sini..tak berbaloi aku datang." Alhamdulillah saya selamat pergi dan pulang.

Terkenang2 hadis Rasulullah yg maksudnya lebih kurang menyatakan, kiranya ada wabak di suatu tempat, tak payah le ke tempat tu. Bagi yg dah duduk dlm kawasan wabak, dicadangkan agar jangan keluar dari kawasan.

Jumlah yg dijangkiti kian bertambah. Kerisauan juga bertambah. Anti-Virus juga belum ditemui.
Apa ikhtiar kita ? Menjaga kebersihan dan semestinya berdoa kepada Allah agar wabak ini segera berakhir ( Bala akhir zaman ? ).

Untuk itu di sini kita sama2 berkongsi maklumat agar dapat menjauhi / mencegahnya dari awal.
Moga ia bermanfaat untuk semua. KLIK maklumat di SINI

Pakcu : Kerap selsema pagi ( sejuk ! ). Resdung saya masih mcm biasa. Macam dulu2 juga. Hingus kalau dikumpul, seminggu boleh dapat secawan agaknya. Walau apa pun lafaz syukur perlu diucapkan. Antara resdung dan selsema babi yg mana jadi pilihan ? Ya, Allah kami mohon perlindungan drpd-MU, jauhkan kami daripada wabak ini. Ameen.

Tuesday, July 28, 2009


Belenggu HUTANG

Kerap benar blog ini bercerita tentang bola. Kita lupa seketika perihal sukan terpopular dunia itu. Entri kali ini saya ingin bicara tentang hutang.
Anda ada hutang ? Hutang apa ? Rumah ? Kereta ? PTPTN ? JPA ?

Membelek penyata PTPTN saya terasa boring...hutang bertambah setiap bulan. Caj dikenakan mengikut baki semasa

Ermm, penat memikirkan kaedah mahu melangsaikan. ( termasuk interest nya tu la )
Bagi yg dah berkerjaya mungkin boleh melangsaikan sedikit demi sedikit. Bagi yg fulus di poket pun tak berapa nak ada ? Yg belum dilamar pekerjaan ? Hutang bertambah setiap bulan.
( Rakyat didahulukan ! )

Notahati : Kalau PTPTN mcm JPA pun sudah cukup bagus. Anda bayar apa yg anda pinjam. Segala kos yg dikatakan kos khidmat, kerajaan tanggung. Bukankah tugas kerajaan memberi pendidikan kepada rakyat ? ( Takkan pendidikan pun nak di niaga / di riba' kan ? ) Duhai tuan-tuan penguasa khazanah negara, kami mohon dengarlah rintihan ini...

Monday, July 20, 2009

Sayang Man.U, CINTA MALAYSIA !

Agak lewat menulis pengalaman ke Stadium Bukit Jalil tika menyaksikan Harimau Malaya menentang Juara BPL 2008/2009 Manchester United. ( Menulis bukan boleh dipaksa-paksa, datang keterujaan baru la seronok bercerita )

Sebetulnya saya berbelah bagi untuk ke sana apatah lagi perkhabaran awal yg diterima daripada rakan2 di KL, tiket SOLD OUT ! ( Ramainya peminat MU ye ? ) Rupanya perkhabaran itu tidak benar, tiket masih ada lagi dijual. Tiket paling murah la, rm58. Tiket rm308, 98, 68 memang sold out.

Tiba di KL agak lewat, maghrib baru baru berada di tengah bandaraya. Sahabat saya En. Sirap telah menunggu di pejabatnya di Jalan Raja Laut. Sasaran kami adalah MidValley. Tiket dijual disana.

Akhirnya setelah melilau, kami dapat juga membelinya ditingkat paling atas, tingkat 4 barangkali.

Pagi Sabtu kami melilau di Pertama Kompleks dan Sogo.

Jam 4, menunggang motor bersama Sirap. Sedia maklum kalau dah tiket sold out, kebarangkalian jem adalah sangat tinggi. Telahan kami benar, kereta berderet merangkak dijalanan menuju Bukit Jalil.Tiba di Bukit Jalil, sepupu saya sedang menunggu ( tiketnya pd saya ) dan kami melangkah masuk sebagai teman MU tetapi kekasih Malaysia :)

30 minit sebelum perlawan sebagaimana, kesemua pemaian ( Malaysia dan Man.U ) membuat latihan memanaskan badan. Tepukan gemuruh serta jeritan membingitkan setiap kali pemain-pemain Man.U melambaikan tangan kepada para penonton.

5.45 ptg, perlawanan bermula. Sorakan penonton bertali arus. Terasa seperti di Old Trafford la pula haha, stadiam dipenuhi dengan penonton berbaju merah. Hanya 1 peratus berpakaian kuning.

Tidak perlu mengulas lanjut berkaitan gold an perlawanan ini. Saya bersetuju dengan En. Rusdi ( blog RAR ) yg mengatakan MU bermain atas tiket / tujuan melancong. Bagi saya perlawan itu hanyalah Entertainment Game. Sekadar utk menghiburkan para peminat dan juga menjaga aib tuan rumah.

Pemain MU lebih gemar bertukar-tukar hantaran berbanding melakukan penyudah. Wayne Rooney bagi saya kerap bermurah hati utk tidak melakukan rembatan deras sebagaimana biasa walaupun mempunyai banyak peluang . Begitu juga dengan Nani. Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada farizal Alias ( Goal Keeper ) yg Berjaya menyelamatkan rembatan Scholes dan beberapa percubaan pemain lain.

Patriotik ? Jika ada yang menuduh penonton yang ke stadiaum tidak patriotic, rasanya ia tidak berapa tepat. Saat pemain Malaysia Berjaya melepasi kawalan / memperdayakan pemain MU dgn gerak badan lincah penonton sgt sporting memberikan tepukan dan jeritan. Begitu juga tika saat Malaysia melakukan serangan stadium gegak gempita dgn sokongan mereka walaupun berbaju merah. Apatah lagi tika meraikan gol-gol Malaysia, penonton majoritinya menjerit kegirangan, bangun dari kerusi bagi meraikan gol walaupun di dada baju berlambangkan MU :)

Malam ini, perlawanan kedua bagi menggantikan aksi yg dibatalkan di Jakarta. Sama-sama kita saksikan di Astro 811, ( harap2 ada ehsan drpd astro )apakah keputusannya kali ini.

Pakcu : Terserempak dengan penonton dari timur tengah. Saya merasakan dia wanita dari Iran. Berjubah hitam, bertudung labuh hitam, hanya mata yg kelihatan. Namun yg paling menarik adalah terdapat ikatan kuning dikepalanya bertulis MALAYSIA ! Sayang saya tidak terlintas di hati mengambil gambarnya ketika itu.

Berbaju putih ( Neutral haha ), baju Umbro / Sharp, old school ni sudah lama terbiar dlm almari. Saya beli di Al-Ikhsan Bukit Bintang tika gila mengumpul jersi di zaman muda-muda dulu :) Tunggu sale baru beli la, naka beli new arrival, rabak poket ! Nak pakai baju Merah Nike tidak tergamak lantaran sahabat saya, Si Sirap acap benar meratibkan ayat ini " Kau nak pakai baju lambang kekufuran tu ?" haha maka kami sama-sama memboikot Nike ! Say no to Nike / Dewa Kejayaan bangsa Greek.