Wednesday, April 29, 2009

AWAL APRIL lalu...

Menjadi pendidik terutamanya khusus utk murid-murid yg slow learner atau kalau istilah guru-guru pemulihan Pahang, LAMPI ( Lambat Pick-Up ) memang menduga kesabaran.

Apatah lagi 3 hari 2 mlm bersama mereka, bermula selepas Subuh hinggalah jam 10 mlm kami mengasak danmengasah otak mereka dgn membaca. Mengeja, membaca. Mengeja, membaca...aduii...


Usahkan mereka aje yg jemu dan naik boring, guru disebelah pun hampir pitam mengulang cerita seperti Roti Kaya Siva. TAk dapat-dapat. Argghh..Sabarkan aku tuhan !


Namun penat lelah ini terbayar jua pd hari akhir apabila murid-murid yg LAMPI ini berjaya membaca akhbar. Jika nak dibandingkan pd hari pertama, lain dieja lain disebut. Depan bunyi lain belakang bunyi lain. Memang menguji tahap keimanan.


Pakcu : Sampai pitam tu tidak le..tp kalau makna yg hampir2 atau seerti utk menunjukkan tahap kejemuan melampau adalah HAMPIR MUNTAH ! :)

Terima kasih buat semua AJK dan Fasilitator yang terlibat. Anda semua memang punya kesabaran yg Top Class. Bukan calang2 guru boleh buat seperti anda :) Tahniah juga buat Cikgu Roslan Bin Nikmat atas kejayaan mengetuai KESERBA tahun ini ( Kem Serlah Bacaan )

Tuesday, April 21, 2009

Celcom Broadband

Berada di kawasan yg agak pedalaman ( Bukanlah pedalaman mana pun ) capaian internet sangat sukar. Nak langgan strmyx, khidmatnya tiada di sini. Aku kerap ke cc utk terjun ke alam cyber. Membaca blog, berita, update blog, update anti-virus..tak jauh pun sekitar 30 km je ! ( Err..tak jauh ke ? )

Bagi merungkai masalah ini. Celcom broadband adalah jawapan terbaik. Rabak juga poket sekitar 400 lebih. Monthly rm68. Kelajaun hanyalah 384kbps namun jika di kawasan 3g ia boleh dikatakan agak laju. Download juga tidak memakan masa yg lama.

Kesimpulannya, kira puas hati jugalah. :)
>>> Gambar : Modem at & t. Sierra Wireless.

Tidak mahu jadi Firaun

Semalam dan hari ini...kesihatan tidak stabil. Selsema dan seterusnya di ajak bersama temannya utk datang bertandang, En.Demam.

Setelah menelan ubat, tidur seawalnya. Badan yang asalnya panas mula menggigil kesejukan. Kepala mula berdenyutan.
Errr...semua org demam begitu :)
Walau apa pun, syukurilah dengan kifarah dosa yg tidak seberapa jika nak dibandingkan dgn dosa yg bertimbun.

Usah menjadi Firaun yg khabarnya bersin pun tidak, sihat sampai ke mati. Akhirnya dalam laknat Allah jua matinya di Laut Merah.

Pakcu : Tuhan, terima kasih atas demam ini.

Thursday, April 16, 2009

Still alive...

Many peoples hate this guy but millions Man.Utd fans love him :). Last nite he struck again With a Thunder ball, 40 yards distance, brought United to semi final Champions League.
2 times in 2 years.

Viva Man.U !


Pakcu : Err...betul ke grammar aku nih ? hahah anti-PPSMI not mean we hate English language :)

Tuesday, April 14, 2009


MINGGU AKHIR

Minggu ini minggu ke 12 praktikum. Melalui Praktikum sungguh meletihkan terutama saat hadirnya pensyarah untuk menilai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Letih banget. Syukur alhamdulillah dianugerahkan pensyarah yang berhati mulia.
En. Kholid Salleh. Hadir bukan untuk mencari salah sebaliknya membimbing dan menunjuk ajar serta berbincang kaedah yg sesuai utk dipraktikkan tika mengajar.
Terima kasih En. Kholid !

Begitu juga kepada pensyarah minor En. Samad Taib ( Bekas Guru Matematik tika aku di tingkatan 5 dulu ) yang memberi panduan berguna. Sangat besar jasanya, masakan tidak..subjek Matematik adalah yg paling boring saat di sekolah menengah. Dengan kecenderungan penggunaan otak kanan pastinya matematik adalh subjek yg..bosan !

Cikgu Samad ( Aku tidak memanggilnya Encik, lebih mesra dgn panggillan cikgu ) adalah guru matematik tika di tingkatan 4 & 5. Saban hari tapak tangan ini dirotannya lantaran tak siap homework hehehe...
Untuk lulus pun sangat sukar...namun digagahkan juga utk belajar dan terus belajar. Universiti mana yang mahu terima aku kiranya GAGAL subjek Matematik ? Walaupun gred F9 adalah sangat normal tika ujian, akhirnya SPM sebenar,berjaya juga meraih C3 utk subjek yg mendera otak aku ini . Terima kasih cikgu ! Tanganmu akan kucium hingga ke akhir hayat..


>>>Gambar atas : Bersama En. Kholid tika program Bina Insan Guru di Sekayu.

Pakcu : Pensyarahku berhati mulia, bukan apa, pernah terdengar juga ada sahabat yang letih mendepani pensyarah yg agak cerewet. Semestinya bukan IPG KDRI la..IPG lain :)

Thursday, April 09, 2009


Jangan takbur :)

>>>Kapten Liver fool pool menunjukkan angka 3 kepada pengurusnya :) selepas jaringan ke-3 Chelsea. Liverpool 1 vs Chelsea 3.


Pakcu : Sebelum undian Suku Akhir Liga Juara-Juara, Mr. Steven Gerard mendabik dada bahawa meraka tidak takut bertemu sesiapa. 7 Pasukan lain ( yg layak ke suku akhir ) yang patut gentar bertemu mereka.