Wednesday, April 29, 2009

AWAL APRIL lalu...

Menjadi pendidik terutamanya khusus utk murid-murid yg slow learner atau kalau istilah guru-guru pemulihan Pahang, LAMPI ( Lambat Pick-Up ) memang menduga kesabaran.

Apatah lagi 3 hari 2 mlm bersama mereka, bermula selepas Subuh hinggalah jam 10 mlm kami mengasak danmengasah otak mereka dgn membaca. Mengeja, membaca. Mengeja, membaca...aduii...


Usahkan mereka aje yg jemu dan naik boring, guru disebelah pun hampir pitam mengulang cerita seperti Roti Kaya Siva. TAk dapat-dapat. Argghh..Sabarkan aku tuhan !


Namun penat lelah ini terbayar jua pd hari akhir apabila murid-murid yg LAMPI ini berjaya membaca akhbar. Jika nak dibandingkan pd hari pertama, lain dieja lain disebut. Depan bunyi lain belakang bunyi lain. Memang menguji tahap keimanan.


Pakcu : Sampai pitam tu tidak le..tp kalau makna yg hampir2 atau seerti utk menunjukkan tahap kejemuan melampau adalah HAMPIR MUNTAH ! :)

Terima kasih buat semua AJK dan Fasilitator yang terlibat. Anda semua memang punya kesabaran yg Top Class. Bukan calang2 guru boleh buat seperti anda :) Tahniah juga buat Cikgu Roslan Bin Nikmat atas kejayaan mengetuai KESERBA tahun ini ( Kem Serlah Bacaan )

No comments: