Thursday, November 25, 2010

Tiada Hasad. Tiada Dengki. Tabik Lu Bro !

Pagi yg cerah.
Menunggang Kriss ke sebidang tanah di tepi Sungai Tekedai, milik bonda saya . Melihat-lihat jentera berat / JCB ( org kg saya menyebutnya begitu ) sedang meng 'CLEAR' kan belukar. Belukar yg dah nak jadi rimba !

Driver JCB. Masih muda hensem. Saya memanggilnya Kareem.
Berborak-borak pelbagai cerita. Dan Kareem sempat bergurau, dia menyuruh saya mencuba memandu JCB nya.

Pehh, jentera berat ni beb. Saya menolak. Silap tarik gear terbalik JCB tu nanti hahaha. Dan saya sempat juga membalas gurauannya.
" Nanti awak tak boleh cari makan kalau kawan ( saya ) pandai bawak benda nih 
( JCB tu la ).

Si Kareem dengan tenang menjawab
" Takde hal. Itu rezeki masing-masing."

Pehh, jawapan ini betul2 membuat saya terasa nak tabik kat dia. Tabik kiri dan kanan. Kerjayanya sempoi / simple. Bawak JCB tapi minda kelas pertama.
Tiada dengki. Tiada hasad. Sedang di luar sana masih ramai yg bertali leher, berpakaian serba indah tapi kepala penuh sampah sarap !

Dalam kepala otak hanya fikir mahu kasi lingkup dan menjahanamkan orang lain. Bagaikan mahu hidup seorang diri dalam dunia. Dan terus menerus menongkat langit agar kiamat tak jadi.

Sekali lagi, tabik sama lu bro !

**********************************************************************************************
Lain-lain :-


1. Man.U go thru to last 16 UEFA Champions League. And still undefeat. 
Caya la Man.U !


2. Adik Roo score penalty minit 86. Lantak la labu nak score cara mana pun, yg penting kau score. Gaji dah mahal tu score la banyak2 sikit. Jgn makan gaji buta.

Tuesday, November 23, 2010

Kembara Sang Novelis

Kembara. Memang syok. Jelajah. Melihat-lihat negeri / negara orang.
Di kala poket masih berisi, lutut masih gagah, sewajarnya kita mengembara.

Dalam Al-Quran. Allah juga menyuruh kita kembara !

1. “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (QS. Al Mulk, 67:15)

2. Maka mengapakah mereka itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kufur yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri Akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya? (Yusuf 12 : 109)

Jadi memang wajar bagi yg berkemampuan memanjangkan langkah ke serata benua yg ada di bumi ini.

Apa-apapun bagi umat Islam, sebelum kembara pusing dunia kita perlulaha kembara 40 hari di bumi penuh baroqah. 
Ke mana ?

Ke mana lagi jika tidak ke Makkah menunaikan Fardhu Haji dan ke Madinah menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W

Setelah pergi ke sana barulah kita diwajarkan utk pusing dunia. Bukan apa, bibang jika haji belum settle, duit dah dihabiskan ke eropah, Asia, timur dan barat !
Andai mati saat tengah posing di Big Bang. Alasan apa yg boleh kita beri bila ditanya Allah kelak ?

Penutup entri kali ini.
Selamat jalan buat Big.Bro Tn. Haji Zaid Akhtar dalam kembaranya 
ke benua Eropah. Moga selamat pergi dan selamat kembali.
Moga perjalanan dalam rahmat ilahi. Insya Allah.


Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
Intai Old Trafford antara nampak
jersi or t-shirt jangan lupa-lupakan  :)

Selamat jalan Bro !

Anda Baca, Anda Insaf !

Bermula 18/11/2010,  saya mengulit sebuah buku karya En. Shamsuddin Kadir.
" Hidup Tenang Walaupun Berhutang".
Terbitan PTS.

Ia tamat setelah 3 hari. ( membaca penuh penghayatan memang lambat habis hehe )

Kerana apa saya membaca ?

1. Ingin keluar daripada kelompok rakyat Malaysia yg dikatakan hanya membaca 2 buah buku setahun :)

2. Ingin tambah ilmu kewangan sebelum saya diserang barah kewangan. Lebih teruk lagi jika disampok jin credit card.

3. Ingin belajar meng "settle" kan segala hutang dan belajar untuk tidak buat hutang baru.

Kesimpulannya. Buku ini bagus. Buku ini bagus. Buku ini bagus.
Tak percaya. Beli dulu la. Dan selepas mebelek dari sehelai ke sehelai, anda akan percaya kata-kata saya.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Berkorban

Hari untuk berkorban datang lagi.
Maka mari kita bersama-sama rebut peluang ini.
Sejarah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail menyinggah ke dalam memori lagi.

Untuk itu. Selamat menyambut AidilAdha dan selamat berkorban !

Gambar : Korban tahun bila 2007.

nota hujung : Tahun ni, alhamdulillah, 3 ekor lembu bakal tumbang.  Tiap tahun family biasanya akan berkorban, pakat anak beranak. Amalan sunnah pengikat tali silaturrahim. Insya Allah !