Tuesday, November 23, 2010

Kembara Sang Novelis

Kembara. Memang syok. Jelajah. Melihat-lihat negeri / negara orang.
Di kala poket masih berisi, lutut masih gagah, sewajarnya kita mengembara.

Dalam Al-Quran. Allah juga menyuruh kita kembara !

1. “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (QS. Al Mulk, 67:15)

2. Maka mengapakah mereka itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kufur yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri Akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya? (Yusuf 12 : 109)

Jadi memang wajar bagi yg berkemampuan memanjangkan langkah ke serata benua yg ada di bumi ini.

Apa-apapun bagi umat Islam, sebelum kembara pusing dunia kita perlulaha kembara 40 hari di bumi penuh baroqah. 
Ke mana ?

Ke mana lagi jika tidak ke Makkah menunaikan Fardhu Haji dan ke Madinah menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W

Setelah pergi ke sana barulah kita diwajarkan utk pusing dunia. Bukan apa, bibang jika haji belum settle, duit dah dihabiskan ke eropah, Asia, timur dan barat !
Andai mati saat tengah posing di Big Bang. Alasan apa yg boleh kita beri bila ditanya Allah kelak ?

Penutup entri kali ini.
Selamat jalan buat Big.Bro Tn. Haji Zaid Akhtar dalam kembaranya 
ke benua Eropah. Moga selamat pergi dan selamat kembali.
Moga perjalanan dalam rahmat ilahi. Insya Allah.


Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
Intai Old Trafford antara nampak
jersi or t-shirt jangan lupa-lupakan  :)

Selamat jalan Bro !

2 comments:

j or ji said...

bungkus 2!

PakCu said...

mr.jorji, problem besarnya adalah.. dia peminat mati keras Liverpool hahaha

jersi MU dia nak wat lap kaki je katanya hahaha