Thursday, May 28, 2009

You will never walk alone except you bring your TODI together.. :)

New Man. Utd Jersey ?


Pakcu : Adui la, jc warna merah ( home ) dah jadi macam baju Ultraman. Yang warna putih siap ada tali...ingat nak wat pergi shopping ke hapa ? Siapa la designer baju nih. Macam sengal je rekaan baju ni. Apa-apa pun harap player MU power mcm Ultraman Taro hahaha

Jersi HITAM ( Geng jahat biasa suka warna nih hehehe... ) sudah lebih sedekad berpenajakan todi dari Denmark. Entah bila nak insaf team yg satu ini, pakcu pun tak tahu la. You will never walk alone except you bring your TODI together.. :)

Tabik buat Barcelona FC

1. Tahniah buat penyokong Barca yg mengungguli Liga Juara2 Eropah tahun ini. Permainan menarik menerusi hantaran pendek ( hanya Arsenal mengamalkannya di England ).

2. Barcalona berjaya menjulang tiga piala musim ini. Satu rekod treble. Real Madrid juara 9x pun belum pernah dpt treble. Liverpool jauh lagi. Menang Piala UEFA thn 2001 pun kecoh. Ada hati nak mengaku treble. Menang Carling Cup ( Piala Gred 3 ), Piala FA dan UEFA.. Apa barang Piala UEFA piala second class hehehe

3. Barca kelab kedua selepas MU menjulang treble. Welcome to the club :).

4. Lionel Messi calon terbaik utk anugerah pemain terbaik FIFA 2009. Walaupun rendah tapi skor pakai kepala. Tabik kiri-kanan utk Messi.


Manchester United

1. MU gagal untuk menjulang piala secara berturut-turut sejak format baru Liga Juara diperkenalkan ( Jika ada pemegang rekod zaman tok adam tak payah la cerita :) )

2. Player MU gagal utk perform sebagaimana perlawanan sebelum ini.

3. Ia adalah kekalahan pertama MU dalam Liga Juara tahun ini.

4. Sir Alex melakukan kesilapan taktikal. Menggunakan formasi yg jarang digunakan. 4-3-3. Formasi lazim sebelum ini adalah 4-4-2. Meletakkan Ronaldo sebagai alone striker sangatlah janggal. Beliau lebih berkesan di posisi sayap. Buktinya ? 2 tahun berturut2 belaiau menjadi penjaring terbanyak MU. Tevez juga seharusnya diturunkan sbg 1st eleven atas kerajinan beliau merebut bola serta melakukan terjahan.

5. Gagal melakukan great comeback seperti tahun 1999. 2 gol di masa kecederaan yg membunuh harapan Bayern Munich. Hanya 2 kelab di Eropah dan keduanya adalah Kelab Inggeris yg berjaya melakukan great comeback dalam Final Liga Juara. Liverpool seteru utama MU juga melakukannya pd tahun 2005 tika menentang AC Milan.

Pakcu : Actually lebih berhajat utk bertemu Liverpool di Rome utk revenge. 2x kalah tahun ni beb, mana tahan.
( walaupun selepas 4thn the Reds baru berjaya mendapat double ke atas MU ).

Tapi akan daya mereka hanya mampu bermain di suku akhir. Asyik jumpa Chelsea aje. Bosan.
Moga dpt ketemu lagi tahun depan di BPL..Mr. Rafa, Mike Riley dah start training kat anfield ke belum ? Hahaha...

Wednesday, May 27, 2009


" Salam dulu beb. Pagi esok kita bergasak hehehe..."

Isu tolak PPSMI 'beberapa minggu lagi - Menteri Pelajaran


Harap dapat segerakan ia duhai bapak menteri...Bangsa Cina pun dah mengkaji ia menyebabkan penguasaan bahasa mereka merudum. Jangan tangguh lagi.

Pakcu : Hmm..7 Geng Cina datang baru nak di ambil perhatian. Makhluk Melayu bantah, bertaraf SASTERAWAN pun tidak dilayan. Sepi aje dipandang...Makan asap lagi. Mohon tiada double standard ye Pak !







Tuesday, May 26, 2009


Menjelang final...
Lagu ini dinyanyikan setiap kali player masuk ke padang bg perlawanan Champions League.
Saya nyanyi jugak la walau tak tahu apa yg dia nyanyi. Salah pulak tu haha..
We got the star.. ( Sirap pun nyanyi mcm ni gak dulu, kau jgn tak mengaku ye sirap ) mentang-mentanglah logo Champions League gambar bintang hahaha...sedangkan perkataan sebenar adalah
Die meister Die besten...
( bahasa Jerman daa... )


Untuk itu saya paste kan di sini lirik sebenar berserta terjemahannya...we got the star ye sirap hehe
Lagu tema ini menggunakan 3 bahasa. Perancis, Jerman dan Inggeris.

Ce sont les meilleure equipes
Es sind sie allerbesten mannschaften
The main event
Die meister
Die besten
Les grande equips
The champions!
Une grande reunion
Eine grosse sportliche veranstaltung
The main event
Ils sont les meilleurs
Sie sind die besten
These are the champions
Die Meister
Die Besten
Les grandes equipes
The champions!

These are the best team
There they are all best teams

The main event
The masterly
The best

The great team
The Champions!
Great reunion
A great sporting events
The main event
They are the best
They are the best
These are the champions
The masterly
The best

Large teams
The Champions!

Pakcu : Klik Sini utk lihat di Youtube. We got the star...hahaha. Mr. Sirap, i like your voice :). iras-iras soprono gitu.



MU Fans, Sudah beli tiket flight ke Rome ?

Pagi lusa satu lagi final terhebat akan berlangsung. Semestinya ramai mahukan Barcelona menjulangnya terutama Liverfool Liverpool Fans :)

Walau apa pun, menang kalah adat bermain. Kami siap siaga menerima semua keputusan. Mengiktiraf segala keputusan.

Pertemuan antara 2 gladiator di Rome pasti menjanjikan satu aksi menarik lagi klasik. Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Fifa bertemu pemenang tpt kedua. CR 7 vs Messi !

Pemenang final mlm lusa pasti akan mendapat kredit yg tinggi utk menjadi Permain terbaik FIFA 2009.

Kedua-dua kelab ini juga sedang memburu rekod iaitu treble utk Barca manakala MU memburu rekod kelab pertama memenangi trofi Champions League 2 tahun berturut-turut.

Selain menjuarai Liga Perdana Inggeris, Kejohanan Kelab Dunia, Piala Liga, Charity Sheild, MU pastinya ingin menjulang kejuaraan paling berprestij tahun ini.

Pakcu : Err...Sayang sekali player ke 12 kami telah dijual oleh Sir Alex kepada Liverpool. Jika tidak tentunya kami lebih bersedia :). Mike, thanks for your favour since a decade ago. Isn't it Mr. Rafa ? Nevermind, we will buy a new player for the next season. Howard Webb n Graham Poll, for sure ! :)

Minggu exam

Selasa hingga Jumaat. Maka dapatlah rehat seminggu. Tak mengajar.  Selepas itu, Ahad pagi akan berangkat ke Kuala Terengganu. 

En. Kholid dan rakan-rakannya siap siaga nak mengajar kami.
IPGM Kampus Dato Razali Ismail sudah melambai-lambai...



Pakcu : Mydin Mall juga melambai, wajib pergi, apa dicari..aku pun tak tahu...suka2 tgk gelagat manusia barangkali



Wednesday, May 20, 2009

Sejuta Kad Bantahan PPSMI

Harga : RM 1
Bila lancar ? : Baru je lagi
Siapa lancar ? : Sasterawan Negara A. Samad Said
Jual di mana ? : Pejabat-pejabat  Teras @ Teras Pengucapan Melayu ( NGO )

Tujuan lancar ? : Moga pihak berkenaan sudilah mendengar suara hati rakyat ( Termasuk juga suara hati para Profesor  7 buah IPTA yg mengkaji keburukan hasil drpd PPSMI )

Berita selanjutnya, KLIK SINI

Pakcu : Errr...menarik juga kad ni. Boleh juga dibuat koleksi. Nak pos pd kawan2 semua kawan dah guna e-mail. Apa2 pun we support this campaign. Wokeh !

Monday, May 18, 2009


Pemain Man.Utd yg ke 12 ?


Beliau adalah Mike Riley, pengadil favourite bg MU kononnya kerap memberi penalti buat MU. Adakah benar ?

Untuk pengetahuan anda semua, beliau hanya menghadiahkan MU 2 penalti utk tempoh 4 tahun !

Masih belum berpuas hati ? Sila klik sini. Anda akan temui kebenarannya :)

Utk statistiknya ( utk berlaku lebih jujur ) MU memenangi 70% perlawanan yg di adili oleh Mike Riley mengakibatkan ramai menuduh beliau adalah peminat MU sejati.

Namun adalah tidak adil utk membuat kesimpulan kemampuan MU merangkul kejuaraan hanya kerana manusia yg seorang ini. Setiap musim terdapat 38 perlawanan dan kesemuanya bukanlah diadili oleh Mike Riley. MU juga tidak pula menang dengan beza 1 atau 2 mata sahaja.

Pakcu : Dengar khabarnya Rafa Benitez berminat utk membeli beliau utk season hadapan. Harganya undisclosed / tidak didedahkan. Dan menurut sumber Sir alex Furgeson bersedia utk melepaskan pemainnya ini demi memenuhi tuntutan Mr. Rafa, manalah tahu mereka akan jadi juara liga utk musim hadapan. Selamat maju jaya Mr. Rafa ! :)

Kami Juara Lagi...

Pakcu : Ulasan akan menyusul kemudian. Pakcu sibuk dengan Sambutan Hari Guru di sekolah.

Friday, May 15, 2009


Hanya satu mata sahaja lagi untuk Manchester United dimahkotakan sebagai Juara Liga Perdana Inggeris buat kali ke-3 berturut-turut.

Ia juga bakal menjadikan MU kelab yg menyamai rekod Liverpool 18x juara liga.
Keputusan seri menentang Arsenal di Old Trafford malam esok sudah memadai utk memadamkan impian anak buah Rafa Benitez yg kepingin kejuaran liga hampir 2 dekad :)

Viva Man.U !

Monday, May 11, 2009


Selamat Hari Lahir yg terakhir ?

11 Mei 1946. Organisasi ini ditubuhkan oleh nenda Dato' Hisyamuddin Tun Hussein. Melebihi separuh abad ia berdiri. Atas nama memperjuangkan bangsa dan agama.
Namun ia kelihatan semakin keluar drpd landasan perjuangan. ( pasti ramai yg marah saya ) dan mula sakit-sakit tubuh badannya. Mungkin kanser telah menjalar ke setiap organ. Semakin hari tindakan organisasi ini semakin tidak popular dan menyongsang arus.

Kalian tidak perlu menyalahkan orang lain. Salahkan diri sendiri dahulu sebelum menoleh kpd org lain utk dipersalahkan. Mengapa kalian sudah semakin dijauhi rakyat ? Mengapa semakin ramai rakyat yg meluat dan hilang harapan kepada organisasi kalian ?

Saya berkata jujur. Ikhlas insya Allah.. Pemimpin organisasi ini perlu bermuhasabah diri. Renung sedalam-dalamnya tanpa pengaruh nafsu. Letakkan iman dan akal sebagai penimbang insya Allah penyakit yg bersarang akan sembuh.

Pakcu : Penawarnya hanya satu. Kembali kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Itulah penawar yg ampuh. Hebat dan kuat. Jika tidak kalian pasti dimamah virus dan seterusnya menemui ajal pd pilihanraya yg akan datang.

Saidina Umar pernah berkata " Kalian dimuliakan kerna Islam, sesiapa yg memilih jalan lain selain Islam maka dia akan menemui kehinaan. "

Buat pemimpin dan ahli organisasi berkeris ini, pilihan ada di tangan anda. Mahu berubah atau menghadapi saat kematian beberapa tahun lagi ? Terserah...