Monday, May 11, 2009


Allahu Rabbi

Saya jarang sekali bermasalah dengan album2 Inteam. Setakat inilah, akan datang belum tahu lagi. Sebenarnya album ini juga pertama kali dengar saya memberikan sekitar 2 setengah bintang aje. Kira menghampiri tahap bungkus.

Pertama kali dengar hanya 1 lagu yg menyengat, itupun lagu lama diberi nafas baru. Lagu Kasih Sayang yg dinyanyikan berduet bersama Us. Asri Rabbani. Lagu ini saya kira benar2 menjadi penyelamat kpd album ini.

Namun setelah mengulang dengar 2,3x dalam kereta...ermm ada beberapa lagu yg sudah boleh diterima oleh telinga ini. Saya berasakan 3 lagu boleh menjadi killer songs dlm album ini.
1. Kepastian. 2. Allahu Rabbi 3. Kasih Sayang

Lagu2 lain yg boleh dilayan juga adalah seperti Redha, Kemuliaan Al-Quran dan Dia Muhammad.

Inteam kini ( mungkin kerna masing2 sudah berumah tangga ) telah mula menjauhi lagu2 cinta yg mendayu-dayu. Syabas. Lagu2 cinta elok diberi saja pd UNIC dan kumpulan2 muda yg lain.

Pakcu : Album baru kebiasaannya begitulah. Sekali dengar macam hampas. Try 2,3x insya Allah hampas bertukar menjadi madu halwa telinga. Syabas buat Inteam. Err..4 bintang buat album ini :)

No comments: