Thursday, May 28, 2009


Tabik buat Barcelona FC

1. Tahniah buat penyokong Barca yg mengungguli Liga Juara2 Eropah tahun ini. Permainan menarik menerusi hantaran pendek ( hanya Arsenal mengamalkannya di England ).

2. Barcalona berjaya menjulang tiga piala musim ini. Satu rekod treble. Real Madrid juara 9x pun belum pernah dpt treble. Liverpool jauh lagi. Menang Piala UEFA thn 2001 pun kecoh. Ada hati nak mengaku treble. Menang Carling Cup ( Piala Gred 3 ), Piala FA dan UEFA.. Apa barang Piala UEFA piala second class hehehe

3. Barca kelab kedua selepas MU menjulang treble. Welcome to the club :).

4. Lionel Messi calon terbaik utk anugerah pemain terbaik FIFA 2009. Walaupun rendah tapi skor pakai kepala. Tabik kiri-kanan utk Messi.


Manchester United

1. MU gagal untuk menjulang piala secara berturut-turut sejak format baru Liga Juara diperkenalkan ( Jika ada pemegang rekod zaman tok adam tak payah la cerita :) )

2. Player MU gagal utk perform sebagaimana perlawanan sebelum ini.

3. Ia adalah kekalahan pertama MU dalam Liga Juara tahun ini.

4. Sir Alex melakukan kesilapan taktikal. Menggunakan formasi yg jarang digunakan. 4-3-3. Formasi lazim sebelum ini adalah 4-4-2. Meletakkan Ronaldo sebagai alone striker sangatlah janggal. Beliau lebih berkesan di posisi sayap. Buktinya ? 2 tahun berturut2 belaiau menjadi penjaring terbanyak MU. Tevez juga seharusnya diturunkan sbg 1st eleven atas kerajinan beliau merebut bola serta melakukan terjahan.

5. Gagal melakukan great comeback seperti tahun 1999. 2 gol di masa kecederaan yg membunuh harapan Bayern Munich. Hanya 2 kelab di Eropah dan keduanya adalah Kelab Inggeris yg berjaya melakukan great comeback dalam Final Liga Juara. Liverpool seteru utama MU juga melakukannya pd tahun 2005 tika menentang AC Milan.

Pakcu : Actually lebih berhajat utk bertemu Liverpool di Rome utk revenge. 2x kalah tahun ni beb, mana tahan.
( walaupun selepas 4thn the Reds baru berjaya mendapat double ke atas MU ).

Tapi akan daya mereka hanya mampu bermain di suku akhir. Asyik jumpa Chelsea aje. Bosan.
Moga dpt ketemu lagi tahun depan di BPL..Mr. Rafa, Mike Riley dah start training kat anfield ke belum ? Hahaha...

No comments: