Tuesday, May 05, 2009

Lambat lagi ke ? Mahu tunggu apa lagi ?
Sila klik di sini

Proses utk memansuhkan PPSMI masih lagi dilengah-lengahkan. Entah kajian apa yg dinanti. Tidak pula dikeluarkan bagi menunjukkan betapa BAGUSnya PPSMI itu. Tapi kajian yg mendedahkan kebobrokkan PPSMI dan berlambak wal bersepah !

Mahu tunggu apa ? Pegawai atasan dulu pun belajar dgn Bahasa Ibunda. Hanya golongan bangsawan aje ke sekolah2 Inggeris.

Pening di peringkat sekolah mungkin mereka tidak terlihat,
Dulu kaedah pengajaran adalah 3M ( Membaca, Mengira, Menulis ). Utk makluman anda ia kini sudah tidak sesuai, perlu tambah 1M lagi. Biar jadi 4M.

M apa lagi ? M-Menyoal. Murid-murid luar bandar ini lebih suka angkat tangan ketika peperiksaan utk MENYOAL apakah maksud perkataan dalam soalan ( perkataan Inggeris semestinya ! ), bukan bertanya apakah kehendak soalan. Mereka letih nak memahamkan diri dengan makna soalan. Baru tanya soalan, jalan kira belum buat lagi !

Pakcu : Secara jujurnya daku berkayakinan penuh PPSMI telah membunuh minat para muridku utk belajar Sains dan juga Matematik. Malang sungguh nasib kalian.

No comments: