Saturday, June 27, 2009


Pak Ungku kata...

" Pilih Bahasa Inggeris untuk ajar Matematik, itu GILA ! " ( Itu kata Pak Ungku Aziz a.k.a profesor Diraja )

1. Tertarik dengan kata-kata MB ku, " Laksanakan PPSMI adalah suatu yg tidak beretika."
( Begitulah lebih kurang maksud beliau. Sila lihat berita selanjutnya di SINI )

2. Saya tidak tahu pun yang MB Johor adalah Pengerusi PEMBINA. :)

3. Dah tu ? Apa tunggu lagi ye ?

Nota hati : Saya berkeyakinan PPSMI akan expired Julai ini. Harap-harapnya begitulah. Jika dilihat pd berita yg mengatakan akan ada subjek sastera Inggeris utk para pelajar sekolah rendah, saya bertambah yakin, dasar cacamarba ini akan berakhir.

Insya Allah, sama-sama kita doakan. Pastinya kita tidak mahu lihat Pak Samad dan konco-konconya akan berdemonstrasi lagi, untuk menelan asap gas pemedih mata. Kasihan Sasterawan Negara ku itu !

Jika benar keislamannya...

Michael Jackson a.k.a Jacko ataupun nama terbarunya Mikaeel telah pergi. Saya mengetahui berita kematiannya tika mendengar berita daripada Radio Sinar pagi semalam. Eh, iye ke ?

dan berita itu memang benar. Saya bukanlah peminat beliau. Sekadar mengetahui dia penyanyi terkenal di mana albumnya adalah yg terlaris sepanjang zaman. Album thriller jualannya adalah 50 juta copies.

Walaubagaimanapun moga Islam benar2 ada di jiwanya. Punya keyakinan Allah itu tuhan yg Esa. Pencipta sekalian alam dan makhluk. Jika benar itulah keyakinan baru beliau maka beliau adalah lebih suci berbanding kita yg sejak kecil memeluk Islam. Agaknya antara dosa kita dan beliau siapakah yg terbanyak ?

Moga Allah mengampuni kita semua.
Al-Fatihah.

Gambar : Copy drpd blog http://sazilimohdnor.blogspot.com

Thursday, June 25, 2009

BAKAL BIZI

Mulai hari ini, esok dan lusa...agak kebizian.
Asbabnya ? Idea Tuan Guru Besar yg ingin membuat Sambutan Perkahwinan Guru sekolah ini ( kiranya 3x la tahun ni housemate saya punya majlis ).

Entah mengapa dia begitu berminat nak membuat majlis ini, tiadalah saya tahu.
Kerja majlis kahwin ni, bukan kecil punya hal beb !
Petang ni ( Khamis ) dah perlu menyiapkan segala peralatan utk rewang petang esok ( Jumaat ).
Periuk belanga, kayu api dan yg seangkatan dengannya.

Pagi Sabtu, majlis dimulakan dengan pertemuan ibu bapa bagi menyerahkan buku rekod anak2 mereka. Dan selepas itu tayangan isitiadat perkahwinan melayu. Seterusnya acara perarakan pengantin dan makan-makan.

Petang ini bak kata filem Labu Labi " Nak cari kayu..nak cari kayu..."
Arghh..

Pakcu : Buat Rushdan and Eka, Selamat Pengantin Baru utk kali ke-3. Hadiah takde doh la !
Terima kasih buat PIBG, tanpa bantuan kalian, letihlah kami !

Tuesday, June 16, 2009

Betulkah kiblatnya senget ?

Jumaat lalu dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuantan kami ( saya dan sepupu ) singgah di Kuala Terengganu. Tiba-tiba aje terlintas di fikiran untuk menguji kesahihan cerita masjid kristal senget kiblatnya ( tidak menghala ke arah kiblat yg betul )

Kebetulan saya membawa bersama kompas penunjuk kiblat. Apa lagi..? Bermulalah misi kami mencari kesahihan dan kebenaran.

Hasilnya ada pada gambar ini :-















Saya dapati ia senget sekitar 5 hingga 6 darjah.
Saya bukanlah pakar dalam hal membaca bearing, sudut ataupun penentu kiblat

Terserah kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk menilainya.
Jika ada pengetahuan tentangnya kita kongsi bersama. Mungkin juga saya silap.

Gambar kiri : Kiblat Masjid Kristal ( kiblat lurus ke hadapan )
Gambar kanan : Kiblat yang sepatutnya ( berdasarkan Qiblat Finder saya )

Saturday, June 13, 2009

Biarkan Dia Pergi

80 juta pound sterling nilai utk wira MU. Satu lagi rekod dunia. Pasti ramai MU fans yg terkilan dengan pemergiannya, al-maklum bukan sedikit jasanya buat MU.

Sering menjadi inspirasi dan menjaringkan gol-gol penting.

Saya secara jujurnya suka melihat MU bermain kerana ingin melihat CR7 memeperagakan skil. Larian pantas, freekick, tandukan, apa lagi ?

Anda tidak boleh menafikan kehebatannya. Dia memang hebat. Peminat kelab lain pasti menambah 1 item lagi, CR7 kaki kencing kuat menipu. Cheating ! Haha whatever la, tapi kalian perlu mengakui skill dan kehebatannya menjaringkan gol.
Entah bila rekod 42 gol semusim utk pemain sayap akan diperbaharui, saya pun tidak tahu.

Walau apa pun, 80 juta adalah tawaran yg sukar ditolak. Untuk itu saya berasakan Sir Alex telah membuat keputusan yg tepat apatah lagi sebelum ini ( dulu-dulu ) Cr7 pernah menyatakan keinginan utk bermain dgn Real Madrid, bagi memenuhi impian ibunya.
Terima kasih buat CR7, moga sukses di La Liga.

Oleh itu, jersi no.7 MU kembali tidak bertuan. Best, cantona, Beckham dan Ronaldo adalah bekas2 pemilik yg hebat.

Siapakah yg layak utk jersi no.7 ini ?

Mari kita lihat sasaran yg boleh dicapai oleh Sir Alex :)
KLIK SINI












1. Frank Ribbery - Bayern Munich
2. Karim Benzema - Lyons
3. Carlos Tevez
4. Sergio Arguero - Atletico Madrid
5. Arjan Robben - Real Madrid
6. Aaron Lennon - Spurs
7. David Silva - Valencia
8. Antonio Valencia - Wigan

Daripada 7 pemain ini ( bersama duit 80juta ) saya gemarkan n0.1, 2 dan 4 disamping mengekalkan Tevez. Duit banyak kan ? :)

Alex boleh membeli ketiga-tiganya sekaligus !

Dan utk jersi no.7 saya berpendapat Sergio Aguero @ Kun ( menantu Maradona ) layak memakainya. Ketajamannya memikat maka bolehlah kita saksikan bekas rakan sepasukan di Atletico, Mr. Aguero berentap dengan Torres musim hadapan :)

Thursday, June 11, 2009

Meneruskan perjalanan

Semalam kelas tamat jam 1.15 petang, kami sekelas tersenyum panjang. Merdeka ! Boleh bercuti dah. Ramai yg telah berkemas kain baju sejak kelmarin lagi.

Saya malas nak cepat2 sangat kerna masih ada perjalanan yg perlu dilalui, bukan utk pulang ke kampung tapi ke pekan kecil Jelawat di Daerah Bachok Kelantan.

Bersama sepupu yg baru merasa erti menganggur ( baru tamat diploma UITM ) kami bergerak sekitar jam 6 ke Jelawat. Laluannya, Merang - Penarik - Kuala Besut - Tok Bali dan berakhir di rumah makcik saya ( akak kepada bonda saya ) di Jalan. Mujur, Jelawat.

Perjalanan tidaklah jauh mana, sejam 45 minit. Tapi letihnya, allahu rabbi. Bukan letih memandu tapi letih angkut barang ke dalam kereta ptg semalam. Bilik di 3rd floor. Turun naik tangga. Akibatnya pagi ini, selepas subuh saya kembali ke alam mimpi, Jam 10 baru bangun hehe. Letih siot !

Hari ini punya projek..ke majlis walimah teman serumah. Rushdan dan isterinya, Nuratika di Pasir Puteh. Kejam sangat rasanya kalau tak pergi majlis mereka. 2tahun saya tinggal serumah dengannya. Selepas ini boleh cakap dengan dinding la pulak hahaha. ( Err..cakap dengan dinding, bukan cakar dinding ye Sirap :) )

Gambar atas : Jambatan Tok Bali. Semalam tak sempat nak snap. Copy paste drpd blog minda-mahasiswa.

Friday, June 05, 2009

Setakat Ini Siapakah yg Hebat ? :)


Ranking terbaru Persekutuan AntarabangsaSejarah Dan Statistik Bolasepak telah mengeluarkan senarai terkini.
Barcelona dan Man. United berkongsi mata iaitu dengan 315 mata. Untuk penghormatan, maka seharusnya tpt pertama diberikan kepada Juara Eropah 2009 ; Barcelona.

Ke-3 ? Chelsea ( 276 )
Ke-4 ? Liverpool ( 248 )
Ke-5 ? Arsenal ( 247 )

Untuk senarai penuh, klik sini

Pakcu : Manchester United forever...

Thursday, June 04, 2009

Bertukar Lagi...









Man. United bertukar penaja lagi. Setelah American Insurans bungkus dek masalah ekonomi global, MU kini mendapat penajaan baru. Klik sini
Penaja lama, AIG telah digantikan dengan penaja baru Aon Corp juga gergasi insurans US.







Inikah lambang di baju MU musim hadapan.. ? Tunggu dan lihat aje. ( Entri sebelum ini..entah mana datang penaja Saudi Telecom ? Saya pun tak tahu la. ) Di Rantau Panjang pastinya telah berlambak baju baru MU berpenajakan Saudi Telecom.

Pakcu : AON takpe, jangan Carlsberg, Chang Beer, Heineken, udah le...

Wednesday, June 03, 2009

Tidak Perlu Gempa Bumi











Hujan tidak, ribut pun tidak. Gempa bumi jauh sekali. Di pagi hari roboh menyembah bumi.
Dan semestinya setiap kejadian pasti ada yg perlu dipersalahkan.

1. Pemaju ? ( Tidak membina berdasarkan spesifikasi, mahu untung ? Di tekan pihak atasan ? )
2. Jurutera yg meluluskan ( Mendapat tekanan ? Mendapat suapan ? Atau apa ? )
3. Kerajaan Negeri ( Mungkin mendesak pemaju agar ia disiapkan sebelum SUKMA menjelang, jika tidak aib seluruh Terengganu )

Pelbagai andaian boleh dibuat. Segalanya mungkin. Yang terlibat pasti mengetahui apakah punca sebenarnya.

Syukur tiada kematian. Baru setahun sudah roboh. Bikin malu seantero dunia. Ratusan juta utk membinanya, sekelip mata lebur di negara yg jauh daripada lingkaran gempa bumi mahupun gunung berapi.


Pakcu : SPRM sila bekerja keras. Tidakkan roboh stadium sesuka hati jika tiada sesuatu yg "Hampeh" di belakangnya. Macam drama bersiri X-Files juga di belakangnya ada Mr. Cigarette Man / Men.

Di Warung Pok Ping ( depan IPG, seorang pelanggannya membebel dalam loghat trengganunya.." Runtuh..padan la, semayang hajat 15 minit, konsert 4 jam .."

Saya mendengar saja luahan hatinya dan hari ini terfikir juga..inilah dia satu lagi projek kerajaan B****** Nas*****
( Bukankah ia amat diagung2kan satu masa dulu ? Tiapa papan tanda projek ada tertulis bukan ? ) Bila projek yg mungkin rasuah juga berlegar bersama, yg leburnya wang rakyat juga ! )

Monday, June 01, 2009

DEWA DEWI

1. Soalan satu : Sanggupkah anda memakai baju bergambar salib atau budha atau vishnu ?

2. Dua : Sanggupkah anda pakai gambar dewa Greek ini ?
Opss sebelum itu. Siapakah nama dewa ini ?
Utk pengetahuan..Dewa ini bernama NIKE :)

Ia adalah dewa yg menjaga hal ehwal kejayaan.

Untuk info yg lebih detail. Klik Sini

Apa kata Dr. Abdullah Faqih ( Universiti Sains Islam Malaysia )
Anda klik sini...



Pakcu : Pehh..baju saya berlambak jenama ini. Apakah akan berlaku penghijrahan besar-besaran ? Moga diberikan kekuatan. Rupanya dewa ini adalah anak kepada Dewa Pallas. Err..Kasut Pallas ? ( Pakai masa sekolah menengah dulu ). Tambah dua lagi jenama kronos dan triton ( Hilux Mitsubishi ) juga nama dewa.

Berapa banyak daa...Gaia ( Ultraman ) pun dewa :)