Thursday, June 11, 2009

Meneruskan perjalanan

Semalam kelas tamat jam 1.15 petang, kami sekelas tersenyum panjang. Merdeka ! Boleh bercuti dah. Ramai yg telah berkemas kain baju sejak kelmarin lagi.

Saya malas nak cepat2 sangat kerna masih ada perjalanan yg perlu dilalui, bukan utk pulang ke kampung tapi ke pekan kecil Jelawat di Daerah Bachok Kelantan.

Bersama sepupu yg baru merasa erti menganggur ( baru tamat diploma UITM ) kami bergerak sekitar jam 6 ke Jelawat. Laluannya, Merang - Penarik - Kuala Besut - Tok Bali dan berakhir di rumah makcik saya ( akak kepada bonda saya ) di Jalan. Mujur, Jelawat.

Perjalanan tidaklah jauh mana, sejam 45 minit. Tapi letihnya, allahu rabbi. Bukan letih memandu tapi letih angkut barang ke dalam kereta ptg semalam. Bilik di 3rd floor. Turun naik tangga. Akibatnya pagi ini, selepas subuh saya kembali ke alam mimpi, Jam 10 baru bangun hehe. Letih siot !

Hari ini punya projek..ke majlis walimah teman serumah. Rushdan dan isterinya, Nuratika di Pasir Puteh. Kejam sangat rasanya kalau tak pergi majlis mereka. 2tahun saya tinggal serumah dengannya. Selepas ini boleh cakap dengan dinding la pulak hahaha. ( Err..cakap dengan dinding, bukan cakar dinding ye Sirap :) )

Gambar atas : Jambatan Tok Bali. Semalam tak sempat nak snap. Copy paste drpd blog minda-mahasiswa.

No comments: