Saturday, June 27, 2009


Jika benar keislamannya...

Michael Jackson a.k.a Jacko ataupun nama terbarunya Mikaeel telah pergi. Saya mengetahui berita kematiannya tika mendengar berita daripada Radio Sinar pagi semalam. Eh, iye ke ?

dan berita itu memang benar. Saya bukanlah peminat beliau. Sekadar mengetahui dia penyanyi terkenal di mana albumnya adalah yg terlaris sepanjang zaman. Album thriller jualannya adalah 50 juta copies.

Walaubagaimanapun moga Islam benar2 ada di jiwanya. Punya keyakinan Allah itu tuhan yg Esa. Pencipta sekalian alam dan makhluk. Jika benar itulah keyakinan baru beliau maka beliau adalah lebih suci berbanding kita yg sejak kecil memeluk Islam. Agaknya antara dosa kita dan beliau siapakah yg terbanyak ?

Moga Allah mengampuni kita semua.
Al-Fatihah.

Gambar : Copy drpd blog http://sazilimohdnor.blogspot.com

No comments: