Monday, March 22, 2010

Sweet Revenge

Takziah dari OldTrafford membawak ke Anfield. Sungguh, takziah.
Malam yg mendebarkan berakhir dengan 3x klimaks jeritan kemenangan. Gamam di minit ke-5 padam setelah adik runi & park sama-sama melompat keriangan.

Hanya point-point yang ada di sini ( Gambar ada sekeping ! )

1. Sungguh tidak percaya, Mr. Howard Webb membaca blog ini. TQ daun keladi, ada penalti bagilah lagi. (abg howard, u look so ensem. Terharu ! )

2. Adik Runi tambah jaringan lagi. Kau memang macho walau ada iras shrek.

3. Paling hensem, adik Park Ji Sung.. Dengan style rambut yg x serabut mcm dulu. Penuh yakin. Flying header. ( di kala carra dok bizi menjaga adik Runi, sampai terlupa Mamat Korean ni ).

4. Daniel Agger, maybe boleh hantar CV utk bermain rugby dengan Johny Wilkinson. 2x sepak mcm ada tiang rugby kat belakang van der sar..( Berapa lama training ? )

5. Hajat Mascharano utk pulang bersama kad kaler merah tidak tercapai. Kaler kuning aje.

6. CR7 mendidik Valencia cukup baik. Rafa kata dia dive. :). Pak Alex  kata Sorry it's not important for us.

7. Gol minit ke-5 Torres sgt mengagumkan, semua defend dok tengok je. Pakai sihir ke apa mamat nih ? Tapi sayang minit akhir miss-kick, mungkin perlu giatkan latihan :)


8. Vidic dan Rio sudah belajar  dari kesilapan lalu.( mungkin ambil kelas tambahan barangkali ? ) Merantai torres el nino segenap sudut. Sadis, mati pucuk langkah dibuatnya.

9. Pak Alex sgt kurang hajau melabel The Reds jaguh semusim cuma. Mungkin org tua ini tidak ambil subjek sivik masa muda-muda dulu. Hoi, jgn takbur la, agak2 kalau nak psywar pun.

10. Kita jumpa lagi tahun depan :)

Cerita di dewan makan Anfield.

Rafa : Argghh nasi lemak lagi. Kau tiada menu lain ke ? Telur pun ada lambang ?     Mana dapat ni ? 

Chef Anfield :  Old Trafford.
Rafa : U r fired !!!

***Gurau-gurauan, senggol-senggolan. Pool fans, kita kan kawan ? :)

Sunday, March 21, 2010

Masanya Sudah Tiba...


Masanya sudah tiba. Aib tahun lalu akan cuba di cuci dgn segala apa yg ada.
1-4 ? Tidak mahu diulang lagi episod duka lalu. ( walaupun penghujungnya captain MU tetap mencium Piala sedang Stevie G mencium kamera cuma ! )

Harapan membusut kemudian membukit seterusnya menggunung agar maruah tercalar dpt dipulih kembali. Namun pastinya ChelseX dan Arsengal berdoa panjang mlm ini bagi menjamin kedudukan yg lebih selesa, aman dan tenteram.

Macam biasa predict kawan-kawan ditanya juga.

" 3 tu mcm tinggi sangat. Gua target 2 biji tanpa balas." ~Mr. Ahgo yg katanya nak frame kasut buruk futsalnya coz score masa lawan frendly dgn team Malaysia. Ceh !

" Kali ni aku rasa Man.U top form. Man.U menang 2-0" Syuk anak Pak Mat Ganu Kite. 

Peminat Man.U muda yg sudah mula menjadi peminat mati keras,
Mr. Nazi Jerman rul
" Aku bg ehsan la, 1-0 cukup. Kasi gol last minit punya. Baru gempak. Jgn kasi can liv main CL next year."

Pencandu Man.U dari Jalan Raja Laut. duda anak 3 err..masih bujang sebenarnya
En. Sirap "  Aku rasa mlm ni 2-1 je kot. Aku ambik jalan selamat je coz MU ada rekod buruk dgn Pool."

Siapa lagi ? Tiada dah. Cukup la.

Pakcu ? Macam biasa, oleh kerana baru pulang dari Negeri Serambi Makkah. Maka, tiada royalti, tiada ehsan..3-0  :). Runi sebijik, 2 lagi drpd kawan-kawannya :). Khalas !

Gambar : Mr. Rafa cuba menenangkan Pak Alex  agar  jgn terlalu semangat nak balun mereka. " Calm down, bro..Calm down.." katanya

Harapan :-
1. Mr. Howard Webb, tolong bagi penalti 1 ye hehehe. Ala, mcm tak biasa pulak :)
2. Vidic, 1 more red card, i'll kick ur ass buttock
3. Adik Runi, pliz..one more marvellous heading goal.
4. Mr. Mascherano, teh tarik red card sato ! ( Siap ! Mascha menjawab ala-ala Mamak )
5. Pepedom Pepe Reina, tolong lepaskan 3 bijik. Tak banyak 3 bijik aje !
5. Penonton Cilik Liverpool ? Sila baling beach ball ke dalam padang sekali lagi. Jgn lupa, depan Abg. Pepe ye. Terima kasih.

Thursday, March 11, 2010

Hati-Hati Dengan Ini Kepala

A : Dia skor lagi. 
B  : Oh itu biasa. 
A : Tidak yg ini luar biasa.
B  : Kenapa ? 
A : Dia skor lagi dengan kepala bolat nya ! Kau tahu berapa ? 8 drpd 9 gol terakhirnya adalah dengan kepala !

2 gol lagi drpd  Our New  Legend menghantar Leonardo dan Vinci anak buahnya nya pulang ke Milan.

Jaga gua tanduk !

 
  Hoi, jangan main bangsat la...

 Gua tau la kita kalah, tapi tak kan la perut gua pun lu nak ludah !

Tuesday, March 09, 2010

Persatuan Ini Perlu di Sepak !

Aku ( Bila emo memang aku le yg keluarnya ) sangat kasihan dengan budak2 Harimau Muda. HIDUP-HIDUP KENA KENCING Temberang.
Macam sial haram je kan ?



Macam ni punya Persatuan pun ada. Sanggup mempermainkan anak muda yg  bersemangat untuk maju dalam bola sepak.

Duit rakyat habis macam tu je ? Hantar Team, kena balun dan akhirnya seantero benua tahu ia hanyalah perlawanan persahabatan. Kalau menang sekalipun Point tak dapat bai !

Ku kira, logo ini adalah lebih layak untuk kalian. Hampeh !
Dengan pendedahan oleh Harian Metro ku kira, semua pemegang jawatan di FAM itu ( kecuali anak bilis merangkap despatch, typist dan lain-lain ) meletakkan jawatan. Kalian telah mengkhianati amanah yg telah diberikan. Kalian tipu satu Malaysia.( 20 tahun lagi pun Malaysia tidakkan maju dalam sukan ini ! )
 
*** Gambar Harimau Muda di ambil daripada Harian Metro.

Tiada Keyakinan Lagi

Nampak tajuk mcm negatif benar. Tagline yg pesimis, tiada harapan, lesu, was-was, apa lagi ?

Secara jujurnya Pakcu tiada meyakini lagi kelab lagenda penuh sejarah ( Sejarah Zaman Batu, Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, zaman Jepun adalah milik mereka ) akan kembali ke persada liga BPL Liga Juara2 Eropah musim depan.

Martinez membungkus cantik nasi lemak utk diberikan kepada Rafa dan anak buahnya. Tidak percaya ? Ini buktinya.


Nyatalah Pengurus Wigan Si Martinez ini sangat kurang hajau ( Bak kata Faisal Tehrani org Melaka ) dan tidak menghormati lawan apatah lagi untuk menjunjung semangat kesukanan. ( Berpada-padalah kalau nak bagi cenderhati pun ! ). Ini satu penghinaan. :)

Berbaki 9 games di kala Villa kurang 3 games, Man.City 2 games dan Spurs 1 game yg belum dilalui adalah sangat sukar untuk Rafa Benitez ke UCL, namun Europa League masih ada harapan.

*** Pakcu masih terkenangkan saat meraikan jaringan Owen ketika Man.U membenam Wigan 5-0 pada perlawanan pertama Ogos lalu.  Owen memang ensem hehehe

Monday, March 08, 2010

Setahun sudah berlalu...

Anda suka lagu alleycats ?
Saya suka jugak, tapi tidak semua.

Saya suka lagu Setahun Sudah Berlalu...Pada hemat saya Pencinta Bahasa juga  suka lagu ini...Mengapa ? Kerana setahun sudah berlalu !

Setahun sudah berlalu
Februari bulan Mac muncul kembali
Dengan
pedih mata  kehangatan  semalam
Tanpa ku sedari
Ku di hambat petik  mawar topi  merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri ?


Thursday, March 04, 2010

Mari Baca Buku

 

Pesta Buku datang lagi. Tahun lepas terlepas peluang untuk ke PWTC.
Tahun ini hajat di hati ingin melilau-lilau di PWTC. Jika ada buku yg bersultan di mata, beraja di hati maka leburlah ringgit malaysia.

Walauapa pun azam yg ada kini adalah untuk mengkhatamkan segala buku yg telah di beli pada waktu yg lalu. Bimbang pula buku-buku itu murka ( buku-buku ? err,, macam banyak je heheh )

Jadi untuk itu, kempen dari blog ini. Marilah Membaca. Membaca Jambatan Ilmu. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. :)


Nota : Dalam asyik membelek buku, mengkhatam majalah, Al-Quran jangan pula dilupa. Bila pula nak dikhatamkan ? Ayuh kita, khatam Quran, khatam buku. Moga cemerlang di sini, cemerlang di "sana".