Monday, March 22, 2010

Sweet Revenge

Takziah dari OldTrafford membawak ke Anfield. Sungguh, takziah.
Malam yg mendebarkan berakhir dengan 3x klimaks jeritan kemenangan. Gamam di minit ke-5 padam setelah adik runi & park sama-sama melompat keriangan.

Hanya point-point yang ada di sini ( Gambar ada sekeping ! )

1. Sungguh tidak percaya, Mr. Howard Webb membaca blog ini. TQ daun keladi, ada penalti bagilah lagi. (abg howard, u look so ensem. Terharu ! )

2. Adik Runi tambah jaringan lagi. Kau memang macho walau ada iras shrek.

3. Paling hensem, adik Park Ji Sung.. Dengan style rambut yg x serabut mcm dulu. Penuh yakin. Flying header. ( di kala carra dok bizi menjaga adik Runi, sampai terlupa Mamat Korean ni ).

4. Daniel Agger, maybe boleh hantar CV utk bermain rugby dengan Johny Wilkinson. 2x sepak mcm ada tiang rugby kat belakang van der sar..( Berapa lama training ? )

5. Hajat Mascharano utk pulang bersama kad kaler merah tidak tercapai. Kaler kuning aje.

6. CR7 mendidik Valencia cukup baik. Rafa kata dia dive. :). Pak Alex  kata Sorry it's not important for us.

7. Gol minit ke-5 Torres sgt mengagumkan, semua defend dok tengok je. Pakai sihir ke apa mamat nih ? Tapi sayang minit akhir miss-kick, mungkin perlu giatkan latihan :)


8. Vidic dan Rio sudah belajar  dari kesilapan lalu.( mungkin ambil kelas tambahan barangkali ? ) Merantai torres el nino segenap sudut. Sadis, mati pucuk langkah dibuatnya.

9. Pak Alex sgt kurang hajau melabel The Reds jaguh semusim cuma. Mungkin org tua ini tidak ambil subjek sivik masa muda-muda dulu. Hoi, jgn takbur la, agak2 kalau nak psywar pun.

10. Kita jumpa lagi tahun depan :)

Cerita di dewan makan Anfield.

Rafa : Argghh nasi lemak lagi. Kau tiada menu lain ke ? Telur pun ada lambang ?     Mana dapat ni ? 

Chef Anfield :  Old Trafford.
Rafa : U r fired !!!

***Gurau-gurauan, senggol-senggolan. Pool fans, kita kan kawan ? :)

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Pak Cu,
1. Selamat berbahagialah dengan kemenangan itu, selayaknya bahagia dan ceria buat peminat Man U...
2. Tapi harus ingat juga... jika Man U tewas kepada Chelsea pada 3 April nanti pasti yang tidak dijangka Arsenal pula yang ambil kesempatan...
3. Chelsea harus bersiap sedia untuk menang semua perlawanan selepas ini, kalah satu atau dua dalam baki perlawanan yang ada pasti catatan semacam musim lepas.

Zaid Akhtar said...

MUmno fan,
jersi pengadil satu!

PakCu said...

hahaha..bagi la peluang kami bergumbira. zaid akhtar tu kufur nikmat betul, tahun lepas dah menang 4-1, jadi2 la..nak menang sokmo main play station la. ambil mode easy :)

ya, saingan masih sengit. bak kata rakan MU saya, ayam masih berlaga heheh..

jersi ref x jual di rantau pjg beb. nakkena order dgn mike riley hahaha

syuk said...

Aku nak takziah kat kau pulak pasal Bayern bagi nasi lemak kat MU malam tadi, haha