Thursday, November 16, 2006



Dialog adik dan abang...

Adik : Apa khabar, sihat ke ?

Abang : Oh.. I'm OK. Alhamdulillah...

Adik : Bukan apa, sambil ziarah ni..nak ucap terima kasih.

Abang : Awatnya ?

Adik : Sebab abang dah ganti tempat saya :)

Abang : Tempat apa pulak nih...

Adik : Tempat belasahan media. Kami dah rasa dah dulu. Sekarang pun masih lagi...

Abang : Cheh, hang nih. Ingatkan apa tadi. Takpa..Depa belum kenai aku sapa...

Adik : OK la. Mintak diri dulu. Assalamualaikum...

Abang : Waalaikumussalam...Terima kasih pasai sudi lawat cek no...

Anda seorang pemarah ?

Drpd e-mail yg kuperolehi...

>>>Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka zahir/fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan kamu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.

Friday, November 10, 2006

Kegilaan masing-masing yg subjektif...

>>>Masih dlm exam week. Selsema. Kerja hari ini, settle kan markah exam budak2.
At the same time ON kan laptop and download skill yg diperagakan oleh cristiano Ronaldo Ronaldinho, Zidane. Minggu ini kegilaan utk memuat turun klip video bolasepak dan iklan Nike Commercial agak tinggi.

>>>Dalam waktu yg sama memperkenalkan blog2 yg aku suka hadap. Blog Faisal Tehrani, Blog Zaid Akhtar dan Blog Saiful Islam. Biar mereka baca. Biar mereka faham. Biar fikiran mereka terbuka. Biar nafas Islam kekal di jiwa mereka. Biar mereka faham bagaimana hiburan yg dihalalkan. Biar mereka tahu kisah kehidupan insan lain yg boleh dijadikan tauladan.Biar..biar dan biar...

>>>Saat menhadap laman web faisal tehrani secara tiba-tiba Tuan Pengetua menjengah dr tepi meja.

PENGETUA : Tengok web penulis terkenal ye ?

SAYA : Ha'ah...Cikgu kenal dia ?

PENGETUA : Ye, saya suka baca novel dia. Ada yg dibuat bersiri tu.Apa ye..

SAYA : Tunggu teduh dulu.

PENGETUA : Ha, yg tu la.

~Dialog bersama pengetua. Lebih kurang begitulah bunyinya.

Laa..tak sangka la pulak. Dia pun minat novel berat.Sastera. Dia seorang wanita awal 40 an. Hairankah ? Entah. Tapi yg pasti ibu saudaraku minat novel alaf 21 :). Usianya 40 juga. Apa2pun bagi aku, utk mencari peminat novel sastera adalah sukar berbanding peminat novel popular terbitan Creative atau alaf 21. Itu hakikatnya...

...Bukankah minat atau kegilaan itu subjektif. Yg penting ia disalurkan ke jalan yg betul lagi berfaedah. Namun jangan sampai kegilaan atau minat memungkinkan MATLMAT MENGHALALKAN CARA. Jauhkan agar tidak mengundang kebinasaan yg lebih besar.


Monday, November 06, 2006

Hoi...Chelsea kalah la mlm tadi !










>>>Ku sangka cerah sampai ke petang...( Morinho kata semalam )

RUPANYA...









Ribut petir di tengah hari !

>>>Chelsea continue to push forward but Tottenham hang on to celebrate their first league victory over the Blues since 1990<<<


>>> We are clearly on top. 3 points clear. Thanks Jol...Hehehe...

Sunday, November 05, 2006

SABTU n AHAD

Sabtu
>>>Tinggal sendirian di rumah warden. Kengkawan masing2 ada tugas. Aku je yg free. Lapar di pagi hari. Nak joint budak2 main street soccer terasa malas. Akhirnya Amri menjadi peneman ke kedai roti canai di Bandar Lama Kuala Rompin.

Kedainya mcm nak roboh terletak di selekoh ( Kalau kereta terlajak sure terus leh order roti canai dari dalam kereta ) :). Drive through tapi aku rasa lepas tu pasti tokei kedai hempuk kepala dengan mangkuk dal hahaha. Kedai yg nampak uzur ( memang uzur pun ) tapi teh tarik n roti canai tetap power.

>>>Ptg Sabtu, bersama seorang student, menghala ke rumah Cikgu Mi ( PPD Rompin ) Makan kenduri daa..Kenyang. Salam. Chow.
Mlm Minggu
>>> Man.United terusan menggila...last week 4-0. This week 3-0. Power sioottt.
>>>Bonda send mesej ..27 nov 06 pergi... ( sementara waktu ini bak kata bini Dato' K, biarlah rahsia..)

Ahad
>>>Pagi, siapa pulak jadi mangsa utk menemani aku ke rompin. Akhirnya Napi lower six menjadi mangsa. Mangsa apa, budak2 nih pun pantang diajak keluar, nak ikut aje.

Motif utama, nak beli towel n melihat2 sweater.
" Beli la yg ni, makcik dah pakai. Serap air ni, harga asal 18, makcik bagi kurang 15.." jurujual dgn skill yg ada cuba mempengaruhi nafsu membeli aku.

Towel berpindah milik. Pulang ke rumah. Cheh. Serap air ? Hagham ! Licin semacam. Duhai makcik penjual tuala, anda menipu saya atau tuala ini akan serap air selepas 2-3 kali masuk washing machine ? Saya akan tunggu hasilnya. Sebuah penipuan atau kebenaran.

Thursday, October 12, 2006

Coret sikit

>>> Agak lama tidak mencoret. Kadang2 ( Atau selalu ? ) nafsu utk mencoret tidak hadir.
Actually aku dah masuk minggu kedua kembali ke sekolah lama. Buat apa ? Buat la apa2 yg patut.

Lebih suka menjenguk blog org. Blog Suka Hati ( Brutal jugak minah ni :) ), Pakdi.com , tehranifaisal ( Ke mana agaknya dah lama x menulis )

>>>Puasa dah lebih separuh tapi mengaji tak sampai pun separuh..fail..fail...Malu jugak kat anak murid yg dah lebih 15 juzuk. Apa2pun cuba2 jugak utk elak agar mengaji bukan kerana malu. Biarlah mengaji kerana memang nak mengaji. Kerna DIA sahaja.

>>>Isnin, lepas bikin spot-check ASPURA. Bersama guru2 lelaki yg lain.
Misi utama mencari mercun, rokok dan handset. Rokok dan mercun tiada, yg ada hanya handset. N-Gage lagi...kaya betul budak2 nih. Cikgu pun pakai 3100 je. :). Apa2pun akhir tahun la baru korang boleh tuntut yek hehehe berserta wang rm30. Peace ii

tapi yg paling hampeh adalah penemuan maggi yg masih panas dlm tupperware bersama sebiji buah kelapa yg dah siap sedia utk dihirup ! Aku tak heran kalau student yg baru bersunat baligh yg buat keje hampeh mcm nih...tapi bila yg buat adalah Form Six, mula la terasa hampeh je. Bikin malu kaum. Cheh...


>>>Permisi.


Monday, September 11, 2006


Anda peminat Man.United ?

>>>Kreativiti budak2 nih memang tak dinafikan. Intel Inside menjadi Islam Inside. Back To The Future menjadi Back to Quran. Fear Factor menjadi Fear Allah...Reverse psychology...

>>>Cuma aku takut syarikat besar nih ajak masuk court je. Macam kes Mc'donalds vs Mc'curry...di mana setiap syarikat di muka bumi ini tak boleh menggunakan perkataan mc' di hadapan jenama mereka tapi aku rasa mereka tak peduli kot dengan biznes kecilan yg budak2 nih buat. Tapi akan datang jika biznes kecilan menjadi besaran maka tidak mustahil, kan ?

Tapi apa-apa pun, berkenan pulak aku untuk meng cilok Order sehelai t-shirt muslimeen united.
Sesiapa yg berminat boleh klik kat sini

p/s : Mat duwe. Kreatif sungguh mu nih.Aku takde diskaun ke ? Dah publish t-shirt kat sini hehe. PERHATIAN : Man.United menang utk kali keempat dua mlm yg lalu ( GAGAH BETUL MU ). 12 points clear ahead. Great start.100% record,maintain. Rafa Benitez dengan Wenger perlu berlatih dengan lebih tekun lagi :) Peace ii




Thursday, September 07, 2006

Melahirkan ulama' atau penyanyi ?
>>>Sila buat pilihan tepat !

Dan mlm tadi, aku meng IYA kan kata2 ustaz di masjid . Hari ini utk melahirkan ulama' adalah begitu sukar berbanding utk melahirkan penyanyi cukup mudah. Ada saja penajanya.

Rakyat Malaysia khususnya yg rajin AFUNDI cukup tidak berkira dlm MENG KAYA KAN tokei astro & maxis mengundi bagi mengangkat seorang pelajar akademi menjadi bintang. Beribu habis pun tidak mengapa. Gemar sungguh menambah saham kiri. Setiap maksiat yg terhasil drpd konsert mereka kalian yg tanggung !

Tetapi berapa kerat yg sanggup menghulurkan derma kepada mereka yg tak dapat tajaan langsung utk menyambung pengajian di Al-Azhar Mesir. Universiti tertua di dunia. Akademi Fantasia bukan universiti, hanya taraf akademi sahaja tapi ramai pulak yg menyumbang :)

Rakyat Malaysia dpt apa ? ( Utk myg gemar AFUNDI la...) menambah saham di ASJ ? Amanah Saham Jahanam Johor ?
Utk itu kuseru diriku dan rakyat Malaysia, jika ada terdengar pelajar yg ingin belajar di Al-Azhar, bantu-bantulah...hulur2kan seberapa yg mampu. Insya Allah kelak mereka pulang dan mengadakan kuliah / mengajar di mana2 institusi, masjid dan sebagainya saham akhirat menjadi milik kita bersama. Pahalanya bersambung2, hingga akhir hayat ! Confirm tidak rugi ( Dengan ikhlas la ).

Usah biarkan Malaikat di kanan kita goyang kaki / menganggur lantaran terlalu kurangnya amal kita. Buku amal pun kelihatan mcm baru walhal sudah berusia puluahan tahun !

>>>Astro telah menyediakan jalan utk manusia menjadi penyanyi, maka tanggungjawab kita ( Yg sayang Islam ) bagi menyediakan jalan utk melahirkan ulama. Ada sesiapa di sini yg sanggup menggantikan Dato' Harussani @ Mufti Perak itu jika beliau Allah jemput pulang ? Menjadi insan selantang beliau dlm menyatakan perkara yg haq dan yg batil ?

>>>Di daerahku sahaja 6 org pelajar SMA Al-Khairiyyiah Mersing, bakal ke Al-Azhar. Tiada tajaan buat mereka. Baitulmal pun bagi rm400 sahaja ( sekali itu sahajalah rasanya ). Tambang pun tak lepas, setakat terbang ke Indon je la kemudian jalan kaki ke Cairo.

>>>Untuk itu sesiapa yg ingin menyumbang boleh e-mail ke dreammastez@yahoo.com

Salam jariah utk semua.

Monday, September 04, 2006


Pakcu Dan Sesuatu

Di cc, lebih selesa utk melayari internet. Hari ini dikerah ke pasar. Mencari ikan. Setelah membeli seekor tenggiri berharga rm8, aku singgah di kedai suratkhabar. Taukey nye adalah India Muslim. entahlah mengapa poenjual suratkhabar kat Malaysia ni kebanyakkannya India. Sinonim. Beli paper dan mataku tertangkap pada sebuah komik yg aku cam sungguh lukisan dan gaya tulisannya. AKU DAN SESUATU. Laa..hidup lagi rupanya komik ini. Aku sangkakan aie ( Penulis & Pelukis ) telah mentalqinkannya.

Tebal. Berwarna. Novel Komik. Menarik.
( Yang kat atas nih cover zaman dulu...) Utk latest sinopsis, klik sini

Tanpa ragu capai sebuah dan membelek harga. Warghhh rm12.90 ?! Gilo. Tapi lantaran minat dengan lukisan dan cerita walaupun berta hati membuka wallet..melayang juga rm12.90. Duit berpindah ke tangan aci bini tokei kedai.

Merenung dlm bakul motor. Ada ikan tenggiri. Ada 2 bungkus nasi dagang ( Cucu penjualnya cun amat hehe ) ada paper dan ada Aku Dan Sesuatu. Yang pastinya buku itu paling mahal !

Tertanya juga, berbaloi ke ? Entahlah. Sejak dulu aku memang meminati lukisan. Lukisan potret, komik or whatever la. Dan utk komik aku amat meminati karya Aie ( Blues Utk Aku, Aku Hidup Dalam Blues dan Aku Dan sesuatu ) di tambah dgn jalan cerita utk setiap lukisan pun OK.

Terkenang juga zaman muda2 dulu hehehe di saat menadah ilmu di bumi Serdang..aku kerap ke Central Market ( CM ). Tujuan utama adalah melilau dan aku terpacak dibelakang pelukis yg melukis di situ. Ralit memerhatikan karya mereka. Memanglah seni itu indah.
Bakat tak la banyak, sikit2 tu ada la hahaha. Kurniaan Allah. Tapi yg sedihnya sekali haram pun tidak aku sumbang utk majalah Persatuan. Dan melukislah Wayne Rooney Saiful Roni sendirian.

Buat Sepol, sorry la..dulu Pakcu tak sumbang apa2. Melainkan sebuah cerpen yg entah apa2. Aku sendiri pun dah lupa tajuknya :)

K. Permisi. Assalamualaikum.

>>>3 matches, 10 goals ?! Marvellous performance by Ferguson Side :). Oit Rafa, Mourinho...korang tak gerun ke ? Hehehe Jgn prejudis ( Gelak ini tiada unsur takbur ) :)








Saturday, August 26, 2006

JATUH , TANGGA dan KALAU.

Tiada ISU terkini yg ingin kusembang2 kan. Aku yg tiada mood ingin mengulas, isunya mana pernah susut. Cerita dlm dunia ini tidak akan habis hinggalah tiupan sangkakala Israfil datang.

Cuma pagi ini terlintas di benak tentang jatuh ditimpa tangga. Ungkapan org melayu utk menterjemahkan malang yg datang bertimpa-timpa. Ungkapan utk melahirkan sedih dan simpati. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Aku yakin dan percaya pasti ramai yg telah melaluinya. Kukira, aku pun tidak terkecuali.
Namun bila diinsafi betul2, tidak patut rasanya utk menangisi / bersedih melampau-lampau. Apakah kita pasti benar apa yg berlaku itu memang betul2 satu kesedihan. Satu malang2 yg betul2 malang ?

Allah telah menetapkan segalannya buat kita. Baik atau buruk semua berada di dalam ilmu-NYA. Adalah amat celakanya kita jika selalu mempertikaikan kenapa dan kenapa ujian ini hadir ?

Contohnya jika kita baru sahaja kehilangan handphone Nokia model terbaru N91. Selang beberapa hari kita kemalangan jalanraya pula. 3 hari kemudian kita bercerai putus dgn kekasih hati kita…

Jika kurang iman maka mulalah hati bertanya kenapa, mengapa diri diuji ? Menyesali segala tindakan. Bermain dengan kata “KALAU..” ..kalau aku tidak ke sana pasti tidak accident, atau kehilangan handphone..Sedangkan tahukah kita..jika kehilangan handphone dan accident itu tidak berlaku maka kita akan mengalami musibah yg lebih teruk seperti kehilangan anggota badan dan nyawa sekaligus ?

Utk itu, hentikan drpd bermain denga perkataan KALAU. Yang paling utama adalah redha dan sabar di atas segala ujian-NYA kerna sesungguhnya DIA maha mengetahui lagi maha bijaksana.

…Kepada Allah kumohon keampunan…

Tuesday, August 01, 2006

Timbul Kembali II

>>>Masa begitu pantas. Hari ini 1 Ogos. Dalam kepantasan itu Israel terusan membedil Lubnan. Sahabat2 sekalian, bersama kita lafazkan Qunut Nazilah hadirkan bersama rasa benci dan laknat buat Yahudi laknatullah. Humbankan segala prejudis kita. Syiah atau Sunni. Mereka semua saudara kita juga. Ayuh !

>>>24 Ogos lepas, secara tidak rasmi aku resigned drpd jawatan CEO Jobless.Com. Alhamdulillah. Semuanya adala milik-NYA jua. Lagu kehidupan nyanyian Inteam duet bersama Nazrey tetap menjadi pujaan.

Kehidupan
...Jgn difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pd tuhan, ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali...

...Ujian adalah tarbiyyah dr Allah, apakah kita akan sabar atau sebaliknya...

...Kesenangan yg datang selepas kesusahan, semuanya adalah nikmat dr tuhan...

>>>18.6 juta pound dileburkan Sir Alex Ferguson utk memiliki Michael Carrick dr Spurs. Harap ia berbaloi n dpt menjadi successor buat Keane. Harap ia tidak menjadi spt Veron, mahal je boleh harap..main lingkup !

Tuesday, July 18, 2006

Timbul Kembali

>>>Lama dah tak mencoret kat blog. Kalau blog aku nih ada perasaan, dah menangis agaknya dia..:). Maaf blog, kau bukan bini ku, kalau bini pasti tak ku abai sebegini rupa , insya Allah :). Macam la bizi sangat. apa boleh buat, aku dah ada jawatan baru, CEO Jobless.com

>>>World Cup 2006 dah berakhir..8 hari lalu. Sampai bila2 pun org akan ingat..zidane dengan tandukkan power nya. Dan aku pasti ramai yg tidak ingat nama2 yg mengambil sepakan penalti utk ITALY. Kecuali dia khatam benar dengan Worldcup kali ini. Tapi zidane..yg tak minat bola puntahu..dia tanduk materazzi sampai bengkok tulang pinggul dada hahaha ( aku agak la, bengkok :) ) Tu la..sapa suruh kurang ajar. Mulut cabul. Zidane patut bagi sebijik atas hidung dia biar dia ingat sampai anak cucu. Baru puas hati hahah
Apa2 pun zidane still Best Player for WC'06..caya la zizou.

>>>Ptg ni aku nak driving ke Putrajaya. Mcm biasa la selain jadi CEO Jobless.com aku buat partime jadi driver pakcik aku hahaha.
Tujuan utama, hantar application form kerja daa..

>>>Result KPLI 10 ogos..sekali lagi ramai yg cuak...( Aku pun sama ke ? hehe )
Siapa yg berkehendak..doa2 la..dan solat hajat selalu.

K. Permisi.

Thursday, June 22, 2006


Kedah VS Melaka...

Mintak maaf, tajuk di atas bukan utk memaklumkan match Liga Perdana Malaysia. Tapi...
Kalian kenal Izwan Abd. Halim ? ( soalan ini utk mereka yg pernah satu persatuan mahasiswa islam dengannya ).

Dia dah sibuk minta alamat rumah aku.
Apa tandanya tu ?
Gambar di atas la maknanya :)
Tahniah, syabas buat wan halim. Dikau telah maju setapak lagi dlm menyahut seruan meramaikan umat baginda Rasulullah S.A.W

Di mana majlisnya ? Dekat aje. Melaka. Kalau naik motor dari Seri Kembangan 2 jam aje ( Maintain kelajuan 100km/j ) tapi kalau bawak motor 50km/j tambah la lagi 2 jam :)

Mana kadnya ? Bila tarikhnya ? Melaka kat mana ? Siapa nama bininya isterinya ? Maaf la, aku pun tak dapat lagi hehehe...( Harap2 tarikhnya bukanlah disember 2006, penat nak menunggu )

Buat wan, tahniah sekali lagi. Moga bahagia dari dunia hingga ke syurga. ( Tidak mahu lagi sebut bahagia ke anak cucu coz nanti dpt cicit dah tak nak bahagia ke ? )

Sunday, June 18, 2006

Tajuk : Siapa peduli ?

Apakah golongan ini masih dihormati ?

Dato’ Seri Haji Harussani Haji Zakaria,
(Mufti Kerajaan Negeri Perak)

"Justeru itu Konsert Sure Heboh, Akademi Fantasia atau Malaysia Idol, tidak perlu kepada pemfatwaan melarang umat Islam menganjur, menghadiri atau menontonnya kerana sudah nyata pada hukum syarak ia adalah haram." Petikan penegasan drpd YBhg Dato' Seri Haji Harussani

Yang nyata, hari ini...kata-kata beliau telah...


di BAKUL SAMPAHKAN DI FLUSH kan !
Malaysia tanahairku...:(






Saturday, June 10, 2006

Masjid Oh Masjid

Hampir sebulan tak taip apa2 kat blog. Bizi ? Entah. Aku pun tak pasti. Cuti sekolah 2 minggu ( aku sememangnya sentiasa bercuti ) macam2 perkara yg dibereskan.

Tertarik dengan berita di akhbar harian. Berjuta akan dibelanjakan oleh Kerajaan Terengganu bagi membina masjid. Usaha yg murni. Bagus. Cuma...masjid memang banyak, orangnya mana ? Apa erti masjid beratus buah andai jumlah kehadiran ke masjid maintain dengan warga emas yg kebanyakkannya banyak gigi sudah gugur.

Teringat kata2 seorang ustaz kepada aku satu masa dulu..membina bangunan memang mudah tapi nak bina diri manusia yg bina masjid itu yg susah !

Berbangga dengan syiar ( masjid ) sedang syariat ( hukum hakam ) dibakul sampahkan dan dihantar ke pusat pelupusan.

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda :
Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid.
Hadis Riwayat Abu Daud

Monday, May 15, 2006

PUSAT...

Tiba-tiba daku merenung pusat,
bukan Pusat Sains Negara,
bukan Pusat Kesihatan,
bukan Pusat Pentadbiran UPM,
bukan juga Pusat Latihan Khidmat Negara,
bukan..bukan..bukan itu !

Merenung pusat. Dan terlintas di benak,
melalui pusat inilah,
ibuku menyalurkan zat makanannya kepadaku,
ketika aku di dalam perutnya,
tika aku hanya tahu makan dan tidur sahaja,
tika aku hanya tahu memerah zat makanannya sahaja,
26 yg tahun yg lalu. Ya, 26 tahun yg lalu.
Untukmu ibu, doa, khidmat dan kasih sayang.
Buat ibu...Selamat Hari Ibu !

Wednesday, May 10, 2006

Senario...

Senario 1...habis madu sepah bakal dibuang ( Esok ? Lusa ? )


Senario 2...madunya masih ada..belum jadi sepah lagi...
( Apakah mungkin menjadi sepah ? ) Wallahu a'lam.

Tuesday, May 09, 2006

AHAD yg Lalu…

1. Sebagaimana ahad yg dulu2 juga, aku menjadi driver kepada bonda untuk ke kursus haji. Ustaz yg menyampaikan berbangsa berketurunan Terengganu, orang lama ! Loghat Ganu nye masih boleh aku fahami lantaran kampung aku sendiri adalah kampung campuran manusia Terengganu n Kelantan n Johor.

Tapi buat mereka yg JOHOR TULEN mungkin adakalanya terpinga-pinga dengan penerangan ustaz. Lebih malang ustaz buat lawak pun ada yg tak faham. Takpe lah ustaz, kami semua anak muridmu, anak murid pantang mengkritik guru, apatah lagi mencela, tak berkat pula ilmu nanti. Terima kasih kerana masih sudi berkongsi ilmu dengan kami yg dhaif ini.

2. Tamat kursus, kami berangkat ke Hospital Kota Tinggi. Tokbak aku sedang gering dan terlantar di Wad Bunga Tanjung. Ziarah ! Dia sudah terlalu uzur, organ dalam badan pun sudah tidak berfungsi dengan baik. Buah pinggang, jantung. Akibatnya darah sudah tidak tertapis dan betis mula membengkak dan berkilat.

Dalam sakit2 begitu ingatannya terhadap cucunya yg jobless ini cukup kuat. Masih sempat dia bertanya aku dah kerja ke belum ? Dengan mata yg sekejap celik dan pejam semula, soalan itu yg di pacul daripada bibirnya. Terasa betapa aku sebenarnya dekat di hatinya. Ya Allah, permudahkanlah urusannya. Berikanlah yg terbaik utk dirinya. Di antara kesihatan ataupun pulang kepadaMU. Sesungguhnya engkau lebih mengetahui Ya Allah. Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi. Segalanya adalah milikMU.

3. Bertemu dengan para sepupu aku yg jarang bertemu. Terkedu ! Nampaknya mereka juga sudah tenggelam bersama arus kemodenan ( Atau arus zaman purba sebenarnya ? ) Seluar dan baju yg ketat dan pada firasatku mungkin ada sedikit bangga di hatinya pabila ada orang melihat getah underwear di pinggangnya. Entah la. Tak baik prejudis kan ?

Ingin ditegur bimbang putus saudara. Maka selemah-lemah iman adalah dengan membenci maksiat itu di hati dan berdoa moga hidayah turun buatnya dan juga buat aku. Benarlah iman tak boleh dijual beli… Waallahu a’lam.


Sampai di sini sahaja. Permisi. Salah dan silap, maaf kupohon. Ya Rahman. Ya Rahim, Ya Ghaffar ampunilah aku. Assalamualaikum.

Wednesday, May 03, 2006

Mix da entry

1. Ku toleh kiri, ku toleh kanan. Sama sahaja. Bila nak bermula anjakan paradigma..

2. Melihat web bbc, futbol section. Gambar rooney berbungkus kakinya. Nampaknya harapan England yg dulu agak cerah nampak samar sedikit. Wonder boy ini agak sukar dicari ganti setakat ini. Sokong England sebagaimana biasa, menantikan Malaysia ke World Cup aku tak tahu bila tahunnya.

3. Semalam ke masjid mendengar ceramah Mufti Johor, Datuk Noh Gadut. Suara memang jelas terang lagi nyata. Agak malang cara penyampaiannya silap. sekejap mic dekat dengan mulut..sekejap jauh..akibatnya ceramah yg bersemangat itu sekejap clear sekejap kelam. Dan aku pun tertidur di saf belakang...

4. Aku dpt hadiah hari ini. Hadiah bezday merangkap ucapan selamat Hari Guru dari bekas pelajar ( aku x mengajar pun, just kenal kerana dia minat seni/lukisan mcm aku jugak :) )
eh, aku boleh sambut Hari guru ke ? Hahaha...seuntai tasbih bersama sekeping kad diposkan. Terima kasih buat Ain nun jauh di Pahang sana.

Apa lagi ye ? Permisi dulu la. Ada tugas lain sedang menanti. Assalamualaikum.

Tuesday, April 25, 2006

Ini satu cerita…

Seorang pengembara marah-marah dengan penjaga sebuah taman yg bernama Taman Firdausi kerana tidak diizin masuk ke dalam taman

( Sebuah taman yg ada serba serbi, cakap aje nak apa, makbul ! ).

Selain itu taman yg canggih lagi hebat ini juga mempunyai pengkalan data makhluk yg ada di alam maya ini. Tiada siapa yg boleh menipu sesuka hati mereka. Namun begitu ia tetap menarik minat makhluk di bumi utk memasukinya lantaran pelbagai kelebihan yg terdapat di dalamnya. Yuran masuk murah beb !

“Kenapa saya tak boleh masuk. Saya dah penuhi kriteria utk masuk !”

“Maaf encik, utk masuk ke taman ini, kriteria mesti penuh.” Kelihatan penjaga taman cuba berdiplomasi

“Siapa cakap mesti punya kriteria penuh ? Pada brochure ni tertulis,2 kriteria sudah cukup utk masuk ke taman ini.” Dakwa si pengembara yg mula panas hatinya.

“Boleh saya tengok brochure encik ?”

“Nah !”

Maka tertulis di brochure yg menjadi panduan pengembara tersebut..

Kriteria-kriteria utk memasuki Taman Firdausi. Anda mestilah :-

Kirteria 1 : Islam, Solat, Zakat, Puasa, Haji,
Kriteria 2 : Mengamalkan pinjaman tanpa interest, tidak rasuah,tidak menipu, tidak berjudi, tidak minum arak dan tidak berzina
Kriteria 3 : Mematuhi SETIAP hukum yg terdapat dlm Quran.
Kriteria 4 : Rajin membina masjid, rajin membaca Quran, rajin sedekah

Anda layak memasuki ke Taman Firdausi jika mempunyai 2 daripada 4 kriteria yg terdapat di brochure ini. Selamat bergembira !

“Hah, apa lagi ? Bukankah saya dah penuhi kriteria ? Kriteria 1 dan 4 sudah jelas adalah milik saya." Kata si pengembara dengan bangga sambil menunjukkan kad pengenalan yg tertera namanya Tuan Haji Magnam Bin Kersino

“Maaf encik, saya rasa brochure ini palsu. Boleh saya tahu siapa yg bagi encik brochure ni ?” Kata penjaga taman setelah memeriksa pengkalan data di PC nya.

“Hah, palsu ? Awak gila ke ? Ketua saya la yg bagi. Dia ketua saya dunia dan akhirat awak tahu ?!”

“Maaf sekali lagi encik. Brochure ini palsu dan encik tidak layak utk memasuki Taman Firdausi. Tapi jika encik ingin menginap atau camping, encik boleh ke taman sebelah.”

“Iye lah. Awak tak nak duit saya nak buat macam mana kan ? Saya boleh camping kat sebelah aje. Apa nama taman sebelah ni ?” Hj. Magnam mula kendur setelah melihat penjaga taman begitu tegas orangnya.

“Taman Jahanam, encik.”

“Hah ?!!!”

Konklusi : Islam tidak tersedia dalam bentuk pakej, separuh sana, separuh sini. Islam itu menyeluruh. Tiada pilihan bagaikan pakej percutian seperti pakej percutian di Pulau Tioman. Sekian dimaklumkan.


" Wahai orang-orang yg beriman, masuklah Islam secara kaffaf ( Menyeluruh ). Dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya ( syaitan itu ) adalah musuh yg jelas bagi kamu."
>>>Al-Baqarah. Ayat 208.

Tuesday, April 18, 2006

BIGFOOT dan MURTAD

>>>Sudah berminggu-minggu...masih menantikan komen dan tindakan para pemimpin terhadap pendedahan Mufti Perak berkaitan 250,000 umat Islam yg telah murtad.
Harapan hampa belaka, tiada komen nampaknya...

>>>Bigfoot muncul, heboh seantero Malaya...Media sana melalak, media sini memekik..kajian sana, kajian sini. Woi, bigfoot muncul la !

Murtad muncul ? Shhh..ini kisah dlm kelambu mana boleh bising !

:( aduhai tanahairku Malaysia...

Saturday, April 01, 2006


Di CC...

Hari ini jadi driver bonda, hantar dia n dua org anak muridnya ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Mersing. Then ke warung paling famous di Mersing ( terpaksa tercegat menunggu meja kosong ! ). Nasi Lemak Ayam jadi bahan santapan pagi ini.

Beli paper lepak tepi pantai. Then aku mencampakkan diri ke dlm CC milik rakan sekolah berbangsa cina. Tapi aku rasa Magna kat Serdang still number one dr sudut ke biziannya, mcm kat tempat bursa saham je. Syabas Magna. Moga terus maju.Orang Islam pun terer bisnes apa !

LAGU...
Seminggu dua ni, asyik dengan album baru Inteam. Tiada lagi kasih. Masa mula2 beli bosan jugak ( Tapi utk Inteam, Hijjaz, Mestica aku tidak perlukan pra-dengar, masih yakin dgn lagu2 mereka yg bisa menyengat gegendang telinga :) )

3 lagu favret.
1. TanpaMU ( OK la.. )
2.Kehidupan ( Lagu Nazrey Raihan ini, tambah segar pabila dinyanyikan semula.Touching ! )
3.Pemergianmu ( Lirik n melodi menyentuh amat...)

Komen peminat lain ( dambil dr www.inteam.com.my )

"PEMERGIANMU....bukan hanya kerana best.. tapi memberi makna yang mendalam...Jika dihayati pasti akan mengalir air mata...dan acapkali saya akan menangis bila mendengarkan lagu PEMERGIANMU... tidak mudah untuk ditemui lagu dan lirik yang benar2 menyentuh kalbu... hinggakan mampu menambahkan rasa cinta pada RASULULLAH...terkadang saya terlali...terlupa pada peniggalan serta perjuangan RASULULLAH dalam menyebarkan dakwah ISLAM... ALHAMDULILLAH lagu ini sedikit sebayak memberikan kesedaran kepada saya untuk lebih mencintai ALLAH dan RASUL...Syabas... diharapakn lagu ini sentiasa di hati peminat2 dan sentiasa berkumandang.... inteam, saya merayu agar memastikan lagu ini dipromosikan lebih berbanding lagu2 lain...."

~Pakcu : 200 %, Aku setuju amat ! ~

Monday, March 27, 2006

MINYAK LAGI

Dulu aku pernah dpt mesej tentang minyak nih. Tapi malam kelmarin Abang Mat yg memang rajin berceramah ulang lagi ayat yg sama :) Kalian mahu tahu ? Ku ulang sekali lagi mengikut versiku pulak...

" Naikkan harga minyak tapi tak mahu harga barang naik serupa mcm suruh bini kita mmengandung tapi tak nak perut buncit ! "

Abang Din yg datang bersama Abang Mat pulak bilang...

" Menteri kata,4.4 billion utk baiki pengangkutan rakyat. Kesemuanya akan kami pulangkan kepada rakyat. Nak tanya sikit, penduduk ulu tembeling, Pahang, Kuala Kedah apa mereka dapat ? Mereka guna LRT ? Bas Ekspress ?

Baiki pengangkutan, tapi siapa berani jamin harga tambang bas ekspress tidak naik ? Kenapa mesti semua rakyat mesti dibebankan dengan kenaikan minyak dan kenaikan harga barang ? "

Bila fikir-fikir..betul juga..Entah la labu. Yg pasti minyak motor Kriss aku dulunya rm4.80 dah penuh sekarang rm6 belum tentu penuh...

Thursday, March 09, 2006

di ambil dari website Pakdi.com. Maaf Pakdi, ku letakkan link tanpa permission..Utk kita fikir bersama..Ya utk kita fikir bersama...MINYAK LAGI !

http://www.pakdi.com/blog/archives/2006/03/isunya_lebih_da.html
Pabila MINYAK NAIK...













ramai yang NAIK MINYAK !

*Dengar khabarnya Jumaat 10 Mac 06 juga ramai org akan naik minyak lagi...Wallahualam...
kepada pengguna jalan KLCC - Concorde Hotel sila guna laluan lain la jika taknak dok dalam kereta sejam hingga dua jam :) , Jam !

Thursday, March 02, 2006


KENDERAAN PALING SESUAI UTK ANDA / RAKYAT MALAYSIA HARI INI...
NAMUN IA JUGA BUKAN PALING SESUAI SEKIRANYA HARGA MINYAK CAP KAPAK GRIS UTK RANTAI BASIKAL INI TURUT NAIK.
*ADA BISIK2 ,SUARA ORG UMNO YG MULA MERINDUI DR.M :) ? Pakcu kata, sekadar bisik tak jadi apa-apa...Try la jerit di Perhimpunan Agung ataupun di pilihanraya.Peace ii :)

Wednesday, February 22, 2006


Rafa, now is ur turn !

Bermula dengan Wigan, seterusnya Arsenal. Dan akhirnya Red Devils menjadi mangsa ketiga (memetik kata2 Zaid Akhtar :) )


akhirnya regim Rafael benitez lingkup di Lisbon. Benfica sekali lagi berjaya mengaibkan kelab Inggeris setelah MU kecundang sebelum ini.

Kepada En.Rafa. Now feel the pain. Apa2 pun sekiranya pagi esok Barcelona memenangi saingan di Stamford Bridge

( Padang yg hampeh, cantik lagi padang di kampung aku )..

maka Barcelona adalah calon utama utk menjulang piala yg bertelinga gajah itu ( Champions League ). Viva Barca. Liverpool..? ( Tanpa sebarang prejudis :) ) berusahalah utk memintas MU di tangga kedua EPL jika tidak mahu bersusah payah utk menyertai Champions League next year ! Got it ?

Sunday, February 19, 2006


DEMONSTRASI & BOIKOT ?

Dek kerana kartun drpd akhbar Denmark yg menghina Rasulullah S.A.W umat Islam satu dunia berdemonstrasi. Termasuklah Malaysia. Alhamdulillah, umat Islam masih punya sensitiviti dan rasa sayang pada baginda. Kebanyakkan negara umat Islam mengambil sikap utk memboikot segala barang yg berasal dr Denmark. Syabas umat Islam !


Cuma aku masih menunggu bilakah giant factory of Carlsberg ( Ada org yg tak tau Carlsberg tu apa ke ? ) yg berada di tepi Lebuhraya Persekutuan itu nak di tutup !

Cukai Carlsberg setiap tahun antara yg tertinggi pulangannya kpd kerajaan ( Coz terlalu ramai di Malaysia ini yg menggemari air kencing iblis itu ). Setiap tahun juga kita bermohon agar negara ini sejahtera dan diberkati-NYA. Habis tu..duit cukai yg "AMAT BERSIH" itu masuk dlm perbendaharaan negara, apa cerita. Mengundang berkat atau bala' ?

Setiap tahun juga kakitangan awam beroleh bonus termasuklah aku. Tapi pihak kerajaan mungkin ada jawapan yg bagus di Padang Mahsyar kelak jika di tanya mengapa menggunakan sumber yg haram ini utk setiap rakyatnya.

Dalam dok marah2 kat Denmark..demonstrasi..maki sana sini..cukai Carlsberg sapu juga...dunia..dunia...

Nota kaki
*Carlsberg adalah arak yg berasal dari negara Denmark.
*Kilangnya amat besar nun di tepi lebuhraya persekutuan
*Penaja Kelab Bolasepak Liga Perdana Inggeris LIVERPOOL. ( Penyokong Liverpool jangan marah nanti kena jual ! )

Tuesday, January 24, 2006


RATU

Tanpa bikini pun bisa jadi ratu. Malah lebih anggun gitu..Pandai masak..jahit. Pandai agama, lebih bermoral dan lebih dihormati.

da message is simple. Not need to expose ur body and u still become a "RATU"

Saturday, January 07, 2006

MEKAH VS PARIS

Apa mau cerita ? Rumah masih lagi dalam proses renovation. Sempat atau tidak sebelum Aidiladha Selasa ini,wallahualam..

Menonton Majalah 3 di TV3 tadi. Kisah MAS, paramugari dan bakal2 haji. Bagaimana persiapan utk ke sana dibuat dan sebagainya. Cuma yg menariknya apabila semua paramugari yg bertugas di dalam kapal terbang dimestikan memakai tudung serta berpakaian sopan ( Tidak seperti kebiasaaannya, kebaya bersama kain terbelah di betis )

Ertinya faham pula pihak pengurusan MAS, nak hantar orang pergi haji mesti sopan, tutup aurat. Apa bezanya pergi ke tempat lain ? Ke Mekah perlu ikut Quran rules, pergi ke Paris syaitan rules ? Kita ni hamba siapa ?

Tidak terkandung dalam Al_Quran, wanita hanya perlu menutup aurat tika menghantar jemaah haji. Perintah Allah,wanita WAJIB TUTUP AURAT apabila berada di tempat awam / di tempat adanya manusia yg bukan mahram mereka.

Arahan simple dlm kitab-Nya tak mampu utk kita taati, bagaimana hal2 melibatkan negara dan sebagainya. Betapa lemah dan tidak bersyukurnya kita dengan nikmat-NYA. Kurang ajarnya kita kan ?

*Bila kita nak berubah / berhijrah ni ?
*Moga hidayah itu hadir utk aku, engkau, dia dan mereka.
*Bila bicara seenaknya,ustaz bukan,qadhi pun bukan, bimbang pula diri uji. Mohon ampun drpd-MU, wahai tuhan penguasa sekalian alam.