Monday, May 15, 2006

PUSAT...

Tiba-tiba daku merenung pusat,
bukan Pusat Sains Negara,
bukan Pusat Kesihatan,
bukan Pusat Pentadbiran UPM,
bukan juga Pusat Latihan Khidmat Negara,
bukan..bukan..bukan itu !

Merenung pusat. Dan terlintas di benak,
melalui pusat inilah,
ibuku menyalurkan zat makanannya kepadaku,
ketika aku di dalam perutnya,
tika aku hanya tahu makan dan tidur sahaja,
tika aku hanya tahu memerah zat makanannya sahaja,
26 yg tahun yg lalu. Ya, 26 tahun yg lalu.
Untukmu ibu, doa, khidmat dan kasih sayang.
Buat ibu...Selamat Hari Ibu !

Wednesday, May 10, 2006

Senario...

Senario 1...habis madu sepah bakal dibuang ( Esok ? Lusa ? )


Senario 2...madunya masih ada..belum jadi sepah lagi...
( Apakah mungkin menjadi sepah ? ) Wallahu a'lam.

Tuesday, May 09, 2006

AHAD yg Lalu…

1. Sebagaimana ahad yg dulu2 juga, aku menjadi driver kepada bonda untuk ke kursus haji. Ustaz yg menyampaikan berbangsa berketurunan Terengganu, orang lama ! Loghat Ganu nye masih boleh aku fahami lantaran kampung aku sendiri adalah kampung campuran manusia Terengganu n Kelantan n Johor.

Tapi buat mereka yg JOHOR TULEN mungkin adakalanya terpinga-pinga dengan penerangan ustaz. Lebih malang ustaz buat lawak pun ada yg tak faham. Takpe lah ustaz, kami semua anak muridmu, anak murid pantang mengkritik guru, apatah lagi mencela, tak berkat pula ilmu nanti. Terima kasih kerana masih sudi berkongsi ilmu dengan kami yg dhaif ini.

2. Tamat kursus, kami berangkat ke Hospital Kota Tinggi. Tokbak aku sedang gering dan terlantar di Wad Bunga Tanjung. Ziarah ! Dia sudah terlalu uzur, organ dalam badan pun sudah tidak berfungsi dengan baik. Buah pinggang, jantung. Akibatnya darah sudah tidak tertapis dan betis mula membengkak dan berkilat.

Dalam sakit2 begitu ingatannya terhadap cucunya yg jobless ini cukup kuat. Masih sempat dia bertanya aku dah kerja ke belum ? Dengan mata yg sekejap celik dan pejam semula, soalan itu yg di pacul daripada bibirnya. Terasa betapa aku sebenarnya dekat di hatinya. Ya Allah, permudahkanlah urusannya. Berikanlah yg terbaik utk dirinya. Di antara kesihatan ataupun pulang kepadaMU. Sesungguhnya engkau lebih mengetahui Ya Allah. Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi. Segalanya adalah milikMU.

3. Bertemu dengan para sepupu aku yg jarang bertemu. Terkedu ! Nampaknya mereka juga sudah tenggelam bersama arus kemodenan ( Atau arus zaman purba sebenarnya ? ) Seluar dan baju yg ketat dan pada firasatku mungkin ada sedikit bangga di hatinya pabila ada orang melihat getah underwear di pinggangnya. Entah la. Tak baik prejudis kan ?

Ingin ditegur bimbang putus saudara. Maka selemah-lemah iman adalah dengan membenci maksiat itu di hati dan berdoa moga hidayah turun buatnya dan juga buat aku. Benarlah iman tak boleh dijual beli… Waallahu a’lam.


Sampai di sini sahaja. Permisi. Salah dan silap, maaf kupohon. Ya Rahman. Ya Rahim, Ya Ghaffar ampunilah aku. Assalamualaikum.

Wednesday, May 03, 2006

Mix da entry

1. Ku toleh kiri, ku toleh kanan. Sama sahaja. Bila nak bermula anjakan paradigma..

2. Melihat web bbc, futbol section. Gambar rooney berbungkus kakinya. Nampaknya harapan England yg dulu agak cerah nampak samar sedikit. Wonder boy ini agak sukar dicari ganti setakat ini. Sokong England sebagaimana biasa, menantikan Malaysia ke World Cup aku tak tahu bila tahunnya.

3. Semalam ke masjid mendengar ceramah Mufti Johor, Datuk Noh Gadut. Suara memang jelas terang lagi nyata. Agak malang cara penyampaiannya silap. sekejap mic dekat dengan mulut..sekejap jauh..akibatnya ceramah yg bersemangat itu sekejap clear sekejap kelam. Dan aku pun tertidur di saf belakang...

4. Aku dpt hadiah hari ini. Hadiah bezday merangkap ucapan selamat Hari Guru dari bekas pelajar ( aku x mengajar pun, just kenal kerana dia minat seni/lukisan mcm aku jugak :) )
eh, aku boleh sambut Hari guru ke ? Hahaha...seuntai tasbih bersama sekeping kad diposkan. Terima kasih buat Ain nun jauh di Pahang sana.

Apa lagi ye ? Permisi dulu la. Ada tugas lain sedang menanti. Assalamualaikum.